Sultan Mizan Zainal Abidin anggap Jho Low watak tidak menyenangkan

Sultan Mizan anggap Jho Low watak tidak menyenangkan

Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan. – Gambar fail

TERBUKTI NAJIB SANGGUP MENGKHIANATI SULTAN DAN MENGUTAMAKAN JHO LOW DALAM USAHA MENIPU RAKYAT MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bersetuju dengan cadangan itu oleh peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Muhammad Shafee: Menurut minit-minit tersebut, Jho Low menyalahgambarkan Sultan. Anda tahu bagaimana Sultan Terengganu menganggap Jho Low dan baginda bertitah Jho Low adalah watak yang tidak menyenangkan?

Amhari Efendi: Ya, berdasarkan minit.

Saksi juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa negeri Terengganu tidak senang hati dengan Jho Low kerana dia memanipulasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada September 2009.

Muhammad Shafee: Saya katakan anda tahu (gambaran salah), tetapi anda gagal memaklumkan ini kepada ketua anda mahupun kepada Najib.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju

Saksi pendakwaan kelapan itu sekali lagi bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low mempunyai cita-cita untuk mempunyai perkongsian dengan syarikat Mubadala Development di sektor minyak dan gas Terengganu tanpa pengetahuan TIA.

Apabila ditanya sama ada Jho Low telah menyebut tentang ‘cita-cita utama’ (perkongsian dengan Mubadala) kepadanya, saksi itu berkata “Tidak”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan MP itu didakwa melakukan kempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. –  BERNAMA

 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-mizan-anggap-jho-low-watak-tidak-menyenangkan-217904?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=19-9-19-sultan_mizan_anggap_jho_low

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s