Hentikan serta merta tindakan yang boleh jejas ketenteraman awam – KPN, – Mohon KPN Bertindak Segera

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Polis hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memainkan isu-isu sensitif dan menghentikan serta merta semua bentuk tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan termasuk perhimpunan-perhimpunan aman yang dirancang.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika memberi amaran itu berkata polis akan mengambil tindakan sebagaimana diperuntukkan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang berbilang kaum dan agama, kita hendaklah mempunyai rasa hormat dan toleransi antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata bagi memastikan tidak wujud sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam, polis telah menjalankan siasatan sewajarnya terhadap kes-kes membabitkan isu-isu sensitif yang dilaporkan iaitu isu bendera terbalik, ceramah Dr Zakir Naik dan tulis jawi.

Siasatan kes isu Zakir hampir dilengkapkan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat untuk arahan lanjut, katanya sambil memberitahu sebanyak 515 laporan diterima berhubung isu itu.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan Zakir serta dan beberapa saksi berkaitan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Zakir juga akur dengan arahan polis untuk tidak lagi meneruskan siri jelajah ceramahnya di seluruh negara,” katanya

Mengenai isu Jalur Gemilang yang dipasang terbalik, Abdul Hamid berkata polis menerima 68 laporan polis dan 19 kertas siasatan telah dibuka.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyan 504 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995 dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Abdul Hamid berkata bagi kes isu tulisan jawi, sejumlah 24 laporan polis diterima dan polis telah memanggil Pengerusi Persatuan Dong Zhong serta Setiausaha persatuan itu ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan mereka.

“Kes masih dalam siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1760243&fbclid=IwAR3UY1OpLf9by5IoeMXIAQSDVpz98Xd6HAAreAW7PxoJzJMKbH7z52_2qAI

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

LHDN saman Ku Nan Aswaja Umnopas tuntut cukai pendapatan RM57.17 juta

Tengku Adnan kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini iaitu masing-masing menerima wang RM2 juta dan RM1 juta yang mana satu kesnya pada peringkat perbicaraan manakala satu kes lagi ditetapkan perbicaraan pada 3 Sept.

Tengku Adnan yang berpegang teguh kepada  mazhab syafie Aswaja, berparti ahli syurga umnopas kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini iaitu masing-masing menerima wang RM2 juta dan RM1 juta yang mana satu kesnya pada peringkat perbicaraan manakala satu kes lagi ditetapkan perbicaraan pada 3 Sept.

KUALA LUMPUR: : Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan saman terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak  2012 sehingga 2017.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Tengku Adnan yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia  mendakwa Tengku Adnan masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Ia berkata Notis Taksiran itu telah dihantar secara Akuan Terima Berdaftar (A.R) kepada defendan pada 20 Mac lepas ke alamat terakhirnya dan Notis Taksiran itu telah diterima dan ditandatangani pada 22 Mac lalu melalui pengembalian semula kad kuning Akuan Terima Berdaftar.

Kerajaan Malaysia mendakwa, oleh kerana Tengku Adnan gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2012 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih  gagal membayar amaun cukai pendapatan  yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05  (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu Kerajaan Malaysia menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima  peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 8 Ogos di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada  Ramli.

Tengku Adnan kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini iaitu masing-masing menerima wang RM2 juta dan RM1 juta yang mana satu kesnya pada peringkat perbicaraan manakala satu kes lagi ditetapkan perbicaraan pada 3 Sept.

Pada 25 Jun lepas Kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuntutnya membayar  cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 30 Ogos  di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurliana Ismail.

— BERNAMA

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

Pulau Pinang sekali lagi negeri paling tinggi jumlah pelaburan

KETUA Menteri, Chow Kon Yeow pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, hari ini. – Foto Mikail Ong

GEORGETOWN: Pulau Pinang sekali lagi muncul sebagai negeri yang mencatatkan pelaburan paling tinggi di negara ini bagi enam bulan pertama, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.214 bilion.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jumlah itu melepasi angka keseluruhan pelaburan yang diperoleh Pulau Pinang pada tahun lalu, iaitu sebanyak RM5.781 bilion dengan 108 projek.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada agensi Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana tanpa insentif yang diberikan, tempat kita mungkin akan hilang tarikan kepada pelabur.

“Dengan pencapaian ini, kami berharap Pulau Pinang akan terus memainkan peranan penting dalam sektor pembuatan, khususnya sektor pembuatan elektronik yang memang menjadi kelebihan negeri ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, jumlah pelaburan RM9.214 bilion itu membabitkan 56 projek, dengan RM506.5 juta diperoleh menerusi pelaburan domestik, manakala RM8.707 bilion daripada pelaburan asing.

Katanya, jumlah pelaburan asing yang diperoleh itu juga menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda berbanding jumlah keseluruhan pelaburan asing tahun lalu, iaitu RM3.693 bilion.

“Kami juga harap dapat menarik lebih banyak pelaburan domestik kerana berbanding tahun lalu, pelaburan domestik tahun ini nampak kurang memberangsangkan,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, beliau berharap kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong dasar laut dapat disiapkan pada hujung September ini.

Katanya, ketika ini kajian itu di peringkat 92 peratus penelitian dengan draf laporannya masih diperiksa oleh jurutera perunding bebas yang dilantik, HSS Engineers Bhd (HSS).

“Kajian itu belum siap sepenuhnya dan kami tidak membuat sebarang pembayaran lagi kerana ia termaktub dalam perjanjian. Pembayaran hanya dibuat selepas projek siap.

“Selepas kajian itu siap nanti, baru kita boleh buat keputusan sama ada projek terowong dasar laut boleh diteruskan atau diganti dengan jambatan ketiga,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam itu adalah sebahagian daripada rancangan dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/601454/pulau-pinang-sekali-lagi-negeri-paling-tinggi-jumlah-pelaburan?fbclid=IwAR2ECiVUwr6t_UjG9ACeluGIhj9iairuqIjD3m2NjEpAYTp23ftYuXpfxwc