SPRM tahan bekas pengarah kastam negeri – Tahniah SPRM Dan Latheefa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah Jabatan Kastam negeri dan dua pengarah syarikat swasta semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, ia sebahagian daripada tindakan agensi itu menangani rasuah berkaitan penyeludupan serta pembalakan dan perlombongan haram.

“Bekas pengarah negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua suspek (pengarah syarikat swasta) ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

“Wang tunai dengan jumlah yang besar turut dirampas ketika penahanan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mahkamah majistret Kota Bharu membenarkan permohonan perintah reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga suspek pagi ini.

“SPRM juga membeku akaun suspek, individu lain serta entiti berkaitan. Secara keseluruhan, akaun 20 individu dan empat entiti telah dibekukan,” katanya lagi.

Pada 27 September lalu, Latheefa berkata rasuah dalam pembalakan dan perlombongan haram – yang membabitkan alam sekitar dan kepentingan awam – kini menjadi keutamaan SPRM

Menurut Berita Harian, Latheefa berkata SPRM sedang menyusun strategi dengan kaedah yang lebih canggih untuk membanteras masalah itu memandangkan pihak yang terlibat “sudah mengetahui sistem yang ada”.

https://m.malaysiakini.com/news/493725?fbclid=IwAR08d0Xz7fY5I__Y2EruCD6CVy2JfFgofLBtYWHFnWqovKqquAgn4lYAN9w

Mahkamah majistret Kota Bharu membenarkan permohonan perintah reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga suspek pagi ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah Jabatan Kastam negeri dan dua pengarah syarikat swasta semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, ia sebahagian daripada tindakan agensi itu menangani rasuah berkaitan penyeludupan serta pembalakan dan perlombongan haram.

1 menara kelantan 21 menara kelantan 31 menara kelantanisu-tanah-kelantanSlogan+Felda+Vs+Ladang+RakyatngehFlyers+12+LADANG+RAKYAT1 A TERANCAM1 KENCING AAAAAA1 A PENYAMUN MSIA

Pas terpaksa akur dan tunduk kehendak Umno demi melindungi dedak RM90 Juta.

Pimpinan Pas semua degil ,walaupun terang -terang rakyat dah tahu keburukkan mereka, masih tk nk mengalah ,terus cuba bohong dan memperbodohkan rakyat

1 A PENYAMUN MSIA1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS

Pas semakin lemah, ahlinya pula keliru – Penganalisis Astro Awani

GENG LAWYER BURUK KELANTAN

KUALA LUMPUR: Pas, sebuah parti politik yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam, kini dikatakan semakin terpinggir dari arus perdana politik negara, kata seorang penganalisis politik.

Portal Malaysia Dateline dalam laporannya mendakwa, ahli-ahli Pas juga keliru dengan kepimpinan mereka yang dilihat tidak dapat menjelaskan hala tuju parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kekeliruan ahli-ahli Pas timbul ekoran sikap pemimpin mereka yang dilihat lebih mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini merupakan musuh tradisi parti itu.

Hujah mengatakan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dibuat hasil kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre yang menemui ahli-ahli Pas diseluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar mendakwa hasil kajian lapangan pihaknya mendapati ahli Pas dipeingkat akar umbi tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang lebih mesra dengan UMNO berbanding bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.

“Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Hisomuddin mendakwa, pendekatan Pas yang enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Dap menyusahkan parti itu sendiri.

“Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

“Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.

“Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula,” kata Hisomuddin.

Ujar beliau, keputusan kepimpinan Pas yang hanya menjalinkan hubungan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi dalam masa sama tetap enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menulitkan kedudukan parti itu sendiri.

“Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku,” katanya.

Hisomuddin menjangka ahli-ahli Pas yang keliru ini berkemungkinan menyertai atau memberi undi kepada Amanah jika parti serpihan Pas itu lebih jelas halatuju dan tindakan mereka.

“Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini,” kata Hisomuddin.

Sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengelirukan ahli-ahli parti itu.

Abdul Hadi dilihat mesra dengan UMNO manakala Tuan Ibrahim pula cenderung untuk bersama pakatan pembangkang.

“Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

“Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.

“Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru,” katanya.

 

1 A PENYAMUN MSIA1 menara kelantan 21 menara kelantan 31 menara kelantanisu-tanah-kelantanFlyers+12+LADANG+RAKYATSlogan+Felda+Vs+Ladang+Rakyat1 Hadi Mohon Bantuan Cina.1 KEJAYAAN SYAITAN1 KENCING AAAAAA

1 Tun M1 TUN M1 TUN M6e98f-mahathir91e6e-pesanan2btun2bm2b1tunkabinet. [downloaded with 1stBrowser] (1)Putrajaya7abdb-pesanan2btun2bm2b29 PH20 PH1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 TUN SAYANG1 A CERDIK

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT AGAR KITA TIDAK TERLIBAT DENGAN PERSATUAN PENYAMUN SEMALAYSIA DAN BERLINDUNG DARI DOSA YANG AMAT KEJI IAITU MENYOKONG AMALAN RASUAH SERTA PECAH AMANAH.

1 A PENYAMUN MSIA1 KENCING AAAAAA

SERBAN TIADA TAPI BERANI..

*KEBANGKITAN KEMBALI HARIMAU ASIA*.

Awal subuh tadi saya mendapat email dari sahabat yang sama² berada di bangunan UN (PBB) , dan sungguh *MEMBANGGAKAN SEKALI* situasi di dalam video yang di lampirkan di dalam email tersebut.

Tun telah membuktikan kepada *WARGA DUNIA* bahawa untuk menjadi *PEJUANG AGAMA ISLAM* tidak perlu memakai serban , bercelak dan berjanggut.

Cukup dengan keberanian untuk *LANTANG BERSUARA* dan *DI DENGARI* oleh seluruh *PEMIMPIN DUNIA* , terutama pemimpin² kuasa besar.

Tun seperti kebiasaannya *TIDAK AKAN TUNDUK* atau *MENGALAH* dalam memperjuangkan hak² agama Islam di pentas dunia.

Menegur Myanmar , Kashmir , Uighyur dan paling berani *MENEMPELAK ISRAEL* tanpa berselindung.

Berani berhadapan dengan kecaman Israel terhadap kelantangan beliau mengenai *DASAR² ISRAEL* terhadap dunia Islam.

Tun tidak perlu berdiri di tepi pintu untuk *MENGHULURKAN SALAM* kepada pemimpin Zionis seperti si polan bin si polan dahulu.

Tun tidak memperjuangkan nasib pelarian Myanmar dari Stadium Melawati sambil terjerit² , cukup hanya di pentas dunia yang mana *DI SAKSIKAN OLEH BERJUTA* mata ketika membidas Myanmar.

Tun tidak risau dengan pelaburan China apabila menegur berkenaan ethnik Uighyur yang di tindas oleh China.

Kekuatan Tun adalah *KEBERANIAN DAN KETEGASAN* serta *KEIKHLASAN* ketika memperjuangkan agama Islam di dunia ini.

Tun juga *TIDAK PERLU* membuat tahlil dengan menjemput ulamak² tersohor hanya demi untuk *MENUNJUKKAN SIFAT KEISLAMAN* beliau.

Video yang di lampirkan di dalam email saya itu sahaja menunjukkan betapa *HORMAT DAN MENYANJUNGI* Tun oleh pemimpin dunia , mereka berbaris menunggu Tun keluar dari dewan PBB hanya ingin bersalam , _dah macam beratur nak masuk panggung wayang cerita box office_.

*SAJA NAK BAGITAU* , rakyat Malaysia hendakkan pemimpin yang bagaimana lagi , adakah masih memerlukan pemimpin yang hanya bertopengkan Islam dan menggunakan Islam untuk mendapatkan sokongan agar tidak bergelar *BANDUAN*.