Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebihan bayaran deposit keselamatan berjumlah US$790,354,855.00 kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) yang dibayar oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan penyelewengan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada har ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

“Kesimpulannya, pengambilalihan Genting (Genting Sanyen) telah selesai melalui pembiayaan menggunakan bridging loan berjumlah RM700 juta dan terbitan Bon berjumlah US$1.75 bilion. Saya akui memang terdapat lebihan yang sangat banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun saksi pendakwaan kesembilan menegaskan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah US$790,354,855 kepada Aabar adalah untuk diseleweng oleh pihak lain.

“Pembayaran deposit keselamatan itu dibuat secara penuh percaya berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) Terence Geh (Pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia).

Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan yang seterusnya dimasukkan ke akaun milik Najib.

Sekali lagi, Jasmine Loo sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan, telah datang kepada saya untuk membentangkan dapatan dan dokumen yang banyak bagi menunjukkan aspek teknikal kewangan dan proses pelaburan sepertimana sebelum ini, pemerolehan Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB).

Beliau menunjukkan dokumen yang meyakinkan saya bahawa 1MDB perlu membayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebanyak US$790,354,855 yang ditanggung melalui lebihan terbitan Bon US$1.75 bilion sebagai deposit keselamatan kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang merupakan penjamin Bon tersebut,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan tindakan yang sama sepertimana beliau menyatakan alasan dalam remittance TEHSB sebelum ini yang 1MDB perlu lagi sekali membayar deposit keselamatan kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar sebagai cagaran dan akan dipulangkan semula selepas tawaran awam permulaan (IPO).

Beliau berkata seperti transaksi TEHSB sebelum ini, beliau beranggapan yang bayaran itu sudah dipersetujui oleh dua-dua belah pihak iaitu IPIC dan pemilik saham 1MDB dan Perdana Menteri iaitu Najib.

“Ini adalah kerana rundingan jaminan ini diterajui oleh PMO. Kemudiannya, saya telah dimaklumkan oleh Jasmine Loo bahawa dokumen remittance yang berjumlah US$790,354,855 telah ditandatangani oleh Terence Geh dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, untuk dibayar ke akaun Aabar Investment PJS Ltd di BSI Bank SA, Lugano, Switzerland daripada akaun Falcon Private Bank (Hong Kong) milik syarikat 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) (anak syarikat 1MDB).

“Sekali lagi, saya tidak tahu siapa yang menentukan jumlah pembayaran US$790,354,855 tersebut yang pada pendapat saya adalah sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Bond yang diterbitkan sebanyak US$1.75 bilion bagi pembelian IPP Genting Sanyen.

“Namun, saya tidak curiga dan tidak mempersoalkannya kerana pada masa itu saya menganggap ini adalah sesuatu yang sudah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib dan pihak IPIC, berdasarkan pelan tindakan dan perbincangan saya dengan Jho Low,” katanya.

Shahrol Azral berkata beliau juga percaya pada masa tersebut bahawa wang deposit keselamatan berkenaan akan dikembalikan semula kepada syarikat apabila IPO bagi perniagaan tenaga syarikat dibuat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE).

Katanya walaubagaimanapun, wang tersebut tidak pernah dikembalikan semula kepada syarikat walaupun setelah 1MDB gagal melaksanakan penyenaraian perniagaan tenaga ke KLSE.

Saksi itu berkata bayaran US$790,354,855 kepada Aabar Investments PJS Limited dibuat pada 19 Okt 2012.

Beliau berkata proses pengambilalihan Genting, pada pandangannya dibuat dalam keadaan sangat tergesa-gesa jika dibandingkan dengan pengambilalihan TEHSB.

Katanya semua kelulusan hanya melalui Director Circular Resolution (DCR) tanpa dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.

“Keadaan tergesa-gesa ini disebabkan tekanan Jho Low yang menyatakan pinjaman dan jaminan daripada pihak IPIC ini harus disegerakan kerana ada faktor kerjasama G2G (kerajaan dengan kerajaan) dan juga mesti diselesaikan sebelum PRU ke-13 untuk memastikan cukup perhatian daripada Datuk Seri Najib sebelum beliau akan sibuk berkempen.

Selepas daripada itu, saya telah dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan jawatan CEO telah diambil alih oleh Hazem Abdul Rahman.

Saya tidak tahu menahu secara terperinci kenapa opsyen Aabar telah ditamatkan kerana saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam sebarang perbincangan dan urusan pihak terbabit. Walau bagaimanapun, saya hanya tahu maklumat ini secara am sahaja melalui media,” katanya.

Shahrol Azral dilantik sebagai pengarah di Pemandu yang merupakan unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 15 Mac 2013.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.– BERNAMA

1 Khadam Terbaru Umno1 3 King1 BABI RASUAH1 A PENYAMUN MSIA1 KENCING AAAAAA1 HADI KAHWIN1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 KERIS UMNO LAYU1 BANGSA KU A

Berita penuh https://malaysiadateline.com/lebihan-bayaran-deposit-keselamatan-us790354855-masuk-ke-akaun-najib/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1qWhPVKmLj7otu-gzx1Yn2NKD77csgtzi0sZjAtxjz3NepgQpdnmUF_kA

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Muslihat bekas pengarah Kastam terbongkar

SELAMA setahun seorang bekas pengarah kastam mengerahkan pasukan penguatkuasaannya memburu sindiket penyeludupan, namun beliau memastikan mereka tidak menghidu sindiketnya sendiri.

Muslihat pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu, yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit daripada kegiatan seludup arak rokok, terbongkar sehingga membawa kepada penangkapannya hujung minggu lalu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa sejak setahun lalu bekas pengarah kastam negeri itu menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan sindiket lain sebagai helah menutup belangnya sendiri.

Bekas pengarah itu menubuhkan sebuah badan masyarakat selepas beliau bersara pada November tahun lalu dengan matlamat membantu pihak berkuasa menangani aktiviti penyeludupan rentas sempatan.

“Bagaimanapun, ia serampang dua mata apabila maklumat mengenai sindiket lain disalurkan kepada pihak berkuasa sementara sindiket yang didalanginya bebas beraksi kerana mampu membaca gerak geri penguatkuasa di sempadan.

“Kedudukannya sebagai bekas pengarah negeri membuatkan orang ramai yakin dan percaya untuk salurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan di sempadan.

“Apa yang dia tidak tahu, sindiketnya juga diperhatikan oleh pihak berkuasa,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

The Malaysian Insight difahamkan sindiket bekas pengarah kastam ini beroperasi dengan lancar menyeludup arak dan rokok kerana mempunyai maklumat dalaman.

“Pengalamannya bekerja di negeri juga membantu sindiket yang didalanginya senang keluar masuk menyeludup barangan terlarang dari negara jiran,” tambah sumber.

Bekas pengarah kastam itu ditahan bersama dua lagi suspek iaitu pengarah syarikat swasta yang sudah lama dikehendaki pihak berkuasa kerana mendalangi banyak aktiviti penyeludupan.

“Mereka kebal selama ini kerana mempunyai pengaruh malah terkenal sebagai raja penyeludup rokok dan arak tiruan.

“Mereka turut mendalangi sewa lesen import secara haram kepada sindiket menyeludup arak dan rokok tiruan.

“Mereka mengeluarkan setem kastam tiruan dan menyalahgunakan lesen import yang dikeluarkan agensi cukai itu untuk aktiviti haram,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Ahad mengumumkan ketiga-tiga mereka ditahan pada Sabtu dan dibenarkan untuk ditahan reman selama lima hari bermula Ahad oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Bekas Pengarah Kastam itu ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM di Kelantan sementara dua pengarah itu ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendapat perintah untuk membekukan akaun suspek serta beberapa individu lain yang disyaki terlibat.

“Keseluruhannya, akaun 20 individu dan empat entiti dibekukan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan satu sindiket tempatan dikesan mendalangi pengeluaran lesen haram kepada pengimport arak dan rokok untuk membawa masuk bahan kawalan itu.

Sindiket yang aktif di Kuala Lumpur dan Selangor itu mengeluarkan lebih 10 lesen sejak awal tahun ini dengan mengaut antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk setiap lesen.

The Malaysian Insight sebelum ini juga melaporkan agensi anti rasuah mula menyiasat beberapa pegawai tinggi kastam yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan rokok dan minuman keras.

Siasatan itu turut melibatkan kegiatan enam buah syarikat yang didakwa menyalah guna lesen import yang dikeluarkan oleh kastam, yang membolehkan mereka membawa masuk rokok dan arak tanpa membayar cukai. Enam syarikat itu dalam pemantauan SPRM. – 2 Oktober, 2019.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/187125

https://web.facebook.com/MACCFORCE/posts/1110124879183005?__tn__=K-R

SELAMA setahun seorang bekas pengarah kastam mengerahkan pasukan penguatkuasaannya memburu sindiket penyeludupan, namun beliau memastikan mereka tidak menghidu sindiketnya sendiri.

Muslihat pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu, yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit daripada kegiatan seludup arak rokok, terbongkar sehingga membawa kepada penangkapannya hujung minggu lalu.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/187125?fbclid=IwAR2gH_Zs_ywVn-5baUAAXEApsiiswoQA_uSD5Qi5zX7eerBF3sWKTMe5SY8

Abdullah Sani Patut Dikenakan Tindakan Disiplin

Image may contain: 1 person

ABDULLAH SANI YANG TIDAK ADA AKAL!! TUNJUK SAYA SECARA HITAM PUTIH MANA PERJANJIAN KENA SERAH KUASA PADA ANWAR IBRAHIM DALAM TEMPOH MASA DUA TAHUN!!

Abdullah sani seorang yang kurang cerdik dan berminda lemah!! Tolong tunjuk bukti secara hitam putih mana perjanjian dalam Majlis Presiden PH yang menunjukkan tun dr mahathir mohamad kena serah kuasa pada anwar ibrahim dalam masa tempoh dua tahun?!

Pada realitinya, abdullah sani minda lemah dan otak udang kerana dia tak faham bahasa malaysia!!

Bukankah tun dr mahathir mohamad sudah menyatakan paling lewat lagi tiga tahun akan serah kuasa jawatan perdana menteri pada penggantinya!!

Takkan abdullah sani tak boleh faham dengan kenyataan baru tun dr mahathir mohamad mengenai pelan peralihan kuasa?! Hendak terangkan macamana lagi?!

Pengganti kena sabar dan tunggulah selewatnya lagi tiga tahun!! Kenapa kalangan bangang ini tidak sabar sangat?!

Sesungguhnya, saya ingin memberi amaran kepada abdullah sani jangan ungkit isu buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ pada tahun 1998 itu!!

Ianya tidak ada kena mengena dengan tun dr mahathir mohamad langsung!! Saya buat laporan polis dan cetak buku tersebut atas dasar kebenaran!!

Akhirnya, dalam semua perbicaraan di mahkamah kesalahan anwar ibrahim pada waktu itu dapat dibuktikan mengikut lunas undang-undang!!

Jadi, untuk pengetahuan abdullah sani yang kena ‘taubat’ ialah anwar ibrahim serta pengikut-pengikut taksubnya!! Bukan saya yang kena ‘taubat!!’

Bertindak atas dasar kebenaran serta benda yang betul, kenapa saya pulak harus ‘bertaubat?!’ Tidak cerdik sungguh rupanya abdullah sani ini!!

Tindakan saya pada waktu itu adalah kerana tun dr mahathir mohamad enggan mempercayai bahawa anwar berperangai sedemikian rupa pada peringkat awal!!

Tetapi setelah kami disiasat oleh pihak polis dan dapati banyak fakta dalam buku tersebut mempunyai asas kebenaran!!

Kenapa abdullah sani bodoh sangat?! Abdullah sani melayu mudah lupa!!

Atas dasar kebenaran inilah anwar ibrahim dihukum!! Abdullah sani salah seorang penggubal undang-undang tapi dia tidak mahu hormati undang-undang dalam isu ini!!

Dalam kes ‘Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ itu tiada satu pun laporan polis dan tindakan undang-undang diambil oleh anwar ibrahim terhadap saya!! Malahan sehingga kini pun anwar ibrahim tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas saya!!

Sekiranya saya fitnah anwar ibrahm pada rahum 1998; kenapa tak berani ambil tindakan undang-undang keatas diri saya sehingga kini?!

Apakah abdullah sani mahu berdebat secara terbuka dengan saya mengenai kes ‘Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ itu?! Sediakan platform media siaran terus menerus untuk saya berdebat dengan abdullah sani mengenai peristiwa hitam tahun 1998 itu!!

Sekali lagi abdullah sani sebut dan kaitkan nama tun dr mahathir mohamad mengenai buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM;’ saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang keatasnya!!

Seperkara lagi, abdullah sani jangan cuba ungkit yang saya pernah bertanding atas tiket pkr dalam pru14 yang lepas!!

Pada waktu itu kita gagal untuk daftarkan gagasan PH kerana faktor tekanan dari rejim kleptokrasi!!

Platform pkr merupakan ‘stop gap measure’ dan pendekatan sementara untuk semua pemimpin-pemimpin PH bertanding pada waktu itu!!

Malahan, saya bukan ahli pkr dan tidak bertanding mewakili parti pkr pada pru14 yang lepas!!

Tolong jangan terlalu kurang ajar!! Ini amaran terakhir saya buat abdullah sani!!

Dia adalah seorang ahli parlimen haprak yang tidak faham pada semangat kesetiakawanan secara tulen!! Beliau ahli parlimen PH yang diterajui oleh tun dr mahathir mohamad sebagai perdana menteri tetapi mereka tidak menghormati perdana menteri masakini!! Kalangan ini amat tidak beretika!! Mereka ini yang harus disepak keluar dari PH!!

Hari-hari kerja abdullah sani hanya bercakap mengenai jawatan PM8!! Mereka tak bekerja dan beri sumbangan membantu perdana menteri masakini tetapi hanya bercakap mengenai perebutan jawatan saja!!

Bila tun dr mahathir mohamad berkata tunggu lagi tiga tahun maka adalah alasan konkrit beliau bercakap sedemikian rupa!!

Kemungkinannya, tun dr mahathir mohamad mahu yab datuk seri dr wan azizah wan ismail berkhidmat sehingga tiga tahun untuk membolehkan beliau memperolehi pencen sebagai mantan timbalan perdana menteri terlebih dahulu!! Ini hanya tafsiran peribadi saya saja!!

Yang keduanya, kemungkinan tun dr mahathir mohamad yakin ekonomi negara dapat dipulihkan dan diletakkan semula pada asas yang kukuh pada waktu itu!!

Kerja kuat-kuat dan sumbangkan tenaga untuk pulih ekonom negara demi menjaminkan kesejahteraan masa depan rakyat terlebih dahulu; kemudian barulah bercakap mengenai pengganti perdana menteri!!

Jawatan PM8 belum ujud lagi!! Masa belum sesuai untuk bercakap mengenai jawatan PM8!! Kenapa abdullah sani beria-ia benar tak sabar untuk tunggu masa yang sesuai bagi peralihan kuasa sepertimana yang diperkatakan oleh tun dr mahathir mohamad?’

Mungkinkah kerana dia kecewa tidak diberi jawatan apa-apa masakini?!

Apapun, sekali lagi saya ingin memberi amaran keras kepada abdullah sani agar jangan terlalu kurang ajar!!

Hakikatnya, tiada konspirasi langsung dalam isu ini tetapi saya tetap dengan pendirian anwar ibrahim tidak layak memimpin bangsa, agama serta negara!!

Bila masa ketika yang sesuai tiba; saya akan bercakap secara terbuka mengenai apa yang diperkatakan ini di hadapan abdullah sani sendiri bagi mempertahankan prinsip yang tulen!!

Jangan risau kerana abdullah sani hanyalah ‘kacang putih’ saja yang saya boleh genggam dan simpan di dalam kocek seluar saja!!

Bagi saya, abdullah sani adalah seorang ahli parlimen PH yang tidak beretika serta tidak menghormati ketua yang dipilih secara konsensus dan beliau harus diambil tindakan disiplin oleh jawatankuasa disiplin PH!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
2 Oktober 2019

Succession row: Anwar supporter drubs Dr M supporter over ‘repeat of 98’ remark https://www.malaysiakini.com/news/494179#.XZRxoOez9Hs.whatsapp

Kenapa NAJIB tak pernah hentam Anwar Ibrahim ?

 

Kenapa NAJIB tak pernah hantam Anwar ?

Semua pembaca tegar dan penganalisis politik tau kenapa dan sebab apa .

tahukah anda semasa BN tewas orang pertama yang Najib Call siapa ? Anwar Ibrahim ! Dia mengadu biasa la sifu besar.

Mereka semua ni sekapal Anwar ,Najib ,zahid dan Nazri Pailang

Cara politik Anwar ni sgt kotor , berbunga dan madu di depan kerambit di belakang.

Pasukan ini adalah pasukan rahsia.

Hari ini Tun M dan pasukannya bertungkus lumus memulihkan negara.

Anwar dia buat apa selain dari melobi sana sini , nak jadi Perdana Menteri.

Sanggup menghunuskan kerambit kepada Azmin Ali.

Admin bukan penganalisis politik terer. Cuma admin mahu korang semua ni berfikir apa yang admin sedang fikir

Tima Kasey !!

Khadam Terbaru Umno

YBhg Tuan Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Bersama En Dawami, Pengarah Sektor Kewangan YADIM

9.00 pagi, Kunjungan dan perbincangan kerja bersama YBhg Tuan Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (dikenali sbg JPP sebelumnya).

Hadir bersama En Dawami, Pengarah Sektor Kewangan YADIM.

 

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Mendapat Keuntungan Amat Besar Setelah 6 Buah Helikopter Tempahan Di AS Sampai Ke Malaysia.

6 biji helikopter bernilai RM300 juta dibeli zaman BN sampai sekarang belum diterima ATM.

Masa tu siapa jadi Menteri Pertahanan ? Bukankah Hishammuddin?

Laporan kenapa LTAT hanya bayar 2% persen di bentang di Parlimen saya sokong. Kerajaan juga diharap bentangkan juga skandal2 Kementerian Pertahanan yang lain. Kalau boleh bentang Kertas Putih lagi baik.

1. Skandal 7 bilion pembelian sentaja dengan Turki
2. Skandal 27 patrol vessel yang setiap satu unit bernilai 1 bilion
3. Skandal yang pernah dibangkitkan oleh Sultan Johor berkaitan pembelian senjata yang jauh lebih tinggi dati harga pasaran.
4. Skandal kapal selam scorpene dengan komisyen 500 juta kepada syarikat perimekar

Dan berlambak lagi.. pembaziran dan rasuah. Ambil tindakan dan bina semuala negara mengikut acuan yg betul.

Menteri: LTAT warisi kelemahan lama, perlu betulkan pelaburan tidak munasabah

Mohamad Sabu berkata pelaburan tidak munasabah dijalankan oleh kepimpinan terdahulu telah menyebabkan kurangnya pulangan untuk tahun ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mahu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mempertingkat strategi bagi menjana pulangan yang lebih baik, mampan dan bertanggungjawab demi kebaikan dan kebajikan ahli.

Mengulas tindakan segelintir pihak yang mempertikai kadar dividen yang diumumkan LTAT semalam, Mohamad berkata LTAT telah menjalankan tanggungjawabnya untuk menjana pulangan yang mampan untuk ahli-ahlinya.

Beliau berkata pengurusan LTAT pada hari ini mewarisi organisasi yang sarat dengan pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan daripada kepimpinan yang tidak telus sebelum ini.

“Untuk LTAT mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi, ia memerlukan pulangan yang baik, hasil daripada pelaburannya.

“Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan oleh kepimpinan terdahulu telah menyebabkan kurangnya pulangan untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata LTAT telah menerima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017 dan jumlah keuntungan bersih tahun itu telah diselaraskan kerana mengambil kira hasil daripada jualan tanah yang belum dimuktamadkan.

“Untuk rekod, pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun sebanyak lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta.

“Bagi Tahun Kewangan 2016, pendapatan bersih LTAT juga turun sebanyak 48 peratus daripada RM685.5 juta kepada RM356.2 juta setelah mengambil kira penyelarasan daripada penjualan tanah yang tidak dimuktamadkan namun hasil daripada jualan itu telah diambil kira sebagai pendapatan LTAT,” katanya.

Beliau berkata LTAT juga diingatkan supaya terus menjaga kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk jangka masa panjang.

“Tumpuan kerajaan Pakatan Harapan dan pentadbiran baru LTAT adalah bagi menjaga kebajikan anggota ATM dan kerajaan tidak gusar untuk mengisytiharkan pulangan yang rendah kerana ia seiring dengan kemampuan LTAT pada ketika ini,” katanya.

Semalam LTAT mengumumkan dividen sebanyak dua peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Dis 2018.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/01/menteri-ltat-warisi-kelemahan-lama-perlu-betulkan-pelaburan-tidak-munasabah/?fbclid=IwAR1UowUUbav9Pj-t-JRpbu0_YigkFblQpu-Itf5g2JuhMrBGUlGU_r3lcvY

 

 

Nga nasihat Najib bertaubat

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menasihati bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ‘bertaubat’ dan kembali kepangkal jalan daripada terus melakukan perbuatan menabur fitnah.

Beliau berkata, sebagai seorang yang beragama Islam Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya terjerumus dalam kancah fitnah kerana perbuatan itu juga merupakan satu dosa besar.

“Nasihat saya kepada Datuk Seri Najib, sila bertaubat dan kembali kepangkuan jalan sebelum terlambat.

“Janganlah terus terjerumus dalam kancah menabur fitnah kerana dari segi Islam fitnah adalah satu dosa yang besar dan itu tidak baik.

“Kembalilah ke pangkuan jalan sebagai seorang kekanda beliau harus faham betapa seriusnya apabila kamu terus menabur fitnah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran di Facebook yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan apabila meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap dirinya kerana didakwa menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.

Najib membuat tuduhan itu berdasarkan hantaran dalam tulisan Cina menggunakan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’
berhubung isu papan tanda yang mempunyai tulisan Cina.

Mengulas lanjut, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyifatkan Najib bersikap demikian kerana bekas perdana menteri itu tidak lagi sibuk seperti dahulu dan disebabkan itu masa yang terluang digunakan olehnya untuk menyerang beliau.

“Apabila ada seorang bekas perdana menteri memakai berita palsu untuk serang DAP ataupun saya ia menunjukkan beliau sebenarnya sudah ketandusan idea.

“Beliau kebuntuan jalan tak tau nak buat apa dan kini kerjanya menabur berita-berita dan membantu menyebarkan berita palsu. Saya dah tegaskan itu berita palsu, berapa jauh dia boleh pergi,” ujarnya.

Kor Ming turut menyindir Najib kerana beliau kini sering memberi perhatian kepadanya meskipun mengetahui bekas perdana menteri itu mempunyai agenda tertentu.

Tambah beliau, serangan seperti dilakukan oleh Najib itu bukanlah yang pertama sebaliknya, ia sudah acapkali berlaku.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihaknya ke atas Najib susulan pernyataan fitnah itu, Kor Ming berkata, ketika ini beliau menunggu arahan daripada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Kor Ming memberitahu, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan laporan polis turut akan dibuat selepas ini.

– MalaysiaGazette

Minta RM3 juta -bekas Setiausaha Pejabat di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Setiausaha Pejabat di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung tender penjualan hartanah di Hong Kong.

Tertuduh, Rohaya Sabot, 39, mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Setiausaha Pejabat yang bertugas di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan didakwa meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf.

Wang itu sebagai dorongan iaitu membantu Wan Mohamad selaku wakil bagi Syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset kerajaan iaitu Bangunan Malaysia yang beralamat di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di PappaRich Ayer@8, Lot B2-G-2 Ayer 8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa menerima RM50,000 daripada Wan Mohamad melalui akaun CIMB Bank kepada akaun Maybank Islamic Berhad milik tertuduh dan RM3,000 daripada individu yang sama melalui deposit tunai kepada Maybank Islamic Berhad milik tertuduh sebagai dorongan melakukan perbuatan yang sama.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad Al-Idrus Cawangan Kuching, Tingkat 1, Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak, pada 14 dan 26 Disember 2018.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/502697/minta-rm3-juta?fbclid=IwAR0haqd5WUMMhWPZOtfutiyKPmBDMH0T3M6soQ2AV-djyJuBniD-SHvk_bU

Create your website with WordPress.com
Get started