Melaka antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia – Tahniah atas kejayaan Melaka….

Melaka antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia

AYER KEROH 20 Sept. – Melaka disenaraikan antara 10 negeri teratas sebagai Destinasi Pelancongan Terbaik Antarabangsa, baru-baru ini.

Anugerah ‘Top 10 International Best Tourist Destination’ itu menjadikan Melaka tersenarai antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia termasuk Rusia, Fiji, Morocco, Jerman, Perancis dan Switzerland.

Mengulas kejayaan itu, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, anugerah yang dinobatkan sempena Karnival Destinasi Pelancongan Dunia 2019 di China baru-baru ini merupakan anugerah yang di luar jangkaan.

“Kami tidak menjangkakan Melaka termasuk antara 10 teratas dalam pencapaian ini dan ini adalah satu pencapaian terbaik buat Melaka.

“Kita mempunyai khazanah purba, alhamdulillah inilah yang menjadi tali pengukur kepada kejayaan ini menjadikan kita berjaya mencapai tahap antarabangsa.

“Kriteria bagi memenangi anugerah ini termasuk kadar pelancongan, komposisi destinasi pelancongan, penggunaan penyebaran internet dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui MelakaKini.

Jailani berhasrat akan lebih komited lagi dalam memperkasakan pelancongan negeri ini melalui pelbagai promosi dalam menaikkan nama Melaka di mata dunia.

Kerajaan negeri ujarnya, akan lebih agresif dalam mendukung cita-cita itu dengan mempergiatkan pelbagai promosi pelancongan di beberapa negara.

“Kita akan membuka Pusat Informasi Pelancongan Melaka di Pekan Baru, Indonesia tidak lama lagi.

“Dengan inisiatif ini kita akan menandatangani hubungan dua hala dengan negara itu bagi bersama-sama memperkasakan subsektor pelancongan pemakanan, kesihatan dan keluarga,” katanya.

https://melakakini.my/melaka-antara-10-destinasi-pelancongan-terbaik-dunia/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Geng Nik Amar Yang Mencuri Wang Negara – SPRM & PDRM Mohon Bertindak Segera Kerana Bukti Kukuh Dan Pengakuan Amat Jelas

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS2 SRC 1MDB11 tindakan zalim najib1 BANGSA KU A1 BANGSA KU 21 JEMAAH FITNAH

Parti Pas Sanggup Bekerjasama Dengan Syaitan Iblis

Image may contain: 1 person, beard and text

Seorang tokoh ulama PAS menyarankan dua kaedah kepada anggota parti itu untuk memastikan faham langkah diatur pemimpin mereka.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata anggota parti mesti memahami tindakan diambil pimpinan mereka melalui ilmu yang betul.

Jika gagal, kata Mokhtar, mereka masih tetap perlu memberikan walak kepada pimpinan serta parti.

Kegagalan berbuat demikian, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu, anggota parti akan terdedah kepada tipu helai syaitan.

Iklan

“Jika dengan ilmu anda gagal memahaminya, dan gagal pula memberikan walak, maka terdedahlah anda kepada mainan syaitan.

“Pada waktu itu tiada jaminan yang anda akan teguh bersama jamaah dan perjuangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tidak dapat dipastikan kepada siapa nasihat tersebut ditujukan namun ia membayangkan wujud rasa tidak puas hati sesetengah anggota PAS ketika ini.

Untuk rekod PAS kini menjalin kerjasama erat dengan Umno dan BN dalam gerak kerja pembangkang menghadapi kerajaan PH.

Bagaimanapun difahamkan tidak semua anggota PAS – terutama di bahagian Pantai Timur – menerima kerjasama itu dengan baik. Antara lain ia disebabkan perseteruan dan persaingan panas di antara PAS dan Umno suatu ketika dulu.

Baca Rameli dakwa jadi mangsa ‘politik melampau’

Isu penerimaan wang daripada orang Umno serta penarikan balik saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas pengarang Sarawal Report, Clare Rewcastle Brown, dan perkembangan di sebalik penyelesaian luar mahkamah itu juga menimbulkan kegelisahan sesetengah anggota PAS.

Kata Mokhtar seseorang yang terlanjur gagal memahami tindakan pemimpin parti atau tidak memberikan walak akan berdepan kerugian amat besar.

Menurutnya dalam keadaan begitu mati adalah lebih baik daripada hidup.

“Apabila anda sudah berada dalam belitan dan permainan syaitan, maka perut bumi (mati) lebih baik bagi anda berbanding belakang bumi (iaitu hidup),” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/472467

 

1 KEJAYAAN SYAITAN1 BANGSA KU A1 MUFTI1 AAA RASUAH 21 AAA RASUAH1 BUKTI AMAT JELASIngat Mati1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAM

أَعُوْذُ بِا للهِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْم

Nak tanya ahli pas faham ko ayat ni.

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.

Asal namanya Syaitan mana ada tunjuk jalan betul.Kalau abam mu cakap #8$4!8/4£β_&\€ marah…

 

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam… Jangan Hina… Jangan Persenda – Ridhuan Tee Penjilat Tegar Umnopas

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam… Jangan Hina… Jangan Persenda – Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – “Kalau kita tak nampak lagi Melayu dihina, Islam dipersenda… memang kita butalah,” ujar penceramah bebas, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Jelas beliau, bangsa lain seharusnya tahu menghormati Melayu Islam kerana Melayu Islam adalah ‘tuan rumah’ negara ini.

“Allah jadikan negara ini cantik sekali. Masing-masing ada negara masing-masing. India ada negara India dan Cina ada negara China. Kepelbagaian di negara ini pula tidak terjadi secara semula jadi, ia jadi warna-warni kerana ada penghijrahan sama ada secara sukarela atau dipaksa masuk. Kita pergi negara manapun orang lain mesti hormat tuan tanah… hormat agama dan budaya mereka.

“Kalau kita pergi China, kita tidak boleh bawa Melayu itu sangat sebab kita pergi rumah orang. Begitu juga dengan Malaysia. Saya tidak faham bila bangsa lain tidak boleh hormat Melayu Islam,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam wacana bertajuk ‘Bangsa Dihina, Agama Dipersenda’ anjuran Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang diadakan di Auditarium UMNO, semalam.

Beliau turut berkata, UMNO dan PAS tidak boleh terus berdiam diri apabila dipersalahkan dalam segala isu.

“UMNO-PAS jangan diam diri… mereka yang bawa isu… tapi bila jadi isu semua salahkan UMNO dan PAS.

“Isu tulisan jawi ini pula… Melayu boleh terima sekolah Cina dan India berpuluh tahun tapi kenapa tulisan Jawi yang hanya enam muka surat ini di dipertikaikan. Patutnya saya tumpang semangkuk dengan mereka untuk hidup aman… lagipun saya Cina tapi saya Cina yang bercakap benar dan berpaksikan sejarah. Pelik… orang Melayu boleh terima tulisan Cina, bangsa Cina, sekolah Cina dengan hati terbuka tapi kenapa susah sangat orang Cina nak buka hati untuk terima tulisan Jawi.

“Bagusnya orang Melayu ini… orang datang kat negara dia… orang nak sekolah dia bagi sekolah… sebiji macam sekolah di negara asal. Sebab apa? Sebab Melayu meraikan kepelbagaian, baiknya orang Melayu kerana Islam lembutkan hati untuk terima tetamu jadi kenapa kita tidak hargai pengorbanan dan jasa baik orang Melayu?” tegas beliau.

Dalam masa yang sama beliau turut membidas pertubuhan Dong Zong yang seringkali tidak sealiran dengan langkah kerajaan dan masayarakat Malaysia.

“Sejak Dong Zong ditubuhkan hingga hari ini apa-apa saja yang mereka katakanasama ada dalam bentuk ucapan, tulisan dan lain-lain yang mereka lakukan adalah menentang habis-habisan… contohnya sistem pendidikan…, Dong Zong tak pernah setuju dengan sistem pendidikan kita… dulu nak wujudkan sekolah wawasan pun dibantah sedangkan ia adalah idea yang baik untuk perpaduan dari peringkat awal tapi gagal,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam… Jangan Hina… Jangan Persenda – Ridhuan Tee

Dr. Ridhuan Tee Abdullah (Penjilat Tegar Umno).

 

 

1 MUFTI1 AAA RASUAH 21 AAA RASUAH1 NAJIB SOROT1 PERJALANAN KE SG BULOH1 BUKTI AMAT JELAS1 KEJAYAAN SYAITAN1 BANGSA KU 21 JEMAAH FITNAH1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU1 A TERANCAM1 Najib Munafik1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 hudud2 SRC 1MDB2 FITNAH PINANG1 pas hudud1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A CERDIK1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN11 tindakan zalim najib

 

Lim Guan Eng Meluluskan Peruntukan Khas Untuk Pelajar Tahfiz 2019

No photo description available.

MoF telah meluluskan Bantuan Perkapita kepada Sekolah Tahfiz berdaftar seluruh negara termasuk Kelantan.

Tahniah dan terima kasih Ust Nik Omar, idea tuan menjadi.

LIM GUAN ENG MENTERI KEWANGAN TERBAIK

Sebutan kes pengubahan wang haram AS$248 juta anak tiri Najib pada 24 Sept 2019

KEKALAHAN UMNOPAS DALAM PRU 14 MENYEBABKAN NAJIB DAN KELUARGANYA TIDAK DAPAT LAGI MENCURI WANG NEGARA DAN WANG RAKYAT- INILAH HIKMAH DISEBALIK KEMENANGAN PH, DENGAN IZIN ALLAH SWT DAN DENGAN KUASA RAKYAT UMNOPAS MENYEMBAH BUMI DI DEPAN RAKYAT MALAYSIA.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Sept untuk sebutan kes Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan pihaknya masih belum dapat melengkapkan beberapa dokumen berhubung kes itu.

“Pihak pendakwaan perlu mendapatkan beberapa dokumen daripada Amerika Syarikat namun memerlukan sedikit masa kerana dokumen itu dari luar negara. Beberapa dokumen lain telah diserahkan kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” katanya semasa sebutan kes hari ini.

Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili Riza, 42, mengesahkan perkara itu namun meminta pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen seawal mungkin.

Mohamad Mustaffa berkata pihaknya akan mempercepatkan proses untuk mendapatkan semua dokumen berkaitan kes itu.

Hariharan memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lepas dan Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Sept untuk pendengaran.

Mohamad Mustaffa ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, pihak pendakwaan membantah permohonan pembelaan dan berharap kes itu dapat diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Pada 5 Julai lepas, Riza, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah AS$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, AS.

Riza, anak Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 Sept, 2012 dan 10 Okt, 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah AS$133 juta dan AS$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, 7 Temasek Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura pada 18 Jun, 2012 dan 23 Okt, 2012.

Mengikut pertuduhan kelima tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah AS$45 juta di tempat sama pada 14 Nov, 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/492642?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR34YGYex2ak9OZYxSfIROf8d9TbyKLbQK6KhHhTWcVevBQ-dKJqJDLjD4E