Saya kagum dengan konsep Rahmatan Lil Alamin- Michelle Bachelet

Image may contain: 1 person, text

Tahniah kerajaan Pakatan Harapan.. Orang bukan islam mula “tertarik” dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin..

Syabas dan teruskan..

 

AKHBAR LIDAH FITNAH UMNO YANG SUDAH MENEMUI AJAL

9 Okt 2019
Berita Baik
AKHBAR LIDAH FITNAH UMNO YANG SUDAH NAZAK AKHIRNYA BERKUBUR
ALHAMDULILLAH ,,,,,

NASIB 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi tanda tanya apabila operasi syarikat akhbar itu dikatakan akan ditamatkan hari ini.

Ia dipercayai susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat itu.

Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar berkata, semua kakitangan sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.

Katanya, wartawan dan jurugambar juga tidak diberikan tugasan menguatkan lagi dakwaan penamatan operasi syarikat akhbar itu.

“Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit.

“Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan syarikat itu bankrap dipercayai untuk mengelak daripada membayar sebarang pampasan kepada pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Katanya, jika benar akhbar kumpulan ini ditamatkan operasi, ia menjadi satu tamparan hebat kepada industri persuratkhabaran Melayu.

“Kami juga mahu Datuk Abd Aziz mengotakan janji untuk tidak meletakkan ‘batu nisan’ kepada Utusan,” katanya.

NUJ Cawangan Utusan dijangka akan mengadakan sidang media tergempar jam 12 tengah hari ini di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut berkenaan.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Melayu dan Kosmo! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kakitangan dan bekas kakitangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 12:39 AM

https://www.hmetro.com.my/…/kumpulan-utusan-melayu-berkubur…

Lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan terdahulu – Lim Guan Eng

Lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan terdahulu - Guan Eng

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menepis dakwaan sesetengah pihak.

Sebaliknya, katanya, lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual oleh kerajaan terdahulu antara 2010 dan 2017.

“Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut melampirkan rajah yang menunjukkan sebanyak 14 plot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dijual di sekitar Kuala Lumpur dan dua di Selangor dari tahun 2010 hingga September 2019.

Katanya, ia jelas membuktikan, sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

 

 

Lim berkata, rajah di atas jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

Lim berkata, rajah di atas jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

 

Rajah yang menyokong kenyataan Lim hari ini.

Rajah yang menyokong kenyataan Lim hari ini.

Lim berkata, para pemimpin pentadbiran lalu terus-menerus menuduh Kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan.

BN jual lebih RM4 bilion tanah milik kerajaan dalam tempoh 7 tahun

Dakwaan ini, katanya, perlu dihentikan kerana ia tidak berasaskan fakta.

Sebaliknya, mereka seharusnya mengakui bahawa ia merupakan satu amalan lazim kerajaan yang mereka anggotai dahulu, tambahnya.

BACA: Kerajaan akan jual aset demi kurangkan hutang negara – Tun Mahathir 

BACA: Dr Mahathir mahu selesaikan isu hutang negara sebelum lepaskan jawatan

Beliau turut menekankan, urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

“Ia bertujuan mengimbangkan kembali portfolio kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam,” kata Lim.

BACA: Kerajaan komited kurangkan hutang, liabiliti negara secara keseluruhan – Lim

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-rm4-bilion-tanah-kerajaan-persekutuan-dijual-kerajaan-terdahulu-guan-eng-219587

YB DATUK SERI DR. MUJAHID YUSUF aka Mujahid Yusof Rawa.

Image may contain: 2 people, people standing, shoes and suit

Image may contain: 1 person, sitting, standing, screen and indoor

YB DATUK SERI DR. MUJAHID YUSUF
aka Mujahid Yusof Rawa.

Saya tidak mengenali insan ini tetapi mendengar macam2 tohmahan berkaitan Islam liberal yang di bawa oleh beliau sehingga tohmahan yang disiarkan melalui pelbagai media sedikit sebanyak berjaya memberi tanggapan negatif saya kepada beliau.

Hari ini berpeluang sparing selama 3 jam bersama beliau, baharulah saya mengenali siapakah YB DS Dr. Mujahid. Orang Penang. Graduated from UM, UPM dan Al-Azhar University. Memegang PhD in Political Science. Anak seorang ulama. Ilmu agamanya sangat jauh tinggi. Telah tiga penggal menjadi wakil. Lebih 10 tahun menjadi pensyarah.

Selepas 3 jam berhujah, saya tunduk hormat pada insan ini dan mengatakan bahawa tohmahan yang disiarkan oleh media adalah tidak benar. Mungkin mereka tidak memahami maksudnya. Kami berhujah pasal Islam liberal, Piagam Madinah, Perlembagaan Negara 1957, cabaran kepada perpaduan kebangsaan, compassionate state, rahmatanlilalamin, maqasid shariah, Malaysia Ke hadapan dan apakah agenda utama beliau sebagai Menteri Agama.

Setelah berhujah panjang mengenai falsafah, akidah, pegangan hala tuju; barulah saya kenal siapa dia. Selama ini, sy terpengaruh dengan laporan media yg mungkin ada strategi pihak tertentu nak jatuhkan pemimpin yg kuat pegangan agamanya.

SALUTE.

#kredit Pena Celoreng

Utusan tutup operasi hari ini (Rabu-9 OKT 2019)

Abd Aziz berkata lembaga pengarah tiada jalan lain melainkan menutup terus operasi, dan meletakkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan hutang.

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu hari ini.

Dalam satu memo dalaman yang diedarkan kepada staf syarikat pada Rabu, pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation).

“Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

“Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.

“Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019,” tulis kenyataan itu lagi.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/utusan-tutup-operasi-hari-ini-219585

SATU memorandum pekeliling bertajuk Pemberhentian Operasi Perniagaan Syarikat telah dikeluarkan oleh syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini (9 Okt 2019). Memorandum itu sekali gus mengesahkan bahawa syarikat Utusan Melayu menamatkan operasinya berkuat kuasa hari ini.

http://kitareporters.com/terkini/pmbkG1NbzJ?fbclid=IwAR226fjM6s4btKRLpzSo5f22p0ASjiBQiYMdH9N8ywohdBBU6Eom36VOrig