Ambil alih TIA jadi 1MDB untuk sembunyi seleweng RM5 bilion’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pengambilalihan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1MDB adalah untuk menyembunyikan penyelewengan Najib Razak ke atas bon pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan perkara itu semasa membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.

Loading…

“Berdasarkan apa yang saya tahu sekarang, saya yakin bahawa dasar pengambilalihan TIA kepada 1MDB secara as is where is basis ini adalah dirancangkan oleh Jho Low (Low Taek Jho) dengan restu daripada Najib untuk menyembunyikan penyelewengan beliau semasa penerbitan bon IMTN RM5 bilion dengan Jaminan Kerajaan yang dibuat pada Mei 2009,” jelasnya.

Shahrol Azral, 49, juga berkata Jho Low mengarahkannya menulis surat kepada Najib bagi memastikan 1MDB tidak perlu diaudit.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata Jho Low memintanya menulis surat 1MDB bertarikh 11 Dis 2009 kepada bekas perdana menteri itu atas alasan ia adalah permintaan Najib.

“Dalam surat ini, pihak 1MDB telah menyatakan berkenaan ‘1MDB: Updates & Approvals’ yang pihak TIA merujuk kepada keputusan dan kelulusan oleh Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB yang bersetuju supaya hala tuju BOA mengenai proses pengambilalihan TIA kepada 1MDB.

Saksi penting itu berkata beliau tidak terlibat dalam perbincangan awal mengenai perkara itu tetapi percaya kandungan surat berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Jho Low dan Najib.

“Ini berdasarkan satu dokumen talking points (tajuk perbincangan) yang dihantar melalui e-mel oleh Jho Low kepada saya yang sudah tidak ada dalam simpanan saya lagi.

Katanya surat berkenaan turut dilampirkan kepada Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi Lembaga Pengarah).

Shahrol Azral juga mengesahkan beliau telah menerima surat 1MDB itu daripada Najib bertarikh 22 Dis 2009.

“Di dalam surat itu menyatakan Najib mengambil maklum bahawa Lembaga Penasihat 1MDB bersetuju supaya pemersekutuan TIA seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri kepada 1MDB dilakukan atas dasar as is where is dan tiada keperluan bagi audit dan due diligence dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara kerana pemindahmilikan saham telah pun sempurna.

“Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Pengarah 1MDB iaitu 1MDB sebagai sebuah syarikat diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 mesti diaudit oleh juruaudit profesional luar lantikan Lembaga Pengarah dan keperluan bagi Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB tidak timbul sama sekali,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

– Bernama

https://malaysianews-blog.blogspot.com/2019/09/ambil-alih-tia-jadi-1mdb-untuk-sembunyi.html?fbclid=IwAR1jyVXSOWzRpTunFmvmGkIClJX7Amq3nQR5hgHHAuD1dShNQ8KJXWgp35c

BERLAKON WARAK SELEPAS KEBAS DUIT RAKYAT

Image may contain: 3 people, people smiling, meme and text

1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 4 perkara akan ditanya1 BANGSA KU A1 KEJAYAAN SYAITAN1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID

ADEGAN YG SERONOK UNTUK DILIHAT

*Lakonan Penyamun selepas KANTOI 😝 hehe ….
https://t.co/8qn116VLmn

Jho Low, Tim Leissner Atur Pertemuan Najib Dengan Pengerusi Goldman Sachs

Image may contain: 2 people, people smiling, text

1 PENIPU AAAA

LANGSUNG | Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan dana 1MDB memasuki hari ke-12 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawa anda laporan langsung prosiding.

LANGSUNG

4.14 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan lebih awal hari ini.

Beliau membenarkan permohonan ketua DPP Gopal Sri Ram ekoran ketua pendakwaan Muhammad Shafee Abdullah perlu membuat persediaan bagi perbicaraan kes bunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Perbicaraan akan bersambung semula Isnin minggu depan.

3.05 petang: Jho Low dan CEO Goldman Sachs (Asia) Tim Leissner menjadi pihak yang mengaturkan perjumpaan antara Najib Razak dan Pengerusi Goldman Sachs Lloyd Craig Blankfein di satu pertemuan pelaburan di New York pada November 2009, kata Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Bekas CEO 1MDB itu berkata, dia diminta Jho Low untuk terbang bersama Najib ke mesyuarat dengan pihak yang berpotensi melabur dalam 1MDB.

Shahrol berkata dia bersama pengerusi 1MDB ketika itu, Lodin Wok Kamaruddin pergi ke sana pada 21 November 2009.

Perjumpaan itu berlaku keesokannya iaitu 22 November, katanya lagi.

“Jho Low dan Leissner telah menjadi matchmaker untuk pertemuan tersebut. Jho Low sebagai fasilitator kepada Najib manakala Leissner ialah fasilitator kepada Llyod Craig Blankfein.

“Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan bahasa tubuh dan perbualan mereka,” katanya lagi.

Tim Leissner
2.50 petang: Pihak pendakwaan mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan Gold Star Ltd menyalurkan AS$9 juta kepada pengeluar filem Red Granite Pictures.

ketua DPP Gopal Sri Ram menunjukkan dokumen tahun 2011 itu yang dikatakan menunjukkan Red Granite menerima wang itu daripada Good Star melalui Bank Coutts, sebuah bank yang beribu pejabat di London.

Selepas mengeluarkan dokumen yang menunjukkan anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai pengarah Red Granite, dia menunjukkan empat cek kepada bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Menjawab soalan Sri Ram berkenaan cek itu, Shahrol berkata dia diberitahu Jho Low untuk menyimpan cek tersebut sehingga menerima arahan lanjut.

Katanya lagi, memandangkan tiada arahan yang diterima dari Jho Low, dia menyerahkan cek yang tidak ditunaikan itu kepada jabatan kewangan 1MDB.

Mengulas lanjut, Shahrol berkata susulan usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI) pada September 2009, Jho memberitahunya yang keluarga diraja Arab Saudi ingin menyumbang AS$100 juta kepada Yayasan 1MDB.

Ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kemudian menyatakan bantahan dengan mengatakan cek tersebut ialah ‘bukti dokumen khabar angin’.

Shafee juga menyifatkan bukti lisan berkenaan dakwaan Jho Low mengarahkan Shahrol menyimpan cek itu sebagai khabar angin.

Sri Ram kemudian meneruskan pemeriksaan utama berdasarkan kenyataan saksi Shahrol.

2.47 petang: Perbicaraan bersambung.

12.04 tengah hari: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membenarkan perbicaraan berehat awal hari ini bagi membolehkan pendakwaan menyusun dokumen untuk fasa kedua keterangan saksi bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Permohonan dibuat ketua DPP Gopal Sri Ram ketika Shahrol – saksi kesembilan pendakwaan – selesai membaca sehingga perenggan 349 keterangan saksi 270 halamannya.

Perenggan satu hingga 158 berkenaan fasa 1 dakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, manakala fasa kedua bermula pada perenggan 350 di halaman 159 keterangannya.

Terdapat empat fasa dalam kesalahan yang didakwa dilakukan Najib berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Pemeriksaan utama Shahrol dengan Sri Ram akan bersambung pada 2.30 petang ini.

11.45 pagi: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata Jho Low pernah memberitahunya bahawa Good Star Ltd adalah milik PetroSaudi International (PSI).

Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata Jho Low memberitahu perkara itu pada Mei 2015, susulan laporan media bahawa ia didakwa milik Jho Low dan jutaan dolar wang 1MDB telah disalurkan ke syarikat itu.

Shahrol memberi keterangan berkenaan pengeluaran surat bertarikh 22 Mei 2015, daripada CEO PSI Tarek Obaid, yang menyatakan Good Star adalah milik PSI.

“Jho Low berjanji akan mendapatkan PSI untuk menulis kepada saya sepucuk surat untuk mengesahkan apa yang beliau katakan itu,” katanya.

Shahrol meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB pada Mac 2013 tetapi kekal dalam lembaga pengarah sehingga 2017.

11.20 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak selesa dengan pelaburan besar – berjumlah AS$1.83 bilion – yang disuntik 1MDB kepada PSI melalui 1MDB PetroSaudi Ltd dan Good Star Ltd.

Susulan itu, katanya, dia meminta Jho Low mencari jalan agar PSI mempercepat proses pelaburan semula “duit kami” di Malaysia.

“Sekurang-kurangnya ia dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana banyak projek 1MDB di Malaysia sedang berjalan,” katanya ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram.

Shahrol berkata Jho Low mengambil maklum akan permintaan itu tetapi tiada jawapan positif selepas dia beberapa kali bertanya soal itu kepadanya.

“Saya banyak kali menekankan beliau namun beliau masih memberikan maklumbalas yang sama. Sehinggalah saya dapat tahu daripada berita bahawa terdapat isu 1MDB melibatkan PetroSaudi.

” Saya amat keliru kerana semua transaksi dibuat adalah berdasarkan pelaburan antara kerajaan dan disokong penuh oleh kerajaan Malaysia melalui mandat yang diberikan oleh perdana menteri,” katanya lagi.

10.28 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low pernah mendakwa PetroSaudi International (PSI) “merungut pada daddy”, merujuk kepada Raja Arab Saudi ketika itu Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, selepas pengurangan lanjut pembayaran oleh 1MDB.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halim berkata dia mengurangkan bayaran kepada PSI daripada AS$300 juta kepada AS$205 juta kerana kekurangan dana.

Dia berkata Jho Low memberitahunya rungutan PSI itu dibuat selepas 27 Mei 2011.

” Jho memberitahu saya yang PSI amat kecewa dan tidak puas hati. Jho ada berkata ‘they complained to daddy’ yang bermaksud Putera Turki telah memaklumkan kepada Raja Abdullah.

“Saya juga difahamkan oleh Jho yang ada perbualan antara Najib dan Raja Abdullah mengenai isu ini,” katanya.

Katanya lagi, akhirnya dia terpaksa akur dan mengarahkan pembayaran peringkat terakhir iaitu AS$125juta dibuat kepada PSI.

10.13 pagi: Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata bantahannya kepada Jho Low menyebabkan rancangan meminjamkan AS$750 juta dikurangkan kepada AS$330 juta.

Bekas CEO 1MDB itu berkata, susulan mesyuarat lembaga pengarah pada 4 April 2011, dia berkata kepada Jho Low untuk mengurangkan rancangan pelaburan untuk projek tenaga di luar negara kerana kurangnya dana untuk projek tempatan.

“Lanjutan daripada perbincangan pada April hingga Mei 2011 antara saya dan Jho Low, PSI bersetuju untuk mengurangkan drawdown request dari syarikat usaha sama kepada USD330juta pada 12 Mei 2011,” katanya.

10.10 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia percaya Jho Low hanya mahu menggunakan nama 1MDB dalam usaha mengambil alih sebuah hotel di London melalui Maybourne Hotel Group, yang didakwa dipimpin Jho Low sendiri.

Bekas CEO 1MDB itu merujuk kandungan minit mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah bertarikh 30 Mac 2011, yang disediakan oleh Jho Low sendiri.

Dalam minit itu, Najib setuju agar 1MDB memberikan pinjaman AS$750 juta kepada PetroSaudi dengan syarat 1MDB mendapat pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan memberi tumpuan kepada projek bawah Maybourne Hotel Group, SRC International, dan Kuala Lumpur International Financial District.

9.55 pagi: Bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia membantah Low Taek Jho pada 2010 berhubung memberi AS$750 juta lagi pinjaman kepada PetroSaudi International (PSI).

Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata tindakannya itu kerana merasakan 1MDB tidak patut lagi memberi pinjaman kepada PSI tetapi menggunakan dana yang ada untuk projek di Malaysia.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, dia meminta Jho Low berunding dengan Najib untuk mengurangkan jumlah pinjaman.

“Pada masa sama tanpa pengetahuan saya, (pengarah PSI) Tarek Obaid menulis surat bertarikh 18 Februari 2011 kepada Najib, untuk tambahan pinjaman sebanyak AS$750 juta.

“Surat itu dilampirkan bersama sepucuk surat daripada Putera Turki kepada Najib, bertarkih sama.

“Surat itu diberi kepada (pengerusi 1MDB ketika itu) Lodin Wok Kamaruddin pada 11 Mac 2011, dengan nota bertulis dari Najib mengatakan dia tidak membantah pelaburan tambahan,” katanya.

9.30 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk dai barisan depan galeri awam. Beberapa minit kemudian, dia masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

Fokus terhadap peranan Najib dalam usaha sama dengan Petrosaudi

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijangka meneruskan keterangannya hari ini antaranya berkenaan bagaimana syarikat itu boleh terlibat dengan usaha sama membabitkan dana besar, didakwa dengan PetroSaudi International.

Sepanjang keterangannya dalam perbicaraan 1MDB ini, dia yang merupakan saksi kesembilan mendakwa Najib ada banyak peluang untuk membatalkan transaksi meragukan berkaitan usaha sama itu tetapi tidak berbuat demikian.

Semalam, dia mendakwa 1MDB distrukturkan untuk memberi “kuasa mutlak” kepada Najib yang bukan saja perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, tetapi juga pengerusi lembaga pengarah 1MDB.

Jho Low arah musnah dokumen sulit 1MDB-PetroSaudi, kata saksi

Jho Low.

1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 4 perkara akan ditanyaIngat Mati

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho mengarahkan maklumat sulit dan sensitif berhubung projek usaha sama 1MDB dan PetroSaudi International Limited (PSI) dimusnahkan kerana dokumen itu jika disalahgunakan akan menggugat kedudukan Najib Razak.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, bagaimanapun berkata ada dokumen yang tidak sempat dimusnahkannya mengikut arahan Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mungkin kerana beliau terlepas pandang.

“Bagi setiap dokumen ‘talking points atau action plan’ serta e-mel yang saya terima daripada Jho Low, beliau akan sentiasa berpesan kepada saya untuk pastikan dokumen tersebut dimusnahkan atas alasan ia mengandungi maklumat amat sulit dan sensitif dan boleh disalahgunakan untuk menggugat kedudukan Najib secara politik, sekiranya ia jatuh ke tangan yang salah.”

Merujuk “talking points” Jho Low bertajuk “Background – Joint Venture Between PetroSaudi and 1MDB”, saksi itu berkata, seingat beliau, “talking points” itu diberikan kepadanya sebagai menjawab persoalan kepada rakyat berhubung isu 1MDB.

“’Talking points’ ini mengandungi butiran terperinci usaha sama dengan PSI, bermula sejarah penubuhan PSI dan hubungan syarikat PSI dengan Raja Abdullah dan berakhir dengan penamatan perjanjian pinjaman Murabaha.

“Dokumen ini adalah satu contoh ‘talking points’ yang digunakan Jho Low untuk memastikan segala tindakan yang saya ambil mengikut kehendaknya.

“Setiap kali dokumen ‘talking points’ seperti ini diserahkan kepada saya, Jho Low akan memberitahu isi kandungannya telah dibincangkan dan dipersetujui Najib.

“Saya rasa beliau tidak berbohong mengenai perkara itu kerana kebanyakan masa, saya rujuk semula isi kandungan ‘talking points’ yang Jho Low serahkan kepada saya, Najib tidak pernah mengatakan beliau tidak setuju dengannya dan hanya akan meminta atau mengarahkan saya untuk mengambil tindakan susulan mengikut kandungan ‘talking points’ tersebut.”

Beliau berkata, antara ‘talking points’ yang diberikan Jho Low kepadanya melalui e-mel ialah “PetroSaudi Joint Venture 2009 & Murabaha Facility 2010”, “Surat daripada Royal Embassy of Saudi Arabia Kuala Lumpur kepada Najib Razak berkenaan Letter of Support re PetroSaudi International bertarikh 11 May 2011”, dan “Surat daripada Ambassador of Malaysia Kingdom of Saudi Arabia kepada 1MDB berkenaan re: letter of confirmation re PetroSaudi International bertarikh 7 May 2011”.

“Talking points” itu juga mengandungi butiran usaha sama 1MDB-PSI dan disertai surat dari duta Arab Saudi yang menyokong syarikat PSI, duta Malaysia ke Arab Saudi yang menyokong Putera Turki dan Tarek Obaid (CEO PSI) yang menyatakan status baik syarikat PSI.”

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, secara amnya, dokumen sokongan itu untuk memberi keyakinan PSI adalah syarikat yang mempunyai reputasi baik dan boleh dipercayai.

Membacakan pernyataan saksi setebal 270 muka surat, Shahrol berkata, merujuk “Director Circular Resolution in writing passed pursuant to the Company Article of Association on proposed repayment and termination of murabaha facility agreement dated 20 June 2012”, ia bertujuan melangsaikan hutang Murabaha PSI dan menamatkan perjanjian Murabaha itu.

Katanya, transaksi itu diaturkan Jho Low dan diuruskan peguam 1MDB, Jasmine Loo supaya wang 1MDB yang dipinjamkan kepada PSI boleh dibawa pulang secara berperingkat.

“Berdasarkan ‘action plans; yang disalinkan kepada saya melalui e-mel daripada Jho Low kepada Loo, semua tindakan pertukaran Nota Murabaha kepada ekuiti PSOSL (PetroSaudi Oil Services) dan seterusnya ke dalam bentuk ‘fund units’ telah ditaklimatkan kepada Najib dan dipersetujui beliau,” katanya dalam pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-14 kes bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Semalam, saksi itu memberitahu Mahkamah Tinggi, Jho Low mencadangkan projek usaha sama 1MDB dan PSI yang tidak aktif diubah daripada bentuk ekuiti kepada Nota Murabaha kerana 1MDB tidak boleh menamatkan usaha sama itu begitu saja disebabkan ia melibatkan hubungan dua hala Arab Saudi dan Malaysia.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, manakala semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di tempat sama.

Perbicaraan diadakan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

1MDB dibenar pinjamkan AS$330 juta kepada PetroSaudi

SAKSI pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir sambung bicara kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas 25 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto Aswadi Alias

1MDB dibenar pinjamkan AS$330 juta kepada PetroSaudi

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberi pinjaman mata wang asing tambahan berjumlah AS$330 juta kepada PetroSaudi BVI pada Mei 2011.

Kebenaran itu diberikan melalui surat bertajuk ‘Kebenaran BNM berkenaan pemberian pinjaman mata wang asing kepada bukan pemastautin bertarikh 20 Mei 2011’ itu, berikutan permohonan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Radhi Mohamad, bertarikh 18 Mei 2011.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, dalam keterangannya berkata, kebenaran itu diberikan dalam mesyuarat antara BNM dan 1MDB pada 19 Mei 2011.

Shahrol Azral yang membacakan pernyataan saksinya, berkata surat AmBank Berhad kepada 1MDB bertajuk ‘Confirmation of a foreign exchange transaction’ bertarikh 20 Mei 2011, menjelaskan berkaitan arahan pindahan wang AS$30,000,000 ke akaun bernombor 11116073.2000.

“Beneficiary (Pemilik) bagi akaun ini adalah atas nama PetroSaudi International Ltd (PSI). Arahan memindahkan wang adalah daripada CEO PSI, Tarek Obaid melalui surat bertarikh 12 Mei 2011,” katanya.

Saksi turut merujuk surat ‘remittance instruction’ daripada 1MDB kepada AmIslamic berkenaan ‘FX confirmation’ bertarikh 23 Mei 2011 berkaitan arahan pindahan ke akaun PSI berjumlah AS$65,000,000.

Dokumen lain membabitkan “Letter of Instruction” (FX Deal) (arahan pindahan) daripada 1MDB kepada Deutsche Bank berkenaan ‘remittance of AS$110 juta (pengeluaran) bertarikh 27 Mei 2011.

Ia adalah surat pemberitahuan kepada AmIslamic Bank Berhad berkaitan arahan pemindahan wang ke akaun PSI bernombor 11116073.2000 berjumlah AS$110,000,000.

Katanya, urusan pemindahan wang ke akaun PSI diarahkan Tarek Obaid.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/611170/1mdb-dibenar-pinjamkan-as330-juta-kepada-petrosaudi?fbclid=IwAR3niMupASA92e0K7WA9-xBY-MXe3HcAI9j8RVoWOG8k6ZkoU8UmtZtIkKw

Perpaduan Ummah Menyebabkan Pas Akan Kehilangan Banyak Kerusi Dan Jawatan Penting Dalam Kerajaan Negeri.

Image may contain: one or more people, crowd and stadium

Agihan Kerusi Umnopas PRU Ke 15 Melalui Formula 50-50

ULASAN: Baru seminggu Piagam Pas dengan Umno ditandatangani, sudah berbunyi suara sumbang daripada Naib Presiden Pas tentang hasrat Presiden Haji Hadi Awang untuk membawa masuk Umno ke dalam kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan.

Nik Amar, Naib Presiden Pas menyatakan terlalu awal untuk kerajaan campuran didirikan.


Selepas seminggu berfikir, adakah kenyataan tersebut kerana akar umbi Pas sudah resah gelisah maka sesuatu kenyataan penafian mesti dibuat?

Adakah sekali lagi ahli-ahli Pas akan ditipu seperti dahulu dengan penafian Pas dan Umno tidak akan bersama walaupun kerjasama sulit sudah lama terjalin?

Atau adakah pimpinan kanan seperti Nik Amar sendiri merasa tergugat jika Umno dibawa masuk kerajaan negeri dan beliau bersuara mewakili kumpulan bimbang gulana untuk bercanggah pandangan dengan Tuan Presiden sendiri?

Atau adakah sebabnya kerana kedua-duanya sekali?

Kalau ahli Pas di bawah diminta wala’ kepada pemimpin, kenapa Naib Presiden menyanggah kenyataan Tuan Guru Presiden?

Sebenarnya cadangan piagam Pas-Umno adalah untuk kepentingan pemimipin atasan yang gilakan kuasa dan bukan untuk kebaikan ahli dan rakyat biasa.

Jika pemimpin Pas ikhlas mereka patut bersungguh-sungguh bersama secara kerajaan campuran oleh sebab isu silam royalti minyak dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dahulu boleh diselesaikan kekeliruannya untuk puaskan hati orang Pas yang telah menjadi mangsa.

Bukan itu saja, isu tuduhan Pas parti ajaran sesat oleh Umno boleh juga diselesaikan bersama isu kafir mengafir.

Sebenarnya ramai ahli-ahli Pas tidak merestui piagam Pas-Umno ini selagi isu silam yang besar tidak diselesaikan di peringkat akar umbi.

Tambah lagi pimpinan utama seperti Nik Amar pun mulai merasa terancan dan tergugat kedudukan diri mereka jika Umno bersama dalam kerajaan.

Jadi kalau selepas seminggu ahli dan penyokong setia meragui kebijaksanaan piagam tersebut dan pimpinan utama pun mulai bimbang Umno akan “mengambil” alih kerajaan negeri Pas, nampaknya piagam tersebut adalah percubaan separuh masak terdesak Pas dan Umno untuk menyelamatkan parti masing-masing.

Sekali lagi penyokong bawah Pas di permainan oleh pimpinan mereka yang menggadai prinsip perjuangan untuk bergabung dengan Umno untuk cuba merebut kuasa dengan cara yang terdesak.

Oleh kerana tidak yakinnya Nik Amar dan pimpinan kanan lain kepada kerjasama dengan Umno, mereka sanggup mempertikai saranan Presiden PAS Hj Hadi Awang untuk membawa Umno masuk kerajaan negeri Pas.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/akar-umbi-pas-mula-zahirkan-kebimbangan-kerjasama-dengan-umno/#.XYgM_HhPVVw.facebook

Diskaun bil elektrik buat pengusaha taska

SEBANYAK 3,398 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) di Semenanjung Malaysia akan menerima manfaat diskaun 20 peratus bil elektrik mulai November ini hingga Disember tahun depan.

Inisiatif itu diberikan hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) selaras Program Galakan Pendaftaran Taska dijalankan KPWKM.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, kementerian berharap inisiatif ini akan dapat mengurangkan beban dan kos ditanggung pemilik serta pengusaha taska.

Beliau berkata, diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus ini diberikan hasil penjimatan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) yang dilaksanakan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Semenanjung Malaysia.

“Pemberian ini adalah berdasarkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan untuk memantau operasi taska di negara ini.

“Dianggarkan populasi taska bagi kanak-kanak di bawah empat tahun di negara ini adalah berjumlah 40,000 namun, hanya 11.9 peratus atau 4,744 buah daripadanya sudah berdaftar dengan dengan JKM,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Katanya, beliau berharap lebih ramai pengusaha taska berdaftar dengan JKM sekali gus merebut peluang diskaun bil elektrik berkenaan.

Yeoh berkata, pemberian diskaun ini hanya terpakai kepada pemilik dan pengusaha taska yang berdaftar dengan JKM di Semenanjung Malaysia dan taska itu juga dikenakan bil elektrik di bawah kategori tarif komersil (Tarif B) oleh TNB.

“Selain itu, bagi taska yang sudah berdaftar dengan JKM, pemberian diskaun akan bermula 1 November ini sehingga 31 Disember tahun depan. Bagi taska yang akan berdaftar dengan JKM, pemberian diskaun akan bermula mulai 1 November ini atau pada tarikh mereka berdaftar sehingga 31 Disember 2019,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga akan mengadakan perbincangan dengan Sarawak Energy Bhd (SEB dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) supaya pemberian diskaun ini dapat dinikmati sama oleh pemilik dan pengusaha taska di Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Bee Yin berkata, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi program diskaun bil elektrik berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500881/diskaun-bil-elektrik-buat-pengusaha-taska?fbclid=IwAR0dWjs1acwqiU3zGagDM9ci-nvPXjh1vr6wPP2tXNgs7zOuo8FAIswT3WA

Najib Telah Lama Menjual Harta Khazanah Nasional Bernilai RM45.3 Bilion.

Image may contain: 2 people

Penipuan UMNO Najib terbongkar!! 🔥🔥🔥

MCA Kapar keluar parti jika Umno bertanding Tg Piai

Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya ‘dimiliki oleh MCA’, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.

“Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!” katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily.

Jelas Song, MCA Bahagian Kapar telah mengambil langkah drastik itu bukan untuk menjadi wira tapi kerana sayangkan parti.

Iklan

Song berharap dengan mengekpresikan perasaan mereka, pimpinan pusat parti dapat mendengar suara anggota akar umbi.

Kata Song, MCA harus bersatu dalam merampas kerusi parlimen Tanjung Piai.

Dalam satu sidang akhbar petang ini, Presiden MCA, Wee Ka Siong enggan mengulas kenyataan Song, dengan mengatakan bahawa MCA akan bersama parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

“Sasaran kita adalah bersedia PKR Tanjung Piai bersama dan parti-parti komponen BN.

“Saya akan memberitahu anda jikalau anda tersasar sebarang maklumat PRK,” katanya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya Dr Mohd Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

Pakatan Harapan merampas kerusi Tanjung Piai dari MCA menerusi Mohd Farid – yang merupakan ahli Bersatu – dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mohd Farid memenangi kerusi itu daripada penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti undi kecil sebanyak 524 undi.

Beliau meraih 21,255 undi.

 

https://www.malaysiakini.com/news/493455?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3yTI-g2DB64NZC-2xAjPtrizczCM4figorW46vde-bBFwALJyvyor5MLU