Upacara memperkenalkan Juhuasuan sebagai satu gabungan dengan Kumpulan Alibaba, sebuah syarikat e-dagang yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and suit

Petang tadi saya menyaksikan upacara memperkenalkan Juhuasuan sebagai satu gabungan dengan Kumpulan Alibaba, sebuah syarikat e-dagang yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Majlis ini diadakan di Wisma Tani bersempena dengan Malaysia Week 2019 yang sedang berlangsung di China dari 16-22 September 2019. Juhuasuan merupakan platform online yang menawarkan ‘flash sale’ kepada para pengguna untuk membeli barangan secara atas talian pada harga diskaun.

Sehingga kini, antara jenama kita yang sudah ditempatkan dalam platform ini ialah Old Town White Coffee, Julie’s dan Zen’s Bird’s Nest. Semoga dengan majlis hari ini, lebih banyak lagi produk-produk pertanian tempatan, antaranya dari LPP dan FAMA, akan dapat dipasarkan dengan meluas di pasaran China.

Selain dari durian Musang King, nanas MD2 dan nangka juga merupakan buah-buahan yang bakal dipasarkan di China. Saya telah berbincang dengan Mr Alan Ao, Pengurus Besar Pemasaran di Juhuasuan, dan beliau juga bersetuju untuk membantu memasarkan hasil tani kita di sana.

Semoga hubungan baik dua hala ini akan terus merancakkan dan memajukan industri pertanian negara

Salahuddin Ayub Fan Club 沙拉胡丁阿育粉丝俱乐部

1MDB hampir cagar minyak, gas di laut Terengganu – Ahmad Said

Image may contain: 1 person, text

1 BANGSA KU A1 JEMAAH FITNAH1 BANGSA KU 2Ingat Mati

#IMBASKEMBALI 1MDB hampir cagar minyak, gas di laut Terengganu – Ahmad Said

Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah hampir bertindak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.

Perkara ini dimaklumkan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu laporan oleh Sinar Harian.

Ahmad dilaporkan berkata urus niaga itu hampir dilaksanakan semasa 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008, namun ia tidak diteruskan ekoran beberapa masalah.

Perbicaraan Ku Nan Tertangguh Kerana Ku Nan Mohon Tukar Hakim

Image may contain: 1 person, text

Bukankah sepatutnya perbicaraan rasuah Ku Nan bermula hari ini DAN TERPAKSA DITANGGUHKAN.

KENAPA TIBA-TIBA KU NAN mintak tukar hakim lain setelah pemberi rasuah terhadap Ku Nan mengaku bersalah tempohari ??!

Asal saja pemimpin² UMNO nak dibicara di mahkamah dlm kes² jenayah rasuah mereka pelbagai taktik licik diberi utk nak melengahkan perbicaraan mereka berlangsung.

NAMPAK TAK !!

Najib & Umno Bn Yang Curi Wang Negara Tetapi Kerajaan PH Yang Tolong Bayar

Penyangak buat hutang, Kerajaan PH terpaksa tanggung.

Faedah saja kerajaan perlu bayar RM9 bilion. Belum lagi hutang pokok RM36 bilion.

Berapa banyak wang rakyat telah dibazirkan dan dirompak!

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada tahun lalu dilaporkan berkata, kerajaan mendapati negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB itu.

Alangkah baiknya, wang yang digunakan untuk membayar jaminan kerajaan ini diperuntukkan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan baik pulih sekolah daif yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2455800857964870/?type=3&theater

NAJIB TROLL, TOLOL & BADUTKAN SENDIRI

No photo description available.

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

No photo description available.

NAJIB TROLL, TOLOL & BADUTKAN SENDIRI

Beberapa hari yg lalu, Najib MEMFITNAH kerajaan PH menganugerahkan ‘projek ajaib’ Bangunan Gunasama Persekutuan Tunjong Kota Bharu yg bernilai ratusan juta ringgit.

Tapi cuba korang baca papan tanda yg terpacak kat tapak lokasi. Ini papan tanda yg dipacak oleh kerajaan UMNO yg terdahulu. Tertulis dengan jelas TAHUN 2016! Bukti yg cukup jelas kukuh solid bahawa projek tersebut dirancang, diberi, ditandatangani, dianugerahkan, dirasmikan semuanya oleh pentadbiran Najib Razak.

Jerebu: Tolong tanya Indonesia, kenapa tak mahu terima bantuan Malaysia

Jerebu: Tolong tanya Indonesia, kenapa tak mahu terima bantuan Malaysia

Malaysia hairan dan tertanya-tanya kenapa Indonesia tidak berminat untuk menerima bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan untuk memadam kebakaran yang menyebabkan berlakunya jerebu. – Gambar REUTERS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Malaysia pernah menyatakan niat untuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran yang menjadi punca jerebu di rantau Asia Tenggara berlarutan sejak beberapa minggu ini.

Namun Dr Mahathir berkata, beliau tidak faham mengapa negara jiran itu tidak mahu menerima bantuan Malaysia, sedangkan negara ini mempunyai segala yang diperlukan termasuk kapal terbang khas untuk bom air (water bombing) dari udara.

Walaupun ingin tahu, namun Dr Mahahir belum meminta penjelasan dari negara itu berhubung ketidaksudian mereka dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya tak tahu kenapa, sebab saya ingin nak bertanya – mengapa anda tidak mahu menerima bantuan kami – tetapi saya masih belum bertanya.

“Kita telah cadangkan kepada mereka sepanjang masa, kita ada kapal terbang khas untuk water bombing, saya rasa itu boleh digunakan. Jadi mungkin media boleh bantu saya tanya Indonesia, mengapa mereka tidak mahu terima bantuan kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-10 di Putrajaya, hari ini.

Bernama melaporkan, lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari lalu, dengan beratus hektar dilaporkan masih terbakar membabitkan beberapa provinsi atau wilayah di Indonesia.

Lebih 6,000 petugas pemadam kebakaran yang turut dibantu polis dan tentera, kini dikerahkan memadam kebakaran di Riau, Jambi, Pekanbaru serta Kalimantan.

BACA: Jerebu: Kawasan Sangat Tidak Sihat di Sarawak terus meningkat

Bekas pegawai Najib dedah diarah cincang dokumen sebelum PRU14

Bekas pegawai Najib dedah diarah cincang dokumen sebelum PRU14

Amhari mendedahkan, beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya, beliau menyimpan semua dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di sini seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Muhammad Shafee: Anda telah menyimpan semua dokumen penting ini di dalam rumahnya (sepupu) dan bukan di rumah anda sendiri. Kenapa begitu?

Amhari Efendi: Saya fikir ada … menjelang pilihan raya, arahan dari ketua staf adalah untuk mencincang semua doumen yang perlu dicincang, memfailkannya dengan sewajarnya.

“Apabila perlu, berikannya kembali kepada ketua staf supaya dapat difailkan dengan sewajarnya. Itulah cara ia berfungsi. Ia adalah pejabat besar yang semua orang mempunyai kertas sendiri. Dan simpan yang sangat penting supaya selepas pilihan raya, sebahagiannya digunakan semula. Itu adalah arahan.

“Pada masa itu saya sangat sibuk. Saya juga terlibat dengan pilihan raya, kempen, kebanyakan kerja bukan berkaitan ekonomi. Jadi kerja-kerja pilihan raya yang saya lakukan kebanyakannya di rumah saya.” Melakukan kempen, mesej media sosial untuk Datuk Seri Najib dan sebagainya dan cara begitulah ia dibahagikan.

“Suatu hari, saya memerlukan bantuan dari sepupu saya, kerana semua orang sibuk dan dia membantu saya dan saya memberitahu dia saya akan mendapatkannya tetapi saya tidak .. Terdapat beberapa kotak sahaja. Kebanyakan bahan pilihan raya, bahan media sosial, berada di rumah saya, tidak relevan dengan serbuan,” katanya.

Antara dokumen yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam Perbadanan Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) Martin Edelman.

Muhammad Shafee: Ini adalah cara anda menyembunyikan dokumen. Anda memutuskan untuk bekerja dengan SPRM supaya masalah anda akan diperlakukan dengan ringan, atas kesalahan yang jelas anda lakukan. Maksud saya, anda masih tidak didakwa. Ini adalah aksi pukul memukul (tit-for-tat), di mana anda memberikan beberapa maklumat untuk mereka yang akan menyalahkan klien saya.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – BERNAMA

 

Image may contain: 5 people, text

Ketua kakitangan Najib arah musnah dokumen sebelum PRU14, kata saksi

Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 September, 2019.

KETUA kakitangan Najib Razak, Abdul Aziz Kassim mengarahkan supaya dokumen, termasuk yang berkaitan dengan 1MDB, dimusnahkan sebelum pilihan raya umum tahun lepas, kata saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan yang arahan diberikan kepada semua pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum pilihan raya 9 Mei.

 

Sultan Mizan Zainal Abidin anggap Jho Low watak tidak menyenangkan

Sultan Mizan anggap Jho Low watak tidak menyenangkan

Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan. – Gambar fail

TERBUKTI NAJIB SANGGUP MENGKHIANATI SULTAN DAN MENGUTAMAKAN JHO LOW DALAM USAHA MENIPU RAKYAT MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bersetuju dengan cadangan itu oleh peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Muhammad Shafee: Menurut minit-minit tersebut, Jho Low menyalahgambarkan Sultan. Anda tahu bagaimana Sultan Terengganu menganggap Jho Low dan baginda bertitah Jho Low adalah watak yang tidak menyenangkan?

Amhari Efendi: Ya, berdasarkan minit.

Saksi juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa negeri Terengganu tidak senang hati dengan Jho Low kerana dia memanipulasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada September 2009.

Muhammad Shafee: Saya katakan anda tahu (gambaran salah), tetapi anda gagal memaklumkan ini kepada ketua anda mahupun kepada Najib.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju

Saksi pendakwaan kelapan itu sekali lagi bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low mempunyai cita-cita untuk mempunyai perkongsian dengan syarikat Mubadala Development di sektor minyak dan gas Terengganu tanpa pengetahuan TIA.

Apabila ditanya sama ada Jho Low telah menyebut tentang ‘cita-cita utama’ (perkongsian dengan Mubadala) kepadanya, saksi itu berkata “Tidak”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan MP itu didakwa melakukan kempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. –  BERNAMA

 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-mizan-anggap-jho-low-watak-tidak-menyenangkan-217904?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=19-9-19-sultan_mizan_anggap_jho_low