Lokman Adam mungkin diheret ke mahkamah

ANGGOTA Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mungkin bakal diheret ke prosiding menghina mahkamah kerana tindak tanduknya.

Baru-baru ini, pihak pendakwaan dalam perbicaraan membabitkan kes penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab terhadap Lokman kerana didakwa membuat ugutan terhadap saksi kes itu, Amhari Efendi Nazaruddin.

Difahamkan surat tersebut dihantar pada Isnin dan Lokman mempunyai masa tujuh hari untuk menjawab.

“Surat itu dikeluarkan di bawah Perintah 52 Peraturan 2B Peraturan Mahkamah Tinggi. Kami akan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Lokman sekiranya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau,” kata sumber seperti yang dilapor FMT.

Timbalan pendakwa raya Mohamad Mustafa Kunyalam, yang merupakan sebahagian daripada pasukan pendakwaan, mengesahkan beliau menandatangani surat tunjuk sebab itu.

Terdahulu, Lokman didakwa membuat laporan polis terhadap Amhari dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat dan mendakwa bekas Pegawai Khas Najib Razak itu menerima wang daripada ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho.

Tindakan itu dilihat seolah-olah mahu menakut-nakutkan Amhari.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri era Barisan Nasional (BN) berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa berkaitan dana 1MDB bagi mendapatkan rasuah sebanyak RM2.28 bilion pada Feb 2011 dan Dis 2014.

http://www.kartelmedia.my/2019/10/lokman-adam-mungkin-diheret-ke-mahkamah.html?fbclid=IwAR3FY2-Zk-TlFRAGehuaOf5Igiv9MbLkIWnbm-V4u5QcepoMJ1jtSvMKHwo

Pertama kali Pesuruhjaya tinggi PBB Melawat Malaysia

Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan terbuka dalam menerima sebarang lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi atau Pelapor Khas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, pendekatan terbuka ini berbeza dengan kerajaan terdahulu yang ada kalanya tidak membenarkan wakil daripada PBB datang untuk melihat suasana di dalam negara.

“Kerajaan sekarang tidak ada apa yang mahu ditutup dan sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbiran, kita (kerajaan) sedia perbaiki dan kita memang bersikap terbuka,” katanya selepas mengiringi Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet ke Rohingya Integrated School of Excellence (RISE) di Kajang, hari ini.

Iklan

Bachelet kini dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia bermula semalam, yang juga melakar sejarah apabila menjadi pesuruhjaya tinggi pertama PBB melawat Malaysia.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Bachelet terbuka untuk menemui sesiapa sahaja yang beliau mahu semasa lawatannya di sini dan beliau bebas untuk menulis laporannya tanpa sebarang campur tangan.

“Kami telus dalam cara kami melaksanakan sesuatu, ia sememangnya terpulang kepada mereka (wakil PBB) untuk menulis laporan mereka selepas melakukan lawatan. Mereka mungkin memberi beberapa cadangan dan usul dan kami terbuka dalam hal ini.

“Meskipun kami mungkin mempunyai cara kami yang tersendiri dalam berurusan dengan perkara tertentu tetapi kami mahu menambah baik (keadaan di Malaysia) dan itu yang paling penting,” katanya.

Bachelet juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan P. Waytha Moorthy, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan organisasi masyarakat sivil semasa lawatannya di Kajang.

-Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/494426?fbclid=IwAR0EFR69BRxiLWmxTQ4SvQUd5-_0m72cQcdMeivEj-W0TWcUs17siqSU2X8

Mahasiswa UGM Ubah Sampah Plastik Jadi BBM

Mahasiswa UGM Mada Yanditya Affan Almada menunjukkan bahan bakar dari limbah plastik yang diproduksi dari alat furnace atau pemanas ciptaannya di Halaman Gedung Pusat UGM, Rabu, 31 Juli 2019. (FOTO ANTARA/Luqman Hakim)

Mahasiswa UGM Mada Yanditya Affan Almada menunjukkan bahan bakar dari limbah plastik yang diproduksi dari alat furnace atau pemanas ciptaannya di Halaman Gedung Pusat UGM, Rabu, 31 Juli 2019. (FOTO ANTARA/Luqman Hakim)

TEMPO.COJakarta –  Mahasiswa D3 Teknik Mesin Sekolah Vokasi Universitas Gadjah Mada Yogyakarta, Yanditya Affan Almada menciptakan alat yang mampu mengubah limbah anorganik seperti sampah plastik menjadi bahan bakar berupa bio oil dan biogas.

Baca juga: Ini Proses Pengubahan Sampah Plastik Jadi Minyak oleh Yanditya 

Affan saat jumpa pers di Yogyakarta, Rabu, 31 Juli 2019, mengatakan alat berupa furnace atau pemanas yang mulai dikembangkan sejak duduk d bangku SMA pada 2015 itu dinamai “AL-Production”.

“Semua jenis sampah plastik bisa diolah menjadi bahan bakar dengan alat ini,” ujarnya.

Menurut dia, teknologi yang ia kembangkan itu mampu mengubah sampah anorganik seperti plastik menjadi bahan bakar melalui proses pirolisis. Mekanisme pirolisis yaitu proses memanaskan plastik tanpa oksigen dalam temperatur tertentu serta teknik destilasi.

“Hasilnya sudah bisa diaplikasikan untuk bahan bakar kendaraan bermotor,” katanya.

Peralatan yang dikembangkan berupa pipa yang terhubung dengan tabung kedap udara bertekanan tinggi berbahan stainless steel. Sementara untuk sumber energi yang berfungsi sebagai pemanas menggunakan aliran listrik.

“Awalnya kami kembangkan dengan menggunakan sumber energi api, tapi hasilnya kurang bagus karena suhu yang dihasilkan tidak bisa dikontrol. Lalu kita ubah dengan energi listrik dan hasilnya lebih optimal,” kata dia.

Cara kerja alat dimulai dengan memasukkan sampah plastik ke dalam tabung vakum. Berikutnya tabung dipanaskan hingga mencapai 450 hingga 550 derajat Celcius. Tiga puluh menit kemudian keluar tetes-tetesan minyak dari pipa setelah melewati jalur pendinginan.

Affan telah membuat alat itu berdasarkan pesanan dan hingga saat ini tidak kurang dari 6 alat pemanas yang telah dia buat. Alat pertama diproduksi pada 2017 berukuran kecil dengan kapasitas 2 hingga 3 liter yang dijual seharga Rp20 juta. Selain itu Affan juga pernah membuat alat ukuran sedang dengan kapasitas 10 liter dengan harga Rp35 juta.

Ia menyebutkan alat yang dikembangkan ini memiliki sejumlah keunggulan dibandingkan dengan produk sejenis di pasaran. Salah satunya menggunakan listrik untuk proses pemanasan sementara kebanyakan produk yang sudah ada di dalam negeri menggunakan sumber energi berupa api untuk proses pemanasan sehingga suhu kurang terkontrol.

“Di luar negeri juga sudah ada alat pemanas, tapi hanya untuk memanaskan saja atau uji material. Kalau alat kami ini dilengkapi destilator sehingga bisa digunakan untuk proses pirolisis yang mengubah sampah plastik jadi bahan bakar,” kata Affan.

Affan melakukan pengembangan alat dan mendapatkan dana pengembangan dari Program Mahasiswa Wirausaha UGM.

“Harapannya bisa mengembangkan alat ini lebih baik lagi agar bisa mengurangi sampah-sampah plastik dqn bisa menghasilkan bahan bakar baru sehingga bisa lebih efisien,” katanya.

https://tekno.tempo.co/read/1230651/mahasiswa-ugm-ubah-sampah-plastik-jadi-bbm/full&view=ok

Pemimpin PAS Rantau Panjang membisu seribu bahasa dalam Isu Peneroka Felcra Bukit Tandak vs Kerajaan Islam Negeri Kelantan

KELANTAN MILIK CINA

Pemimpin PAS Rantau Panjang membisu seribu bahasa mungkin kerana takut ke neraka jika membela yang teraniaya di Bukit Tandak. C&P.

Patutlaaa…. *Isu Peneroka Felcra Bukit Tandak vs Kerajaan Negeri Kelantan Siri 1* Salinan surat bertandatangan arwah TGNA berkaitan isu Tanah Peneroka FELCRA Bukit Tandak bertarikh 13/3/2013 iaitu sebelum PRU13. PRU13 pada 5/5/2013, sehari lepas tu arwah TGNA bukan lagi Menteri Besar Kelantan. Masa itu kes ini arwah sudah minta selesaikan. Tapi apabila naik Kabinet Baru, kes ini jadi lain. Permintaannya tidak lagi dipatuhi. Salinan surat penuh ada dgn saya. Dalam kes ini saya betul2 kesian dekat 348 orang peneroka asal, sejak 1979 lagi mereka masuk teroka kawasan itu. Tapi lepas arwah Mb tak lagi jadi MB, datang Pengerusi Jk Tanah yang baru, ada senarai tambahan, katanya senarai tercicir seramai 295 orang. Cuba fikirkan benda “ajaib” tu. Paling ajaib yang lahir 1983 pun ada jadi Peneroka tanah 1979, boleh bayang tak apa yang berlaku ni? Semuanya bab nak tanah bagi saya. Keluasan tanah asal 2082 ekar, dapatlah dekat 6 ekar seorang peneroka asal. Apabila datang senarai baru, tanah peneroka asal cuma dapat 3 ekar sahaja, 3 ekar lagi kena bagi senarai baru. Kes ini dah jadi keputusan Mahkamah, katanya merujuk kepada keputusan MMK (Exco) yang terkini untuk beri 3 ekar seorang sahaja untuk tanah baru. Kerajaan Negeri menang dalam bab tanah ni, terutamanya kes undang-undang tanah di Kelantan mmg ketat. Peneroka lama masih berlembut dan sudi menerima, walaupun terpaksa berkongsi 3 ekar pada orang lain. Tapi apabila berlaku kes minggu lepas, kesabaran mereka meletup apabila pokok-pokok getah yang mereka tanam dulu dah nak kena tebang dan cabut. Sedangkan sejak 2014/15 pagi senarai nama 348 orang mereka berikan kepada pejabat Tanah Pasir Mas untuk masukkan nama, sehingga kini masih belum keluar geran, walaupun cuma 3 ekar selepas mereka kompromi. Senarai penerima asal dan 209 senarai baru saya telah semak, senarai baru ada juga di kalangan peneroka asal, yang itu saya setuju bagi, tapi yang pelik juga daripada semakkan kami banyak geng2 parti PXX. Fikirkan lah sendiri ya. Saya tulis dalam laras bahasa orang kampung, supaya semua mudah faham. Harini saya ke tapak kejadian dan lihat sendiri apa yang berlaku. Inilah yang sempat saya tulis harini. Syam Ghaz #FelcraBukitTandak #TanahPeneroka #RantauPanjang Less

https://web.facebook.com/?_rdc=1&_rdr

 

Tiga hari lepas ramai Pekebun getah mengamuk di Kelantan, mana tidak nya seluas 689 hektar Tanah yang depa usahakan lebih 40 tahun dirampas macam tu jer.. Bayangkan Tanah yg mereka tanam Getah, dah tuai hasil, Kerajaan datang tanpa berunding terus tebang semua Pokok..

Tahu tak? Berapa luas 689 Hektar tanah yang dirampas di Kelantan dari orang kampung.. dari rakyat depa sendiri.. 689 hektar itu bersamaan keluasan hampir 6 Kali keluasan Kampung Baru di KL.. dan mungkin hampir 1000 Kali Tanah yg dirampas di Paya Jaras.. Apakah ini lambang Lebai Kolonial dan Kapitalis.. ? hakikatnya Lebih teruk dari Kapitalis… Kalau depa bagi alasan Tanah getah tu takda geran.. Di Paya Jaras pun mcm tu jugak..

Kat tempat orang sembang deras Melayu ditindas.. Di Kelantan bukan tempat cari makan orang Asli..hasil Pekebun Getah pun depa rampas macam tu..Yang dikata Kapitalis dan Kolonial di Paya Jaras.. Walaupun di Paya Jaras itu Tanah Haram,Tanah rezab sungai.. Ada jugak tawaran belas ehsan kos Perpindahan RM 7 Ribu.. ada jugak rundingan..Itupun kerajaan Ambil tanah di Paya Jaras untuk kepentingan awam..Untuk Buat sistem perparitan bagi menyelesaikan masalah Banjir lebih seribu penduduk sekitar…

Dalam kes Kampung Bharu pun, Ada jugak tawaran RM 6 Juta hanya untuk keluasan setengah Ekar..ada rundingan, tawar menawar.. Di Kelantan, Rampas mcm tu jer.. Dah lah rampas, Apa motif depa musnahkan Tanaman Getah yg depa tanam hasil titik peluh, dah macam samseng.. Yang depa usahakan lebih 40 Tahun.. Kalau ikutkan yang memerintah di Kelantan ni bukan Takat Kolonial, Tapi dah jadi Lebai Samseng macam Penyamun Padang Pasir..

Kalau dilihat dari Tanah yang diusahakan, Mereka ini layak dapat Pampasan, biarpun tanah itu tak bergeran, kalau dinilai dari usia Pokok..Memang terbukti mereka dah usahakan tanah tu sekian lama.. depa peneroka disitu.. depa layak dapat Pampasan dengan nilaian usia Pokok.. Yang pergi Tebang pokok yg ada hasil itu kenapa kalau betul pun nak diagihkan..Tapi satu Habuk pun depa tak dapat..

Dalam krisis ini,Mana pergi MB dan Exco Kelantan dikalangan Ulama ? Mana pergi Unit Amal yan rajin sangat mendirikan Khemah dan bantuan makanan di Paja Jaras.. mana pergi merek menghilang ? takkan Unit Amal hanya muncul dan wujud di Selangor.. ? orang tua yang bergantung kepada hasil getah pun depa samun.. tapi dalam ceramah kononnya memperjuangkan nasib pekebun getah..

Ni lah Jahatnya Puak Lebai Ashabiyah.. Depa ni membela Rakyat, Mainkan sentimen Melayu dan Islam bukan sebab sayangkan Melayu dan Islam sangat..Sebab bercita cita merebut Kuasa.. hanya sebab Politik.. Jadi Alat Penyamun, Seperti Penyamun Padang pasir jadi alat British merampas kekuasaan dari Khilafah Turki Uthmaniah..Sejahat Puak Khawarij dan Ruwaibidhah.. 

#Ipohmali

Pelajar Melayu Muslim UniSZA Masuk Kuil Hindu

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 5 people, people sitting

*Penjelasan mengenai ‘Program Pelajar Melayu Muslim di Kuil’ : Berikut adalah Penjelasan Pensyarah UniSZA*

Assalamualaikum W.B.T. Pada dua tiga hari ini telah tersebar gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan bahawa 13 pelajar universiti telah memasuki Kuil di KualaTerengganu dan telah dimanipulasikan tajuk gambar yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut mengikuti acara keagamaan mereka.

Sebenarnya apa yang tersebar adalah fitnah dan rekaan semata-mata . Disini ingin saya perbetulkan, kunjungan pelajar ke Kuil tersebut adalah bertujuan untuk membuat kajian berkaitan dengan Agama lain melalui subjek “Agama dan Masyarakat” di bawah Jurusan Antropologi dan Dakwah.

Melalui tugasan ini pelajar perlu merakam dan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan Agama Hindu. Gambar yang menunjukkan makanan berada dihadapan pelajar adalah bukan bermaksud pelajar memakan makanan itu, tetapi makanan itu telah dihidangkan kepada mereka.

Telah menjadi pilihan pelajar untuk menolak dan memakan makanan tersebut. Makanan tersebut juga sebenarnya telah ditempah daripada orang Melayu islam. Jadi tiada masalah sebenarnya untuk makan tetapi telah dimanipulasi oleh individu atau netizen yang tidak tahu cerita sebenar.

Jadi di sini, saya ingin menyuarakan agar semua masyarakat dan netizen media sosial menghentikan menyebar gambar dan maklumat palsu.

Hukum memasuki kuil adalah harus sekiranya bertujuan untuk melakukan sebarang tugasan. Masyarakat janganlah menyempitkan fikiran dengan memberikan kecian kepada individu atau kumpulan yang memasuki Kuil sebagai satu kesalahan yang sangat besar.

Memasuki gereja, kuil atau sebagainya adalah perkara biasa bagi pelajar universiti yang melakukan kajian.

Akidah seseorang takkan terpesong selagi pegangan Agama islamnya dipegang dengan sebetul-betulnya.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2827582337305973&id=100001627022683

Anak perempuan koma di Mesir, bapa rayu bantuan rakyat Malaysia – Hubungi Azyanshah 010-7993486.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas, Azyanshah Ariffin, 53, memerlukan RM20,000 bagi menampung kos membawa pulang anak perempuannya, Rosimatan Ni’mah, 17, yang kini berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir, sejak beberapa hari lalu.

Azyanshah, berkata beliau buntu untuk mendapatkan wang berkenaan bagi membayar bil hospital dan membeli tiket penerbangan untuk membawa pulang anak dan isterinya kerana pendapatnya sebagai pemandu bas tidak seberapa.

Katanya, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, sudah berada di Mesir untuk menemani dan memantau keadaan anaknya di sebuah hospital di Iskandariah.

“Oleh itu saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azyanshah berkata, beliau masih bingung dengan penyakit misteri yang dialami anak perempuannya kerana ketika mula dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, doktor yang merawatnya mengesahkan anaknya sihat dan dibenarkan pulang ke asrama.

Bagaimanapun, katanya, enam hari lalu anaknya sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang.

“Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Azyanshah di talian 010-7993486.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan sudah menerima laporan mengenai kes berkenaan dan akan memantau perkembangannya.

Difahamkan Atase Pendidikan Malaysia dan wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga sudah melawat pelajar terbabit di hospital berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Anak perempuan koma di Mesir, bapa rayu bantuan rakyat Malaysia