SPRM tahan bekas pengarah kastam negeri – Tahniah SPRM Dan Latheefa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah Jabatan Kastam negeri dan dua pengarah syarikat swasta semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, ia sebahagian daripada tindakan agensi itu menangani rasuah berkaitan penyeludupan serta pembalakan dan perlombongan haram.

“Bekas pengarah negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua suspek (pengarah syarikat swasta) ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

“Wang tunai dengan jumlah yang besar turut dirampas ketika penahanan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mahkamah majistret Kota Bharu membenarkan permohonan perintah reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga suspek pagi ini.

“SPRM juga membeku akaun suspek, individu lain serta entiti berkaitan. Secara keseluruhan, akaun 20 individu dan empat entiti telah dibekukan,” katanya lagi.

Pada 27 September lalu, Latheefa berkata rasuah dalam pembalakan dan perlombongan haram – yang membabitkan alam sekitar dan kepentingan awam – kini menjadi keutamaan SPRM

Menurut Berita Harian, Latheefa berkata SPRM sedang menyusun strategi dengan kaedah yang lebih canggih untuk membanteras masalah itu memandangkan pihak yang terlibat “sudah mengetahui sistem yang ada”.

https://m.malaysiakini.com/news/493725?fbclid=IwAR08d0Xz7fY5I__Y2EruCD6CVy2JfFgofLBtYWHFnWqovKqquAgn4lYAN9w

Mahkamah majistret Kota Bharu membenarkan permohonan perintah reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga suspek pagi ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah Jabatan Kastam negeri dan dua pengarah syarikat swasta semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, ia sebahagian daripada tindakan agensi itu menangani rasuah berkaitan penyeludupan serta pembalakan dan perlombongan haram.

1 menara kelantan 21 menara kelantan 31 menara kelantanisu-tanah-kelantanSlogan+Felda+Vs+Ladang+RakyatngehFlyers+12+LADANG+RAKYAT1 A TERANCAM1 KENCING AAAAAA1 A PENYAMUN MSIA

Pas terpaksa akur dan tunduk kehendak Umno demi melindungi dedak RM90 Juta.

Pimpinan Pas semua degil ,walaupun terang -terang rakyat dah tahu keburukkan mereka, masih tk nk mengalah ,terus cuba bohong dan memperbodohkan rakyat

1 A PENYAMUN MSIA1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS

Pas semakin lemah, ahlinya pula keliru – Penganalisis Astro Awani

GENG LAWYER BURUK KELANTAN

KUALA LUMPUR: Pas, sebuah parti politik yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam, kini dikatakan semakin terpinggir dari arus perdana politik negara, kata seorang penganalisis politik.

Portal Malaysia Dateline dalam laporannya mendakwa, ahli-ahli Pas juga keliru dengan kepimpinan mereka yang dilihat tidak dapat menjelaskan hala tuju parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kekeliruan ahli-ahli Pas timbul ekoran sikap pemimpin mereka yang dilihat lebih mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini merupakan musuh tradisi parti itu.

Hujah mengatakan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dibuat hasil kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre yang menemui ahli-ahli Pas diseluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar mendakwa hasil kajian lapangan pihaknya mendapati ahli Pas dipeingkat akar umbi tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang lebih mesra dengan UMNO berbanding bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.

“Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Hisomuddin mendakwa, pendekatan Pas yang enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Dap menyusahkan parti itu sendiri.

“Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

“Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.

“Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula,” kata Hisomuddin.

Ujar beliau, keputusan kepimpinan Pas yang hanya menjalinkan hubungan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi dalam masa sama tetap enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menulitkan kedudukan parti itu sendiri.

“Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku,” katanya.

Hisomuddin menjangka ahli-ahli Pas yang keliru ini berkemungkinan menyertai atau memberi undi kepada Amanah jika parti serpihan Pas itu lebih jelas halatuju dan tindakan mereka.

“Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini,” kata Hisomuddin.

Sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengelirukan ahli-ahli parti itu.

Abdul Hadi dilihat mesra dengan UMNO manakala Tuan Ibrahim pula cenderung untuk bersama pakatan pembangkang.

“Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

“Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.

“Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru,” katanya.

 

1 A PENYAMUN MSIA1 menara kelantan 21 menara kelantan 31 menara kelantanisu-tanah-kelantanFlyers+12+LADANG+RAKYATSlogan+Felda+Vs+Ladang+Rakyat1 Hadi Mohon Bantuan Cina.1 KEJAYAAN SYAITAN1 KENCING AAAAAA

1 Tun M1 TUN M1 TUN M6e98f-mahathir91e6e-pesanan2btun2bm2b1tunkabinet. [downloaded with 1stBrowser] (1)Putrajaya7abdb-pesanan2btun2bm2b29 PH20 PH1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 TUN SAYANG1 A CERDIK

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT AGAR KITA TIDAK TERLIBAT DENGAN PERSATUAN PENYAMUN SEMALAYSIA DAN BERLINDUNG DARI DOSA YANG AMAT KEJI IAITU MENYOKONG AMALAN RASUAH SERTA PECAH AMANAH.

1 A PENYAMUN MSIA1 KENCING AAAAAA

SERBAN TIADA TAPI BERANI..

*KEBANGKITAN KEMBALI HARIMAU ASIA*.

Awal subuh tadi saya mendapat email dari sahabat yang sama² berada di bangunan UN (PBB) , dan sungguh *MEMBANGGAKAN SEKALI* situasi di dalam video yang di lampirkan di dalam email tersebut.

Tun telah membuktikan kepada *WARGA DUNIA* bahawa untuk menjadi *PEJUANG AGAMA ISLAM* tidak perlu memakai serban , bercelak dan berjanggut.

Cukup dengan keberanian untuk *LANTANG BERSUARA* dan *DI DENGARI* oleh seluruh *PEMIMPIN DUNIA* , terutama pemimpin² kuasa besar.

Tun seperti kebiasaannya *TIDAK AKAN TUNDUK* atau *MENGALAH* dalam memperjuangkan hak² agama Islam di pentas dunia.

Menegur Myanmar , Kashmir , Uighyur dan paling berani *MENEMPELAK ISRAEL* tanpa berselindung.

Berani berhadapan dengan kecaman Israel terhadap kelantangan beliau mengenai *DASAR² ISRAEL* terhadap dunia Islam.

Tun tidak perlu berdiri di tepi pintu untuk *MENGHULURKAN SALAM* kepada pemimpin Zionis seperti si polan bin si polan dahulu.

Tun tidak memperjuangkan nasib pelarian Myanmar dari Stadium Melawati sambil terjerit² , cukup hanya di pentas dunia yang mana *DI SAKSIKAN OLEH BERJUTA* mata ketika membidas Myanmar.

Tun tidak risau dengan pelaburan China apabila menegur berkenaan ethnik Uighyur yang di tindas oleh China.

Kekuatan Tun adalah *KEBERANIAN DAN KETEGASAN* serta *KEIKHLASAN* ketika memperjuangkan agama Islam di dunia ini.

Tun juga *TIDAK PERLU* membuat tahlil dengan menjemput ulamak² tersohor hanya demi untuk *MENUNJUKKAN SIFAT KEISLAMAN* beliau.

Video yang di lampirkan di dalam email saya itu sahaja menunjukkan betapa *HORMAT DAN MENYANJUNGI* Tun oleh pemimpin dunia , mereka berbaris menunggu Tun keluar dari dewan PBB hanya ingin bersalam , _dah macam beratur nak masuk panggung wayang cerita box office_.

*SAJA NAK BAGITAU* , rakyat Malaysia hendakkan pemimpin yang bagaimana lagi , adakah masih memerlukan pemimpin yang hanya bertopengkan Islam dan menggunakan Islam untuk mendapatkan sokongan agar tidak bergelar *BANDUAN*.

PIAGAM PERPADUAN UMMAH : SUATU KEMATANGAN BERPOLITIK PADA ERA MALAYSIA BARU

1 PADU

1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 KENCING AAAAAA1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

PIAGAM PERPADUAN UMMAH : SUATU KEMATANGAN BERPOLITIK PADA ERA MALAYSIA BARU

Zakaria Ismail
Marang, 16 September 2019

MUKADDIMAH

Tidak mudah untuk membawa PAS dan UMNO duduk semeja. Terutamanya apabila agenda yang dibincangkan ialah masa depan dan hala tuju politik negara. Kedua-dua parti secara tradisionalnya adalah pesaing tegar terhadap parti yang satu lagi. Setiap parti mempunyai versi tersendiri dalam usaha dan cara membangunkan agama, bangsa dan negara. PAS dengan dasar Islamnya, dan UMNO dengan dasar nasionalisnya.

Persaingan antara UMNO dan PAS adalah sangat ketat. Walaupun kedua-dua parti sering dilihat sebagai mewakili kelompok demografi yang sama daripada segi komposisi kaum yang membentuk negara Malaysia, iaitu kelompok kaum melayu dan bumiputera beragama Islam. Kelompok ini adalah kelompok majoriti, iaitu dengan jumlah populasi melebih 60 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Apabila PAS dan UMNO bersetuju untuk menandatangani piagam Kesatuan Ummah pada 14 September 2019, ia adalah peristiwa penting dalam politik di negara kita. Ia dijangka mampu membentuk gelombang pembangkang yang lebih padu dalam berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) yang semakin didominasi secara ‘menjolok mata’ oleh DAP, hari demi hari.

PASANG SURUT HUBUNGAN PAS-UMNO

Hubungan PAS dengan UMNO sebelum ini mempunyai sejarah yang panjang. Mereka bersaing rapat dalam arena politik negara. Sekalipun natijah pilihanraya seringkali menyebelahi UMNO di kebanyakan negeri dan di peringkat persekutuan. Tetapi PAS seringkali menjadi halangan utama kepada kemenangan selesa UMNO dan BN.

UMNO sebagai kerajaan dan juga pihak yang lebih berkuasa seringkali menggunakan keistimewaan itu untuk melemahkan PAS. Pelbagai teknik, taktik dan tindakan dikenakan ke atas PAS. Sama ada sebagai sebuah parti politik atau sebagai kerajaan-kerajaan negeri. Pelbagai label dan kecaman buruk terhadap PAS sentiasa dicipta dan diperbaharukan. PAS sering dibobrokkan dalam media perdana yang dikuasai kerajaan.

PAS pula terpaksa menghadapi semua itu dengan sabar, geram dan terus mendesak layanan yang lebih adil mengikut semangat ‘federalisme’. Tindakan yang dikenakan kepada mereka turut ditangani dengan cermat melalui rundingan antara kerajaan. Dalam masa yang sama dasar dan penyelewengan kuasa UMNO dan BN diselar di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan ceramah-ceramah anjurannya. Semuanya atas prinsip ‘amar makruf dan nahi munkar’. Juga di atas dasar ‘check and balance’ mengikut neraca sistem demokrasi.

Begitulah bentuk hubungan PAS dan UMNO secara umumnya. Ia penuh dengan cerita sedih, marah, geram dan hiba. Jika diungkit satu persatu, hampir mustahil untuk kita melihat PAS dan UMNO boleh bersatu.

Sehinggalah pada tarikh bersejarah 9 Mei 2018, apabila rakyat menurunkan UMNO dan BN daripada tampuk kuasa di peringkat persekutuan dan di kebanyakan negeri. PAS pula hanya berjaya memenangi dua negeri. Suatu pakatan politik baru yang menggabungkan parti-parti yang tidak terlibat dalam proses rundingan kemerdekaan negara, telah berjaya mengambil tampuk pemerintahan di peringkat persekutuan. Iaitu Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh DAP, PKR, BERSATU dan PAN.

Setelah setahun menyaksikan pemerintahan PH yang cuba meruntuhkan setiap rukun negara dan menghapuskan komponen agama Islam daripada setiap struktur pembinaan negara dengan rakus sekali, PAS dan UMNO terpaksa melihat kepada satu kemungkinan penyelesaian yang pahit, tetapi sangat diperlukan dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.

Pimpinan PAS dan UMNO perlu berjiwa besar. Berjiwa sangat besar. Sanggup menelan segala sejarah lampau dan memandang jauh ke depan, demi maslahah negara. Ia adalah satu kematangan yang amat diperlukan dalam menghadapi realiti politik semasa.

Piagam Penyatuan Ummah menyaksikan kedua-dua pihak yang sama-sama pernah terluka, akhirnya sama-sama menitiskan air mata. Masing-masing membalut sendiri luka lama yang dalam dan panjang itu, dan memilih untuk tidak lagi mengungkitkannya. Masing-masing berjanji setia untuk membuka lembaran baru. Demi sebuah perjuangan lebih getir yang sedang menanti.

PAS DAN PARTI-PARTI LAIN

Untuk menghadapi UMNO dan BN, PAS pernah bekerjasama dengan beberapa parti lain. Ini kerana UMNO menjadi kuat dengan sokongan parti-parti komponen dalam BN. Kawasan-kawasan pilihanraya pula banyak melibatkan kerusi-kerusi bercampur. Kelebihan UMNO ini mesti disaingi dengan membuat gabungan parti-parti lain yang dilihat mewakili kaum bukan melayu Islam dan bumiputera, tetapi bersetuju untuk tidak menghalang PAS melaksanakan agenda-agenda Islamnya jika berjaya membentuk kerajaan.

PAS pernah membentuk barisan pembangkang dengan CCC, Semangat 46 dan Barisan Alternatif. Kejayaan yang paling besar PAS ialah melalui gabungan Pakatan Rakyat, iaitu kesinambungan daripada Barisan Alternatif. Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat menjadi kuat kerana dua faktor utama. Pertama, kezaliman yang melampau terhadap DS Anwar Ibrahim dan kedua, kesatuan semua kaum dalam satu pakatan yang harmoni.

Malangnya apabila Pakatan Rakyat mula berkuasa di beberapa negeri, DAP mula menunjukkan sikapnya yang membenci Islam, dan secara terang-terangan menentang hasrat PAS untuk mengukuhkan perundangan syariah. Walaupun di negeri Kelantan dan Terengganu. DAP juga cuba campur tangan dalam Muktamar pemilihan pimpinan PAS dengan memberi sokongan terbuka kepada beberapa pimpinan utama PAS untuk bertanding menentang beberapa pimpinan PAS yang lain. DAP sudah melampau dan melupakan batas dan sakat dalam hubungan kerjasama. DAP cuba berlagak sebagai “The Big Boss.”

Pakatan Rakyat cuba dikuburkan oleh DAP. Tetapi hanya DAP yang terkubur, kerana PAS dan PKR masih berterusan mempertahankan Selangor atas nama Pakatan Rakyat. Apabila PRU ke-14 hendak bermula, DAP dan PKR membuat pakatan baru pula. Kali ini tanpa PAS, kerana PAS tidak lagi mahu berpakat dengan DAP yang semakin sombong dan lupa daratan. DAP, PKR dan PAN berjaya menarik Tun Mahathir untuk menyertai Pakatan Harapan dan mengukuhkan pakatan tersebut melalui BERSATU.

PAS pula membuat Gagasan Sejahtera dengan dianggotai oleh IKATAN dan BERJASA.

PH dan Warisan berjaya memenangi kerajaan persekutuan dan banyak negeri. Pakatan Sejahtera memenangi negeri Kelantan dan Terengganu. BN tewas di persekutuan dan banyak negeri.

Akhirnya pada 14 September, PAS membuat kerjasama politik dengan parti yang sering menjadi musuh politiknya, UMNO. Hubungan kerjasama ini atas asas ta’awun, iaitu hubungan yang lebih longgar daripada tahaluf. Ini adalah kerana buat kali pertama dalam sejarah negara, parti teras kaum melayu Islam dan bumiputera, iaitu UMNO dan PAS tidak lagi menjadi sebahagian daripada parti komponen yang menguasai kerajaan pusat.

Lim Kit Siang, bapa kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang juga merupakan Supremo DAP, dengan angkuhnya memberi amaran kepada kaum melayu Islam dan bumiputera di dalam PH, termasuk kepada Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu, “PH jangan menjadi lebih melayu daripada UMNO, dan jangan menjadi lebih Islam daripada PAS”.

PIAGAM PENYATUAN UMMAH

Hubungan PAS dan UMNO pada kali ini diikat satu piagam. Inilah kandungan piagam bersejarah pada 14 September 2019.

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

DENGAN IZIN ALLAH SWT, sesungguhnya UMNO DAN PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.
Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.”

Ia ditandatangani oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

TERUS MERAGUI UMNO ATAU MENGAMBIL PELUANG DARIPADA SIKAP INGIN BERUBAH MEREKA

Walaupun ada beberapa pihak yang meragui kesetiaan UMNO kepada Piagam ini. Namun PAS sanggup mengambil risiko itu, kerana UMNO adalah seperti adik beradiknya yang kini telah kembali sedar atas kealpaannya sepanjang berada di kemuncak kuasa. UMNO telah mengakui keterlanjurannya dalam beberapa perkara dan menyatakan kesediaan mereka untuk berubah. Risiko itu termasuk dalam kategori risiko yang mampu diuruskan dengan baik.

DS Anwar juga pernah mendapat peluang kedua, kerana dia telah berubah. Beliau bersama Tun Mahathir di dalam BN, kemudian mengetuai pakatan pembangkang berhadapan Tun Mahathir. Bahkan DS Anwar sendiri memberi peluang kedua kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi PM buat kali yang kedua. Setelah beliau dapati Tun Mahathir telah berubah.

Namun PAS juga tidak melupakan komponen Gagasan Sejahtera. UMNO juga tidak melupakan komponen BN. Namun semua pihak pada kali ini memahami dasar ekstemis DAP akan meranapkan perpaduan negara. Perpaduan negara hanya akan kukuh jika semua pihak menghormati asas-asas kemerdekaan yang diletakkan oleh pengasas-pengasas kemerdekaan negara.

SEBUAH PENYATUAN BERASASKAN PANDUAN WAHYU

Akan ada pihak yang sentiasa akan membangkitkan cerita-cerita lama antara PAS dan UMNO. Mereka berharap cerita-cerita lama itu akan mengguris luka lama dan membukanya kembali. Tetapi PAS dan UMNO sudah sanggup melupakan kisah silam. Mereka kembali bersaudara dengan persaudaraan Islam. Bukan hanya persaudaraan berasaskan kepentingan duniawi semata-mata.

Asas persaudaraan mereka pada kali ini ialah firman Allah SWT dalam Surah al-Fussilat, ayat 34 – 36 yang bermaksud;

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”
“Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.”

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

PENUTUP

Ada yang berkata PAS menjadi ‘tongkat kepada UMNO’ untuk terus bernafas dalam politik negara. Walhal kedua-dua pihak ada keperluan untuk bekerjasama dengan pihak yang satu lagi. Dan negara kita sangat memerlukankannya pada era Malaysia baru ini.
Kita jawab kepada golongan yang menimbulkan kekeliruan seperti itu, “Cukup-cukuplah kalian menjadi tongkat kepada DAP”. Noktah.

Pas Akan Ditendang Kali Dua Dari UmnoBn Sebagaimana Dalam Sejarah 9 Disember 1977

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/28/pas-akan-ditendang-kali-dua-dari-umnobn-sebagaimana-dalam-sejarah-9-disember-1977/