PAS SUKA MANUPULASI AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK

2 WAJIB BOHONG2 UMNOPAS TERANCAM2 SOKONG PEROMPAK2 umno tersepit2 UMNO TIPU PAS

PAS SUKA MANUPULASI AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK

Matlamat PAS yang menyifatkan tindakan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perkara wajib dilakukan adalah bermotif memanipulasi Islam demi kepentingan politik semata-mata.
Kenyataan itu dibuat berdasarkan perjuangan Pas selama menjadi pembangkang sejak lebih 60 tahun lalu.
PAS kononnya kononnya berjuang berlandaskan Islam hanya sekadar wadah, tidak bermakna parti itu sewenang-wenang boleh jatuhkan hukum wajib atau haram ke atas parti politik politik lain
Kenyataan yang bersifat provokasi seringkali diulang PAS terhadap mana-mana kerajaan memerintah bagi mencapai matlamat menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini berkata menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pemerintahan PH adalah perkara wajib dilakukan.
PAS memang suka memberi tekanan kepada mana-mana parti dengan mengeluarkan kenyataan kononnya berlandaskan hukum dan agama.
PAS memang suka kaitkan agama dengan perjuangan mereka yang tidak sepatut dilakukan. Perjuangan PAS sejak dulu hanya mahu mendapatkan kuasa dan menggunakan agama kononnya berpolitik secara Islam tetapi tidak menggambarkan erti perjuangan sebenar.
Ini membuatkan rakyat keliru dengan pegangan Pas. Sekarang pula bekerjasama dengan UMNO, kerana merasakan mereka boleh jatuhkan PH pada PRU-15 nanti.
Umno pula terdesak dan untuk berkuasa semula terpaksa berbaik dengan PAS walaupun parti itu dulu dituduh kafir.
Sekiranya PAS berjuang berlandaskan agama, parti itu perlu mengubah cara sedia ada daripada sering membangkang kepada memberi input atau dorongan kepada PH untuk memperbaiki persepsi rakyat serta memulihkan segala kesilapan yang dilakukan kerajaan terdahulu.
Tindakan PAS itu hanya sekadar menimbulkan agenda dan matlamat sedangkan parti itu sejak dulu gagal menjatuhkan parti pilihan rakyat.
PAS sudah terlalu lama jadi pembangkang, jadi agenda mereka tetap sama untuk menjatuhkan parti memerintah dengan menghasut rakyat.
PAS anggap kerjasama dengan UMNO akan kuat untuk menentang PH, namun tidak semudah yang dijangka.
Pentadbiran PH kini sedang berusaha menunaikan setiap janji dalam manifesto PRU14 untuk tidak mensia-siakan pilihan yang dibuat rakyat.
Kepimpinan PH tidak gentar dengan kenyataan berunsur provokasi pembangkang sebaliknya mengambil pengalaman sebagai panduan bagi memahami aspirasi rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s