Umnopas yang keras hati

11 tindakan zalim najib1 BANGSA KU A1 KENCING AAAAAA1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU AIngat Mati

Hati yang keras ialah hati yang tidak terasa berdosa apabila ia buat dosa.                         Hati yang keras merasa nikmat apabila makan rasuah dan melakukan maksiat kepada Allah SWT.                                                                                                                                               Hati yang keras ialah hati yang tidak pandai memberi kasih sayang sesama manusia.       Hati yang keras adalah hati taksub kepada sesama kaum mereka dan menolak segala kebaikan kaum lain.                                                                                                                       Hati yang keras adalah hati yang sanggup menipu sesama bangsa dan menyembunyi kebenaran demi kepentingan peribadi dan pertubuhan tertentu.
Hati yang keras ialah hati yang tidak sangka dirinyalah penyemarak sengketa.
Hati yang keras ialah hati yang tidak langsung nampak dirinya memiliki sifat mazmumah tebal, sedangkan yang dia nampak hanya mazmumah orang lain.
Hati yang keras ialah hati tiada keinginan untuk solat wajib atau berberjamaah.
Hati yang keras ialah hati yang tiada keinginan beribadah.
Hati yang keras ialah hati yang tiada keinginan menambah ilmu, bahkan dirasakan dirinya banyak ilmu, tak ingin berukhuwah dan bersilatulrahim.
Hati yang keras ialah hati yang tiada rasa hormat kepada orang lain bahkan dirasakan semua orang  kena hormat dia.

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/15/sejarah-umno-dan-pas-bercerai-kali-pertama-dahulu

PASTIKAN NO TELEFON ANDA SELAMAT

1 KENCING AAAAAA

1 BANGSA KU 21 KEJAYAAN SYAITAN

Kementerian Dalam Negeri

Semua panggilan direkodkan
Semua rakaman panggilan telefon yang disimpan
Whatsapp dipantau
Twitter dipantau
Facebook dipantau
Semua media sosial dan forum dipantau

Maklumkan kepada mereka yang tidak tahu.
peranti anda disambungkan ke sistem kementerian.
Pastikan anda tidak menghantar mesej yang tidak perlu.
Maklumkan kepada anak-anak anda mengenai ini dan untuk menjaga.
Amaran dari MCMC kpd Whatsapp Grup

Harap maklum bahawa setiap posting didlm grup whatsapp adalah dipantau oleh pihak MCMC 24jam sehari.

Pastikan TIADA posting yg melibatkan:
1. Ancaman kpd Ugama Islam.
2. Ancaman kpd Raja Raja Melayu Islam.
3. Ancaman kpd undang2 & keselamatan Negara Malaysia.
4. Tiada gambar EDIT terhadap pemimpin negara, lambang negara atau individu.
5. Tidak mereka-reka berita palsu.

INGAT!!!
Posting TANPA fakta dari sumber yg sah, akan menyebabkan Admin Grup akan ditahan polis utk siasatan TANPA NOTIS.

Saya mohon kerjasama semua AHLI Group utk mematuhi etika ber-whatsapp khususnya dalam grup ini

Terimakasih & Wassalam. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia [ MCMC ],
[06/09 11:24 pm] Abg Husin: ​​SILA AMBIL PERHATIAN SEMUA…​​

​​​Tolong check telefon anda sekarang.Cuba tekan *#06# . ​​​
​​​Jika keluar no IMEI sahaja,telefon anda selamat. ​​​
​​​Jika keluar IMEI-01,telefon anda dipantau oleh PDRM. ​​​
​​​Jika keluar IMEI-02,telefon anda dipantau oleh SPRM.​​​ ​​​Hati2 bila anda semua post gambar2, edit gambar yg melibatkan pemimpin negara apatah lagi penjawat awam kerana setiap no hp baru dan lama secara automatik di imbas oleh pihak SKMM…​​​ ​​​Bagi memantau post2 yg melibatkan pemimpin negara yg telah di edit dan jika disahkan terlibat, anda akan di dakwa di mahkamah…​​​

​Tolong berhati2 ya!!!​

​​#Hantar ke group yg lain…
https://telegram.me/Berita_1_Dunia9

‘Dasar akhbar bodoh, bangang’ – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

1 KERIS UMNO LAYU

1 HADI KAHWIN

PERKAHWINAN KALI KEDUA UMNOPAS.

Sejarah 1977 Mengapa PAS Disingkir Dari Barisan Nasional?-SILA CETAK DAN EDARKAN

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/15/sejarah-umno-dan-pas-bercerai-kali-pertama-dahulu/

1 KENCING A

1 UMNO KAFIR1 SUARA SYAITAN1 PAS LEBIH TERUK1 UMNOPAS DAYUS DENGAN MCA

‘Dasar akhbar bodoh, bangang’

BANGI, 24 Muharram 1441H, Selasa – “Dasar akhbar bodoh dan ‘bangang’!,” demikian respon ringkas pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yang menempelak tindakan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menyunting dan menyiarkan gambar presiden dua parti Melayu, Islam, baru-baru ini.

Menerusi satu keratan akhbar itu, terpapar gambar suntingan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kelihatan seperti pasangan pengantin.

Gambar berkenaan dipercayai sebagai sindiran terhadap kerjasama yang dimeterai antara kedua-dua parti melalui Piagam Muafakat Nasional, pada Pehimpunan Penyatuan Ummah, 14 September lalu.

Menyifatkan tindakan akhbar terbabit biadab dan kurang ajar, Ridhuan Tee sekali lagi mengulangi amarannya kepada puak ultra kiasu supaya berhenti ‘bermain api’ dengan mencetuskan provokasi yang boleh menggugat kesabaran orang Islam di negara ini.

“Akhbar Cina jangan nak bermain api. Kesabaran orang Islam ada hadnya. Nampak sangat ‘Cina-Cina’ yang bekerja dengan syarikat akhbar itu langsung tidak faham sensitiviti orang Melayu, Islam meskipun telah bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini.

“Kalau berani buat perkara yang sama di negara komunis China. Gunakanlah gambar Presiden China,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, tindakan akhbar berkenaan memperlekehkan kerjasama UMNO-PAS itu, membuktikan pemikiran komunis sangat berleluasa dalam akhbar ultra kiasu.

“Inilah bahanyanya SJKC. Mereka tidak faham sensitiviti bangsa majoriti. Pemikiran komunis jika tidak dibanteras dan dinyah, ia sangat bahaya kepada pembinaan negara bangsa.

“Bayangkan jika kita buat perkara sama, perkahwinan sejenis antara Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Apa perasaan? Marahkan?,” katanya.

Justeru, beliau meminta Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memantau akhbar-akhbar Cina ultra kiasu, yang disifatkannya sangat rasis.

“Pantau juga sekolah Cina kerana melahirkan produk dan wartawan berfikiran komunis. Bayangkan sekolah swasta Cina tidak dapat dikawal lagi oleh kerajaan sejak dahulu.

“Sekolah agama dipantau kerajaan kerana takut melahirkan Taliban Melayu. Apakah sekolah Cina tidak melahirkan pengganas komunis, apatah lagi sekolah swasta Cina yang tak terkawal?,” katanya.

‘Dasar akhbar bodoh, bangang’

SUMBANGAN UNTUK USTAZ SYARHAN MEMPERTAHANKAN FITNAH CIPTAAN UMNOPAS

1 17 fitnah Umnopas1 PAS MOHON MAAF1 API PERKAUMAN DI BUMI KELANTAN1 BANGSA KU A1 BANGSA KU 21 JEMAAH FITNAH1 KERIS UMNO LAYU

Bukti Pas Memperalatkan Agama, Menentang Teresa Kok (DAP) Adalah Arahan Agama Islam.

SUMBANGAN UNTUK USTAZ SYARHAN

Sahabat kami Ustaz Syarhan Humaizi (PAS) sekarang sedang dalam mahkamah berhadapan dengan saman dari Teresa Kok (DAP).

Ustaz Syarhan telah menyebut dalam tulisan beliau bahawa DAP anti Islam, maka Teresa mahu saman beliau.

Sedang bukti sudah depan mata, bagai bangkai gajah nak ditutup dengan daun pisang. Memang DAP anti kepada Islam.

Ustaz Syarhan Humaizi bersedia dicabar, medan mahkamah jadi lokasi pertarungan, lawan tetap lawan, demi Islam undur tidak sekali.

Justeru, senjata untuk bertempur di mahkamah adalah kos guamannya yang maha tinggi dan mahal.

Atas rasa ukhuwwah sesama muslim, juga kasih pada agama tercinta, duit mesti dicari, bayaran kos guaman mesti dilunas dengan segera.

Kami menyeru kepada teman2 di luar sana, ayuh sama-sama kita membantu Ustaz Syarhan Humaizi untuk berhadapan dengan Teresa.

Maruah Islam mesti dibela, sahabat yang sedang berada di medan wajib dibantu.

Yang sayang pada Islam mesti ke hadapan membela, bantulah sekadar mampu, semoga terbukti dengan jelas di mahkamah bahawa DAP memang anti Islam.

Sila bankin atau transfer sumbangan anda ke akaun Dewan Pemuda PAS Selangor.

No Akaun DPPNS :
Maybank / 564799120668
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor..

Sumbangan anda sangat membantu kami..

Ust Zuhdi Mat Piah
Bendahari DPPNS
2019/2021
+60 19-274 4905

Parti Umnopas Lubuk Segala Fitnah Jahat Di Bumi Malaysia

1 17 fitnah Umnopas1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 HUDUD DIJADIKAN PERMAINAN OLEH ULAMAK MALAYSIA1 hudud1 A TERANCAM1 TUN SAYANG1 A CERDIK

1. JAKIM terus diperkasakan. ( Pas kata JAKIM nak dimansuh ? )
2. Pusat Tahfiz diperkasakan melalui Dasar Tahfiz Negara. ( Pas kata kerajaan nak tutup tahfiz ? )
3. 5000 guru KAFA bakal diserap ke jawatan tetap. ( Pas kata Islam terancam ? )
4. Tabung Kebajikan Guru Kafa dilancarkan berjumlah RM 2.6 juta ( Pas kata Islam makin ditekan ? )
5. Tabung Haji berjaya menambah jumlah deposit baharu hampir RM 1 billion. ( Pas kata TH dikuasai bukan Islam ? )
6. Kuota jemaah haji bertambah dan kouta bagi menteri dimansuhkan. ( Pas kata kuota makin terancam ? )
7. Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM 5 juta ( Pas kata Islam terus terancam ? )
8. Masjid RAHMAH diperkenalkan. ( Pas rilek je guna masjid utk kutuk kerajaan )
9. Hari Jumaat adalah hari tulisan Jawi. ( Pas kata Jawi terancam ? )
10. Harga petrol Ron 95 tetap RM 2.08 sahaja. ( Pas Umno kata harga petrol makin tinggi ? )
11. Harga kenderaan/motosikal telah turun apabila GST dimansuhkan. ( Pas Umno kata kereta motor makin mahal ? )
12. Sarapan pagi untuk semua pelajar sekolah rendah bakal dilaksanakan. ( Pas Umno diam tak kata apa ? )
13. Program Bank Makanan Siswa bakal diperluaskan ke IPTS, IPG & Politeknik. ( Pas Umno kata siswa makin tertekan ? )
14. Senarai hitam peminjam PTPTN dimansuhkan dan peminjam bakal dibantu mencari pekerjaan ( Pas Umno kata kenapa tak mansuh ?. Yang janji nak mansuh tu dlm manifesto Pas ! )
15. Kes rasuah & penyelewengan oleh pemimpin BN, pegawai berpangkat besar terus disiasat dan dibicara. ( Pas Umno kata bila nak jatuh hukum ? )
16. Hutang 1MDB terus dibayar oleh kerajaan walaupun sumber kewangan negara terhad. ( Pas Umno kata dah jadi kerajaan, bayar je lah)
17. Kerajaan terpaksa membayar ‘bunga’ pinjaman sahaja mencecah RM 9 billion. ( Pas Umno ketawa berdekah-dekah ? )
18. Tol bakal dikurangkan berperingkat-peringkat dan pemansuhan akan dilaksanakan bila tiba masanya. ( Pas Umno tak percaya ? )
19. Kerajaan pusat membayar wang royalti kpd kerajaan negeri Terengganu lebih RM 1 billion. ( Pas kata BN lebih baik drp PH ?? )
20. Kerajaan mengambil tindakan tegas dan pantas bagi penghina agama di media sosial. ( Pas kata kerajaan diam tak buat apa² ? )
21. Zakir Naik kekal tinggal dalam negara. ( Pas Umno kata Zakir Naik akan dihalau ? Pas halang Ust Nik Omar berceramah dan jadi imam tu boleh pulak ? )
22. Tiada layanan VVIP buat menteri kerajaan PH bagi setiap majlis dan penerbangan domestik/luar negara. ( Pas Umno kata BN dulu lagi bagus ?)
23. SPRM, PDRM & KASTAM semakin aktif menjalankan tugas tanpa memilih bulu. ( Pas kata zaman BN dulu lagi bagus. )
24. Bantuan rakyat terus diperkasakan seperti BSH, MySalam, iSuri ( Pas Umno kata bantuan akan dimansuhkan ? )
25. Harga barangan semakin turun. ( Pas Umno kata zaman BN dulu lagi murah, ayam RM 1 jer )
26. Harga pakej internet diturunkan. ( Pas Umno makin ligat guna internet fitnah kerajaan )
27. Kerajaan baharu menjangkakan lebih RM26 billion wang 1MDB dapat dibawa kembali ke Malaysia. ( Pas kata BN tak salah ? )
28. Rakyat diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. ( kakitangan awam pro Umno Pas makin berani menghentam dan mencaci kerajaan dimedia sosial ? Zaman BN dulu berani ke ? )
29. Pemimpin pembangkang diberi liputan dan ruang berkeudara dlm tv & radio. ( Pas kata zaman BN dulu lagi baik )
30. Projek berskala besar di negeri pembangkang dilaksanakan. ( Pas Umno kata PH zalim ? )

FORMULA HIDUP BAHAGIA & HIDUP CERIA

1 BANGSA KU A11 tindakan zalim najib1 17 fitnah UmnopasIngat Mati

FORMULA HIDUP BAHAGIA & HIDUP CERIA;

♥ Jadikanlah KEKAYAAN sebagai modal membuat KEBAJIKAN.

♥ Jadikanlah AKHLAK mulia sebagai PERHIASAN.

♥ Jadikan NUR yang di kurniakan sebagai pendorong KETAATAN.

♥ Jadikan MASA dan KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMALAN.

♥ Indahnya KEMENANGAN akan menghapuskan pahitnya KESABARAN.

♥ Nikmatnya KEBAHAGIAAN akan menghapuskan semua KESEDIHAN.

♥ Halusnya PERANCANGAN akan menghapuskan banyaknya RINTANGAN.

IN SYAA ALLAH ♥♥♥

INSAN KENDIRI INSAN TERPUJI

♥ Muhasabah itu perlu. Perisai dari seteru.
♥ Motivasi diri setiap hari. Supaya menjadi insan kendiri.
♥ Bersyukur apabila mendapat kenikmatan.
♥ Bersabar apabila mendapat kesulitan.
♥ Tawakkal setelah melakukan sebarang urusan.
♥ Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
♥ Jangan membiarkan hati hanyut dalam kesedihan.
♥ Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
♥ Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan.
♥ Jangan hasad dengki dengan kekayaan orang.
♥ Jangan iri hati atas kejayaan insan.
♥ Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
♥ Jangan tamak kepada keduniaan.
♥ Jangan terlalu mengejar akan sesuatu kedudukan.
♥ Jangan hancur kerana kezaliman.
♥ Jangan goyah kerana hasutan.
♥ Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan.
♥ Jangan campuri harta yang halal dengan yang tak ketahuan.
♥ Jangan sakiti ayah dan ibu walau apa pun alasan.
♥ Jangan usir orang yang meminta-minta kerana kesusahan.
♥ Jangan sakiti anak yatim piatu yang kehilangan.
♥ Jauhkan diri dari dosa-dosa besar yang di laknat Tuhan.
♥ Jangan membiasakan diri melakukan kesalahan.
♥ Masjid/surau kita imarahkan.
♥ Lakukan solat dengan khusyuk penuh keikhlasan.
♥ LAKUKAN SOLAT FARDHU DI AWAL WAKTU SECARA BERJAMAAH DI MASJID BERDEKATAN.
♥ BIASAKAN SOLAT MALAM UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA TUHAN.
♥ Perbanyak zikir dan doa untuk keselamatan.
♥ Lakukan puasa wajib dan puasa sunat menjadi amalan.
♥ Sayangi dan santuni insan yang hidup serba kekurangan.
♥ Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Tuhan.
♥ Jangan marah berlebih-lebihan.
♥ Cintailah seseorang dengan kesederhanaan.
♥ BERSATU LAH KERANA ALLAH DAN BERPISAH LAH KERANA ALLAH MENJADI TUJUAN.
♥ Berlatihlah konsentrasi fikiran.
♥ Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat di tunaikan.
♥ Jangan mempunyai musuh kecuali dengan iblis dan syaitan.
♥ Jangan percaya kepada ramalan.
♥ Jangan terlampau takut kepada kemiskinan.
♥ Hormatilah setiap kehidupan.
♥ Jangan terlampau takut kepada tekanan.
♥ JANGAN SOMBONG TAKABBUR DAN BESAR KEPALA SESAMA INSAN.
♥ Berlakulah adil dalam segala urusan.
♥ Biasakan istighfar dan taubat atas segala kesalahan.
♥ Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
♥ Perbanyak silaturrahim dalam kekeluargaan.
♥ Tutup aurat sesuai dengan tuntutan.
♥ Jangan berbicara melainkan ada kebaikan.
♥ Beristeri/bersuami kalau sudah berkemampuan.
♥ Hargai waktu disiplin waktu dan manfaatkan waktu jangan di sia-siakan.
♥ Biasakan hidup bersih tertib dan berperaturan.
♥ Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin yang merosakkan.
♥ SEDIAKAN WAKTU UNTUK SANTAI BERSAMA KELUARGA PENUH KEGEMBIRAAN.
♥ Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan.
♥ Hormatilah kepada guru dan ulama yang penuh kejujuran.
♥ Sering-seringlah berselawat kepada Rasul Junjungan.
♥ Cintai keluarga Nabi s.a.w. dan para sahabat sekelian nya.
♥ Hutang mengikat kita dalam kedukaan.
♥ Jangan berjanji kalau tak dapat tunaikan.
♥ SELALU INGAT AKAN SAAT KEMATIAN DAN SEDAR BAHAWA, KEHIDUPAN DUNIA ADALAH KEHIDUPAN YANG AKAN DI TINGGALKAN.
♥ Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tiada keberkatan.
♥ Sering bangun di penghujung malam berdoa dan minta keampunan.
♥ Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan.
♥ Memaaafkan orang lain yang berbuat kesalahan.
♥ Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan.
♥ JANGAN MEMBENCI SESEORANG KERANA FAHAMAN DAN BERBEZA PENDIRIAN.
♥ Jangan membalas kebencian dengan kebencian.
♥ Berlatih untuk berterus terang dalam semua keadaan.
♥ Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
♥ Jangan melukai hati setiap insan.
♥ Jangan membiasakan berkata penuh kedustaan.
♥ Berlakulah adil walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
♥ Jagalah amanah dengan penuh kewibawaan.
♥ Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
♥ Hargai dan hormati setiap insan.
♥ Jangan membuka keaiban.
♥ Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita. Lihat pula orang yang lebih berprestasi dalam kesungguhan.
♥ Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif penuh kebijaksanaan.
♥ Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah kita lakukan.
♥ Jangan sedih kerana kemiskinan dan jangan sombong kerana kekayaan.
♥ Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama bangsa dan alam sekelian.
♥ Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan insan untuk diambil pengajaran.
♥ Jangan membuat orang lain merasa penderitaan.
♥ Berkatalah yang baik-baik jangan menyakitkan perasaan.
♥ Hargai prestasi dan pemberian.
♥ Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
♥ Akrablah dengan setiap insan walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
♥ Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi kehidupan.
♥ Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita mendapat kecelaruan fikiran.
♥ Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan berilmu pengetahuan.
♥ Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kebaikan.
♥ Jangan menghina dalam pandangan perbuatan dan perkataan.
♥ Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan segala kebenaran.
♥ Jangan menangguhkan sebarang tugas dan kewajiban.
♥ Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan.
♥ Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan.
♥ Waspadalah akan setiap ujian cubaan godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
♥ Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kebinasaan.
♥ Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
♥ JANGANLAH KITA BAHAGIA DI ATAS TANGISAN /PENDERITAAN SAUDARA KITA.

ABDUL HADI ULAMAK KESAYANGAN MCA & MIC, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1 TUN SAYANG

ABDUL HADI, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1). Seperti laporan Malaysiakini pada 17 September, Presiden PAS berkata antaranya, “Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini…kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.”

2). Menurut portal Malaysiakini, ucapan itu dipetik daripada laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily.

3). Presiden PAS tidak wajar mengeluarkan ucapan yang mengandungi unsur-unsur yang berpotensi untuk menyalakan api sentimen perkauman di negara ini.

4). Rakyat Sabah dan Sarawak hidup aman damai dalam pelbagai kaum dan agama semenjak sekian lama. Di Sabah, Muslim majoriti. Di Sarawak, bukan Muslim majoriti.

5). Namun begitu, hubungan antara pelbagai kaum dan etnik di kedua-dua negeri itu berlangsung dengan harmoni. Gereja The Good Shepherd di Lutong Sarawak, hanya berjarak sekitar 100 meter sahaja dengan Masjid al-Naim.

6). Pada hari Jumaat, pengurusan gereja membuka kawasan parkir untuk orang Islam. Pada hari Ahad pula, pengurusan masjid membuka kawasan parkir untuk penganut Kristian. Mereka berbeza agama, tetapi berkongsi kemudahan untuk keharmonian.

7). Rakyat Sabah dan Sarawak walaupun berlainan agama berkongsi pasar, rumah panjang dan perigi. YADIM sendiri dengan kerjasama pelbagai NGO ada membina sebuah perigi yang dikongsi oleh penganut Islam dan Kristian di sebuah penempatan rumah panjang di Sarawak.

8). Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, PM pertama Malaysia telah memperkenalkan konsep “Muhibbah” dalam memupuk keharmonian hidup antara rakyat pelbagai kaum dan agama. Konsep ini dihayati oleh masyarakat di kedua-dua negeri itu sehingga kini.

9). Justeru, Presiden PAS tidak wajar bermain dengan api sentimen perkauman khususnya untuk masyarakat Sabah dan Sarawak. Permainan sentimen itu sangat bahaya. Jika ia menyala, tiada sesiapa pun yang untung. Semuanya hangus terbakar.

10). Ambillah ikhtibar daripada pelbagai negara yang musnah angkara peperangan saudara yang berlaku. Negara itu hancur. Rakyatnya menderita sangat panjang, generasi demi generasi.

11). Tiada mana-mana pihak yang menang kerana semua pihak terpaksa menanggung derita kekalahan akibat kemusnahan. Membangunkan kembali kemusnahan itu mengambil masa yang sangat lama dan jumlah dana yang sangat banyak.

12). Bahkan tidak salah untuk dikata, membangunkan kembali negara yang musnah kerana persengketaan sesama rakyat adalah sesuatu yang mustahil kecuali bersama keajaiban.

13). Kepada Presiden PAS, saya sarankan, berpolitiklah dengan rasional. Jangan kerana kepentingan politik kuasa PAS, negara ini berdepan dengan ketegangan kaum yang membawa kehancuran.

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

ZOLKHARNAIN ABIDIN,
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Nasional,
20 September 2019 C&P.

Pegawai Zuraida bidas sindiran Najib tentang ‘menteri Hong Kong’

Nilaian RM100 bilion rumah mewah yang tidak terjual hasil kerja membazir najib & BN.

Mantan PM Najib Razak yang sedang dibicarakan di mahkamah dalam tuduhan menyeleweng wang rakyat semalam mengeluarkan kenyataan yang menyindir cadangan YB menteri perumahan dalam isu rumah.

Niat dan buah fikiran yang dilontarkan oleh YB menteri adalah agar rumah-rumah mewah siap yang sudah sampai ke tahap lambakan tersebut terjual adalah bagi menyelesaikan masalah yang tercipta dari zaman pentadbiran dahulu termasuk akibat kebobrokan Najib sendiri.

Nilaian RM100 bilion rumah mewah yang tidak terjual ini bukanlah wujud sekelip mata.

Ia terkumpul sejak sekian lama kerana gagalnya pentadbiran terdahulu menjalankan tugas dengan bijak dan teliti.

Setiap kebenaran untuk membina rumah diberikan tanpa kajian impak yang betul dan tanpa penelitian kepada data yang akhirnya mengakibatkan mismatched atau salah padan antara keperluan semasa dengan jenis rumah dibina.

Selain itu ia juga dicadang untuk diimplementasi bersekali dengan skim Malaysia My Second Home yang bermula seawal tahun 2002 lagi.

Beliau juga bukanlah bertindak sebagai menteri perumahan Hong Kong atau China apabila mengutarakan cadangan itu.

Beliau sekadar bertindak sebagai seorang menteri dan warganegara yang bertanggungjawab yang berusaha memastikan bahawa tidak bertambah lagi projek gajah putih dalam negara dan mencari jalan keluar kepada bencana yang ditinggalkan pentadbiran Najib terdahulu.

Saya percaya sekiranya rumah-rumah mewah yang telah siap ini terjual, pihak pemaju hartanah terlibat dapat mencairkan modal mereka yang beku dan kemudiannya boleh mengambil bahagian dalam membina pula rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Selain menarik aliran masuk wang ke dalam negara dan membantu pemindahan teknologi serta kepakaran ekspatriat yang masuk dengan kawalan melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Ia adalah congakan ekonomi mudah yang Najib gagal fahami.


NOR HIZWAN AHMAD ialah setiausaha politik kepada menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://m.malaysiakini.com/letters/491797#.XXuWV8qgJdU.whatsapp

CADANGAN YB MENTERI KPKT UTK JUAL RUMAH MEWAH YG DIBINA DI ZAMAN BN YG TIDAK TERJUAL
.
YB Pn Hjh Zuraida Kamaruddin membayangkan utk menerima cadangan utk menjual sebahagian besar rumah mewah (lingkungan RM1.2Juta sebiji) kpd investor dari negara luar.
.
Rumah2 mewah tidak terjual ni dibina sejak tahun 2010 lagi.
.
Rmh mewah tidak terjual ini kebanyakannya jenis kondo di tengah bandaraya KL.
.
Aku percaya ianya di luar kemampuan org Melayu kebanyakan pon.
.
Dan bagi aku pon kalau lah nilai rumah RM1.2 Juta tu aku lebih rela beli jenis ‘landed house’.
.
Walau terpaksa memandu 30 minit atau 45 minit ke ibukota pon.
.
Jadi, bagi aku niat YB Menteri itu jelas utk membantu penjualan rumah2 mewah ini.
.
Tapi, aku tahu ramai yg mempertikaikan tentang kewajarannya??
.
Okay biar aku jelaskan:
.
1. Ia akan membantu penjualan rumah2 mewah yg tidak diminati rakyat negara ini kerana faktor kemampuan.
.
2. Sekiranya unit2 ini berjaya dijual, ia akan membantu para pemaju meningkatkan daya dan upaya mereka.
.
Malah, mereka akan punyai modal lain utk projek pembangunan yg baru pula.
.
Mgkn kerajaan bole shj menetapkan syarat2 tertentu dlm perjanjian dgn pemaju.
.
Sbg contoh syaratnya, sekiranya kerajaan membantu utk memastikan penjualan rumah mewah ini sekian unit, maka pihak pemaju kena membina rumah2 kos rendah dan mampu milik sekiaj unit pula.
.
3. Sekiranya, perjanjian timbal balik memberikan keuntungan kpd pemaju dan kerajaan, sudah tentu lebih byk rumah mampu milik boleh dibina pemaju tadi.
.
Dan pihak kerajaan kena pastikan juga rumah mampu milik ini mesti dijual kpd golongan sasaran dgn harga yg benar2 mampu milik!!
.
4. Kebaikan lain ialah bila expatriate beli rumah di sini, sudah tentu mereka akan berbelanja di dalam negara.
.
Secara tak langsung ia membawa aliran tunai ke dalam negara.
.
Siapa yg mendapat laba?
.
Sudah tentu peniaga2 kecil & sme di sekeliling kondo mewah mendapat tempias juga.
.
.
Namunbegitu, aku tidak menolak sebarang kekurangan atas usaha dan niat murni menteri.
.
Mgkn sahaja kerisauan warga net atau netizen ada asasnya.
.
Masakan tidak, apabila sekian ribu warga China yg berbondong2 masuk ke Malaysia khususnya ke Pahang semasa Tok Jib menjadi Menteri Perdana tak lama dulu.
.
Ini bukan lah sebab apa sebab pemegang paspor Tanah Besar masuk utk bekerja di sebuah kawasan perindustrian di negeri Pahang tidak lama dulu.
.
Ini belum dikira dgn berapa byk juta warga Indonesia di negara ini.
.
Ditambah pula jutaan jumlahnya warga Bangla yg masuk melalui pass lawatan dan pekerja oleh agensi pekerjaan Wak Jahid Ponorogo sejak 2015.
.
.
Sesungguhnya, walaupun ia masih diperingkat cadangan aku menyokong usaha ini dgn ketetapan pihak kerajaan kena pastikan pihak pemaju mesti mengotakan janji membina perumahan utk dibeli rakyat terbanyak dgn harga berpatutan slps
.
Dan satu mekanisme tentang tatakelola jualan yg telus harus juga diwujudkan sblm cadangan ini diluluskan.
.
Sekian
Kenyataan media

Lambakan rumah mewah tidak terjual KPKT sedang meneliti beberapa cadangan
1. Lambakan rumah mewah berharga RM1 juta keatas yang diusahakan pemaju swasta serta tidak terjual di Malaysia dianggar bernilai RM100 billion seperti dalam statistik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Bagi menyelesaikan masalah ini KPKT mencadangkan Kempen Ekspo Perumahan diluar negara dilaksanakan melalui Skim Malaysia My Second Home (MMSH) dan bukanlah HOC yang saya nyatakan semalam sehingga menyebabkan kekeliruan.
2. Skim MMSH terbuka kepada semua warganegara asing, manakala China dan Hong Kong dipetik sebagai contoh antara negara yang boleh disasarkan memandangkan harga purata hartanah di negara tersebut adalah tinggi.

3. MMSH yang diperkenalkan pada tahun 2002 meletakkan syarat-syarat ketat dan ia dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan.

4. Cadangan yang disebutkan semalam adalah untuk diperhalusi sebagai salah satu cara mengatasi lambakan rumah mewah yang telah pun siap dibina selama ini namun masih tidak terjual.

5. KPKT mengambil berat faktor lambakan projek gajah putih yang tidak baik kepada pertumbuhan ekonomi dan imej negara. Selain itu, jika tidak diselesaikan masalah sosial yang mungkin berlaku sekiranya rumah-rumah itu dibiarkan tidak berpenghuni.

6. KPKT berharap langkah ini boleh merancakkan aktiviti ekonomi dalam negara, menarik aliran wang asing dan pelancongan ke dalam negara dan juga melalui MMSH ia dapat menambah nilai modal insan melalui perkongsian kemahiran, pengalaman ekspatriat yang masuk secara sah dalam negara.

7. Ini juga adalah usaha kementerian dalam menyelesaikan beban ditinggalkan pentadbiran Barisan Nasional. Hal ini berlaku kerana pentadbiran terdahulu tidak melakukan kajian menyeluruh mengenai permintaan dan pengeluaran berkaitan perumahan.

8. Usaha ini Insha Allah tidak akan mengalihkan fokus saya untuk memberi tumpuan kepada program perumahan mampu milik buat B40 dan M40.

Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kandungan Surat Dr. Maza Kepada Tun M

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 A TERANCAM

YAB TUN, PANDANGLAH REDHA ALLAH DALAM MENCARI PENGGANTI

YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini. Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya. Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salahguna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata. Malangnya, dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu. Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan perlantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

Rakyat Marhaen

Dr MAZA,

Kangar, Perlis

C&P.