ABDUL HADI ULAMAK KESAYANGAN MCA & MIC, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1 TUN SAYANG

ABDUL HADI, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1). Seperti laporan Malaysiakini pada 17 September, Presiden PAS berkata antaranya, “Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini…kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.”

2). Menurut portal Malaysiakini, ucapan itu dipetik daripada laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily.

3). Presiden PAS tidak wajar mengeluarkan ucapan yang mengandungi unsur-unsur yang berpotensi untuk menyalakan api sentimen perkauman di negara ini.

4). Rakyat Sabah dan Sarawak hidup aman damai dalam pelbagai kaum dan agama semenjak sekian lama. Di Sabah, Muslim majoriti. Di Sarawak, bukan Muslim majoriti.

5). Namun begitu, hubungan antara pelbagai kaum dan etnik di kedua-dua negeri itu berlangsung dengan harmoni. Gereja The Good Shepherd di Lutong Sarawak, hanya berjarak sekitar 100 meter sahaja dengan Masjid al-Naim.

6). Pada hari Jumaat, pengurusan gereja membuka kawasan parkir untuk orang Islam. Pada hari Ahad pula, pengurusan masjid membuka kawasan parkir untuk penganut Kristian. Mereka berbeza agama, tetapi berkongsi kemudahan untuk keharmonian.

7). Rakyat Sabah dan Sarawak walaupun berlainan agama berkongsi pasar, rumah panjang dan perigi. YADIM sendiri dengan kerjasama pelbagai NGO ada membina sebuah perigi yang dikongsi oleh penganut Islam dan Kristian di sebuah penempatan rumah panjang di Sarawak.

8). Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, PM pertama Malaysia telah memperkenalkan konsep “Muhibbah” dalam memupuk keharmonian hidup antara rakyat pelbagai kaum dan agama. Konsep ini dihayati oleh masyarakat di kedua-dua negeri itu sehingga kini.

9). Justeru, Presiden PAS tidak wajar bermain dengan api sentimen perkauman khususnya untuk masyarakat Sabah dan Sarawak. Permainan sentimen itu sangat bahaya. Jika ia menyala, tiada sesiapa pun yang untung. Semuanya hangus terbakar.

10). Ambillah ikhtibar daripada pelbagai negara yang musnah angkara peperangan saudara yang berlaku. Negara itu hancur. Rakyatnya menderita sangat panjang, generasi demi generasi.

11). Tiada mana-mana pihak yang menang kerana semua pihak terpaksa menanggung derita kekalahan akibat kemusnahan. Membangunkan kembali kemusnahan itu mengambil masa yang sangat lama dan jumlah dana yang sangat banyak.

12). Bahkan tidak salah untuk dikata, membangunkan kembali negara yang musnah kerana persengketaan sesama rakyat adalah sesuatu yang mustahil kecuali bersama keajaiban.

13). Kepada Presiden PAS, saya sarankan, berpolitiklah dengan rasional. Jangan kerana kepentingan politik kuasa PAS, negara ini berdepan dengan ketegangan kaum yang membawa kehancuran.

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

ZOLKHARNAIN ABIDIN,
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Nasional,
20 September 2019 C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s