SAYANGNYA RASULULLAH S.A.W. KEPADA UMAT BAGINDA DI AKHIR ZAMAN

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 PUNCA ISLAM DIHINA1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 FITNAG DAN MINTA MAAF1 A TERANCAMGENG LAWYER BURUK KELANTAN

SAYANGNYA RASULULLAH S.A.W. KEPADA UMAT AKHIR ZAMAN
Apabila membaca Sirah Rasulullah SAW bersama-sama sahabat-sahabatnya, sudah tentu kita berasa beruntungnya mereka kerana hidup sewaktu hayat Baginda SAW.

Wahyu yang diturunkan terus diajarkan kepada mereka. Golongan sahabat juga dapat menghayati sepenuhnya ajaran Baginda, menerima nasihat serta bimbingan secara langsung daripada Baginda SAW.

Tidak hairanlah, mereka begitu kental dengan roh Islam dan sanggup berbuat apa saja demi kepentingan Islam.

Walau sesukar mana sekalipun dugaan ditempuhi, Rasulullah SAW tidak pernah menyebabkan sahabat berundur meninggalkan Baginda seorang diri.

Sebaliknya, mereka berkorban masa, tenaga, harta benda dan nyawa demi mengembangkan syiar Islam.

Rasulullah SAW sendiri begitu kagum dengan sikap dan peribadi kental sahabat-sahabatnya.

Demikian jugalah dengan tabiin dan golongan yang kemudiannya. Mereka masih dikira dalam lingkungan yang rapat dengan Rasulullah SAW.

BAGAIMANA PULA DENGAN DIRI KITA YANG SANGAT JAUH MASANYA DENGAN ZAMAN RASULULLAH SAW SERTA TIDAK PERNAH MENATAP WAJAH MULIA BAGINDA SAW ITU?

Kepatuhan kepada ajaran yang dibawa Baginda SAW sedikit pun tidak luntur. Setiap larangan kita hindari dan setiap nasihat serta pesanannya, akan kita penuhi untuk dijadikan budaya hidup.

Rasulullah SAW sebenarnya amat merindui umatnya pada akhir zaman. Baginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita semua.

Kerinduan Baginda itu dinyatakan di hadapan sahabatnya, Abdullah bin Abbas. Beliau menceritakan, pada suatu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasulullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.

Kemudian Baginda bertanya: “Wahai seluruh manusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengkagumkan?”

Sahabat menjawab:
“Sudah tentu Malaikat, wahai Rasulullah.”
Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: “Bagaimana mungkin Malaikat tidak beriman? Sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?”

Seketika kemudian, muncul jawapan lain daripada sahabatnya: “Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengkagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulullah.”

Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda:
“Bagaimana mungkin para Nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”

Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menjawab: “Kalau begitu, makhluk Allah yang beriman paling mengkagumkan adalah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya:
“Bagaimana mungkin sahabat-sahabatku tidak beriman sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan mengenai diriku”.

“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, mendengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda keNabian dan keRasulanku.”

Sebaik bersabda sedemikian, Baginda terdiam sejenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberitahu sahabatnya:
“DEMI ALLAH, YANG PALING MENGKAGUMKAN IMANNYA ADALAH, KAUM YANG DATANG SESUDAH KAMU.

“MEREKA ITU BERIMAN KEPADA KU, PADAHAL MEREKA SEMUA TIDAK PERNAH BERTEMU DENGAN KU, TETAPI MEREKA MEMBENARKAN DIRIKU TANPA PERNAH MENYAKSIKAN DIRIKU.

“Mereka MENEMUI TULISAN DAN BERIMAN KEPADA KU. MEREKA mengamalkan APA-APA YANG ADA DALAM TULISAN ITU. MEREKA membelaku SEPERTI KAMU membelaku.

“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasihku itu.”

Kemudian, Baginda SAW membaca Surah Al-Baqarah ayat 3: “Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Selesai membaca ayat itu, Rasulullah SAW melafazkan: “Berbahagialah orang yang pernah melihatku dan beriman kepadaku.”

Sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan Baginda bersabda: *“Berbahagialah orang yang beriman kepadaku, padahal tidak pernah melihatku.”

Baginda SAW mengulangi lafaz itu sebanyak tujuh kali lagi: “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kisah ini bukanlah gambaran, Baginda SAW kurang senang atau tidak kasih terhadap sahabatnya. Baginda sampai marah dan murka kepada sesiapa yang mencela dan merobek imej peribadi sahabatnya.

Tegas Baginda: “Jangan mencela para sahabatku. Jangan mencela para sahabatku. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya.

“Andai salah seorang daripada kamu berinfak emas sebesar Gunung Uhud, nescaya tidak akan menyamai infak salah seorang daripada mereka (para sahabat) yang hanya sebesar dua telapak tangan atau setengahnya.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Kisah Rasulullah SAW sewaktu bersama sahabatnya itu, menggambarkan betapa Rasulullah SAW amat mengkagumi umatnya yang terkemudian yang tidak pernah sekalipun menatap wajahnya.

Mereka tidak berpeluang bersemuka, mengadu dan mengajukan persoalan mengenai hal ehwal agama atas isu kehidupan seharian, tetapi masih menjunjung tinggi setiap ajaran dibawa Baginda.

Lihatlah suasana apabila timbulnya sesuatu isu membabitkan perbuatan penghinaan terhadap Baginda dan Islam. Seluruh umat Islam akan bangkit menunjukkan kemarahan dan membelanya.

KITA YANG HIDUP PADA AKHIR ZAMAN INI, TIDAK PERNAH sesekali membiarkan SEBARANG BENTUK penghinaan TERHADAP IMEI DAN PERIBADI BAGINDA SAW.

KASIH DAN CINTA TERHADAP BAGINDA SAW DAN AJARAN ISLAM YANG DIBAWANYA, TIDAK PERNAH LUNTUR.

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s