Pendapatan negara kini membayar hutang ‘Najib’

KOTA KINABALU: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kebanyakan pendapatan negara dibelanjakan untuk membayar hutang negara.

“Kita berhutang RM1 trilion dan jika kita tidak membayar, kita akan muflis.

“Kebanyakan hasil negara akan ke pembayaran balik hutang ini. Pendapatan kami adalah untuk membayar hutang negara kita yang dibuat dulu oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Kami kurang dana (jadi) kita perlu membelanjakan wang dengan bijak,” kata Perdana Menteri kepada pemberita pada akhir lawatan satu hari ke Sabah semalam.

Dr Mahathir menjawab pertanyaan mengenai Sabah dan Sarawak yang memerlukan lebih banyak dana untuk pembangunan disebabkan oleh mereka, termasuk dari royalti minyak yang lebih tinggi.

Beliau berkata Sabah bukanlah negeri termiskin di negara ini seperti Perlis dan Kedah.

“Sabah adalah salah satu negeri terkaya di seluruh negara sebaik sahaja minyak dari telaga minyak laut mula ditemui,” katanya.

Mengenai kekecewaan di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak bahawa tidak ada kisah khusus bagi kedua-dua negeri itu dalam ucapan Hari Malaysia di Kuching pada hari Isnin, beliau berkata: “Kita mengambik berat bersama-sama dengan semua negeri lain. Kami mahu memastikan tidak ada perbezaan di antara negeri-negeri. Sabah dan Sarawak adalah negeri terkaya, kami mahu menekankan bahawa kedua-dua negeri mempunyai banyak tanah dan mereka harus menumpukan perhatian kepada pertanian. “

Beliau berkata kerajaan mengkaji dasar pertanian di mana amalan moden boleh diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

Pendapatan negara kini membayar hutang ‘Najib’

Kes rasuah Isa Samad: Felda salur dana RM653j pada FIC – Saksi

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Felda telah menyalurkan dana kepada anak syarikatnya iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) berjumlah RM653 juta antaranya untuk tujuan pelaburan serta perniagaan.

Pengarah Unit Transformasi Felda, Mohd Shahrin Mohd Ali, 50, berkata pembayaran dana itu ialah RM499.5 juta pada 27 Mei 2014; RM51,208,139.71 (23 Sept 2014); RM100 juta (29 Mei 2015); RM 1 juta (21 Okt 2015) dan RM1.88 juta pada 28 Okt 2015.

Beliau berkata pembayaran dana RM499.5 juta merupakan pendahuluan (advance) yang diberikan kepada FIC melalui pinjaman yang Felda perolehi daripada Maybank Islamic Berhad.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian ketika membaca penyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz pada perbicaraan hari pertama kes bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Samad di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau berkata dana RM51,208,139.71 adalah untuk modal berbayar kepada FIC daripada dana dalaman wang Felda.

“Modal berbayar ini adalah satu jumlah suntikan modal yang boleh diguna pakai oleh FIC untuk keperluan operasi perniagaannya.

“Modal berbayar yang diberikan kepada FIC adalah dianggap sebagai pelaburan yang akan memberi pulangan dividen jika syarikat tersebut mendapat keuntungan,” katanya.

Mohd Shahrin yang pernah bertugas sebagai Pengarah Kewangan Felda sehingga Mac 2019 berkata dana berjumlah RM100 juta merupakan bayaran pendahuluan kepada FIC bagi membiayai pembelian Merdeka Palace Hotel & Suite (MPHS) di Kuching, Sarawak.

“Dana ini merupakan pendahuluan (advance) yang diberikan kepada FIC melalui pinjaman yang Felda perolehi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Saksi itu turut mengesahkan dana yang diberikan oleh Felda kepada FIC sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada anak syarikat itu sebagai pinjaman yang perlu dibayar balik oleh FIC kepada Felda.

“Saya juga sahkan dana berjumlah RM1.88 juta yang disalurkan kepada FIC sebagai pinjaman yang perlu dibayar balik anak syarikat itu kepada Felda,” katanya.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa, 70, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah, dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 11 Dis 2015.

Perbicaraan bersambung esok.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/494819?fbclid=IwAR3tFdg_fMTVt_pqaVtld-GOH_n4rNAEyk15yqxhWwsQKzv3zPGwWosCkD4