Semua Ahli Pas Wajib Tolak Umno (Penyatuan Nasional ) – Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 INFO1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 hudud1 ISLAM TERANCAM3 AHZAB

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Golongan hidup dua alam terlalu ramai dalam kerajaan PH – PH Membunuh Diri Sendiri

Apa dah jadi Tun Dr Mahathir dengan menteri Perpaduan kesayangan Tun?

Kelantan Umno sambut
Terengganu Umno berucap

Pegawai perpaduan Daerah Besut panggil Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut buat ucapan untuk program bersama Pengarah Perpaduan Negeri.

Kalau begini Umno tak perlu menang piliharaya…
Umno tunggeng punggong tak berseluar dalam…

Tun Dr Mahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Datuk Razali Idris
Raja Kamarul Bahrin Shah
Waytha Moorthy Ponnusamy

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Tun M lancar ‘Dr M: Apa Habaq Orang Muda?’ edisi Jepun

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan buku ‘Apa Habaq Orang Muda’ edisi bahasa Jepun hari ini. Turut bersama Penulis Bersama ‘Apa Habaq Orang Muda’, Radzi Tajuddin (kanan); Pengurus Besar Umeda Main Store Kinokuniya Co Ltd, Masaya Yumoto (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Sakri Abdullah (dua dari kanan). – Foto BERNAMA

KYOTO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini melancarkan buku “Dr M: Apa Habaq Orang Muda?” edisi bahasa Jepun.

Buku itu adalah koleksi ungkapan Dr Mahathir yang membangkitkan semangat, menyegarkan dan tajam daripada wawancara, ucapan dan penulisan beliau sebelum ini.

Buku yang menampilkan Chedet (nama pena Dr Mahathir) dan Matrodi (Radzi Tajuddin) sebagai penulis bersama dan diterbitkan kali pertama pada 2016, adalah himpunan pesanan, pengajaran, dan peringatan mengenai perpaduan, demokrasi, pendidikan, budaya, perjuangan dan sistem nilai mengikut acuan Malaysia.

“Dr M: Apa Habaq Orang Muda” edisi Jepun itu diterbitkan bersama oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Jepun-Malaysia (JMA) serta DuBook Press.

Buku itu dijangka dipasarkan secara meluas menerusi rantaian Kinokuniya Co. Ltd yang memiliki 70 kedai buku di seluruh Jepun menjelang akhir bulan ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan, Pengurus Besar dan Pemangku Pengurus ITBM Sakri Abdullah, Pengarah Eksekutif JMA Takuji Arai serta Pengarah dan Pengurus Besar Kedai Utama Umeda Kinokuniya, Masaya Yumoto. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604526/tun-m-lancar-dr-m-apa-habaq-orang-muda-edisi-jepun?fbclid=IwAR36fsfDCZvLhcOZ9FG4NWQUs9vXN9diqFUqzkyhaK8OJgVyv2Rgh4u8iSM

1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 ISLAM TERANCAM1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 hudud

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

10 perkara didedah bekas pegawai khas Najib – Kes 1MDB

KES 1MDB | Lima hari pertama perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak setakat ini telah menyaksikan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin tampil sebagai saksi penting pendakwaan.

Amhari, 43, yang berkhidmat untuk Najib selama 10 tahun, memberi butiran mengenai kerja-kerja pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan urusan mereka dengan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Amhari memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia selepas tamat pengajian pada 1999, sebelum dipindahkan ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai pegawai khas Effendi Norwawi, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab memantau EPU di bawah PMO pada tahun 2006.

Dua tahun kemudian, Amhari kembali ke BNM sebagai pengurus Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dan sempat berkhidmat selama dua bulan ketika ditawarkan untuk menjadi pegawai khas Najib.

Iklan

Amhari kemudian ditugaskan untuk menguruskan media sosial dan komunikasi dalam talian untuk Najib, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri. Tugas lain termasuk mempromosikan jenama 1Malaysia.

Amhari diletakkan di bawah pengawasan Azlin. Apabila Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, Azlin menjadi pengarah Bahagian Ekonomi PMO, dan Amhari telah ditugaskan menjadi pegawai khas kepada PM yang turut berada di jabatan yang sama.

Amhari Efendi Nazaruddin.

Selepas kematian Azlin dalam nahas helikopter pada tahun 2015, Amhari kemudian diberikan tugas Azlin, termasuk urusan yang sangat sulit bagi mewakili pihak perdana menteri.

Pada 2016, Amhari dipindahkan dari Bank Negara ke Khazanah Nasional Bhd, dan menerima gaji bulanan sebanyak RM55,000. DIa memperoleh RM25,000 sebulan ketika berada di bawah BNM.

Menurut keterangannya di mahkamah, sejak pemindahannya ke Khazanah Nasional, Amhari memperoleh RM75,000 sebulan, termasuk RM20,000 lagi sebagai pengarah Orb Solutions Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk membantu mempromosi Najib dalam talian.

Antara perkara penting dari keterangannya adalah seperti berikut:

1) Pegawai Najib mengadakan pertemuan rahsia dengan Jho Low

Amhari memberi keterangan mendakwa bahawa dian dan pegawai atasannya di PMO, Allahyarham Azlin Alias, telah bertemu Jho Low secara rahsia berhubung 1MDB tetapi hanya menyedari ia merupakan satu skandal apabila nama syarikat tersebut mula timbul dalam berita.

Menurutnya, ini kerana kerja-kerja mereka dibahagikan secara berasingan, dan hanya Najib dan Jho Low “mempunyai gambaran keseluruhan mengenai apa yang dirancang”.

Amhari memberi keterangan bahawa pertemuan dengan Jho Low dilakukan pada waktu malam di Prince Hotel di Kuala Lumpur di mana projek dan keputusan utama dibincangkan.

2) Amhari mendakwa Jho Low berada dalam lingkungan keluarga Najib

Amhari pertama kali berjumpa dengan Jho Low pada tahun 2007 ketika menjadi pegawai khas kepada Mohd Effendi Norwawi, kemudian Menteri yang bertanggungjawab memantau EPU.

Menurutnya, sejak pertama kali bertemu dengan Jho Low, ahli perniagaan itu banyak bercakap tentang keluarga Najib seolah-olah dia berada di dalam keluarga keluarga timbalan perdana menteri itu.

Jho Low juga kemudian memberitahu Amhari bahawa dia rapat dengan Najib, dan Jho Low mengenali ahli parlimen Pekan itu melalui anak Najib, Riza Aziz memandangkan Jho Low sudah mengenali Riza sejak zaman remaja mereka.

“Banyak kali Jho bercakap tentang kekerapan pertemuannya dengan keluarga Najib dan kadang-kadang dia tahu lebih banyak mengenai rancangan yang telah dibuat oleh keluarga Najib walhal saya sendiri, sebagai pegawai khasnya, tidak tahu mengenainya,” kata Amhari.

Amhari juga mendakwa bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor sering menerima panggilan daripada Jho Low.

3) Jho Low tahu lebih banyak maklumat daripada pegawai Najib sendiri

Menurut Amhari, Najib sering berjumpa dengan Jho Low untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk hal-hal sulit.

Amhari yang menggambarkan Jho Low sebagai ‘penasihat penting’ kepada Najib berkata ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu telah mengenali Najib sebelum Amhari menjadi pegawai khasnya.

Amhari turut menggambarkan Jho Low ‘sangat rapat’ dengan Najib dan isterinya, Rosmah.

Menurutnya, terdapat juga situasi ketika arahan khusus yang melibatkan perkara sulit diberikan kepadanya atau Azlin oleh Jho Low.

Jho Low

Dia percaya bahawa Najib telah meluluskan arahan ini kerana ketika mereka mengesahkan perkara tersebut dengan Najib, Najib mengetahuinya dan mengarahkan Amhari dan Azlin untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh Jho Low.

Amhari juga memberi keterangan bahawa dia percaya yang Jho Low adalah “pakar manipulasi”, yang dapat memperoleh perkara yang diinginkan.

“Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan Jho Low, saya mendapati dia pandai dan manipulatif ketika berurusan dengan pegawai dari pelbagai peringkat dan pangkat, dari Malaysia atau luar negara, yang kebanyakannya diketahui Najib,” katanya.

4) Jho Low menggunakan pembantu Najib untuk membuka akaun bank

Pada 2012, Amhari dan Azlin membuka akaun bank di luar negara atas arahan Jho Low, dan Jho Low mendakwa ia sebagai akaun ‘standby’ dan ‘just in case’ yang akan dikendalikan olehnya.

Walaupun kedua-dua mereka menyatakan kebimbangan, Amhari berkata mereka terpaksa mengikut perintah Jho Low kerana mereka takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka atau kerjaya mereka jika mereka memilih untuk melawannya.

Amhari kemudian mendapat tahu pada tahun 2016 bahawa akaunnya dengan BSI Switzerland mempunyai lebih dari AS$800,000 ketika dia menerima panggilan daripada bank. Bagaimanapun, akaun itu terpaksa ditutup atas arahan BSI dan dia terpaksa membuka akaun lain di Bangkok.

Dia mendakwa kedua-dua akaun itu berada di bawah kawalan Low dan tidak tahu apa yang berlaku kepada wang itu.

5) Jho Low mengarahkan pembantu Najib untuk hapuskan dokumen, tetapi Amhari tidak melupuskan kesemuanya

Amhari di mahkmah juga mendakwa bahawa Jho Low sentiasa mengingatkan dia dan Azlin untuk menghapuskan dokumen yang mereka miliki selepas setiap mesyuarat.

Selain dokumen, pegawai-pegawai juga dimaklumkan untuk memadamkan setiap e-mel dan mesej Blackberry Messenger yang Jho Low telah hantar kepada mereka.

Menurut Amhari, ketika menghapuskan dokumen dari perbincangan mereka, ada beberapa yang dia terlepas pandang.

Amhari bagaimanapun percaya bahawa Azlin mungkin telah menghapuskan semua dokumen dalam simpanannya kerana menurutnya Azlin merupakan seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

6) Jho Low bertemu dengan Agong terdahulu mengenai 1MDB

Amhari pertama kali menyertai mesyuarat berhubung rancangan untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), (nama sebelum ditukarkan kepada 1MDB), atas perintah Jho Low, yang mendakwa bahawa dia mendapat kelulusan Najib untuk meyakinkan Amhari.

Sekitar akhir 2008, pertemuan itu diadakan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur, dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut Amhari, Jho Low telah membangkitkan rancangan untuk menubuhkan TIA kepada Agong ketika itu, tetapi Tuanku Mizan tidak memberikan sebarang keputusan.

Amhari berkata dia mula mengetahui tentang rancangan untuk menubuhkan TIA menerusi kutipan dana apabila Jho Low menjelaskan kepadanya tentang idea menggunakan papan putih di dapur rumah Jho Low di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Jho Low juga memaklumkan kepadanya bahawa rancangan TIA mengambil model dana kekayaan Mubadala di Abu Dhabi, dan TIA adalah projek Najib.

Amhari juga memberi keterangan bahawa Jho Low terlibat dalam perancangan kerjasama 1MDB dengan IPIC dan Aabar. Bagaimanapun, Amhari berkata dia tidak mempunyai banyak maklumat kerana kebanyakan perbincangan telah dikendalikan oleh Azlin.

7) Jho Low arahkan naratif mengenai kawalan kerosakan 1MDB

Selepas skandal 1MDB mendapat tumpuan, PMO terutamanya Azlin yang merupakan ketua setiausaha sulit Najib perlu mendapatkan penyelesaian untuk melindungi imej Najib sebagai perdana menteri.

Amhari berkata, Jho Low telah memainkan peranan dalam usaha menangani kesan skandal 1MDB, dengan  beliau telah menyediakan kandungan ucapan dan pelan tindakan untuk PMO.

Ahli perniagaan tersebut juga telah memberikan soalan-soalan lazim (FAQ) kepada PMO untuk digunakan apabila menjawab soalan 1MDB.

Menurut keterangan Amhari, pada satu tahap, Jho Low juga menyediakan dokumen yang menyangkal dirinya sendiri mempunyai sebarang peranan dalam 1MDB.

Amhari berkata apabila pihak berkuasa Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat isu 1MDB, Jho Low menyerahkan dokumen kepadanya dan Azlin untuk membuktikan, antara lain, tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Petrosaudi.

8) Pelan rasionalisasi 1MDB datang dari Jho Low

Antara lewat tahun 2014 dan awal 2015, Amhari menerima dokumen yang disediakan oleh Jho Low, yang memperinci rancangannya untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

Menurut saksi, dokumen yang bertajuk ‘1MDB Rationalisation Plan Overview: Accompanying Notes’ menerangkan pelan rasionalisasi untuk 1MDB.

“Dokumen ini adalah rancangan Jho Low untuk menyelesaikan hutang 1MDB. Nota ini adalah untuk menjelaskan pelan rasionalisasi untuk 1MDB. Pelan ini merupakan isu hangat ketika itu.

“Oleh kerana isu 1MDB tersebut tidak begitu baik, rancangannya adalah untuk menjual semua aset dan liabiliti 1MDB, dan untuk menutup 1MDB.

“Jho Low mahu menjual semua aset dan liabiliti 1MDB untuk menampung masalah hutang yang dihadapi oleh 1MDB.”

9) Najib mengarahkan Amhari untuk berunding penyelesaian IPIC

Apabila Abu Dhabi berhasrat membawa Malaysia ke mahkamah antarabangsa berikutan hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) pada tahun 2016, Najib kemudian mengarahkan Amhari untuk mengadakan misi rundingan.

Dia diminta berunding dengan ketua pegawai eksekutif Mubadala, Khaldoon Mubarak di Abu Dhabi.

“Najib menjelaskan jika Abu Dhabi mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin oleh IPIC, ia akan menjejaskan hubungan dua hala antara negara, dan juuga mencetuskan risiko politik dalam pilihan raya umum akan datang.

“Pada masa itu, isu 1MDB masih menjadi topik hangat di seluruh dunia,” katanya.

Menurut Amhari, satu siri rundingan kemudiannya dijalankan, termasuk antara 1MDB dan IPIC dan peguam kedua-dua syarikat tersebut, sebelum perjanjian penyelesaian akhirnya ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada pertengahan 2017.

10) Tiga rundingan dengan China bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB

Sekitar masa yang sama ketika rundingan dengan Abu Dhabi sedang berjalan untuk mencapai penyelesaian hutang 1MDB, Amhari juga telah dihantar untuk misi lain ke China – bagi membincangkan projek-projek yang akan menyelamatkan 1MDB.

Amhari berkata dia diarahkan oleh Najib untuk terlibat dalam perbincangan pelaburan China-Malaysia bagi menyelamatkan 1MDB.

“Seperti yang ditunjukkan oleh (ahli perniagaan itu) Low Taek Jho menerusi kandungan ucapan dan pelan tindakan kepada saya, perjanjian dan usaha (antara Malaysia dan China) bertujuan untuk menjadi pelaburan yang akan membantu membayar hutang 1MDB (bailout) seperti hutang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

“Saya juga boleh mengesahkan bahawa lawatan saya ke China (pada tahun 2016) hanya diketahui oleh Jho Low dan Najib,” kata Amhari.

Projek-projek yang Amhari maksudkan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Bentuk (MPP) dan Saluran Gas Paip Trans Sabah (TSGP).

Merujuk kepada dokumen yang bertajuk ‘Action Point: China-Malaysia Economic Programme’ yang dihantar melalui e-mel kepada Amhari oleh Jho Low, Amhari berkata e-mel itu bertujuan untuk memastikan Najib memberi Terence Geh, rakan sekutu Jho Low, peranan penyelaras untuk 1MDB dan program penyelesaian hutang SRC yang dikaitkan dengan rundingan pelaburan Malaysia-China.

Saksi itu berkata dokumen menyatakan cadangan projek yang boleh menyelamatkan 1MDB.

“Dokumen tersebut memiliki nota pada maklumat (talking points) untuk mengemas kini status projek itu dan juga susulan kerja kepada tiga projek iaitu TSGP, MPP dan ECRL,” kata Amhari.

Pada Nov 2016, Najib mengunjungi China untuk membuat beberapa perjanjian dengan negara tersebut dan syarikat-syarikat di negara itu.

Menurut Amhari, perjanjian tersebut merupakan:

1. Perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan di antara China Communications Construction Company (CCCC) dengan ECRL Sdn Bhd, dan CPP dengan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)

2. Perjanjian pembiayaan penuh antara China Exim dan ECRL dan antara China Exim dan SSER.

3. Perjanjian penuh Bon Renminbi antara China dan ECRL, dan antara SSER dan pihak China.

 

https://www.malaysiakini.com/news/491071?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1lQKCwuErEaXjtIOXh8ojeDoATQL-apsFggAuaeZz-GE8ep_Pv7thc7tY

SPRM Masih belum bertindak kes Shafee RM9.5 Juta

Image may contain: 2 people, text

Gerrard Thomas SPRM RM 9.5 JUTA ADALAH CERITA LAMA SEHINGGA KINI BELUM ADA APA APA TINDAKAN ATAUPUN SIASATAN MENYELURUH TERHADAP WANG YANG DI TERIMA DARI NAJIB OLEH PEGUAM TERSEBUT. SPRM PERLU SIASAT SEHINGGA AKAR UMBI SEJAUH MANA BENAR CERITA INI.

Lima saksi meninggal dunia sejak siasatan SRC bermula

SRC International: Lima saksi meninggal dunia sejak siasatan bermula

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu oleh seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa lima saksi kes syarikat SRC International Sdn. Bhd. telah meninggal dunia.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas SPRM, Rosli Hussain yang juga pegawai penyiasat SPRM dalam keterangannya berkata, saksi-saksi berkenaan adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Azlin Alias dan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Allahyarham Datuk Noriah Ahmad.

Tiga lagi saksi, menurut Rosli, 54, adalah bekas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman; Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Ahmad Norhisham Hassan dan seorang individu bernama Izzad Izzairi Osman.

“Sejak SPRM melancarkan siasatan ke atas SRC International pada tahun 2015, lima daripada senarai saksi telah meninggal dunia,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd. Yusoff dalam perbicaraan hari ke-50 melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International hari ini.

Dalam pada itu, saksi pendakwaan ke-57 itu berkata, pasukannya telah memperolehi dan meneliti lebih 1,000 dokumen berhubung siasatan mereka terhadap kes tersebut.

Rosli yang dilantik menjadi pegawai penyiasat kes pada 6 Julai 2015 berkata, semua dokumen berkenaan diperoleh daripada bank dan institusi kewangan serta syarikat.

“Dokumen yang diperolehi itu antaranya daripada KWAP, syarikat SRC sendiri, Ihsan Perdana Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan kementerian berkaitan,” katanya.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali bersambung petang ini. – UTUSAN ONLINE.

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah D

Ketua Cawangan Umno Bukit Aman, Zaman Najib

Najib: Enjoy lah sekarang, sebelum pindah kediaman ke Bamboo River Resort, selepas perbicaraan SRC International

Bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak, yang juga digelar MO1 dan kleptokrat yang paling teruk seluruh dunia, akan ke mahkamah pada 3 April 2019.

Ya betul, Najib cuba menunda perbicaraan sehingga PRU-15, tapi dia gagal.

Yang amat pelik, ramai pemimpin-pemimpin Umno-Baru dan juga orang Melayu, masih sokong lagi Najib. Mereka ni tak ada maruah ke? Mereka masih tak sedar pelbagai dakwaan mengenai Najib.

Najib pemimpin Umno-Baru/BN dan juga PM yang buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, bukan saje kalah dalam pilihan raya umum, tetapi ia ke mahkamah di atas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, dan pecah amanah jenayah.

Pemimpin yang takde integriti dan tak bertanggung jawab, telah membebankan generasi rakyat Malaysia yang akan datang.

DIA PERINTAH YANG SKANDAL SKANDAL DI TUTUP

Semasa ia berkuasa selama sembilan tahun, tiap tiap skandal telah di tutup dengan bantuan beberapa orang seperti, bekas IGP, Khalid Abu Bakar, supaya rakyat tak tahu tentang skandal2 ini.

Selapas 9 Mei tahun lepas, seluruh dunia dapat membongkar segala skandal yang ia telah sembunyi ketika ia berkuasa.

Apa yang kita tahu, cuma sedikit sahaja. Banyak lagi bukti belum di terbitkan.

Selepas PRU-14, rumah-rumah Najib telah di serbu dan di geledah oleh pihak polis.

Beratus juta ringgit ditemui dalam RM dan beberapa mata wang asing yang di simpan dalam beg dan juga kotak.

Pelbagai barang kemas, beg tangan mewah seperti Birkin, yang kos nya berjuta juta ringgit dan juga jam mewah, yang di miliki isteri nya, yang memberi gelaran pada dirinya, sebagai FLOM atau First Lady of Malaysia, telah juga di rampas oleh polis.

MEDIA DI ANCAM

Jangan fikir yang Najib tu baik sangat. Bila ia berkuasa, media tidak dapat melaporkan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Media yang berani berbuat demikian telah di tutup dan wartawan media itu, di ancam, tidak dibenar menghadiri sidang akhbar, atau mereka di penjarakan. Permit percetakan akhbar, juga di batal.

Semasa ia berkuasa, sesiapa yang mengkritik nya, dan juga pentadbiran nya telah di tangkap polis. Bekas KPN atau IGP Khalid lebih suka menjaga laman twitter, dan tak bimbang kes jenayah yang telah meningkat dalam masyarakat.

Portal atas talian seperti Malaysia Insider, dan Sarawak Report, yang berani siarkan berita tentang 1MDB, telah di blok dan ada juga, seperti Malaysia Insider, terpaksa tutup operasi.

Di bawah pentadbiran Najib, beberapa orang telah hilang, dan juga hilang nyawa. Kes perkauman dan kes keagamaan, yang juga meningkat, merisaukan rakyat.

DIA MASIH CUBA NAK TUNDA TARIKH PERBICARAAN

Tapi sekarang, setalah Umno-Baru kalah dalam PRU-14, Najib tahu yang dia tak boleh elak lagi masa yang ia terpaksa pergi ke mahkamah. Peguam nya telah beberapa kali cuba membatalkan, menangguhkan dan juga tunda masa ia hadir di mahkamah.

Sementara menunggu kes nya di bicarakan, Najib telah ambil peluang nak mengubah imejnya. Ia masih dapat liputan media dan ia telah pandai mengguna media sosial untuk memberi imej Bossku yang tak tahu rasa malu itu.

Di negara yang lain, pemimpin yang mencuri duit rakyat, sudah lama di bicarakan dan masuk penjara.

Masa yang rakyat Malaysia telah menunggu, akan tiba pada hari Rabu 3 April.

Sekarang, di bawah pemerintahan PH, media akan bebas melaporkan apa yang harus di terbit dalam perbicaraan yang telah di gelar, The “Greatest Show on Earth”, atau pun, “Pertunjukan Terbesar di Dunia”, pada hari itu.

Najib patut enjoy masa bebas nya sekarang, sebelum ia terpaksa pindah kediaman ke Bamboo River Resort.

Credit: Fahmi Reza, Zunar, Facebook friends and various alternative media.

With apologies to genuine dog owners.

https://www.mm4.co/najib-enjoy-lah-sekarang-sebelum-pindah-kediaman-ke-bamboo-river-resort-selepas-perbicaraan-src-international/

Aset 1MDB apa yang tinggal wahai Najib, soal Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan yang pernah di penjara atas dakwaan cuba mensabotaj ekonomi menyoal Najib Razak mengenai aset 1MDB. Sejurus dibebaskan dari tahanan Khairuddin berikrar memastikan suatu hari tangan Najib akan bergari seperti yang dialaminya.- Foto Free Malaysia Today

oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

LANUN BUGIS’ @ NAJIB TUN RAZAK TOLONG SENARAIKAN APA ASET SYARIKAT 1MDB ADA UNTUK DICAIRKAN BAGI BAYAR HUTANG?! KENAPA DULU DIA TAK BUAT?!

Saya nampak ‘lanun bugis’ @ najib tun razak dah semakin sewel dan cuba nak ‘tegakkan benang yang basah!!’

Loading…

Beliaulah penyangak bersama jho low serta kuncu-kuncu mereka yang menyamun khazanah kerajaan dan duit rakyat!!

Tetapi pada hari ini penyangak najib tun razak yang berkeperibadian ‘penyamun’ cuba nak bercakap seolah-olah beliau adalah tok imam masjid!!

Mana boleh seorang ‘penyamun’ seperti najib tun razak nak mempamerkan keperibadian seperti ulama?!

Tolong tanya ‘lanun bugis’ najib tun razak aset apa yang syarikat 1mdb ada untuk dicairkan bagi melupuskan hutang-hutang1mdb natijah dari perbuatan samunan beliau berserta kuncu-kuncunya?!

Saya minta najib tun razak senaraikan secara terperinci aset-aset syarikat 1mdb dengan nilaiannya sekali untuk dipamerkan kepada pengetahuan keseluruhan rakyat di tanahair kita yang boleh dicairkan untuk membayar hutang-hutang ciptaan beliau ketika memimpin kerajaan kleptokrasi dulu!!

Dulu penyangak najib tun razak terpaksa salahguna kuasa untuk menggunakan duit-duit dari pelbagai agensi-agensi kerajaan untuk bayar kadar faedah hutang-hutang syarikat 1mdb!!

Kenapa pada waktu itu ‘lanun bugis’ najib tun razak tidak mahu lupuskan aset-aset syarikat 1mdb untuk melangsaikan semua kadar faedah serta hutang-piutang syarikat tersebut?!

Mengapa beliau tidak buat sepertimana dia bercakap pada hari ini?!

Kini penyangak najib tun razak nak cuba cakap pandai pulak semata-mata berniat untuk tutup kemungkaran dia sendiri!!

Sebab itu saya katakan bahawa pihak penguatkuasa undang-undang harus tangkap penyangak najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz, jho low serta kuncu-kuncu mereka di bawah akta SOSMA di atas pengkhianatan mereka mensabotaj ekonomi negara!!

Kesemua mereka harus ditangkap tanpa bicara sepertimana beliau buat pada saya dahulu!! Kemudian kesemua penyangak-penyangak ini mesti dipaksa untuk pulangkan semua hasil samunan yang mereka masih simpan di luar negara!!

Bagi tahu ‘lanun bugis’ @ najib tun razak agar duduk diam-diam dan hanya bercakap dalam kamar mahkamah apabila dia didakwa pada bulan februari tahun 2019 nanti!!

Sekarang suruh dia duduk senyap-senyap cukuplah kerana suara penyangak najib tun razak ini pun amat memualkan keseluruhan rakyat malaysia!!

Ikhlas dari;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

*Khairuddin Abu Hassan adalah pengerusi gerakan deklarasi rakyat. Kenyataan terbuka diatas pertama kali disiar di Facebook beliau.

https://beritaharian-metro.blogspot.com/2018/11/aset-1mdb-apa-yang-tinggal-wahai-najib.html?fbclid=IwAR35nSGup23cVTWfAe4FiwpfpLrUTS5I6AAkFniA07PuRHA4vcfynxjcq2Q

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

‘Kalau kita ada al-Quran, kita ada segala-galanya’

'Kalau kita ada al-Quran, kita ada segala-galanya'

Farhatul Fairuzah menyifatkan niat sebagai elemen terpenting dalam memupuk rasa cinta terhadap al-Quran. – Astro AWANI

SEPANG: Usianya baru 19 tahun. Mungkin masih terlalu hijau bagi sesetengah orang.

Namun Nor Farhatul Fairuzah Panut bukan gadis remaja biasa. Namanya menjadi bualan selepas menjuarai Tilawah dan menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, April lalu.

Tidak seperti kebanyakan remaja lain, Farhatul memilih al-Quran sebagai pendampingnya seharian. Seawal pagi, seusai solat Subuh, suara merdunya bergema, mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

Dalam pertemuan dengan Astro AWANI baru-baru ini, Farhatul membuka sedikit sisinya yang mungkin tidak diketahui khalayak.

“Dahulu, saya pun macam orang lain. Di awal remaja, saya minat KPop dan menonton televisyen hingga lewat malam.

“Tetapi apabila meningkat dewasa, saya belajar untuk tinggalkan semua itu. Saya banyakkan masa dengan al-Quran dan bergaul dengan mereka yang cintakan al-Quran,” cerita Farhatul.

Farhatul bersama sijil kemenangannya.

Farhatul bersama sijil kemenangannya.

BACA: Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

Kata Farhatul, mahu mengubah sesuatu yang sudah menjadi tabiat atau kebiasaan bukan perkara mudah, namun dia percaya sedikit keazaman mampu membawa kesan positif.

“Dari Kpop, saya tukar minat kepada muzik dan lagu-lagu Arab. Ini kerana lagu-lagu Arab mempunyai persamaan dengan tarannum.

“Selain itu, saya juga amalkan untuk konsisten dalam latihan suara dan mengaji. Setiap pagi saya akan mengaji sebab kalau tinggalkan sehari, bimbang nanti akan jadi malas,” ujarnya.

Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan ini menyifatkan niat sebagai elemen terpenting dalam memupuk rasa cinta terhadap al-Quran.

“Kena tahu kenapa kita belajar al-Quran. Sebagai orang Islam, kita semua tahu baca al-Quran, jadi janganlah berhenti di situ sahaja.

“Cari guru yang baik untuk bimbing kita dalam memupuk rasa cinta dan mempelajari al-Quran. Saya sendiri ada guru yang sentiasa mengingatkan saya untuk membaca al-Quran setiap hari,” tambahnya.

Hajah Jaliah Simin, ibu Farhatul yang juga merupakan bekas qariah.

Hajah Jaliah Simin, ibu Farhatul yang juga merupakan bekas qariah.

Bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian al-Quran, Farhatul mahu menggunakan peluang dan pengaruh yang dimilikinya kini untuk mengajak anak muda mempelajari dan mencintai al-Quran.

“Saya berharap dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya dapat memupuk minat orang ramai terutama anak muda untuk mendalami pengajian tarannum dan al-Quran.

“Apa yang saya lakukan sekarang, setiap hari saya akan berkongsi entri-entri berkaitan ilmu tarannum di akaun Instagram. Saya harap ia sedikit sebanyak dapat membantu menarik minat khalayak,” katanya yang memiliki 276,000 pengikut di Instagram dan lebih 32,000 subscribers di YouTube.

Farhatul yang kini memiliki jenama tudung Farha Looks juga meluahkan impian untuk melihat al-Quran diletak di tempat sewajarnya dalam kehidupan umat Islam.

Setiap pagi saya akan mengaji, sebab kalau tinggalkan sehari, bimbang nanti akan jadi malas

Twitter Facebook Email Google Whatsapp

“Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah kepada kita. Kalau kita biarkan sahaja al-Quran tanpa dibaca dan disentuh setiap hari, seolah-olah kita tidak menghargai pemberian itu.

“Sesibuk mana pun, tak ada alasan untuk tak baca al-Quran kerana sekarang sudah ada aplikasi di telefon pintar. Jadi kita boleh baca melalui telefon sahaja.

“Rugi sangat kalau kita tidak jadikan al-Quran sebahagian daripada hidup kita. Orang yang ada al-Quran, ada segala-galanya,” katanya menutup perbualan.

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kalau-kita-ada-al-quran-kita-ada-segala-galanya-216603

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

Create your website with WordPress.com
Get started