Pas Menjuarai Golongan Mentakfirkan Sesama Islam.

3 AHZAB1 ISLAM TERANCAM1 TEGANU JIWA1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

PEMIMPIN PAS KHADAM MCA DAN MIC

Semenjak dulu, pemimpin Pas suka melabel sesiapa saja yang tidak sealiran dengan mereka dengan label buruk.

Melabel orang lain khadam DAP adalah natijah pemikiran takfiri yang bersarang dalam otak mereka.

Kalau orang Umno mereka pernah kafirkan, orang Amanah mereka pernah nerakakan, apalah sangat label khadam.

Pemimpin Pas tak boleh nafi, mereka irihati dengan kejayaan PH. Mereka menjangka apabila PR berkubur, Pas akan menang.

Percaturan mereka silap. Mereka gagal. Untuk menutup malu kegagalan itu, maka diciptalah label khadam DAP.

Tujuannya, melepas geram dan melampias dendam. Bukan setakat dengan lidah tapi pernah pukul dan bakar kereta.

Mereka kata, Amanah, DAP yang tubuhkan. Kami pun boleh kata, selingkuh Pas Umno, MCA yang bapak ayamkan.

Menuduh tanpa bukti, sesiapa saja boleh lakukan. Macam Quraisy tuduh Nabi tukang sihir, bukan pernah ada bukti.

Cuma pemimpin Pas lupa. Kalau mereka boleh berkata buruk kepada orang lain, orang lain juga boleh berkata buruk kepada mereka.

Namun, begitulah pemimpin Pas yang tidak pernah akur kelemahan dan kesilapan diri mereka sendiri.

Cantik orang lain, mereka nampak hodoh. Tapi hodoh mereka, diperasan cantik.

Mereka yang menyingkirkan orang. Namun, apabila orang yang disingkir berjaya, mereka irihati.

Cara nak ubat irihati itu, senang saja, label orang lain dengan label buruk. Antara label yang dipuas hati ialah khadam DAP.

Sama macam pembuat produk tak berkualiti. Apabila produknya tak laku, diburuk-burukkan produk orang lain.

Politik label, Takfiri dan mulut busuk yang dibawa oleh Pas bercanggah dengan budaya politik sihat.

Orang berpolitik untuk mempromosi kebaikan, mereka berpolitik untuk menyubur kebencian.

Petikan ucapan Sheikh Abdullah Bin Bayyah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H /2019M

Image may contain: 2 people, text

Petikan ucapan Sheikh Abdullah Bin Bayyah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H /2019M

“Demikianlah matlamat yang kami ingin capai, menerusi pelbagai idea dan inisiatif. Di mana sahaja kami berada, seruan kami hanyalah satu iaitu seruan kepada keamanan dan bukannya peperangan. Seruan kepada keharmonian dan bukannya kebencian. Seruan kepada kasih sayang dan bukannya pergaduhan. Kami mencari jalan-jalan keamanan, bukannya mencari sebab-sebab pergaduhan dan peperangan jahiliah. Mesej kami kepada seluruh manusia adalah keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan. Slogan kami adalah “memerangi peperangan”, agar hasilnya menjadi aman atas keamanan. Demikianlah tuntutan agama dan tanggungjawab kemanusiaan ke atas kami.”

 — with Mohd AisamZwan MaleAriff Rusli and 12 others.

 

Kertas Putih Pertahanan dibentang di Parlimen November ini – Tahniah Mohamad Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. – Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan membentangkan Kertas Putih Pertahanan negara pada persidangan Parlimen November ini.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata, Kertas Putih itu adalah julung kali dibentangkan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Menurutnya, Kertas Putih itu akan mendedahkan perancangan 10 tahun kementerian, peralatan ketenteraan serta pembabitan yang boleh dilakukan rakyat negara ini dalam memperkasakan pertahanan negara.

“Kita dalam peringkat akhir untuk menyiapkan Kertas Putih ini sebelum dibentangkan di Parlimen nanti,” katanya ketika ditemu bual menerusi rancangan Malaysia Hari Ini di TV3, pagi tadi.

Sementara itu Mohamad berkata, Malaysia berada dalam darurat jika rakyat menyaksikan kehadiran dan kelibat anggota tentera di bandar setiap hari.

Katanya, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan seperti orang awam yang boleh dilihat berborak di kedai kopi sebaliknya mereka ditugaskan di lokasi tertentu untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

“Keamanan negara menyumbang kepada ekonomi negara, jika huru-hara perniagaan tidak akan dapat dijalankan dan mereka yang kaya-raya adalah disebabkan pasukan keselamatan yang menyumbang tenaga menjaga keamanan.

“Memang kita tidak akan nampak tentera berada di bandar setiap hari, jika mereka (rakyat) nampak itu, negara sudah darurat. Tentera berada di sempadan, laut serta kem dan mereka mempunyai disiplin mereka sendiri… sebab itu kita tidak nampak mereka berborak di kedai kopi,” katanya.

Mohamad berkata, beliau yakin walaupun ada pihak mempertikai kemampuan tentera, sindiran sedemikian tidak akan menjejaskan semangat anggota pasukan keselamatan.

“Meskipun Malaysia berada dalam keadaan aman selepas ancaman komunis dan konfrontasi Indonesia selesai, rakyat lupa keamanan hari ini disebabkan pengorbanan tentera yang sedang bertugas.

“Ketika ini juga kira-kira 5,000 anggota tentera darat sedang beroperasi di seluruh negara dan 5,000 lagi sedang menunggu giliran.

“Oleh demikian, saya kesal jika mereka yang beranggapan tentera kita hanya tidur sahaja. Barangkali mereka lupa, keamanan itu berpunca daripada apa. Namun saya yakin semangat mereka kekal dan apa-apa sindiran tidak akan menjejaskan perwira kita,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan yang menganggap ATM kini tiada penugasan utama dan tidak relevan adalah tidak benar kerana kesiapsiagaan dalam semua perkara penting dalam menjaga kedaulatan negara.

“Negara jiran, Singapura mempunyai empat kali ganda pasukan pertahanan berbanding Malaysia, begitu juga negara Eropah seperti Norway, Denmark dan Finland yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih kecil.

“Peruntukan kementerian bukan untuk berperang tetapi kesiapsiagaan dan kesediaan kita pada setiap masa. Kita masih memerlukan aset yang cukup seperti kapal besar untuk melakukan rondaan di laut, memandangkan kita adalah sebuah negara maritim untuk memerangi nelayan asing dan lanun,” katanya.

Selain itu, Mohamad menjelaskan, ATM juga perlu bersiap sedia menangani ancaman keselamatan yang digelar ‘non-traditional threats’ khususnya membabitkan alam siber yang mampu mengancam rakyat Malaysia seperti kebangkitan golongan pengganas.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/601306/kertas-putih-pertahanan-dibentang-di-parlimen-november-ini-mohamad?fbclid=IwAR2_cu9XcZrLanU1ETuJCSRMYfZAHQsA21Xvz_q8n3cysFr92wqvaBQYZUI

Koleksi Lawyer Buruk Dan Putar Alam Pas Berkaitan Hukum Hudud

TAKIYUDDIN HUDUD

1 HUDUD DIJADIKAN PERMAINAN OLEH ULAMAK MALAYSIA

 

1 hudud1 ISLAM TERANCAM1 PAS MIC BERSAMA TENTANG HUDUD.1 PAS PUTAR ALAMGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 PAS IDAK CERDIK3 AHZAB

Jika tdk kerna Hudud , geger gegok pecah belah jjatuh hukum kerna jika tdk hudud nyawa kami ,

Jika tdk kerna benda besar , kerna apa pulak Taki , kerna selero perut ke apa Taki .