Penyatuan Ummah ; Baru Gendang Perang DiPalu, Panglima Sudah Cabut Lari

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 A CERDIK1 TUN SAYANG1 A TERANCAM1 Najib Munafik1 Hadi Mohon Bantuan Cina.1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

Penyatuan Ummah ; Baru Gendang Perang DiPalu, Panglima Sudah Cabut Lari

Tiada siapa yang paling suka menjual istilah melainkan PAS. Dari slogan istiqamah sampai kemenangan yang sekarang sudah hilang macam mana tersungkur nya RUU355 di kaki UMNO, sekarang ini tunggang pula istilah Islam memimpin. Apa yang Islam pun tak tahu, negeri PAS, GLC banyak yang bungkus, kerajaan negeri banyak kalah saman sebab tak reti draft kontrak, hutan galak di tebang dan diberi konsensi pada taukeh balak cina, lepas tu menagih royalti minyak yang selama ini di zalimi oleh isteri baharu mereka; UMNO.

31 Ogos dulu Tim Pres UMNO, Mat Hasan kata tema penyatuan ummah akan di tukar jadi penyatuan nasional. Nasib baik la dalam ramai-ramai pemimpin UMPAS, Tok Mat ini masih waras. Dalam PAS tak payah la nak cerita, sembang penuh teknokrat, data analytics pun tak ada, data saintis lagi la jauh panggang dari api. Macam mana pusat kajian PAS Pusat boleh kata boleh perintah Malaysia kalau hanya bertanding 158 kerusi parlimen. Dengarnya ketua Pusat Penyelidikan tu adalah seorang doktor, tapi kalau hasil kajian pun kelaut, macam mana dia boleh dapat doktor falsafah. Tapi nak hairan apa, kalau dewan ulama pun semua takut berdebat; tapi masih tak malu dan mahu di sanjung sebagai ulama.

Yang ada pensyarah sains politik yang serba tahu tapi boleh buat artikel akedemik berdasarkan tajuk tabloid, bila kena report dia pula tuduh orang dengki dengan artikel yang tiada kualiti dari dia. Dalam mana-mana negara berbilang kaum, kalau hendak harap undi dari satu golongan sahaja memang mustahil untuk menang pilihraya. Bila kempen penuh dengan kebencian, yang ada mungkin akan dapat penyokong dari golongan minda yang terkepung; ultra right wing. Tulah result PRU14, yang sokong UMPAS hanyalah dari kawasan kampung dan luar bandar. Kalau kadar peneterasi internet jadi tinggi kebarangkalian untuk mereka menipu pengundi akan jadi lebih kurang.

Apa yang lebih Islamik nya gabungan UMPAS? PAS PRU14 dulu pun tak ada letak hudud dalam manisfesto; kenapa? Kerana mereka takut orang kafir tidak mahu undi mereka. Dulu lepas PRU13 bukan main lagi mereka sibuk nak bentang RUU355, dan ia di jadikan alasan nak berpisah dengan DAP , sebab DAP tolak hudud. Bila mereka bertanding sendiri, hudud ke laut, RUU355 pun ke jirat. Kalau ditanya penyokong mereka, 110% mereka tak boleh jawap mana Islamnya gabungan UMPAS; selain dari nama. Perumpamaan mereka ini macam laki yang bini baharu mati,tapi dah siap nak kawin dengan skandal waktu isteri menderita sakit. Kut iya pun bagi lah kes DS Najib Razak settle di mahkamah baru lah nak berpadu ke, ini tidak, Dalam court ditunjukkan macam mana Najib cuba jual kedaulatan negara kita pada China ( ironis) sebab nak suruh mereka settlekan hutang 1MDB. Lepas itu ulama PAS jadi benteng penyamun Najib dengan suruh ada 4 orang saksi kalau nak dakwa Najib.

Dulu taawun, tahaluf, mutaghayyirat, semuanya penjenamaan untuk menghalalkan hubungan yang batil atas dasar yang ghulu’. Ahli pula di ajar agar taat dengan arahan pimpinan, agaknya kalau di suruh ahli jual harga diri pun; mungkin 50% dari mereka akan patuh, sebab mereka ingat itu arahan dari Allah. Bila nanti kalau MIC dan MCA masuk dalam perpaduan Nasional ( lepas di tukar dari perpaduan ummah); berani kah UMPAS bawa hudud dalam manisfesto pilihanraya 15, atau hudud sekadar reteorik pilihraya dan hanya akan di canang jika ada kepentingan politik?

Mohd Mukhlis Mohd Shariff

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s