PENDIRIAN PM & MUJAHID JELAS ZAKIR NAIK TIDAK DIHANTAR PULANG

PENDIRIAN PM & MUJAHID JELAS ZAKIR NAIK TIDAK DIHANTAR PULANG

Perdana Menteri Tun M mengulangi ketegasan kerajaan Malaysia tidak akan menghantar pulang pendakwah bebas Zakir Naik ke India.

Pendirian ini jelas sejak awal lagi beliau boleh berada di negara untuk menjalankan kerja dakwah selagi mana beliau patuh kepada peraturan dan undang-undamg negara ini serta tidak mencetuskan masalah kepada masyarakat dan negara ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/zakir-naik-tidak-akan-dihantar-pulang-tun-m-215627
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/07/06/dr-zakir-tun-m
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/177543

Ketegasan ini juga adalah pandangan YB DS Mujahid Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bersama dengan keputusan YAB PM untuk Zakir Naik berada di Malaysia tidak dihantar pulang menafikan sebagaimana dakwaan sesetangah pihak termasuk pembangkang bahawa YB Menteri dan kerajaan akan menghantar pulang Zakir Naik ke India.

Polemik dan kotroversi pendakwah tersebut mula tercetus ketika beliau dalam satu siri program di Kelantan menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia juga mencetuskan isu agama yang menyebabkan beberapa pihak kurang senang dengan ucapan tersebut.

YAB PM kemudiannya memberi amaran supaya Zakir Naik tumpukan kepada aktiviti dakwah beliau, jangan mencampuri urusan politik dan perkauman di negara ini.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Mujahid juga menasihatkan Zakir Naik supaya berhati-hati tidak.mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan dan mengganggu perpaduan rakyat Malaysia.

https://www.sinarharian.com.my/article/43903/BERITA/Nasional/Pendakwah-harus-jauhi-sentimen-perkauman-politik-Mujahid

Pendirian PM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini selari iaitu Zakir Naik akan terus berada di Malaysia sesuai dengan statusnya sebagai Penduduk Tetap tetapi pada masa sama beliau mesti menjaga dan berhati-hati agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan polemik kepada isu perkauman dan agama.

YB Menteri Kewangan,Tuan Lim Guan Eng bersama YBhg. Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Membincangkan Cadangan Pengukuhan Perjawatan organisasi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

YB Menteri Kewangan,Tuan Lim Guan Eng hari ini sempat bermesyuarat ketika bersarapan bersama YBhg. Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan turut membincangkan cadangan pengukuhan perjawatan organisasi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 23/8/2019.

Pas Menjadi Syaitan Bisu Semasa UmnoBn Melarang Dr. Zakir Naik Ceramah

Image may contain: 8 people, people smiling, text

Ini zaman BN dulu. Zaman di mana PAS melihat UMNO macam anak dara bergetah. Zaman PAS tengah dok mengorat UMNO.

Atau mungkin masa tu Nik Abduh pun tak kenal lagi Zakir Naik ni sapa.

 

Najik terus menipu dan putar alam dalam kes SRC

1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA

 

Lihat bagaimana Najib menipu kita Melayu. 🔥🔥😡

Rakyat sudah lama menunggu untuk melihat najib dan rosmah dipenjarakan.

TUMPU PERKUKUH EKONOMI MALAYSIA BUKAN SEMARAKKAN API PERKAUMAN

Image may contain: Faiz Fadzil, smiling, text

*TUMPU PERKUKUH EKONOMI MALAYSIA BUKAN SEMARAKKAN API PERKAUMAN*

1. Kedudukan ekonomi Malaysia pada suku kedua (April-Jun) 2019 (2Q19) telah menyaksikan pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh lima suku tahun, malah telah melebihi jangkaan konsensus pakar-pakar ekonomi. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan atas kejayaan ini sungguhpun ekonomi negara masih dihimpit impak perang dagangan Amerika-China, pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin perlahan dan ketidakstabilan geopolitik global.

2. Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah meningkat sebanyak 4.9% pada 2Q19, iaitu melebihi kadar 4.5% pada suku pertama 2019 dan suku kedua 2018. Pertumbuhan ini telah disokong oleh prestasi baik semua sektor ekonomi, perbelanjaan isirumah yang lebih tinggi dan peningkatan kadar pertumbuhan pelaburan swasta.

3. Apa yang lebih mengagumkan adalah kadar pertumbuhan ekonomi negara telah meningkat pada ketika beberapa negara lain di rantau ini mengalami pertumbuhan yang semakin perlahan. Ekonomi terbesar Asia Tenggara, Indonesia, telah mencatatkan pertumbuhan 5.05% pada 2Q19 iaitu kadar paling rendah dalam 2 tahun. Singapura pula hanya berkembang 0.1% pada 2Q19 iaitu kadar terendah dalam satu dekad. Manakala, ekonomi Filipina telah meningkat 5.5% di mana kadar ini adalah terendah dalam 4 tahun.

4. Usaha kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan beban hutang negara juga sedang membuahkan hasil di mana kadar hutang dan liabiliti Malaysia berbanding KDNK telah jatuh kepada 75.4% pada tahun 2018. Pada tahun 2017, kadar ini adalah lebih tinggi iaitu 79.3%. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Hutang pada awal tahun ini akan memainkan peranan penting untuk terus mengurangkan kadar hutang berbanding KDNK supaya generasi muda tidak terbeban dengan hutang negara. Projek-projek mega yang diteruskan dengan kos yang lebih rendah termasuk ECRL, LRT 3 dan Bandar Malaysia pula mampu memangkin ekonomi negara yang mewujudkan ‘multiplier effect’ dalam menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk merangsang ekonomi rakyat.

5. Justeru, rakyat Malaysia terutama anak muda diharapkan dapat memberikan tumpuan dan menggembleng tenaga ke arah memperkukuhkan ekonomi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur. Usah membazirkan masa dan tenaga dalam isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan boleh mencetuskan perbalahan antara rakyat berbilang kaum dan agama. Hak setiap kaum sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan haruslah dihormati. Setiap rakyat negara ini berhak dilayan secara adil tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

6. Adalah ditegaskan kemajuan dan kemakmuran negara hanya boleh dicapai dengan penyatuan rakyat negara ini. Kerajaan digesa untuk bertindak tegas mendaulatkan undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan dan menyemarakkan api perkauman supaya usaha kerajaan Pakatan Harapan membina Malaysia bersih tidak terganggu.

*FAIZ FADZIL*
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
Adun Permatang Pasir

23 OGOS 2019

Jangan hadir perhimpunan di Brickfields – Polis

KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan yang dirancang di Brickfields, petang Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe, menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia susulan kegagalan penganjur untuk mengemukakan notis yang lengkap serta tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Polis menerima notis pemakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians & Other Races’ pada jam 2 petang, 24 Ogos di Water Fountain Little India, Brickfields.

“Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598913/jangan-hadir-perhimpunan-di-brickfields-polis?fbclid=IwAR0LAOyQVnT92oG0oX_vI_-ibXhMBXb1Q1cUhcZYY1kYGHv6vIEXW_g9az4

Kenderaan Awam Menghina Bendera Malaysia

Image may contain: outdoor

Penularan gambar kenderaan komersil yang menjadi viral di media sosial. Mohon PDRM siasat kesahihan gambar tersebut. Pengajaran harus diberikan kepada pemilik kenderaan agar ia tidak berulang lagi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 62

Menteri2 PH Masih Tidak Bertindak  Menggerakkan NGO2 Untuk Mengukuhkan Kedudukan PH, Malah Menteri PH Turut Mengukuh Pembangkang.

Sumbangan Kerajaan Persekutuan Sebanyak Rm8.27 Juta Untuk Memantapkan Pondok Dan Tahfiz Pas Kelantan

 

 

MENERUSKAN USAHA MEMARTABATKAN INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM PONDOK DAN TAHFIZ DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2019 seperti berikut :-

  1. RM25 juta untuk penambahbaikan infrastruktur institusi pondok;
  2. RM50 juta untuk penambahbaikan infrastruktur institusi tahfiz;

iii. RM2.25 juta untuk insentif pendaftaran institusi tahfiz;
iv. RM4 juta untuk latihan keguruan; dan

  1. RM5.55 juta untuk bantuan perkapita murid tahfiz.

https://www.sinarharian.com.my/…/Peruntukan-RM25-juta-untuk…

https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-mula-salur-bantuan-ke…

https://www.hmetro.com.my/…/dana-rm50-juta-untuk-tahfiz-ber…
https://malaysiadateline.com/228-sekolah-pondok-sekolah-a…/…

https://www.treasury.gov.my/…/4925-siaran-media-majlis-peny…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Usaha ini sebagai satu manifestasi dan kesungguhan Kerajaan untuk memastikan institusi pendidikan Islam pondok dan tahfiz terus diperkasakan dan dimartabatkan di tempat sewajarnya.

YB Menteri Agama terus komited memastikan kelansungan institusi pendidikan pondok dan tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri mendapatkan peruntukan dan perhatian yang khusus dan diutamakan.

Di antara negeri yang paling banyak mendapatkan peruntukan ini ialah negeri Kelantan dan Kedah, di mana kedua negeri ini mempunyai bilangan pondok dan pusat tahfiz paling banyak di Malaysia.

Sebelum pada ini, YB Menteri turun ke negeri Kedah menyampaikan cek peruntukan kepada institusi pondok dan tahfiz di Kedah, dan pada tarikh 17 Ogos lalu, beliau turun ke negeri Kelantan dalam satu majlis Pelancaran Rahmah peringkat Negeri Kelantan, menyerahkan cek peruntukan kepada institusi pondok berjumlah RM4,648,726.43 dan tahfiz berjumlah RM3,621,958.00 diserahkan melalui
Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Suntikan peruntukan ini ini membuktikan Kerajaan prihatin dan bertanggungjawab memastikan institusi pondok dan tahfiz di negara yang melibatkanbsebanyak 815 sekolah tahfiz berdaftar direkodkan membabitkan seramai 47,474 pelajar diberikan keutamaan sewajarnya.

Melihat kepada peruntukan yang bertambah dan diberi perhatian Kerajaan melalui Menteri yang dipertanggungjawabkan, kita melihat nasib institusi pondok dan tahfiz di negara ini akan terus dijaga dan dipertahankan Kerajaan di bawah Pakatan Harapan.

Ia juga menepis tohmahan dan fitnah liar pembangkang mendakwa Kerajaan di bawah Pakatan Harapan tidak cakna tentang Islam, tidak memperdulikan tentang Islam, tetapi masyarakat luar dan netizen sebaliknya dapat melihat peruntukan khusus kepada institusi ini terus diberikan dan ditambah sewajarnya.

Melihat kepada senario ini, boleh kita buat satu andaian, apakah Kerajaan apabila memberikan peruntuntukan khusus kepada institusi pondok dan tahfiz, malah ditambah lagi kepada institusi pondok dan tahfiz ini, boleh dianggap tidak peduli dan cakna tentang Islam dan instutusi pondok serta tahfiz di negara kita, tepuk dada, tanya iman kita, gunakan wazan pemikiran yang waras, logik akal yang munasabah.

Semoga Kerajaan di bawah Pakatan Harapan akan terus memperkasakan institusi pondok dan tahfiz ini demi memastikan khazanah yang bernilai ini dapat terus dipertahankan hingga generasi akan datang.

#Rahmah
#RahmatanLilAlamin
#MaqasidSyariah
#ModelMalaysia
#MenujuNegaraRAHMAH

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/18/rm8-27-juta-untuk-memantapkan-pondok-dan-tahfiz-pas-kelantan/

Ulamak Dan Pemimpin Melayu Menipu Bangsa Melayu dan Umat Islam

2 WAJIB BOHONG2 UMNO TIPU PAS2 HADI PUTAR11 tindakan zalim najib1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA

Pedihnya sajak A. Samad Said ni..
kalau sudah baca😓….bacalah lg

Terkedu bila dihayati.. “Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul.”
……..

HAI MELAYU..

Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina kontrak Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yg berkuasa,
Bangla control cuci kereta,
Org Nepal yg menjadi jaga,
Org Pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?
Harapkan Ustaz..
Saling menyesat,
Harapkan hiburan..
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa..
Byk telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan..
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah..
Byk digadai kpd Korporat!!

Hai Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah org atasan,
Konon perjuangan ini utk kalian!
Kerja sikit.. Sembang kencang,
Byk rungut.. Sikit rancang,
Siapa tegur.. Dituduh lancang,
Duduk warung.. Gigit kacang!

Hai Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bkn cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Knp Melayu tak mcm dulu..

Hai Melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,
Cuma yg kau tahu melaram bergaya.

Hai Melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kpd dunia.. ini bumi aku yg punya,
Pd hakikat ia digadai kpd sepet yg kaya!

Hai Melayu!
Krn hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai Melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Krn Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
Engkau pun Melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki
Sesama bangsa harus guris,
-Sesama bangsa Melayu pun kau SANGGUP MENIPU
Bersatulah Melayu krn agama dan bangsa,
Moyang-moyang yg tlh berjasa,
Krn ini mungkin peluang akhir
Bangsaku utk negara,
_Berjasa dan Berkuasa..
Pedih menyengat..
Utk muhasabah diri kita.

Jika Tak Nak Berubah,
BETULKAN YG BIASA,
BIASA KAN YG BETUL.
Teruslah Jadi Melayu
Yg Layu Di Tanah Sendiri

MENUNTUT ILMU ITU WAJIB BAGI KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

 

1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 HADI RASUAH

MENUNTUT ILMU ITU WAJIB BAGI KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Di masa nabi saw di datangi malaikat jibrail as hanyalah untuk mengesahkan ttg beriman pada perkara ghaib, makhluk ghaib dan perkara2 ghaib kerana Malaikat jibrail as itu sendiri dari kalangan makhluk ghaib dan Allah zahirkannya untuk menjadi bukti kepada para sahabat2 tabien ketika itu menjadi saksi apabila di tanyakan kepada baginda saw ttg
Iman, Islam dan ihsan serta hari kiamat.

Justeru itu apa yg di tanyakan oleh Malaikat kepada baginda saw menjadi rukun di dalam agama, perkara Asas yg Amat penting.
Dan dgnnya bermulalah pelajaran didalam Agama 3 perkara asas yg wajib di pelajari yaitu:
Fekah, tauhid dan tasawuf

Untuk mempelajarinya lalu wajib di ajarkan dahulu akan fardhu Ain, cara lakukerja perbuatan membersihkan kubul dan dubur serta junub melalui hukumTaharah, whuduk dan perbuatan gerak laku solat yg berserta tumaninah ( tertib didalam solat)

Fardhu Ain – jangan di buat main2
Fardhu kifayah -. Jangan buat2 tak payah.

Didalam al quran selepas suratul fatehah adalah surah al Baqarah.
Didalam ayat2 awal lagi Allah swt telah berfirman ttg beriman dgn perkara ghaib.
Allah SWT berfirman:

ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ  ۛ  فِيْهِ  ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ ۙ
zaalikal-kitaabu laa roiba fiih, hudal lil-muttaqiin

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 2)
Allah SWT berfirman:

الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِا لْغَيْبِ وَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَ ۙ
allaziina yu`minuuna bil-ghoibi wa yuqiimuunash-sholaata wa mimmaa rozaqnaahum yunfiquun

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 3)

Sadaqallahul aziim.

Kerana itu perlunya setiap muslim itu menuntut ilmu dan di mulai dgn
Awaluddin makrifatullah
Awal agama untuk mengenal Allah, lalu perlulah seawal2nya mengenal agama itu sendiri kerana dgn agamalah baru kita tahu, dlm banyak2 agama maka agama manakah yg membawa kita ke jalan mentauhidkan Allah swt.