Hadi dan Katak Bermesyuarat Dibawah Tempurung.

Image may contain: one or more people, outdoor, text and nature

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS DILARANG GUNA PERKATAAN ISLAM PADA NAMANYA

Sejak ia wujud, selain ada perkataan Islam pada namanya, Pas sentiasa mendendangkan perjuangannya ialah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.

Dalam hal ini, sering ditanamkan kepada ahli-ahlinya bahawa kalah atau menang dalam pilihanraya bukanlah suatu keutamaan bagi Pas.

Kalau tidak menang di dunia, dikatakan ganjaran syurga kerana istiqamah dalam perjuangan menegakkan hukum Islam, meskipun sering kalah dalam pilihanraya, adalah sesuatu yang sedang menunggu selepas kematian nanti.

Untuk itu, tidak hairan sikap wala’ dan taksub berjaya dipupuk dengan jayanya dalam Pas sejak dulu lagi.

Sebagai pecahan daripada UMNO, walaupun kemudian pernah menyertai Perikatan dari tahun 1972 hingga 1978, Pas telah menjadikan parti Melayu itu sebagai musuh utama dalam perjuangannya.

Dalam memusuhi UMNO, perbagai label diberikan kepada parti itu seperti parti assabiyah, mempertahankan perlembagaan penjajah dan sehingga di suatu peringkat UMNO dilabel sebagai parti yang dianggap kafir, terutama dalam tafsiran yang pelbagai berkenaan “Amanat Hadi Awang”.

Amanat itu juga turut membawa berlakunya sembahyang dua imam, memulaukan kenduri dan solat jenazah orang UMNO, tidak makan sembelihan orang UMNO, pernikahan yang dinikahkan tok kadi kerajaan dianggap tidak sah dan perlu dinikahkan sekali lagi serta bermacam-macam hal lain yang dengan sendirinya menampakkan jurang Islam – kafir antara UMNO dan Pas.

Dalam perkembangan untuk memantapkan lagi keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dibawanya, Pas telah menjadikan hukum hudud sebagai teras keutamaannya.

Tetapi, sebagai parti politik yang tidak terkecuali untuk mendapatkan kuasa, dalam perjalanan masa yang dilalui Pas, hukum hudud tidak lebih sebagai mainan dan alat semata-mata untuk berlawan dengan UMNO.

Ketika bersendirian dan asyik melawan UMNO, memang hududlah inti perjuangan Pas. Namun ketika berpeluk cium dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PR), Pas tidak berasa berdosa mengenepikan hudud agar tidak terketepi daripada mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Kemudian, apabila berpecah dengan DAP dan PR serta kembali bersendirian, hudud muncul semula bermain di bibir setiap pemimpin Pas sebagai isu di pentas-pentas ceramah mereka.

Segala macam ayat Al-Quran dan Hadis yang memihak kepada hudud turut menjadi dendangan siang dan malam untuk menunjukkan Pas tidak pernah lari daripada perjuangan Islam.

Apabila Pas mula-mula berbaik dengan UMNO secara sembunyi-sembunyi sebelum PRU14 untuk menjadi kuasa ketiga dengan tujuan memberi kelebihan kepada Najib Razak mengekalkan kuasa, hudud kemudiannya diketepikan sekali lagi dan telah digantikan kepada RUU355 iaitu memperkasa Mahkamah Syariah.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, RUU355 ini juga hanyalah isu mainan yang sering ditangguh-tangguh untuk dibentang ke Parlimen, sebaliknya hanya dijadikan modal perhimpunan di Padang Merbok semata-mata.

Selepas PRU14 di mana peranan menjadi kuasa ketiga tidak menjadi dan UMNO hilang kuasa, Pas tidak ada pilihan selain mengadakan kerjasama secara rasmi dengan parti yang pernah dikafirkan serta dimusuhi berpuluh-puluh tahun lamanya.

Alasannya kerana dikata PH membawa mudarat lebih besar kepada Melayu dan Islam, meskipun di waktu yang sama Hadi Awang menyokong Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Setelah “berkahwin” secara rasmi dengan UMNO, hari ini hudud bukan saja tiada dalam piagam perjuangan yang mahu ditegakkan oleh Pas, malah hudud juga dikatakan bukan lagi suatu keutamaan.

Kalau hudud pun bukan lagi keutamaan, RUU355 sudah pasti ke dalam tong sampah tempatnya.

Itulah Pas, sebuah parti yang sebenarnya sentiasa mengejar kuasa dengan bertukar-tukar pasangan dan menjadikan Islam sebagai alat dalam perjuangannya.

Jika Pas benar-benar berjuang demi Islam, bagaimanakah ia boleh bermusuh dan kemudian berkawan dengan UMNO yang pernah dikafirkannya; bermusuh, berkawan dan bermusuh kembali dengan DAP yang sering disebutnya sebagai parti yang menentang Islam?

Bagaimanakah juga, kalau benar memperjuangkan Islam, sekejap mahu hudud, sekejap lain mahu RUU355 dan sekarang langsung tidak lagi mengutamakan kedua-duanya?

Perjuangan Pas sekarang menjelang PRU15 tidak lain ialah untuk menolong UMNO – parti musuh dan parti yang dikafirkannya selama berpuluh-puluh tahun – agar dapat kembali semula ke persada kuasa.

Tetapi, apa pun perubahan dalam perjuangan Pas, baik ketika bermusuh dengan UMNO, berkawan dengan DAP dan kembali bersahabat drngan UMNO, lebih-lebih lagi kerana adanya perkataan Islam pada namanya, mereka tetap mengatakan ia adalah perjuangan Islam, sambil memetik ayat-ayat Al-Quran dan Hadis terpilih yang boleh dilihat memihak kepada apa yang diperjuangkan.

Selepas PRU15 akan datang, terutama jika berlaku perkelahian dengan UMNO atau kerjasama merebut kuasa tidak menjadi – sama-sama kita saksikan nanti – tidak mustahil isu hudud akan kembali menjadi sandaran perjuangan Pas.

Atau jika jika selepas itu Pas mungkin berbaik semula dengan DAP, pastilah isu hudud akan dikesampingkan sekali lagi.

Melihat semua ini, tidakkah Pas ini sebenarnya lebih mengelirukan orang Islam dengan menggunakan perkataan Islam yang ada pada namanya?

Hakikatnya, di sebalik menjaja nama Islam, Pas sama seperti parti-parti lain yang keutamaannya ialah mengejar kuasa dan bukan sangat memperjuangkan Islam.

Bagaimanapun, selagi nama Islam ada padanya, Pas akan terus mengelirukan serta menjerumuskan rakyat kepada perpecahan dengan menggunakan nama agama yang suci itu.

Islam sepatutnya milik semua mereka yang beragama Islam dan bukan milik Pas saja.

Maka, untuk mengelakkan kekeliruan berterusan dan daripada Pas sewenang-wenangnya boleh menyalahgunakan agama untuk kepentingan kelompoknya, sudah sewajarnya kerajaan segera melarang Pas menggunakan perkataan Islam pada namanya.

Dalam ini, bukan saja nama Islam tidak harus dibenarkan untuk digunakan pada nama parti, nama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain juga semestinya dikuatkuasakan larangan yang sama, walaupun sehingga ini belum ada parti menggunakan nama Kristian, Hindu atau Buddha.

Pas boleh terus memperjuangkan Islam sebagai asas perjuangannya, tetapi tidak harus lagi dibenarkan meletakkan perkataan Islam pada namanya bagi mengelakkan nama agama itu disalahguna dan dijadikan alat yang boleh mengelirukan umat.

Tambahan lagi, oleh kerana jalan dan rakan perjuangan Pas selama ini terbukti tidak menentu, jika tiada lagi perkataan Islam pada namanya, ia tidak mendatangkan keburukan kepada Islam itu sendiri.

PH sebagai sebuah kerajaan, terutamanya Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika ini, pasti akan dikenang serta disanjung oleh majoriti umat Islam negara ini jika tidak bertangguh lagi menguatkuasakan larangan ini kepada Pas. (Shahbudindotcom 23/09/2019)

https://web.facebook.com/ANAGHOIB/posts/2488201544795431?__tn__=K-R

Operasi buru 80 anggota PDRM: kemungkinan ada pegawai polis jadi pengedar dadah

KUCHING: Kemungkinan ada pegawai dan anggota PDRM Sarawak terlibat dalam sindiket pengedaran dadah tetapi dalam kumpulan kecil, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Datuk Dev Kumar berkata, justeru 80 pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Sarawak disenaraikan sebagai suspek kerana dipercayai terlibat penyalahgunaan dadah.

Katanya, daripada semua senarai tersebut, disahkan dua anggota sudah ditahan selepas saringan air kencing mereka didapati positif dadah jenis syabu.

“Kedua-dua anggota terbabit berpangkat lans koperal masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan dan IPD Kuching.

“Anggota IPD Kuching itu ditahan kelmarin manakala anggota IPD Kota Samarahan ditahan 13 Ogos lalu, menerusi Ops Blue Devil yang dilancarkan pada 13 Ogos lalu bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam PDRM,” katanya,

Dev menjelaskan, PDRM perlu membersihkan rumah sendiri dahulu sekiranya mahu memerangi sepenuhnya kegiatan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Serah Terima Tugas Ketua JSJN Kontinjen Sarawak di IPK Sarawak di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai dua anggota ditahan, Dev berkata pihaknya sedang menunggu keputusan rasmi laporan patologi sampel air kencing mereka dan sekiranya ujian kedua itu juga positif, tindakan akan diambil.

“Kalau laporan patologi positif, mereka boleh dituduh di mahkamah dan dipecat. .

“Kami tidak menafikan kemungkian ada pegawai yang jadi pengedar, tetapi cuma dalam kumpulan kecil.

“Sebab itu kami mahu membersihkan rumah sendiri dahulu sebelum betul-betul memerangani masalah penyahgunaan dadan di luar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata masalah penyalahgunaan dadah di Sarawak membimbangkan.

Justeru, katanya operasi bersepadu akan terus dilancarkan melibatkan kerjasama JSJN dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk memerangi sepenuhnya kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Kami sedar penyalahgunaan dadah turut berleluasa di kawasan luar bandar dan rumah panjang.

“Oleh sebab itu, kami meletakkan fokus memerangi pengedar dan pembekal kerana kalau tangkap penagih sahaja tidak guna,” katanya.

Operasi buru 80 anggota PDRM: kemungkinan ada pegawai polis jadi pengedar dadah

Pencapain Cemerlang Kerajaan PH Selepas Berjaya Menguburkan Umnopas Selama 16 Bulan

PENCAPAIAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SELAMA 16 bulan/1 Tahun 4 Bulan….

“GERAN TANAH” YANG DIGUNA OLEH UMNO PAS UNTUK KELIRUKAN ORANG RAMAI

Muhamad Hishamudin Hashim Zahari Sulaiman kalu tak tau baca peta, belajar…

Jgn terus dgn kebodohan diri pertahankan benda yg nyata salah

CONTOH “GERAN TANAH” YANG DIGUNA OLEH UMNO PAS UNTUK KELIRUKAN ORANG RAMAI
(Disertakan peta, lukisan & fakta. Ambil lah peluang ini untuk belajar tengok peta & geran tanah.)

Subjek: Plot tanah hakmilik sementara PT 9109

Sungai Kedondong adalah yg berwarna putih panjang di bahagian atas peta. Sempadan plot tanah PT 9109 dilukis dalam warna kuning. Struktur-struktur haram yg diroboh pula dilukis dalam warna merah.

Nampak tak rumah-rumah haram (merah) terletak di LUAR sempadan pemilik tanah PT9109 (kuning)?

Struktur di LUAR sempadan tanah yg dimiliki maksudnya struktur HARAM lah. Jadi betul lah kerajaan ambil tindakan meroboh struktur-struktur haram yang telah menceroboh tanah kerajaan.

Nak argue kononnya cukai dibayar? Nak argue kononnya ada geran tanah?

Ye, memang kau miliki tanah plot A. Memang kau bayar cukai tanah untuk plot A. Memang kau ada resit cukai tanah plot A. Memang kau ada geran tanah plot A. TAPI kau bina rumah bina bengkel bina kedai di atas tanah plot B. Siapa ajar buat macam tu?

Cuba korang tengok juga bahagian kanan gambar peta. Nampak tak berpuluh-puluh biji rumah HARAM dibina di luar sempadan petak kuning? Ada juga yg dibina sampai tepi-tepi sungai. Itu tanah rizab sungai yang dimiliki kerajaan negeri. Siapa ajar bina rumah tepi-tepi sungai?

Tanah rizab sungai yg diwartakan lazimnya ikut segi dan susur sungai sebagai langkah bersedia (contingency) in case ada keperluan melebarkan sungai di masa akan datang. Siapa ajar bina rumah di dalam rizab sungai?

Cukup jelas bahawa tindakan tegas kerajaan negeri adalah betul, tapi malangnya ramai tidak reti baca peta, tidak reti baca geran tanah, tidak reti ukur tanah, sebab itu termakan spin & fitnah UMNO PAS.

Dengan sekeping geran tanah yg bermasalah sahaja UMNO PAS telah berjaya menghasut orang ramai membenci kerajaan negeri.

Kredit Friends Of Selangor

 — with Johar IsmailAriff RusliAbdullah Zawawi Ibnu WahabAndy BK TanJeming HassanMohd Ropi Mat SinZaidi Ab HalimCikgu Wan RahimHafiz Musa and Mohd Nazeli Ahmad.

Mufti Wilayah minta bukti dakwaan wang kertas Malaysia ada lemak babi

a man holding a box: Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan sebarang tuduhan haruslah datang dari ‘dalil’.― Foto oleh Miera Zulyana

1 MUFTI1 AAA RASUAH 21 AAA RASUAH1 BUKTI AMAT JELASIngat Mati

© Provided by Malay Mail Sdn Bhd Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan sebarang tuduhan haruslah datang dari ‘dalil’.― Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Mufti Wilayah Persekutuan meminta pihak yang mendakwa wang kertas Malaysia mengandungi lemak babi supaya mengemukakan bukti terlebih dulu.

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebarang tuduhan haruslah datang dari “dalil” bagi mengesahkannya, lapor Harian Metro.

“Berkemungkinan ada kena mengena dengan halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada makmal, makmal yang lebih ‘standard’ dan lebih baik untuk kita benar-benar memahami apakah itu benar atau tidak,” katanya.

“Ini kerana sekadar satu dakwaan atau satu kenyataan (tidak memakai), (ia) perlu kepada penelitian yang kukuh.”

Zulkifli berkata demikian merujuk dakwaan seorang pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), kelmarin, yang mengatakan wang kertas mengandungi lemak babi.

Profesor Zhari Ismail mendakwa maklumat itu diperolehnya daripada pemain industri yang terlibat dalam pencetakan wang.

https://www.msn.com/en-my/news/berita/mufti-wilayah-minta-bukti-dakwaan-wang-kertas-malaysia-ada-lemak-babi/ar-AAHE3g9?ocid=ob-fb-enmy-434&fbclid=IwAR0UELy8NSfaheJNtxAAiP42_eYCYQKBHynaDoY_XAoA-lkJcO9ZhznQ89s

Related ArticlesJerebu: Kawasan tidak sihat meningkat kepada 38Agong kurnia watikah sasterawan negara ke-14 kepada Siti ZainonKronologi isu jerebu di Malaysia sejak 1960, IPU tertinggi 650

Riza Aziz dituduh seleweng RM1.026b duit 1MDB

Riza Aziz dituduh seleweng RM1.026b duit 1MDB

Anak tiri bekas Perdana Menteri, Riza Aziz tiba di Makahmah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan penggubahan wang haram. – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 3 people, text

Image may contain: 2 people
Image may contain: one or more people, people standing and suit

KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood, Riza Shariz Abdul Aziz, 49, mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM1.026 bilion, di Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini.

Beliau, yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta dibicarakan ke atas kelima-lima pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Selepas mendengar hujah daripada barisan Pendakwaraya yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan ketua peguambela Datuk Hariharan Tara Singh, Rozina membenarkan Riza diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin, dan passport diserahkan kepada mahkamah.

 

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Riza didakwa melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram, iaitu menerima wang sejumlah AS$D1.14 juta (RM4.72 juta) dan AS$9 juta (RM37.2 juta) dari Good Star Limited melalui akaun Red Granite Pictures.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau didakwa menerima wang sejumlah AS$133 juta (RM550 juta), AS$60 juta (RM248 juta) dan AS$45 juta (RM182 juta) dari Aabar Investment PJS Ltd melalui akaun Red Granite Capital Ltd.

Setiap pertuduhan dibaca di bawah akta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta  yang sama.

Sekiranya disabit bersalah, setiap pertuduhan boleh dikenakan denda RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rozina menetapkan 9 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/riza-aziz-dituduh-seleweng-rm1-026b-duit-1mdb-211867

PAS bidas anak Kak Mah Mansor bikin Filem “The Wolf Of Wall Street” lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey menelan belanja USD100 juta (RM325 juta). Kak Mah tak jawab lagi dakwaan kos bikin filem yg dikatakan dibiayai Kak Mah sendiri. Jawab cepat. Tapi lagi memalukan filem anak tiri Najib Razak ini mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F’ paling banyak dan diucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit. Ia juga mempertonton pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan terdapat adegan melibatkan aktor utamanya, Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan. Guano Riza Aziz jadi gini. Amacam? — ‎with ‎Nizar Abd HamidPak Sheikh ZmjDato’ Suhaimi A Rahman and 37 others‎.‎
Anak Rosmah,
Riza Aziz yang bertaraf multi-millionaire hasil menabung ibunya sejak kecil
glamour sebagai produser filem Hollywood bertaraf filem lucah
tentu boleh sama membangunkan industri filem tempatan dengan membawa
Martin Scorcese mengarahkan filem Melayu ‘Celaka Umnu’
Leonardo DiCaprio untuk membintangi sebagai Tun M
Kenya West menyanyikan lagu tema ‘Warisan anak kecil main api’
Kim Kardishan berlakun sebagai FLOM
dan
Mike Myers as Presiden Umnu cum panglima perang islam dan pahlawan boogies!

Biasiswa Pelajar Cemerlang dilaksanakan tahun hadapan – Kerajaan Negeri Melaka

Biasiswa Pelajar Cemerlang dilaksanakan tahun hadapan

MASJID TANAH 23 Sept. – Peruntukan Program Biasiswa Pelajar Cemerlang akan dilaksanakan pada tahun hadapan sebagai inisiatif kerajaan negeri kepada pelajar cemerlang di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, peruntukan itu telah diluluskan kerajaan negeri dan akan dilaksanakan menjelang tahun hadapan.

“Biasiswa ini kita dah luluskan dan ianya akan dilaksanakan pada tahun 2020 bagi pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Dana yang kita kumpul ini adalah hasil kolaborasi daripada kerajaan negeri dan syarikat-syarikat korporat yang sudi menyumbang ke arah pendidikan pelajar.

“Dengan adanya bantuan seperti ini ianya mampu memberi peluang kepada pelajar cemerlang di Melaka malah buat masa ini kita juga ada pelbagai saluran lain dalam membantu pelajar meneruskan pengajian seperti bantuan dana daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM),” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) pada sesi soalan terbuka di Townhall 60 Minit Bersama Ketua Menteri, di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau juga turut menjawab soalan lain dengan berkata, pelbagai peruntukan lain bagi mendapatkan dana boleh disalurkan daripada kerajaan negeri kepada pelajar yang memerlukan melalui pelbagai saluran di negeri ini.

“Dalam proses mendapatkan dana bagi melaksanakan program-program di peringkat universiti, kerajaan negeri ada pelbagai saluran seperti melalui Jabatan Belia dan Sukan.

“Namun, fokus kepada dana ini membabitkan program-program yang menjurus kepada kesukanan dan kemasyarakatan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri juga ada menyediakan peruntukan belia di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) malah perkara ini juga kita akan perkasakan lagi.

“Kita harap peruntukan di peringkat DUN ini sebahagiannya diperuntukkan untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi membantu mereka mendapatkan dana untuk mengadakan program-program kemasyarakatan ini.

“Perkara utama yang perlu dipraktikkan pelajar adalah jaringan.Jaringan antara pelajar dan kerajaan amat penting dalam mencapai usaha ini,” katanya.

https://melakakini.my/biasiswa-pelajar-cemerlang-dilaksanakan-tahun-hadapan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Bukti Jelas Hadi Lidah Bercabang

1 KEJAYAAN SYAITAN1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAMIngat Mati1 BANGSA KU 21 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU

Ahli hamPAS kini gelisah dengan kerajaan campuran bersama UMNOk.

kedua parti itu menjalankan TAAWUN SIYASI yang bermaksud kerjasama dan bukannya TAHALUF SIYASI yang bermaksud gabungan dua parti.

#TolakPas
#TolakUmno
#SayangiMalaysia