Najib halang 1MDB diaudit, kata bekas CEO

1 PENIPU AAAA

Najib Razak mengarahkan Jabatan Audit Negara tidak melakukan audit ke atas 1MDB, kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 September, 2019.

NAJIB Razak menghalang Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan audit ke atas 1MDB pada Disember 2009, beberapa bulan selepas kerajaan persekutuan mengambil alih pemilikan dana kekayaan negara itu, kata seorang saksi di mahkamah tinggi hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya memberitahu beliau menulis sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2009 dialamatkan kepada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu untuk meminta audit tidak dijalankan agensi kerajaan itu.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/185721?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2cEK11qoSM_6L8OLOu-55IhC-IFKzhviHaL63-6DSv42IsZAae5LzGTm8

RUPANYA SULTAN MIZAN PERNAH MURKA DENGAN ISU MELIBATKAN NAJIB – NAJIB ADALAH PENDERHAKA

Sdsdss

RUPANYA SULTAN MIZAN PERNAH MURKA DENGAN ISU MELIBATKAN NAJIB…

Selaku rakyat biasa, mesti kita pernah tertanya-tanya; agaknya pernah tak Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) marah atau gaduh dengan Perdana Menteri? Kami takdelah suka kalau dua individu terpenting negara ni bergaduh, kalau boleh kami nak diorang bersama dan sehaluan, untuk kebaikan negara gitu. Cuma, semalam kami ada terbaca laporan MalaysiaKini tentang YDPA yang murka dengan isu berkaitan Perdana Menteri sebelum ni, Najib Razak.

Menarik jugak artikel ni, untuk orang yang tak berapa nak ambil tahu politik macam kami; barulah kami tahu dari mana sebenarnya asal-usul syarikat 1MDB yang kami selalu dengar…

Pegawai Eksekutif TIA dipanggil, Sultan minta tandatangan resolusi dalam keadaan murka…

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari semalam dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu benarkan kerajaan persekutuan ambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan jenamakannya sebagai 1MDB kurang empat bulan selepas syarikat tu ditubuhkan.

Kalau ikut kata Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, syarikat tu diperbadankan pada bulan Mac 2009, tapi masalah dengan pihak istana menyaksikan pemindahan pemilikan daripada Menteri Besar Terengganu Diperbadankan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Julai tahun tu.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Via MalaysiaKini

Masalah bermula pada 22 Mei 2009 apabila lembaga TIA keluarkan resolusi pekeliling pengarah yang nyatakan terbitan bon bernilai RM5 bilion oleh syarikat itu akan digantung. Lembaga pengarah juga keluarkan arahan supaya Shahrol dan semua pengarah lain dihalang daripada mengendalikan penerbitan bon tu.

Pada petang hari kemudiannya, Shahrol kata dia dan pengarah TIA Ismee Ismail diarahkan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin supaya menghadap baginda di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Sultan Mizan yang murka kemudian bertitah; “Tandatangan resolusi ini, kamu boleh membacanya jika mahu”.

Sultan Mizan. Via The Edge Market

Dokumen tu ditulis oleh Tengku Rahimad Puteri Sultan Mahmud, adinda sultan Terengganu, yang merupakan pengarah TIA dan tokoh korporat yang terkenal. Dokumen ni memuatkan resolusi pengarah TIA yang mengarahkan Aminvestment Bank Bhd untuk menangguhkan penerbitan bon sehingga beberapa syarat dipenuhi.

“Saya terkejut kerana Jho Low beritahu saya bahawa Sultan Mizan tidak mempunyai sebarang bantahan dengan penerbitan bon. Ini kali pertama saya dengar dari Sultan Mizan bahawa Terengganu mempunyai syarat seperti itu kerana sebelum ini (saya di bawah tanggapan) Jho Low – penasihat dan fasilitator antara Sultan Mizan dan Najib Razak – tidak pernah memberitahu saya tentang syarat-syarat itu,” – Shahrol Azral Ibrahim Halmi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kami boleh kata mamat ni antara orang yang paling wanted kat Malaysia. Via Straitstimes

Ismee dan Sharol terus menandatangani resolusi tu dan diarah meninggalkan istana. Diorang tak diberi peluang untuk jelaskan bahawa terbitan bon sudah dilaksanakan.

Ambank tulis surat pada Tengku Rahimah kata bon tak boleh digantung, terus Tengku Rahimah letak jawatan…

Shahrol jugak beritahu mahkamah bahawa Sultan Mizan menggunakan istilah “unsavoury character” atau watak kelakuan buruk semasa pertemuan ringkas diorang tapi dia tak pasti siapa yang dirujuk oleh baginda. Petang tu, Shahrol diarahkan untuk memberi taklimat kepada Jho Low dan Najib, yang adalah perdana menteri masa tu.

Dia ditanya oleh Najib mengapa Sultan Mizan murka dan Sharol jawab dia tak tahu. Najib bertanya sama ada Shahrol ada salinan resolusi pengarah, Sharol jawab takde.

Via Gifsec

Lepas tu, Ambank ada menulis pada Tengku Rahimah untuk maklumkan TIA bahawa terbitan bon tak boleh digantung kerana ia akan jejaskan pasaran bon. Pada hari yang sama, Tengku Rahimah letak jawatan sebagai pengarah TIA. Pada bulan Jun, pemilikan TIA telah dipindahkan dengan segera kepada Kementerian Kewangan dan pada 19 Julai, syarikat tersebut dikenali sebagai “1Malaysia Development Bhd” atau 1MDB

Bernama pulak ada laporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan isu pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dipohon Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion.

Nampaknya 1MDB bukan setakat salah satu faktor BN kalah, tapi buat Sultan murka sekali

Sebenarnya ramai je setuju kalau kami kata isu 1MDB merupakan salah satu faktor Barisan Nasional kalah dalam PRU yang lepas. Sebabnya ramai orang menyampah apabila pimpinan utama negara dikaitkan dengan skandal yang terbesar dalam sejarah. Kes ni pun tengah dalam perbicaraan; dan kami tak nak jadi hakim.

Via Sarawak Report

Cuma apabila seseorang yang jadi pemimpin utama negara terpalit dengan kes-kes macam ni, secara sendirinya keyakinan orang akan menurun. Harapnya kerajaan yang ada pada hari ni tak akan terpalit dengan skandal-skandal yang akan bangkitkan kemarahan rakyat.

Artikel ini diambil dan disunting dari laporan MalaysiaKini yang bertajuk ‘Sultan Mizan murka, TIA dijenamakan sebagai 1MDB‘.

RUPANYA SULTAN MIZAN PERNAH MURKA DENGAN ISU MELIBATKAN NAJIB… Pegawai Eksekutif TIA dipanggil, Sultan minta tandatangan resolusi dalam keadaan murka… Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari semalam dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu benarkan kerajaan persekutuan ambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan jenamakannya sebagai 1MDB kurang empat bulan selepas syarikat tu ditubuhkan. Kalau ikut kata Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, syarikat tu diperbadankan pada bulan Mac 2009, tapi masalah dengan pihak istana menyaksikan pemindahan pemilikan daripada Menteri Besar Terengganu Diperbadankan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Julai tahun tu. Masalah bermula pada 22 Mei 2009 apabila lembaga TIA keluarkan resolusi pekeliling pengarah yang nyatakan terbitan bon bernilai RM5 bilion oleh syarikat itu akan digantung. Lembaga pengarah juga keluarkan arahan supaya Shahrol dan semua pengarah lain dihalang daripada mengendalikan penerbitan bon tu. Pada petang hari kemudiannya, Shahrol kata dia dan pengarah TIA Ismee Ismail diarahkan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin supaya menghadap baginda di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Sultan Mizan yang murka kemudian bertitah; “Tandatangan resolusi ini, kamu boleh membacanya jika mahu”. Baca penuh di: https://orangkata.my/…/rupanya-sultan-mizan-pernah-murka-d…/ Sebarkan.

Wajah Pemimpin Perpaduan Ummah Yang Dermawan Duit Haram

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Hukuman gantung sampai mati untuk pengkhianat jual MyKad (Rejam Sampai Mati Penjual Agama Umnopas).

APA PANDANGAN ANDA, REJAM SAMPAI MATI PENJUAL AGAMA ?

HUKUMAN gantung sampai mati adalah yang paling sesuai untuk pengamal rasuah bagi kes penjualan kad pengenalan kepada warga asing, kata Pemantau Rasuah Malaysia (MCW).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, hukuman berat itu pernah disuarakan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull.

Jais berkata, perbuatan salah guna kuasa untuk kekayaan diri dan rasuah ini memberi banyak kesan buruk kepada negara.

“Inilah yang dikatakan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

“Harapkan pegawai kerajaan terutamanya pegawai di agensi penguatkuasaan yang berintegriti namun sebaliknya telah menjual maruah diri mereka kerana rasuah dan menjadi dalang yang ‘menjual negara’.

“Maka betullah kata Datuk Seri Shukri, mantan KP SPRM bahawa hukuman yang paling sesuai kepada pengamal rasuah seperti ini wajiblah dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam satu kenyataan.

Jais mengulas penahanan 20 individu termasuk pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang disyaki menjual kad pengenalan kepada warga China baru-baru ini.

Sehubungan itu, Jais berkata, pihaknya memujui tindakan pantas polis menahan suspek dalam kes itu selepas aduan dibuat oleh orang awam menerusi media sosial.

Katanya, kumpulan pendatang itu membawa banyak masalah kepada negara termasuk penyakit berjangkit, masalah sosial, budaya pengotor, budaya samseng dan masalah tukaran wang asing.

Ini kerana katanya, pendapatan mereka tidak menjana ekonomi tapi sebaliknya dihantar pulang ke negara mereka.

“80% pendapatan mereka adalah tanpa sebarang bayaran cukai pendapatan malah peluang pekerjaan dan perniagaan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputra telah dinafikan,” katanya. – 13 September 2019.

Hukuman gantung sampai mati untuk pengkhianat jual MyKad

Kes amuk P Pinang : Polis akan tangkap penyebar berita palsu

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

KUALA LUMPUR: Kes wanita ditetak seorang lelaki amuk yang kemudiannya ditembak mati oleh polis di Bayan Lepas dua hari lalu merupakan kes terpencil dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan atau individu.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata suspek yang ditembak mati itu dipercayai terpengaruh dengan rakaman video bersifat ganas yang diterbit dari Timur Tengah.

“Lelaki itu juga datang dari keluarga baik tetapi akibat terpengaruh dengan video luar menyebabkan amukan berlaku,” katanya ketika sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Hamid turut memberi peringatan, polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita mengenai kejadian tersebut yang dianggap boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

“Pihak polis sedang aktif mengambil tindakan dan ada artikel yang disiarkan dalam media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Memuat naik artiket itu jelas tidak tepat, tidak betul dengan niat untuk menyakitkan hati orang dan boleh mencetuskan pergaduhan. Tiada lagi amaran, tangkapan terus akan dibuat,” katanya.

Isnin lalu, polis menembak mati seorang lelaki yang cuba menyerang polis menggunakan dua bilah parang dan sebilah pisau dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, suspek yang berusia 25 tahun sebelum itu dipercayai mengamuk di dalam kilang terbabit dan menetak mati seorang penyelia wanita berusia 47 tahun serta mencederakan pengarah bahagian keselamatan kilang berusia 53 tahun.

Susulan kejadian itu, tersebar beberapa artikel di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa mangsa mati syahid selepas menetak mangsa yang dikatakan menghina Nabi Muhammad.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/25/kes-amuk-p-pinang-polis-akan-tangkap-penyebar-berita-palsu/?fbclid=IwAR0K1wpOHSzj24F_SbW1ayW5MEnxx-WI1qo1MUifvJpEbYmNIveuC4yyEHQ

Diantara Fitnah Umnopas Cipta adalah seperti berikut:

UNGKAPAN TERAKHIR ARWAHYARHAM YANG DITEMBAK MATI OLEH POLIS DI BAYAM LEPAS.

“HARI INI LAST HANG HINA NABI AKU!!”

Kisah sisi lain suspek menetak mangsa kerana menghina Nabi Muhammad SAW.
Bila hidup dan mati hanya Allah. Maka biar mati kerana Allah.

Laporan polis akan mengatakan suspek mengamuk, kemurungan dan tekanan perasaan untuk tutup kes. Normal..

Itu tak da hal.
Biar viral jika benar suspek menetak mangsa kerana hina Muhammad SAW.

Sekurangnya jangan ada yang berani hina Nabi kami. Bila dah pertimbangannya hanya Allah lambat lauk pasti terjadi.

Allahuakbar!!
Serah pada Allah
Moga arwahyarham beroleh syahid atas kematian nya jika arwahyarham yang ditembak mati mempertahankan Baginda SAW.

Ada berani ke nak share??
Hukum hina Allah dan mana-mana Nabi adalah BUNUH.

Kalau tak mampu membunuh penghina Nabi.
Cukuplah share agar lahirnya orang yang berani mempertahankan Allah dan Nabi.

24 Muharram 1441 Hijrah
Bersemadi seorang SYUHADA
Al Syahid Sheikh Muhammad Khairi yang mati ditembak demi mempertahankan BAGINDA MUHAMMAD SAW dari dihina

AlFatihah buat Al-Syahid Sheikh Muhammad Khairil

Allahumma solli ‘ala muhammad,
wa ‘ala ali muhammad.

👇👇👇

INI PADAHNYA MENYENTUH SENSITIVITY AGAMA ORANG LAIN….KATANYA SETIAP HARI MANGSA MENGHINA RASULLULLAH DAN ISLAM TANPA MENGHIRAUKAN ORANG ISLAM DISITU SEHINGGA ARWAH DAH TAK TERTANGGUNG LAGI MENAHAN SABAR

Arwah ni org smyg..slalu jd imam jgk kt surau situ.sblom ni dia slalu dgaq sprvisor india dgn cina ni ckp hina bab nabi kita.agama.kita..dia diamkan aja xtgur pon smpai la bila dh slalu dgar sgt 1 day dia p tegur india pompan tu.disbpkan atas tguran dia tu isu hina nabi dia digantung kerja..lgpon dia mmg dh nk resign dh sblom ni.masa dia dpt taw kena gantung kerja 2 mmggu tu sbp nya dia tgur india ni kes hina nabi so td dia p msuk bilik qc tu dia ckp nila akn jd bila hampa hina nabi dan agama kami..dia laung allhuakhbar trus dia keluarkan parang dia tetak tgn sprvisor india tu..pastu dia p libas si cina sorg lgi plak. smpaila bila polis sampai suh dia letak senjata dia meluru dtg depan ke arah polis xterkwal.sbp tu polis terpaksa tembak dia..apa pon..sedekahkan alfatihah utk arwah..mgkinni blh jdlan pgajaran bt y lain..kerana mulut badan binasa.
Perkongsian Dari WhatsApp  XXX XXX 559X

PBB jangan diam diri isu Rohingya – Tun Mahathir

PBB jangan diam diri isu Rohingya - Tun Mahathir

Dr Mahathir turut memuji tindakan OIC yang mengetengahkan isu Rohingya ke peringkat antarabangsa serta keputusan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. -Gambar PMO

1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 A TERANCAM

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa memainkan peranan dalam menangani krisis yang mendepani etnik Rohingya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan PBB yang ‘mendiam diri’ menunjukkan badan itu gagal memenuhi tujuan penubuhannya.

“Sebagai permulaan, PBB perlu memainkan peranannya, mengambil kira tujuan penubuhannya adalah untuk mengekang masalah yang dilakukan oleh manusia. Jangan hanya diam seribu bahasa.

“Tanpa tindakan daripada Majlis Keselamatan (PBB), negara lain perlu memainkan peranan mereka menangani krisis ini sekali gus membawa pelaku ke pengadilan,” katanya pada sesi Program Sampingan Pemimpin Tertinggi: ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ di Bangunan PBB, di sini, pada Selasa.

Beliau pada masa sama turut memuji tindakan Organisasi Kerjasama Islam (OIC) yang mengetengahkan isu Rohingya ke peringkat antarabangsa serta keputusan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Saya amat berharap negara lain akan menyokong OIC untuk memastikan pelaku tidak terlepas daripada jenayah kejam yang dilakukan mereka,” katanya.

Gesaan itu dibuat Dr Mahathir bersama pemimpin negara lain yang turut mengutuk tindakan Myanmar selain mengemukakan beberapa cadangan berkenaan penambahbaikan proses penghantaran pulang etnik itu di bawah pentadbiran Aung San Suu Kyi.

Dr Mahathir turut menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyalurkan bantuan semampunya kepada pelarian Rohingya termasuk membantu Bangladesh yang kini menanggung lebih 1.1 juta pelarian Rohingnya terutama di Cox’s Bazar.

Polis akan bawa Jho Low pulang hujung tahun ini, kata IGP

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yakin polis mampu membawa pulang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ke negara ini, selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Beliau berkata, sumber risikan polis mendapati Jho Low menerima perlindungan daripada pihak tertentu dan bebas bergerak selain boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang sekatan.

“Dia bebas bergerak dan berniaga di negara tersebut. Jho Low manusia yang paling dikehendaki licik dan mempunyai agenda jahat serta menggunakan wang untuk beli pengaruh.

“Kami tahu di mana dia, kami sedang berunding dengan negara itu, namun saya yakin akan dapat membawa balik Jho Low tidak lama lagi,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Iklan

Bagamanapun, Abdul Hamid enggan mendedahkan nama negara yang dimaksudkannya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda inisiatif Sinar Harian dan Sin Chiew Daily di Dewan Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.

Ketua polis negara itu juga dipetik sebagai berkata, pihak yang melindungi Jho Low diingatkan bahawa individu itu dikehendaki bukan disebabkan kaitan politik sebaliknya membabitkan kesalahan jenayah komersial yang dianggap terbesar.

“Ini berkaitan jenayah tetapi mengapa pihak di sana tidak mahu berikan kerjasama. Polis sudah meningkatkan usaha supaya mereka akur,” katanya.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini diberitahu bahawa Jho Low merupakan perancang (orchestrator) bagi pihak Najib Razak untuk melaksanakan semua rancangan mereka di 1MDB.

Bekas perdana menteri berusia, 66, tahun itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

https://www.malaysiakini.com/news/493273?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3CaOnlVmbhX0J6QV12arvYgVq4r_YdbRwRC12BTMVz6E8K0i6Nl8oQWUU