SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU ?

INILAH WAJAH-WAJAH PENGKHIANAT KEPADA AGAMA DAN PENDERHAKA KEPADA SULTAN.

 

 

 

 

 

Image may contain: 1 person, glasses and indoor

Katanya tulisan Tan Sri Dato’ Dr Megat Najmuddin Megat Khas.. tak tau lah betul atau tidak.. apapun Admin share sbb ianya tulisan yg cukup adil & berfakta..

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU ?

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.

Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.

Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang.

Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?

Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.

Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?

Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?

Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP.

Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.

Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

Jelasnya inilah manipulasi UMNO.

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.

Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu.

Cina sebagai sinonim Komunis.

Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.

Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.

Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selepas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar & Kluang.

Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 – 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.

YB² Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.

Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

Apakah semua ini angkara DAP ?

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.

Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama bersama PERIKATAN.

Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.

Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.

Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain.

Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.

Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.

Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.

Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.

Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.

Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.

What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.

Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

Kini telah wujud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.

Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.

Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.

Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?

Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .

Zuriat Perompak 1MDB Kesayangan Umnopas Yang Akan Membawa Bala Bencana Kepada Seluruh Rakyat Malaysia.

Image may contain: 8 people, people smiling, text

 

TU DIA !!.. Sampai begitu sekali Najib beri kepercayaan & mandat kpd penyangak Jho Low atur operasi TIA-1MDB.

PATUTLA.. Sultan Mizan, Agong ketika itu telah murka kpd Najib kerana keluarkan bon TIA.

Itupun lebai² walaun PAS & caiUMNO bermatian-matian pertahankan bela si penderhaka Najib tu kenapa ??!

#NajibPenderhakaSultan
#SultanMurkaNajib

Najib suruh teruskan walaupun Sultan murka – Shahrol Azral ( Bukti Najib Adalah Penderhaka Kepada Sultan )

Image may contain: 1 person, text

BUKTI JELAS NAJIB ADALAH KHADAM KEPADA JHO LOW DAN PENDERHAKA KEPADA SULTAN.

24 SEPT 2019
HARI KE 12
BERITA PERBICARAAN KETUA PARTI PENYAMUN UMNO NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH

SAKSI TERUS DEDAH TEMBELANG SKANDAL 1MDB NAJIB RAZAK DI HADAPAN HAKIM MAHKAMAH

Malaysiakini
BERITA
Bon TIA: Agong titah gantung, Najib kata teruskan, kata saksi
News | Diterbitkan Hari ini 4:53 petang | Dikemaskini Hari ini 24 SEPT 2019 4:53 petang

KES 1MDB NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan pinjaman IMTN digantung dan ditangguhkan dahulu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata setelah menandatangani resolusi yang dikemukakan Sultan Mizan untuk menggantungkan IMTN dan terbitan IMTN ditangguhkan.

Saksi kemudian berjumpa Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, pada 22 Mei 2009, pada pukul 8 malam bagi memaklumkan perkara itu.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi
“Setelah menandatangani resolusi itu di Istana Terengganu pada hari yang sama iaitu pada 22 Mei 2009, saya menelefon Jho Low (penasihat TIA) dan memaklumkan apa yang berlaku….

“Dia terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memaklumkan akan menghubungi saya semula. Selepas beberapa ketika, Jho Low ada menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah bekas perdana menteri itu.

“Dalam masa yang sama, saya ada menghubungi Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status tersebut dan meminta beliau berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.

“Casey memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian telah dimeterai dan pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu telah dibeli semasa book building exercise (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.

Joanna Yu
Ketika sampai di rumah Najib, saksi berkata beliau mendapati Jho Low dan Najib sudah sedia menunggu di ruang tamu dan mereka berkelihatan seolah-olah sudah berbincang dan menunggu ketibaanya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Sultan Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan Mizan.

“Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka pengantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon-bon kerajaan Malaysia. Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa DYMM Tuanku murka dan saya telah menjawab saya tidak tahu.

“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi tersebut dan saya memberitahu tidak mendapat. Kemudian beliau telah memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut: You go ahead, I will talk to Tuanku.

Najib Razak
“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan tersebut. Jho Low juga mendengar arahan itu, kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi tinggal di rumah Najib,” katanya.

Ketika menjelaskan mengenai penerbitan IMTN, saksi berkata Jho Low dan Casey telah berurusan terus dengan AmInvestment Bank sebagai ‘Lead Arranger’ dan juga beberapa perunding yang dilantik untuk memuktamadkan perjanjian IMTN ini.

“Mereka berdualah yang meneliti dan menyemak kesemua butiran dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Saya tidak terlibat di peringkat ini kerana ini merupakan bidang dan kepakaran mereka berdua.

“Setelah perjanjian-perjanjian ini siap, Casey dan pihak AmInvesment Bank telah membawa perjanjian tersebut kepada saya untuk ditandatangani. Saya mempercayai bahawa kesemua butiran dalam perjanjian ini telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk stakeholders (DYMM Tuanku Mizan dan Najib) kerana ia telah diteliti dan disemak oleh Jho Low dan Casey Tang,” katanya.

Katanya, beliau menurunkan tandatangan terhadap dokumen-dokumen perjanjian tersebut berdasarkan resolusi kelulusan penurunan kuasa kepadanya oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) TIA.

Beliau juga berkata, Sultan Mizan juga menitahkan BOD TIA untuk melantik adinda Baginda iaitu YAM Tengku Datuk Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk menjadi salah seorang pengarah TIA bagi mewakili kepentingan negeri Terengganu.

“Ia bertujuan untuk memastikan perjanjian IMTN ini tidak membelakangkan kepentingan negeri Terengganu kerana tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk dana kekayaan berdaulat Terengganu,” katanya.

Terhadap soalan tambahan oleh Sri Ram bagaimana saksi tahu bahawa Jho Low dan tertuduh telah berbincang ketika dia memasuki rumah tertuduh, saksi itu berkata dia membuat kesimpulan itu setelah Najib bertanya kepadanya mengapa Sultan kecewa dan sama ada dia mempunyai salinan resolusi.

Sri Ram: Apa suasana di mesyuarat itu? Bagaimana tanggapan anda?

Shahrol Azral: Saya akan mengatakan bahawa ia adalah tenang, saya menjangka ia menjadi lebih tegang. Sungguh-sungguh ia adalah tenang, walaupun saya fikir ia harus lebih tegang.

Sri Ram: Kenapa anda menjangkakan begitu ?

Shahrol Azral: Kerana ini adalah masalah besar dan ini melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan di mana kita mempunyai bon bernilai RM5 bilion, yang merupakan bon Islam pertama selama 30 tahun, yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jadi, sebagai menteri kewangan, saya menjangkakan lebih banyak pertanyaan.

Sri Ram: Di manakah Jho Low apabila tertuduh berkata go ahead, I will talk to Tuanku?

Shahrol Azral: Dia ada di sana, saya tidak perasan, dia berkata apa-apa.

Sri Ram: Adakah terdapat perbualan dengan Jho Low dan tertuduh? Saksi menjawab “Saya tidak boleh ingat”

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/493130…

SAKSI pendakwaan, Shahrol Azral hadir bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan supaya bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) terbitan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) diteruskan, walaupun Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan pelaksanaannya.

Pendedahan itu dibuat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada hari ke-12 perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1MDB dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Shahrol Azral berkata, arahan bagi meneruskan pelaksanaan IMTN itu diberikan Najib dalam pertemuan mereka di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Langgak Duta, di sini.

Beliau berkata, terdahulu selepas pertemuan bersama Sultan Mizan pada 22 Mei 2009, beliau menghubungi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk memaklumkan perkara yang dibincangkan di Istana Terengganu.

Katanya, Jho Low kemudian memintanya bertemu dengan Najib untuk menyelesaikan kemelut IMTN itu.

“Ketika dihubungi, Jho Low terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah itu dan memaklumkan akan menghubungi saya semula.

“Selepas itu, Jho Low menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta pada malam itu pada jam 8 ke 9 malam.

“Pada masa sama saya ada menghubungi Casey Tang (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status itu serta memintanya berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.

“Casey Tang memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian sudah dimeterai dan Pengurus Perhubungan Ambank ketika itu, Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu sudah dibeli ketika ‘book building exercise’ (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.

Shahrol Azral dalam keterangannya berkata, sebaik saja tiba di kediaman Najib, beliau mendapati Jho Low dan Najib menunggunya di ruang tamu dan mereka kelihatan seperti sudah berbincang.

Katanya, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Tuanku Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan.

Tambahnya, Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka penggantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon kerajaan Malaysia.

“Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa Tuanku murka dan saya menjawab, saya tidak tahu.

“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi dan saya memberitahu tiada. Kemudian beliau memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut, ‘you go ahead, I will talk to Tuanku’ (Kamu teruskan, saya akan cakap dengan Tuanku).

“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan itu.

“Jho Low juga mendengar arahan itu. Kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi berada di rumah Najib,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/610450/najib-suruh-teruskan-walaupun-sultan-murka-shahrol-azral?fbclid=IwAR1kNa1U6OgDYuDoUPnqGkJuF6ecNQkyHNZvctVTDqIo9qCSGfyqsYufEtc

 

ANTARA KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN DI BAWAH PH YANG BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN MENTADBIR

ANTARA KEJAYAAN KERAJAAN DI BAWAH PH YANG BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN MENTADBIR 👇🏻👇🏻👇🏻 (Sebarkan)

1. JAKIM terus diperkasakan. ( Pas kata JAKIM nak dimansuh ? )
2. Pusat Tahfiz diperkasakan melalui Dasar Tahfiz Negara. ( Pas kata kerajaan nak tutup tahfiz ? )
3. 5000 guru KAFA bakal diserap ke jawatan tetap. ( Pas kata Islam terancam ? )
4. Tabung Kebajikan Guru Kafa dilancarkan berjumlah RM 2.6 juta ( Pas kata Islam makin ditekan ? )
5. Tabung Haji berjaya menambah jumlah deposit baharu hampir RM 1 billion. ( Pas kata TH dikuasai bukan Islam ? )
6. Kuota jemaah haji bertambah dan kouta bagi menteri dimansuhkan. ( Pas kata kuota makin terancam ? )
7. Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM 5 juta ( Pas kata Islam terus terancam ? )
8. Masjid RAHMAH diperkenalkan. ( Pas rilek je guna masjid utk kutuk kerajaan )
9. Hari Jumaat adalah hari tulisan Jawi. ( Pas kata Jawi terancam ? )
10. Harga petrol Ron 95 tetap RM 2.08 sahaja. ( Pas Umno kata harga petrol makin tinggi ? )
11. Harga kenderaan/motosikal telah turun apabila GST dimansuhkan. ( Pas Umno kata kereta motor makin mahal ? )
12. Sarapan pagi untuk semua pelajar sekolah rendah bakal dilaksanakan. ( Pas Umno diam tak kata apa ? )
13. Program Bank Makanan Siswa bakal diperluaskan ke IPTS, IPG & Politeknik. ( Pas Umno kata siswa makin tertekan ? )
14. Senarai hitam peminjam PTPTN dimansuhkan dan peminjam bakal dibantu mencari pekerjaan ( Pas Umno kata kenapa tak mansuh ?. Yang janji nak mansuh tu dlm manifesto Pas ! )
15. Kes rasuah & penyelewengan oleh pemimpin BN, pegawai berpangkat besar terus disiasat dan dibicara. ( Pas Umno kata bila nak jatuh hukum ? )
16. Hutang 1MDB terus dibayar oleh kerajaan walaupun sumber kewangan negara terhad. ( Pas Umno kata dah jadi kerajaan, bayar je lah)
17. Kerajaan terpaksa membayar ‘bunga’ pinjaman sahaja mencecah RM 9 billion. ( Pas Umno ketawa berdekah-dekah ? )
18. Tol bakal dikurangkan berperingkat-peringkat dan pemansuhan akan dilaksanakan bila tiba masanya. ( Pas Umno tak percaya ? )
19. Kerajaan pusat membayar wang royalti kpd kerajaan negeri Terengganu lebih RM 1 billion. ( Pas kata BN lebih baik drp PH ?? )
20. Kerajaan mengambil tindakan tegas dan pantas bagi penghina agama di media sosial. ( Pas kata kerajaan diam tak buat apa² ? )
21. Zakir Naik kekal tinggal dalam negara. ( Pas Umno kata Zakir Naik akan dihalau ? Pas halang Ust Nik Omar berceramah dan jadi imam tu boleh pulak ? )
22. Tiada layanan VVIP buat menteri kerajaan PH bagi setiap majlis dan penerbangan domestik/luar negara. ( Pas Umno kata BN dulu lagi bagus ?)
23. SPRM, PDRM & KASTAM semakin aktif menjalankan tugas tanpa memilih bulu. ( Pas kata zaman BN dulu lagi bagus. )
24. Bantuan rakyat terus diperkasakan seperti BSH, MySalam, iSuri ( Pas Umno kata bantuan akan dimansuhkan ? )
25. Harga barangan semakin turun. ( Pas Umno kata zaman BN dulu lagi murah, ayam RM 1 jer )
26. Harga pakej internet diturunkan. ( Pas Umno makin ligat guna internet fitnah kerajaan )
27. Kerajaan baharu menjangkakan lebih RM26 billion wang 1MDB dapat dibawa kembali ke Malaysia. ( Pas kata BN tak salah ? )
28. Rakyat diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. ( kakitangan awam pro Umno Pas makin berani menghentam dan mencaci kerajaan dimedia sosial ? Zaman BN dulu berani ke ? )
29. Pemimpin pembangkang diberi liputan dan ruang berkeudara dlm tv & radio. ( Pas kata zaman BN dulu lagi baik )
30. Projek berskala besar di negeri pembangkang dilaksanakan. ( Pas Umno kata PH zalim ? )

….bersambung.

Kalau tanya Pas Umno, manifesto di negeri mereka sendiri pun masih hancing lagi 😂.

KERAJAAN INI BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN, BUKAN MUDAH NAK MEMBINA SEMULA NEGARA DENGAN BERBEKALKAN WANG RM 450 JUTA YANG DITINGGALKAN OLEH KERAJAAN TERDAHULU.
https://www.google.com/…/harungi-5-bulan-mencabar-berbe…/amp )

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/485576/harungi-5-bulan-mencabar-berbekalkan-rm450-juta

#SayangiMalaysiaKu
#nakbagiumnolagike?

Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya penuhi semua komitmen kewangan bulanan khususnya pembayaran gaji dan pencen penjawat awam, termasuk pemberian bonus berjumlah RM8 bilion meskipun pentadbiran terdahulu hanya meninggalkan ‘sisa wang’ bernilai RM450 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ada pihak tertentu masih percaya bahawa kerajaan lama diterajui Barisan Nasional (BN) menyerahkan berbilion ringgit dalam akaun wang tunai pada 30 April lalu, namun hakikatnya, kedudukan kewangan negara tidak seperti yang dicanangkan.

Beliau menjelaskan, bukan semua wang dalam akaun tunai boleh digunakan untuk perbelanjaan kerajaan kerana akaun tunai dan akaun pelaburan membentuk gabungan wang tunai yang dikutip, disimpan dan dilabur untuk tiga akaun berasingan.

“Ia merangkumi akaun hasil disatukan, akaun pinjaman disatukan dan akaun amanah disatukan, justeru bukan semua akaun wang tunai dan akaun pelaburan boleh dibelanjakan Kerajaan Persekutuan kerana bukan semua tergolong dalam akaun hasil disatukan.

“Hanya akaun hasil disatukan yang berbaki RM450 juta setakat 30 April lalu, iaitu sebelum BN menyerahkan kuasa kepada Pakatan Harapan (PH) pada 9 Mei lalu boleh diguna untuk perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.

“Perangkaan akaun hasil disatukan ini turut disahkan Akauntan Negara, Datuk Saat Esa pada 25 September lalu, justeru kerajaan baharu diterajui PH mengharungi lima bulan yang amat mencabar pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Guan Eng mengulangi perangkaan bahawa akaun hasil disatukan merekodkan penyusutan sehingga 96 peratus atau RM11.41 bilion pada 31 Disember 2017 sehingga 30 April lalu.

Katanya, kemerosotan mendadak dalam tempoh empat bulan itu mencerminkan bahawa kerajaan BN berbelanja secara berlebihan, menjangkau berbilion ringgit setiap bulan menjelang PRU-14.

“Jumlah dalam akaun hasil disatukan menurun secara mendadak daripada RM11.86 bilion pada Disember 2017 kepada RM5.73 bilion pada Januari 2018, sebelum menyusut lagi kepada RM5.34 bilion pada Februari 2018, Mac 2018 (RM3.91 bilion) dan April 2018 (RM450 juta),” katanya.

SPRM siasat 350 projek di Sabah, ke mana RM1.5 bilion

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BANGSA KU 2Ingat Mati1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAM

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 350 projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sembilan daerah di Sabah berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion.

Projek itu yang dilaksanakan dalam tempoh 2010 hingga 2016, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Projek berkenaan berkaitan pembangunan infrastruktur air, elektrik serta jalan raya yang membabitkan dana awam lebih RM7.5 bilion.

Bagi projek bekalan air, dipercayai 170 projek ditawarkan membabitkan kos RM2 bilion, manakala 163 projek lagi membabitkan kerja infrastruktur jalan raya (RM3.2 bilion) dan 17 projek bekalan elektrik (RM2.19 bilion).

Daripada keseluruhan dana awam itu, SPRM menganggarkan RM1.5 bilion diselewengkan.

BH turut difahamkan, dalam pelaksanaan keseluruhan pembangunan infrastruktur itu, kementerian turut melantik lebih 260 syarikat untuk melaksanakan projek terbabit.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati kira-kira 65 syarikat dikesan berkemungkinan memperoleh projek secara meragukan termasuk memperoleh lebih daripada dua projek.

Akibat penyelewengan itu, ada projek yang berkemungkinan tidak disiapkan secara betul serta tidak mengikut spesifikasi sehingga membebankan golongan sasar khususnya orang miskin di daerah berkenaan.

Kelmarin, SPRM mendedahkan 60 syarikat sudah dikenal pasti terbabit dalam penyelewengan itu yang membabitkan RM1.5 bilion dana awam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, dilaporkan berkata projek yang dilaksanakan tidak sempurna dan dilihat mempunyai isu rasuah.

Sementara itu, Azam ketika dihubungi BH malam ini, berkata pihaknya sedang mengesan ke mana wang RM1.5 bilion yang diseleweng dibelanjakan.

“Siasatan kami sedang melihat kepada ketirisan penggunaan dana awam yang disediakan kerajaan Pusat kepada Sabah bagi projek infrastruktur air, elektrik dan jalan raya. Setakat ini, hanya itu saja siasatan yang sedang dilaksana SPRM,” katanya.

Azam berkata, seramai 32 saksi yang merangkumi pelbagai latar belakang termasuk pemilik syarikat yang disiasat berhubung kes berkenaan dikenal pasti untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan dan rampasan baharu dilakukan dan proses siasatan terhadap semua syarikat yang dikenal pasti masih giat dilakukan.

“Hampir semua daripada 60 syarikat yang dikenal pasti terbabit projek pembangunan luar bandar dalam kes ini sudah kita masuk, namun kita masih mengesan jika ada lagi syarikat lain yang terbabit,” katanya.

Harap Dibuka Semula Kes Ni

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/334598/sprm-siasat-350-projek-di-sabah-ke-mana-rm15-bilion?fbclid=IwAR26X7CNbTT-qxJuaOJDUGhRhjTSP9gm1hCZcCorduCuN78NSUci7Nsptzg

KUALA LUMPUR: Sebanyak 350 projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sembilan daerah di Sabah berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion.

Projek itu yang dilaksanakan dalam tempoh 2010 hingga 2016, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Projek berkenaan berkaitan pembangunan infrastruktur air, elektrik serta jalan raya yang membabitkan dana awam lebih RM7.5 bilion.