SKANDAL MENGGEMPARKAN BABIT PENGERUSI PAC DAN MENTERI BN?

1 BABI RASUAH1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS

1 A BABI

SKANDAL MENGGEMPARKAN BABIT PENGERUSI PAC DAN MENTERI BN?

DASHYAT SUNGGUH MODUS OPERANDI UNTUK LINDUNGI NAJIB….

◼️ Mengubah Laporan Akhir PAC ke atas 1MDB.

◼️ Laporan PAC tiada skop siasatan terhadap Najib tetapi Najib menggunakan Laporan tersebut konon sebagai membersihkan diri dia.

◼️ Pengerusi PAC sorok Surat Bank Negara yang mengesahkan Goodstar Limited adalah milik Jho Low daripada semua Ahli² PAC.

◼️ Pengerusi PAC Hassan Ariffin, Ahli Parlimen BN Rahman Dahlan, CEO Media Prima Farid Redzuan dan beberapa orang lain mengadakan pertemuan sulit sebelum dan selepas setiap sesi soaljawab PAC untuk membimbing Shahrol Halmi menjawab soalan² oleh PAC. Jawapan² juga disediakan oleh Jho Low.

◼️ Hassan Ariffin merupakan Ahli Parlimen Rompin yang menang By-Election menggantikan Jamaluddin Jarjis.

◼️Jamaluddin Jarjis bersama² Dato Azlin Alias terbunuh dalam satu kemalangan helikopter.

◼️ Rahman Dahlan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan salah seorang jurucakap PM berhubung kes 1MDB.

◼️ Rahman Dahlan pernah hire Eric See To @ Hantu Tongsan Lim Sian See sebagai balaci berhubung kes 1MDB ? 😁

◼️ Kesemua mereka sangat rapat dengan Najib.

◼️ Orang dari Pejabat Perdana Menteri menyuruh Arul Kanda dan Shahrol mengelakkan diri daripada hadir ke PAC dengan beredar ke luar negara.

◼️ Maka tidak hairan apabila Jho Low diatur supaya tidak perlu hadir ke PAC.

◼️ Juga tidak hairan apabila ramai saksi² utama yang dikehendaki oleh badan² penyiasat diarahkan supaya menghilangkan diri ke luar negara.

◼️ Mereka termasuklah Jho Low, Nik Faisal, Mohd Suboh, Eric Tan Kim Loong, Casey Tang, Terence Geh dan Jasmine Loo (iaitu penasihat Najib, proxi dan pegawai² tinggi 1MDB dan SRC).

◼️ Laporan Jabatan Audit Negara (JAN) berkaitan 1MDB / SRC yang dikemukakan kepada PAC turut dipinda di mana Najib dan Arul Kanda telah didakwa di mahkamah berkaitan tuduhan ini.

Berasaskan keterangan Shahrol Halmi, mereka ini perlu disiasat dan jika terbukti terbabit dalam usaha melindungi penyelewengan oleh Najib dan kunci²nya, mereka wajar diheret ke mahkamah untuk pengadilan.

https://m.kinitv.com/v…/8cb386de-2d46-454e-9575-914f57fc29e3

Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini berkata dia memadam beberapa baris perkataan dalam laporan jawatankuasa itu berhubung 1MDB kerana dimaklumkan maklumat berkenaan “bertaraf risikan”.

Datuk Hasan Arifin, yang mendiamkan lebih dua tahun, memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia membuat perkara itu pada 2016 bagi menghapuskan bahagian mengenai pemilikan Good Star Limited (GSL) selepas menerima surat dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, BNM menulis surat dan memaklumkan bahawa maklumat berhubung GSL itu “bertaraf risikan”.

Bercakap ketika membahaskan usul kerajaan agar PAC membuka semula siasatan ke atas 1MDB, Hasan berkata keputusan yang dibuatnya itu adalah bagi menjamin integriti PAC.

 

1MDB mempunyai hutang RM30 billion, ditanggung MoF dan kerajaan – saksi

1 KENCING AAAAAA1 HADI KAHWIN1 A PENYAMUN MSIA1 KERIS UMNO LAYU1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA

 

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berada dalam keadaan berhutang berjumlah RM30 bilion yang ditanggung oleh Kementerian Kewangan (MoF) dan Kerajaan Persekutuan.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dari 2009 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2013 berkata demikian apabila menjawab soalan tambahan oleh pendakwa utama Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-16 perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan dana 1MDB.

Sri Ram: Oleh itu, semasa anda meninggalkan 1MDB, apakah jumlah hutang 1MDB Shahrol Azral menjawab kira-kira RM30 bilion.

Sri Ram: Dan untuk RM30 bilion itu, yang diterima oleh 1MDB ialah satu pembayaran untuk nota Murabahah, Shahrol Azral menjawab, ya, pada tahun 2010.

Sri Ram: Anda bersama 1MDB dari 2009 hingga 2013. Siapa yang menanggung RM30 bilion itu

Shahrol Azral: MoF (Kementerian Kewangan), Kerajaan Malaysia, kerana 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Saksi pendakwaan kesembilan itu mengatakan hutang-hutang itu termasuk bon RM5 bilion yang dikeluarkan oleh syarikat yang dijamin oleh Kementerian Kewangan, dan bon berikutnya berjumlah US$3.5 bilion jaminan bersama oleh International Investment Co Petroleum (IPIC) dan MoF.

Mengenai jaminan bersama, Shahrol Azral berkata jika berlaku keingkaran, 1MDB sepatutnya membayar terlebih dahulu dan sekiranya tidak dapat membayar, pemegang bon boleh pergi kepada jaminan IPIC.

Ditanya oleh Sri Ram di mana IPIC akan mendapat wang dari Saksi itu menjawab, ia akan mendapatkannya daripada MoF, induk kepada 1MDB.

Sri Ram: Adakah anda sedar bahawa IPIC membuat tuntutan

Shahrol Azral: Ya, kami telah diberi taklimat dalam salah satu mesyuarat lembaga. Ia sama ada 2015 atau 2016 semasa saya masih dalam lembaga.

Kepada soalan sama ada saksi telah menarik balik notis abritasi yang dikeluarkan oleh IPIC, Shahrol Azral menjawab, “Ya, lembaga itu juga diberi taklimat mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh ingat tarikh mesyuarat “.

Sri Ram: Pada masa yang anda tinggalkan 1MDB pada bulan Mac 2013, apakah masalah IPIC telah diselesaikan

Shahrol Azral: Apabila saya meninggalkan lembaga pada 2016, perkara itu belum diselesaikan. Tetapi masalah sudah berbangkit.

Ditanya oleh Sri Ram sama ada tertuduh (Najib) mengambil sebarang langkah untuk menangani masalah itu, saksi utama pendakwaan menjawab “Tiada pada pengetahuan peribadinya kecuali apa yang diberi taklimat kepada lembaga oleh Arul Kanda Kandasamy (CEO 1MDB)”

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah disambung Isnin.

— BERNAMA

http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1773630&fbclid=IwAR2jZ0K3Nh1manKm6H7l2e6ISZf6mL5bQde7wlwDn5BEPmONMIyeKMoZpZw

Mujahid beri Asyraf Wajdi seminggu untuk mohon maaf

Mujahid beri Asyraf Wajdi seminggu untuk  mohon maaf

Mujahid berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan terhadap perkara yang tidak mempunyai asas dan merupakan satu pembonongan dan fitnah. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar memohon maaf  secara terbuka dalam tempoh seminggu berkenaan dakwaan penjualan aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM2.6 bilion.

Mujahid yang menyifatkan Asyraf umpama ‘lebai malang’ berkata, permohonan maaf secara terbuka itu perlu dibuat kerana dakwaan yang dibuat Asyraf adalah tidak berasas dan merupakan fitnah.

Beliau juga menjelaskan sebagai salah seorang yang terlibat dalam usaha Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional, Asyraf sewajar sepatutnya membantu dengan memberi cadangan dan pandangan bernas untuk menjadikan Islam dan umatnya dipandang tinggi bukannya memanjangkan pembohongan.

“Apa yang saya nak minta darinya?  Tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu.

“Jika dia tidak memohon maaf, kita akan mengambil tindakan yang selanjutnya sebab dia secara konsisten telah memburukkan Tabung Haji dan juga kerajaan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan Syarie Seluruh Malaysia.

Pada Isnin, Asyraf dalam satu kenyataan media meminta Mujahid  segera mengemukakan penjelasan berkenaan penjualan aset-aset strategik TH bernilai RM2.6 bilion termasuk pegangan saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM1.8 bilion.

Mujahid berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan terhadap perkara yang tidak mempunyai asas dan merupakan satu pembonongan dan fitnah.

“Saya tak faham Penyatuan Ummah ini, sepatutnya dia jagalah institusi Islam ini tapi dia memburukkan dengan satu kenyataan yang tidak tepat dengan alasan dia mempunyai maklumat, maklumat apa?

“Kemudian dia kata dia nak minta menteri beri penjelasan, penjelasan atas kepalsuan apa faedahnya?” soal beliau.

Dalam kenyataan medianya pada Isnin, TH memaklumkan bahawa secara keseluruhan pegangan syarikat itu dalam TNB telah bertambah sebanyak RM304 juta semenjak 18 bulan lalu.

TH juga menafikan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion atau secara drastik sejak tiga bulan lalu seperti dilaporkan media.

Malah TH memaklumkan sepanjang tahun 2019, nilai ekuiti domestiknya telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018 kepada RM7.48 bilion setakat 27 September lalu.

Bekas CEO 1MDB dibayar gaji bulanan RM99,000, pernah terima bonus 18 bulan

Bekas CEO 1MDB dibayar gaji bulanan RM99,000, pernah terima bonus 18 bulan

Shahrol Azral memberitahu mahkamah beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM99,000 sebulan sebelum meninggalkan 1MDB. – Gambar fail

Image may contain: 1 person, text

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM99,000 sebulan sebelum meninggalkan syarikat berkenaan .

Malah, pada awal penyertaan dalam perintis 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA),beliau memperoleh gaji sebanyak RM80,000 sebulan.

Shahrol juga menerima kenaikan kadar gaji sehingga peletakan jawatan pada 2013.

Kesemua jumlah pendapatan berkenaan adalah sebelum cukai.

Angka gaji itu turut mengundang reaksi spontan pendakwa raya Gopal Sri Ram yang berseloroh mengatakan dirinya salah memilih profesion.

Kata-kata Sri Ram itu turut mengundang ketawa mereka yang hadir di mahkamah.

 

Shahrol turut menerima elaun sebanyak RM179,000 setahun sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.

Pada masa sama, beliau juga menerima RM1,500 bagi setiap kali menghadiri mesyuarat lembaga pengarah.

Shahril juga tidak ketinggalan pernah menerima bonus selama 18 bulan sama ada dalam tahun antara 2012 hingga 2013.

Pada masa itu, pendapatannya adalah sebanyak RM80,000 sebulan.

Shahrol merupakan saksi pendakwaan kesembilan dalam empat kes pertuduhan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-ceo-1mdb-dibayar-gaji-bulanan-rm99-000-pernah-terima-bonus-18-bulan-218909

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=761798857594176&set=a.151629375277797&type=3&theater

BACA: Jho Low atur pertemuan Najib dan Putera Mahkota Abu Dhabi – Saksi

BACA: Jho Low kawal 1MDB dari belakang bagi laksana mandat Najib – Saksi