Lelongan Aset PMBK (Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan)

isu-tanah-kelantan1 menara kelantan 21 menara kelantan 31 menara kelantanSlogan+Felda+Vs+Ladang+RakyatFlyers+12+LADANG+RAKYATngehquote01-penyelewengan-punca-ladang-rakyat-gagal

Semalam dalam ruangan Iklan di berita Harian, Pihak Maybank mengiklankan pengisytiharan jualan dan lelongan aset PMBK (Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan), iaitu lelongan 11 Lot tanah pada nilai harga RM 66 Juta..Tanah yang tergadai ini tanah Komersial dan Rezab Melayu..

Bila wartawan bertanya kepada MB, MB suruh rujuk PMBK.. Sedangkan dia adalah pengerusi PMBK, Nama pun Perbadanan Menteri Besar, kalau di Perak ni MB Inc.. Kalau dipusat, boleh dinisbahkan Syarikat khazanah..

Bulan Lepas digemparkan cerita anak Syarikat PMBK, PMBK Sawit ditutup, Bankrap.. Pekerjanya diberhentikan beramai ramai, sedangkan Syarikat ini menjana keuntungan dan pendapatan pada Negeri di era pemerintahan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa..

Inilah kalau nak tahu kelompok Ruwaibidhah, Bercakap pandai, kritik pandai.. kononnya Tabung Haji Gadai Aset Ummat Islam, Kerajaan jual kepentingan Ummat Islam dan melayu.. walhal Aset tabung Haji diselamatkan dibawah Kementerian kewangan..

Korang kutuk dan fitnah Lim Guan Eng sebagai anti islam, Kafir bagai.. Dia luluskan peruntukan jaminan RM 17 Billion atau dengan bahasa lebai mudah faham, 17 ribu juta untuk selamatkan aset Tabung Haji.. dan Lebih 6 Billion selamatkan FELDA..

Di Kelantan apa yang Kerajaan negeri mampu Selamatkan sampai harta Negeri dilelong oleh Bank, Korang cagar gadai tanah tu untuk buat apa ? Patut kebelakangan ni MB kelantan puji semacam Kerajaan pusat, maknanya dana depa dah kering digadai, zaman najib boleh ditutup tutup..

Itu belum cerita Kerajaan terengganu tutup lebih 50 anak Syarikat, kalau Kerajaan PH buat pengstrukturan semula dituduh gadai aset Ummat Islam.. hangpa buat sampai kena lelong Bank tu lagi memalukan.. kalau dah harta negeri sampai kena Lelong tu maknanya dah beberapa tindakan, Prosuder dan tuntutan dibuat oleh bank.. Maknanya Kerajaan Negeri dah tak mampu nak selamatkan tanah depa sendiri..

Lain kali tak payah lah berlagak macam Pakar Ekonomi.. kononnya Islam penyelesaian kita.. kononnya Teknokrat, Nak Selamatkan tanah sendiri, anak syarikat sendiri pun tak mampu.. Tanah Sawit tergadai berpuluh ribu hektar, Syarikat Sawit Rugi.. Tanah Balak habis gondol satu bukit, Syarikat Perkayuan Kelantan pun rugi.. ini lah cara lebai memerintah..Itu pun ada hati nak minta urus sendiri Industri Minyak.. kalau tak standard Negara Sudan jer lah..Minyak ada pun jadi negara Miskin..

Sembang kencang, Inilah gambaran yang Nabi dah habaq mai.. Kelompok Khawarij dan Ruwaibidah, disifatkan kelompok ini banyak bicaranya.. tetapi Bodoh dalam urusan Dunia.. Jadi Allah dah zahirkan depan mata kita..

siapakah kelompok Ruwaibidhah ?

Sabda rasulullah Saw ..

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ…

.“Sesungguhnya,akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menipu. Para pendusta pada zaman itu dianggap sebagai orang yang jujur, sementara orang yang jujur dianggap pendusta. Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara…”

قِيلَ… وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ:..
Ditanya kepada Nabi Saw.. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…”

Aku harap kerajaan Pusat buka kertas siasatan, mana pergi hasil cagaran Tanah Kerajaan tu pergi..kemana pelaburan tu Menghilang di tibai lebai lebai ni mcm depa lesapkan dn rugikan pelaburan Kohilal.. 

*AMBB*

https://web.facebook.com/abdullahzawawi.ibnuwahab.1/posts/432747794264755

 

Ganjaran RM30 Ribu pada penjawat awam dedah rasuah pupuk sifat integriti

Tawaran ganjaran kepada penjawat awam yang mendedahkan kegiatan rasuah serta penyelewengan dilihat strategi positif dan mampu mendorong lebih ramai individu tampil menyalurkan maklumat mengenainya.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata ganjaran itu sekali gus dilihat dapat menggalakkan lagi ketelusan dan memupuk sifat integriti dalam kalangan penjawat awam bagi mengekang gejala rasuah.

“Mana-mana individu tidak sepatutnya berasa takut untuk tampil menyalurkan maklumat (mengenai kegiatan rasuah). Malah, jika ada penjawat awam sendiri yang tampil kepada SPRM untuk memberi maklumat, mereka juga akan diberikan ganjaran.

“Bagaimanapun, maklumat yang diberi amatlah diharapkan mampu menjurus kepada pembendungan gejala rasuah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Perangi Perasuah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Klang, Selangor hari ini.

Kempen berkenaan dilancarkan oleh Ketua Pengarah JKDM Paddy Abd Halim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media menyatakan Kementerian Kewangan akan menawarkan ganjaran sehingga RM30,000 kepada penjawat awam yang berani mendedahkan penyelewengan dalam kementerian masing-masing.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata bagaimanapun usaha memberikan ganjaran itu bukanlah perkara baharu kerana ia sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh SPRM namun ia dilihat kurang mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk penjawat awam.

Justeru katanya, SPRM akan menghidupkan semula inisiatif pemberian ganjaran itu supaya lebih banyak maklumat yang boleh dipercayai dapat disalurkan bagi membendung kegiatan rasuah masa kini.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/494483?fbclid=IwAR2j1lWYTw4N9ZW75o7CDhdrkQC59DffaGHvQ9EZJMVPcW8TAWKMD_X9Owo

https://m.malaysiakini.com/news/494483

Emas RM2.7b dalam rumah

BEIJING: Ribuan jongkong emas bernilai RM2.7 bilion ditemui di rumah seorang pegawai kanan Parti Komunis China di Haikou, wilayah Hainan dan siasatan mendapati bekas datuk bandar itu mempunyai RM154 bilion dalam akaun banknya, dipercayai hasil rasuah.

Satu rakaman video yang tular di Twitter menunjukkan pegawai penyiasat dengan teliti mengira jongkong emas yang ditemui disusun di atas rak besi dalam sebuah bilik rumah mewah lelaki berkenaan, dikenali sebagai Zhang Qi (gambar), 58.

Pihak berkuasa China dipercayai menyerbu rumah berkenaan bulan lalu.

Daily Mail melaporkan, China sudah menyekat berita mengenai penemuan emas berkenaan.

Pada 6 September lalu, badan pemantau rasuah China menyatakan Zhang disyaki melanggar undang-undang dan disiplin.

Zhang, Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis di Haikou yang mempunyai kuasa setaraf datuk bandar, sudah dipecat dan kini disiasat pihak berkuasa berkaitan pembabitannya dalam kes rasuah.

Menurut laporan media, penyiasat kes berkenaan turut menemui RM154 bilion dalam akaun banknya selain memiliki pelbagai hartanah mewah.

Forbes melaporkan, Zhang mungkin lebih kaya daripada Jack Ma yang mempunyai nilai kekayaan RM154 bilion sekiranya laporan mengenai penemuan emas dan akaun bank berkenaan benar.

Sebelum memegang kuasa di Haikou, Zhang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Datuk Bandar Sanya dan Datuk Bandar Danzhou, kedua-duanya di wilayah sama.

Presiden Xi Jinping melancarkan kempen anti-rasuah sejak mengambil alih pentadbiran pada 2012 dan berdasarkan statistik, sekurang-kurangnya 53 pegawai kerajaan ditangkap menerima rasuah berjumlah lebih RM56.6 juta.

https://www.hmetro.com.my/global/2019/10/503422/emas-rm27b-dalam-rumah?fbclid=IwAR1wAgwBEVPMhf4NOgVJ8ALBjACn4y-yrtUAkmogIJ2f8KpokQtbe92uA8k

PH Bakal Ranapkan Identiti Melayu Kuala Lumpur – Dr Ridhuan Mohammad Nor (Penghasut)

Image may contain: 1 person, text

Dengan title Doktor kononnya cerdik lah bercakap tu.
Kuman kat KL nampak gajah kat Kuale Teganu tak nampak ….

Insentif RM30,000 Untuk Penjawat Awam Yang Dedah Penyelewengan – LIM GUAN ENG MENTERI KEWANGAN TERBAIK

Image may contain: 1 person, text

https://dai.ly/x7m4xye

Kakitangan awam yang berjaya mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan dianugerahkan Anugerah Integriti dan Personaliti (IPA) serta diberi insentif wang tunai sehingga RM30,000. Menteri Kewangan (MOF), Lim Guan Eng berkata, setiap aduan salah laku dan penyelewengan perlu disalurkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk siasatan dan tindakan lanjut. “Kami akan lindungi (pemberi maklumat) dan beri mereka ganjaran,” katanya. Beliau berkata, anugerah tersebut adalah selaras dengan dasar kementerian ke arah penjimatan.

“Tidak hanya kepada warga MOF, ia terbuka kepada semua kakitangan awam yang berani melaporkan sebarang salah laku dan penyelewengan,” katanya. Guan Eng berkata, kerajaan dibebankan dengan kemelut kewangan dan penyelewengan membabitkan RM150 bilion menyamai RM5,000 bagi setiap rakyat Malaysia. “Harus ditekankan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan tahap tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) ekoran masalah kewangan diwarisi,” katanya.

https://www.kinitv.com/video/0bec4f9c-6947-49b1-b666-d30bac899b4c?fbclid=IwAR0wRfmHwxtOd7qcZp9YCvvbpKKVgvfObl8Fkkb2vqoxPd-_kS3KAtDBhbA