Wakil Istana Curiga Terhadap Jho Low. Hari ke-9: Amhari terima AS$200,000 dari Jho Low pada 2011

LANGSUNG | Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin, akan terus disoal balas oleh pasukan pembelaan bekas perdana menteri pada pagi ini.

Antara fokus mereka ialah peranan yang cuba dimainkan Jho Low dalam Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum badan itu menjadi 1MDB.

Perbicaraan dijalankan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah.

Terdahulu prosiding hari ini berhenti rehat lebih awal dari biasa untuk membolehkan Najib berjumpa doktor pakar berkaitan masalah mata dan hidungnya yang berair.

Iklan

LANGSUNG

5.30 petang: Perbicaraan ditangguhkan ke 9.30 pagi esok selepas peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa dia perlu menghabiskan masa 90 minit atau lebih dengan saksi.

Sequerah kemudian bertanya sama ada pasukan pembelaan boleh menamatkan pemeriksaan balas mereka terhadap Amhari Efendi Nazaruddin pada hari esok.

Shafee memberi jaminan bahawa dia hanya memerlukan masa dua jam untuk menyelesaikan pemeriksaan balas.

Untuk rekod, hari ini adalah hari kelima bekas pegawai khas untuk Najib Razak hadir di mahkamah untuk memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri itu.

Sequerah juga memberitahu Amhari untuk membawa senarai carian SPRM ketika mereka menyerbu rumahnya tahun lepas.

Dokumen itu diminta oleh pasukan pembelaan untuk pemeriksaan balas mereka.


4.30 petang: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin tidak pasti sama ada bekas perdana menteri itu pernah menyedari agenda (talking points) yang disediakan Jho Low untuk lawatan Amhari ke China pada 28 Jun 2016.

Amhari berkata demikian apabila peguam utama tertuduh Muhammad Shafee Abdullah bertanya sama ada Najib menyedari perkara yang dikatakan agenda, yang mana Jho Low dikatakan membuat persiapan perjalanan Amhari ke China.

Menurut perenggan 168 kenyataan bertulis Amhari, Jho Low menyiapkan talking points untuk perjalanan Amhari, yang menggambarkan seperti Najib mengarahkan Amhari untuk pergi ke China bagi mengesahkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan republik itu.

Amhari berkata melalui kenyataan saksinya bahawa Jho Low memberi arahan kepadanya tentang apa yang harus dikatakan semasa pertemuan di China.


3.45 petang: Dokumen perbankan yang dikemukakan di mahkamah menetapkan bahawa Amhari Efendi Nazaruddin, yang merupakan bekas pegawai khas kepada Najib Razak, telah menerima AS$200,000 daripada Jho Low pada 5 April lalu melalui pemindahan ke dalam akaun Maybanknya.

Kenyataan terbaru itu dilihat dikatakan versi yang lebih tepat berbanding dengan kesaksian Amhari sebelumnya, yang berkata berdasarkan ingatannya pemindahan wang itu berlaku di suatu tempat pada 2010.

Amhari memberi keterangan bahawa dia menganggap ia sebagai pinjaman daripada Jho Low sebagai “bridging loan” (pinjaman jangka pendek) agar dia dapat membayar pinjaman perumahannya untuk membeli rumah baru.

Amhari berkata dia merujuk kepada pinjaman untuk membeli rumah di Kota Damansara sementara cuba menjual rumah lamanya.

Amhari merancang untuk menjual rumah itu dengan harga RM700,000 ketika itu.


3.26 petang: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin, didakwa pernah disaman rakan sekutu Jho Low di mahkamah Kepulauan Virgin.

Peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mendakwa Amhari disaman oleh seorang wanita dikenali sebagai Jasmine Loo.

Dakwaan itu dibuat Shafee dengan mengemukakan dokumen semasa menyoal balasa Amhari.

Shafee: Adakah baru-baru ini kamu disaman oleh Jasmine Loo?

Amhari: Setakat yang saya tahu, tidak.

Shafee: Adakah kamu pasti? Kami ada beberapa bukti dan kami bercakap panjag dengan seseorang di Kepulauan Virgin. Di sana ada Jasmine Loo Ai Swan yang pada 29 Julai 2019, memfailkan (saman) pada jam 3.04 petang di Mahkamah Agung Kepulauan Virgins Islands. Kamu pernah nampak dokumen ini?

Amhari: Tidak.

Shafee: Tycoon Gain adakah defendannya?

Amhari: (Sambil melihat dokumen yang diberikan) Yes.

Apabila Shafee bertanya jika ada cubaan untuk menyerahkan dokumen itu kepada saksi, Amhari memberitahu: Tidak.

Terdahulu Shafee menyoal Amhari berhubung urusan didakwa membabitkan beliau – antara lain – dengan syarikat Tycoon Gain Limited di Singapura.


3.15 petang: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin telah bertemu dengan pegawai bank BSI Yvonne Seah di Singapura, sebelum dia dipenjara susulan transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan perkara ini semasa peguam pertahanan utama Muhammad Shafee Abdullah membuat pemeriksaan balas terhadap saksi ke-8, Amhari.

Amhari memberi keterangan bahawa beliau, ketua setiausaha sulit Najib ketika itu, Azlin Alias dan ahli perniagaan Jho Low berjumpa di bilik hotel di Singapura.

Amhari mengesahkan bahawa Seah membawa banyak dokumen untuk ditandatangani Azlin, dan dia hanya mengikutinya.

Shafee: Berhubung dengan Aerosphere Limited, anda menandatangani semua dokumen pengemukaan atau pemindahan. Wanita ini Yvonne datang ke bilik hotel anda ketika anda berada di Singapura dengan Azlin dan Jho Low. Dia membawa banyak dokumen. Anda mesti menandatangani beberapa dokumen itu.

Amhari Efendi Nazaruddin.

Amhari: Ya, saya menandatangani apa-apa yang ditandatangani Azlin.

Shafee: Tetapi Azlin menandatangani akaun yang berbeza.

Amhari: Ya, tetapi pegawai itu (Seah) telah memberikan (saya ada beberapa dokumen untuk ditandatangani).

Shafee: Saya mahu anda memberikan nama itu. Adakah Yvonne Seah Yew Foong?

Amhari: Saya hanya memanggilnya Yvonne.

Shafee: Anda masih ingat kes yang melibatkan Yvonne Seah dari BSI?

Amhari: Saya rasa saya ternampak (dalam berita).

Pada 16 Dis 2016, media melaporkan bahawa Seah, 45, mengaku bersalah terhadap tiga daripada tujuh pertuduhan di mahkamah Singapura, dengan satu pertuduhan kerana gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan dan dua tuduhan pemalsuan.

Dilaporkan bahawa Seah telah menguruskan akaun Jho Low di Bank BSI di Singapura. Dia dilaporkan dipenjara selama dua minggu.

Media turut melaporkan bahawa Seah telah diperintahkan untuk membayar SG$10,000 kerana gagal melaporkan beberapa siri transaksi mencurigakan yang antara lain melibatkan puluhan juta masuk dan keluar dari beberapa akaun yang dikaitkan dengan Jho Low.


3.10 petang: Saksi kelapan pendakwaan, Amhari Efendi Nazaruddin, mengaku pernah menerima wang daripada Jho Low.

Menjawab soalan peguam Muhammad Shafee Abdullah, bekas pegawai khas Najib itu berkata, Jho Low – atau nama sebenarnya Low Taek Jho – memberikan sejumlah wang untuk perbelanjaan semasa berkunjung ke luar negara, termasuk ketika beliau menemani bekas perdana menteri itu membuat lawatan rasmi.

Antara wang yang diterima, kata Ahmari, ialah beberapa ribu dolar AS ketika menyertai rombongan Najib ke New York, dan sejumlah lain – yang tidak diingatinya – semasa ke London.

Kata Amhari, ada beberapa ketika lain beliau menerima wang daripada ahli perniagaan yang dikehendaki polis itu namun tidak dapat mengingati kesemua butirannya.

Wang itu tidak termasuk AS$200,000 yang didakwa dipinjamkan Jho Low kepada Amhari pada 2010.

Kata Amhari, biasanya Jho Low “ada di sana” ketika lawatan diadakan namun tidak dapat memastikan jika ada pegawai lain yang turut menerima wang daripada ahli perniagaan berkenaan.


3 petang: Peguam bela Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah, menggunakan senarai carian bertarikh 27 Jun 2018 ketika SPRM menyerbut sebuah apartmen berkaitan Jho Low untuk meneruskan soalannya kepada saksi kelapan pendakwaan.

Untuk menguji ingnatan Amhari Efendi Nazaruddin, Shafee bertanya mengenai tarikh sebenar beliau ditahan pihak berkuasa pada 2018.

Shafee: Dokumen carian ini bertarikh 27 Jun 2018, adakah ini bermakna carian (di unit kediaman tersebut) adalah pada tarikh berkenaan, atau lebih awal, betul?

Amhari: Ya.

Shafee: Bila kamu balik dari Kemboja?

Amhari: Di antara 21 dab 22 Jun (2018).

Shafee: Di rumah kamu?

Amhari: Ya.

Apabila Shafee bertanya kepada Amhari apa alasan ditahan SPRM, saksi terbabit memberitahu beliau hanya tahu ia ada kaitan dengan 1MDB dan TIA, bukan secara khusus.


2.45 petang: Ketua pembelaan Najib menggunakan beberapa gambar dari Internet untuk menanyakan soalan mengenai penahanan Amhari Efendi Nazaruddin pada 2018.

Antara yang dirujuk ialah gambar Amhari membawa penyiasat SPRM ke suatu alamat di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Terdahulu bekas pegawai khas Najib itu memberitahu, beliau diberikan taklimat oleh Jho Low menggunakan papan putih di dapur apartmen tersebut oleh Jho Low.

Amhari mengesahkan gambar sekeping papan putih yang ada di premis berkenaan, selain peti besi yang dibuka pegawai SPRM dan mengandungi sejumlah wang yang tidak didedahkan.

Sebelum ini Amhari mengaku ditahan pihak berkuasa pada Jun tahun lalu.


2.35 petang: Amhari Efendi Nazaruddin berkata, beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke sebuah apartmen Jho Low yang pernah menjadi tempat pertemuannya dengan ahli perniagaan buruan polis tersebut.

Kata saksi pendakwaan itu, beliau mendedahkan kepada SPRM mengenai rancangan Jho Low terhadap Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) seawal 2008 yang dibentangkan di atas papan putih di dapur apartmen berkenaan.

Kediaman itu terletak di No 3 Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Katanya, keterangan itu diberikan semasa beliau disoal siasat SPRM tahun lalu.

Menurut bekas pegawai khas Najib tersebut, dia hanya pergi ke apartmen tersebut – paling banyak – hanya dua kali.


2.18 petang: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin, ditahan tidak lama selepas kembali daripada percutian bersama keluarganya di Thailand dan Kemboja pada Julai tahun lalu.

Hal itu dimaklumkannya kepada mahkamah semasa disoal balas peguam Muhammad Shafee Abdullah pada sesi petang perbicaraan yang masuk hari kesembilan hari ini.

Shafee: Bila kamu ditangkap?

Amhari: Julai tahun lalu, semasa bulan Syawal, selepas pilihan raya (PRU ke-14).

Shafee: Kamu ditangkap selepas pergi ke Thailand?

Amhari: Kemboja. Mula-mula saya ke Thailand kemudian ke Kemboja.

Shafee: Yang di Bangkok tu, bercuti?

Amhari: Dengan keluarga saya, juga di Kemboja.

Shafee: Kamu ditangkap semasa pulang dari Kemboja?

Amhari: Ya, satu atau dua hari kemudian.

Amhari juga menafikan kunjungan ke negara luar itu – seperti dicadangkan Shafee – adalah untuk memindahkan duit BSI.


2.05 petang: Perbicaraan sesi petang bermula.


11.24 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, menangguhkan perbicaraan sehingga ke jam 2 petang ini.

Penangguhan lebih awal dari biasa itu dibuat selepas peguam belas Najib meminta supaya bekas perdana menteri itu diberi kebenaran untuk berjumpa doktor pakar di Putrajaya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah

Najib didakwa mengalami masalah mata dan hidung berair dan dipercayai ada kaitan dengan jerebu yang sedang melanda negara ini.


11.20 pagi: Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) selesai dipindah milik kepada kerajaan pusat pada 12 Ogos 2009, mahkamah diberitahu hari ini.

Hal itu disahkan melalui sijil saham bernilai RM1,000,002 yang dirujuk peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah, kepada saksi, Amhari Efendi Nazaruddin.


10 pagi: Mahkamah diberitahu, seorang wakil Istana Negara mempertikaikan peranan Jho Low dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) semasa bermesyuarat pada Mei 2009.

Saksi kelapan pendakwaan, Amhari Efendi Nazaruddin, berkata beliau masih ingat menghadiri mesyuarat tersebut di sebuah bilik di bangunan parlimen, pada 30 Jun 2009.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah wakil Yang di-Pertuan Agong, Wan Ismail Wan Nik, wakil Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Untuk rekod Agong ketika itu ialah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan pihak pembelaan semalam menyatakan penubuhan TIA adalah idea daripada baginda.

Semasa mengesahkan butiran dalam minit mesyuarat itu Amhari berkata wakil Sultan Mizan menyatakan kesangsian terhadap peranan Jho Low – atau nama sebenarnya Low Taek Jho – dan kemungkinan nama sultan boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Amhari yang menghadiri mesyuarat itu bagi mewakili Najib berkata, beliau tidak bersuara dalam perbincangan berkenaan.

Hal itu berlaku ketika Amhari tahu Jho Low sebelumnya mengaku bahawa dia (Jho Low) adalah penasihat kepada Tuanku Mizan.

Kata Amhari, beliau berdiam diri dalam mesyuarat tersebut kerana kedudukannya ketika itu hanya pegawai junior manakala yang lain-lain jauh lebih senior.

Menurut bekas pegawai khas Najib itu, ia adalah budaya yang difahami kakitanan awam, iaitu pegawai muda hanya perlu berdiam diri dan mengikut arahan.

Semasa disoal balas oleh Muhammad Shafee Abdullah, Amhari berkata beliau juga tidak membangkitkan hal itu kepada Najib kerana menyangka Ketua Setiausaha Perbendahaan (ketika itu), Wan Abdul Aziz – yang mempengerusikan mesyuarat tersebut – akan memberi taklimat mengenainya.

Amhari juga memberitahu beliau tidak bertanya kepada Wan Abdul Aziz sama ada hal itu sudah dimaklumkan kepada Najib atau tidak.

Apabila dicadangkan oleh Shafee bahawa beliau berdiam diri mengenai isu kecurigaan terhadap Jho Low kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat, Amhari membantahnya.

Shafee: Saya cadangkan kepada kamu, kamu berdiam diri kerana kamu rapat dengan Jho Low dan kamu mendapat faedah daripadanya.

Amhari: Saya tak setuju.


9.57 pagi: Ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Amhari Efendi Nazaruddin bertelingkah seketika apabila isu mengenai tugas seorang kakitangan baru kerajaan.

Suasana hangat itu bermula apabila Shafee bertanya kepada bekas pegawai khas Najib itu mengapa beliau tidak berusaha membangkitkan hal mengenai Jho Low yang pernah mendakwa sebagai wakil Yang di-Pertuan Agong pada 2009.

Amhari menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada 30 Jun 2009 sebagai wakil Pejabat Perdana Menteri.

Shafee: Adakah apa-apa yang menghalang seorang pegawai junior daripada bersuara?

Amhari: Tidak.

Shafee: Jadi, kamu boleh bercakap (mengenai sesuatu isu) semasa mesyuarat (TIA)?

Amhari: Ya, tetapi semua kakitangan kerajaan faham bahawa kadang-kadang kamu tidak bercakap, kamu dengar dan kemudian bercakap (kepada orang atasan). Itu adalah budaya normal (dalam kalangan kakitangan awam).

Shafee: Saya pernah menjadi kakitangan awam selama lapan tahun, hal itu tidak berlaku.


9.45 pagi: Perbicaraan hari ini akan berhenti rehat lebih awal dari biasa, iaitu 11.30 pagi, bagi membolehkan Najib berjumpa doktor pakar berhubung masalah matanya.

Dikaitkan dengan keadaan jerebu ketika ini, ketua pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan kepada hakim Collin Lawrence Sequerah agar anak guamnya dibenarkan berjumpa doktor.

Kata Shafee, Najib perlu menghadiri temu janji dengan seorang diktor di Putrajaya kira-kira jam 11 pagi ini.

“Simptomnya sama seperti semasa beliau mengalami konjunktivitis. Saya syak ia disebabkan keadaan jerebu.

“Beliau mengalami masa dan hidung berair, dan ideanya (untuk berjumpa doktor) ialah bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk,” katanya.


9.36 pagi: Najib memasuki kandang tertuduh. Tidak lama lagi peguam belanya dijangka mula menyambung sesi soal balas terhadap Amhari Efendi Nazaruddin.


9.29 pagi: Mahkamah akan mula bersidang tidak lama lagi apabila tertuduh masuk dan duduk di galeri awam.

https://www.malaysiakini.com/news/492339?fbclid=IwAR0HyY097Gbtdno96tCGZVh1mbna03mxrTlO0i0lKB3t6ct6tZ-z3jeXHBU

Lip Eng (DAP) lapor polis terhadap fitnah Ismail Sabri Berkaitan Jakim, Dimana Suara Melayu Islam ?

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataan naib presiden Umno itu berkenaan DAP dan pensijilan halal.

Beliau yang juga setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap Ismail, selaras dengan peringatan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador tiada lagi amaran kepada mereka yang mencetuskan sensitiviti kaum dan agama.

Laporan itu merujuk ucapan Ismail di Himpunan Penyatuan Ummah pada Jumaat lalu.

Lim memetik laman The Star yang melaporkan Ismail berkata DAP “di belakang” pemimpin Melayu dalam kerajaan.

Laporan itu juga memetik Ismail sebagai berkata pensijilan halal “yang sebelum ini di bawah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kini di bawah Kementerian Kewangan”.

Ismail dalam kenyataan Ahad lalu menyangkal laporan itu dan mendakwa beliau hanya berkata ia “akan” diletakkan di bawah Halal Industry Development Corporation (HDC).

Malaysiakini menyemak ucapan Ismail pada Jumaat lalu. Berikut adalah keratan ucapannya:

Tentang DAP

Selepas pilihan raya apabila kita kalah, apabila Umno kalah pas kalah, dan kerajaan baru ni walaupun dipimpin orang Melayu tetapi yang ada di belakang orang Melayu itu adalah DAP.

“Segala dasar yang ada hari ini tidak jaga kepentingan Melayu dan Islam tetapi jaga kementingan kaum DAP yang ada dalam negara kita.”

Tentang pensijilan halal

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini kita lihat isu yg melibatkan produk-produk halal yang dulu di bawah Jakim, sekarang saya difahamkan akan dipindahkan kepada HDC dan sebagainya.

“Dulu saya walaupun bukan menteri atau timbalan mneteri agama, waktu itu isu halal di bawah KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), di bawah saya.

“Waktu itu ada empat syarikat keluarkan logo halal, sebab itu akhirnya timbul isu yang melibatkan keraguan orang Islam tentang logo hala tersebut. Maka akhirnya kita satukan dan letak di bawah Jakim.

“Jakim jaga (pensijilan) halal begitu baik sehingga luar negara pun iktiraf logo dikeluarkan Jakim.

“Tetapi hari ini mereka ingin letak bawah HDC. HDC bawah kementerian kewangan, dan kita tahu siapa menteri kewangan. Soal halal pun cuba diambil oleh mereka.”

Semakan menunjukkan HDC berada bawah Menteri Hel Ehwal Ekonomi yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun HDC adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Pada Sabtu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Ismail berunsur fitnah kerana pensijilan halal masih dikendalikan Jakim.

 

KENYATAAN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JAKIM
BERKENAAN
PENAFIAN TERHADAP KENYATAAN YANG DISIARKAN OLEH THE STAR ONLINE

JAKIM ingin merujuk kenyataan yang disiarkan oleh The Star Online
bertarikh 13 September 2019 jam 11:38 pm yang bertajuk “Don’t be worried over Ummah unity gathering, Tok Mat tells non-Malays”, yang menyiarkan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO yang mendakwa urusan Pensijilan Halal Malaysia kini telah diletak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Justeru, JAKIM menafikan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa sehingga kini JAKIM bersama pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri masih lagi merupakan pihak yang bertanggungjawab penuh terhadap urusan Pensijilan Halal Malaysia.

JAKIM berharap peranan pensijilan halal yang dijalankan oleh JAKIM sejak sekian lama dapat terus dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk dari dalam dan luar negara serta mampu membantu menjana ekonomi negara yang mapan dan berdaya saing.

Sekian
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JAKIM
14 September 2019

Bukti Pemimpin Perpaduan Ummah Bergelombang Dengan Dosa Rasuah Dan Pecah Amanah

Image may contain: 1 person, smiling, text

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELASIngat Mati

 

Royalti Kelantan akan dibayar bila tiba masa – Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

Bayaran royalti petroleum kepada negeri Kelantan akan dibuat apabila tiba masa dan ketikanya, kata Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

Menurut beliau, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertanggungjawab menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara dan jika ada keputusan ia akan dilaksanakan.

“Kita di MOF ini menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara, jadi apabila sudah ada keputusan tertentu untuk kita laksanakan sama ada keputusan kabinet, daripada kementerian lain yang dipersetujui kabinet, kita akan laksanakan keputusan yang dibuat itu.

“Kadang-kadang ia ada (melibatkan) pengurusan aliran tunai, mungkin tak bayar bulan ini, akan bayar bulan depan mengikut aliran tunai yang ada.

Iklan

“Apa yang due (tiba masa) yang perlu dibuat, ada keputusan yang dibuat kabinet, perdana menteri, MOF akan akur dan akan laksanakan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan ke-29, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah yang sebelum ini mendakwa bayaran royalti minyak kepada Kelantan kini tersangkut di MOF.

Terdahulu dalam laporan Malaysiakini pada 28 Ogos lalu, Mohd Amar berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan perdana menteri dan menteri hal ehwal ekonomi sebelum ini, kerajaan persekutuan memberi jaminan akan buat bayaran.

“Saya pernah sebut sekarang ini terletak pada MOF, sebab mereka yang akan keluarkan cek bayaran.

“Jadi tersangkut di MOF. Perdana menteri sendiri kata akan bayar royalti, dalam mesyuarat majlis kewangan negara pun sudah disahkan perkara itu. Jadi apa lagi masalah?” soal beliau.

Sementara itu diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, Amiruddin berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan.

“Keputusan saya tak boleh jawab kerana tak ada maklumat.

“Maknanya bila smpai masa dan ketikanya kita akan buat pembayaran,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/492394?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0ixNCm86A0glcfWMKCrcqGCpZ8OypRbLMYESJj2tKcDQ1–cx3J5AoGpE

Jho Low Sudah Terlibat Awal Sejak Dengan Projek Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person

17 SEPT 2019
Kembali Kepada Berita Ketua Penyamun UMNO

Hari Kelapan
Perbicaraan Kes 1MDB Tanore Rm 2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadi Bekas Presiden UMNO merangkap Penasihat UMNO 2019 Najib Razak
Saksi Bekas Pegawai Khas Najib Razak sendiri terus dedah dan pecahkan tembelang Najib Razak ketika sesi Soal balas dari Peguambela Najib Razak

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Seorang bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak mengetahui bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terlibat sejak awal dalam projek Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, ketika memberi keterangan di Mahmamah Tinggi di sini dalam perbicaraan hari kelapan hari ini melibatkan bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi memaklumkan beliau tidak mengetahui ‘punca’ idea penubuhan TIA.

Muhammad Shafee: Kamu tahu idea siapa untuk menubuhkan TIA atau 1MDB?

Amhari: Saya tidak tahu

Muhammad Shafee: Saya cadangkan ia adalah idea bekas Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin?

Amhari: Saya tidak tahu

Sementara itu, saksi kelapan itu berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) merupakan ‘baby’ kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau berkata, ‘baby’ dalam konteks ini adalah sesuatu yang penting.

“Ketika itu, Najib dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri dan ‘baby’ bermakna sesuatu yang beliau mahu bawa ketika memegang jawatan itu kelak.

“Bagi saya ‘baby’ dalam konteks ini tertumpu kepada perkara yang rapat dengannya (Najib) seperti 1MDB atau dasar…sesuatu yang penting,” katanya.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Perbicaraan sesi soal balas terhadap Amhari Efendi masih berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – UTUSAN ONLINE.

https://www.utusan.com.my/…/jho-low-sudah-terlibat-awal-sej…

Riza Aziz Muncul Buat Pertama Kali Dalam Kes Perbicaraan 1MDB

Image may contain: 3 people, text

17 SEPT 2019
KES 1MDB NAJIB | Ahli perniagaan Riza Shahriz Abdul Aziz hari ini membuat kemunculan pertama dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri yang juga bapa tirinya, Najib Razak yang dituduh melakukan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Riza antara tujuh individu yang dibawa mengadap hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk proses kenal pasti oleh saksi pendakwaan Amhari Efendi Nazaruddin.

Mereka dipanggil untuk proses itu selepas disebut dalam pernyataan bertulis Amhari, yang merupakan bekas pegawai khas Najib.

Namanya berulang kali disebut dalam dokumen mahkamah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

DOJ antara lain mendakwa dia menerima dana syarikat itu melalui Good Star Ltd dan Aabar Investment PJS Ltd, menerusi syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat, Red Granite Pictures, yang kemudiannya menjadi penerbit filem The Wolf of Wall Street.

Riza adalah ketua pegawai eksekutif Red Granite Pictures. Pada Mac 2018, syarikat itu bersetuju untuk menyerahkan AS$60 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Di Malaysia dia dihadapkan dengan lima pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan AS248 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan bermula Januari tahun depan.

Sementara itu, tiga yang dikenal pasti Amhari ialah individu yang dahulunya menjadi pembuat keputusan dalam 1MDB iaitu Che Lodin Wok Kamarudin (bekas pengerusi), Arul Kanda Kandasamy (bekas CEO) dan Sahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas CEO).

Arul Kanda dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri Najib Razak berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Pendengaran kes itu akan bermula 18 November ini.

Tiga lagi individu ialah Wan Shihab Wan Ismail (bekas pegawai khas Najib), Dennis See Thuan Buan (bekas pegawai projek 1MDB) dan Azmi Tahir (bekas pegawai kewangan 1MDB).

Perbicaraan Kes Rasuah Membabitkan Tengku Adnan (Umno) dan Datuk Tan Eng Boon (MCA).

Image may contain: 5 people, people standing and text

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELASIngat Mati1 KERIS UMNO LAYU

 

Tarikh 20 Ogos 2019 adalah tarikh perbicaraan kes rasuah membabitkan Tengku Adnan dan Datuk Tan Eng Boon, 70.

Eng Boon dituduh memberi rasuah RM1 juta kepada Tengku Adnan berhubung kelulusan menaikkan ratio pembangunan di Jalan Semarak. Tengku Adnan pula didakwa menerima wang RM1 juta terbabit bagi kelulusan itu.

Semalam Eng Boon mengaku bersalah merasuah Tengku Adnan RM1 juta dan didenda oleh Mahkamah sebanyak RM1.5 juta. Segalanya telah terbukti. Tinggal Penjara Sungai Buloh sahaja bakal menanti Tengku Adnan.

https://web.facebook.com/TeamCYTOP/photos/a.677631046029992/765381530588276/?type=3&theater