Tahniah PDRM Kerana Menyiasat Dong Zhong, Jutawan Koon Yew Yin Dan Zakir Naik.

Image may contain: 3 people, people smiling, text

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman negara termasuk di media sosial.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai komen perkauman, fitnah atau hasutan supaya melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk menghantar skrin tangkap layar kepadapolis.

Menyentuh penyebaran berita palsu dan kenyataan berbaur perkauman beberapa individu dan pertubuhan yang tersebar sebelum ini, Muhyiddin berkata, polis sedang mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

“Tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mendakwa yang terbabit mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika terdapat bukti mencukupi,” katanya.

Umnopas Memperalatkan Dr. Zakir Naik Untuk Kepentingan Politik – Yb Khalid Samad

Soalan mudah untuk mereka yang mahu menggunakan akal dan iman.

Pada masa Zakir Naik didapati melakukan jenayah penggubahan wang HARAM dan kerajaan India mahu mendakwanya di mahkamah, siapakah yang mempelawa Zakir Naik datang ke Malaysia pada waktu itu?

Siapakah kerajaan Malaysia pada waktu itu?
Siapakah Perdana Menteri pada waktu itu yang gemar mempergunakan pelajar tahfidz dan majlis salawat untuk menutup jenayah PENGGUBAHAN WANG HARAMnya?

Brunei mahu laksanakan hudud seperti di Sudan dan Arab Saudi. Kenapa Brunei tidak pelawa Zakir Naik ke sana?

RM8.27 Juta Untuk Memantapkan Pondok dan Tahfiz Pas Kelantan

Image may contain: 8 people, people smiling, text

MENERUSKAN USAHA MEMARTABATKAN INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM PONDOK DAN TAHFIZ DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2019 seperti berikut :-

  1. RM25 juta untuk penambahbaikan infrastruktur institusi pondok;
  2. RM50 juta untuk penambahbaikan infrastruktur institusi tahfiz;

iii. RM2.25 juta untuk insentif pendaftaran institusi tahfiz;
iv. RM4 juta untuk latihan keguruan; dan

  1. RM5.55 juta untuk bantuan perkapita murid tahfiz.

https://www.sinarharian.com.my/…/Peruntukan-RM25-juta-untuk…

https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-mula-salur-bantuan-ke…

https://www.hmetro.com.my/…/dana-rm50-juta-untuk-tahfiz-ber…
https://malaysiadateline.com/228-sekolah-pondok-sekolah-a…/…

https://www.treasury.gov.my/…/4925-siaran-media-majlis-peny…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Usaha ini sebagai satu manifestasi dan kesungguhan Kerajaan untuk memastikan institusi pendidikan Islam pondok dan tahfiz terus diperkasakan dan dimartabatkan di tempat sewajarnya.

YB Menteri Agama terus komited memastikan kelansungan institusi pendidikan pondok dan tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri mendapatkan peruntukan dan perhatian yang khusus dan diutamakan.

Di antara negeri yang paling banyak mendapatkan peruntukan ini ialah negeri Kelantan dan Kedah, di mana kedua negeri ini mempunyai bilangan pondok dan pusat tahfiz paling banyak di Malaysia.

Sebelum pada ini, YB Menteri turun ke negeri Kedah menyampaikan cek peruntukan kepada institusi pondok dan tahfiz di Kedah, dan pada tarikh 17 Ogos lalu, beliau turun ke negeri Kelantan dalam satu majlis Pelancaran Rahmah peringkat Negeri Kelantan, menyerahkan cek peruntukan kepada institusi pondok berjumlah RM4,648,726.43 dan tahfiz berjumlah RM3,621,958.00 diserahkan melalui
Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Suntikan peruntukan ini ini membuktikan Kerajaan prihatin dan bertanggungjawab memastikan institusi pondok dan tahfiz di negara yang melibatkanbsebanyak 815 sekolah tahfiz berdaftar direkodkan membabitkan seramai 47,474 pelajar diberikan keutamaan sewajarnya.

Melihat kepada peruntukan yang bertambah dan diberi perhatian Kerajaan melalui Menteri yang dipertanggungjawabkan, kita melihat nasib institusi pondok dan tahfiz di negara ini akan terus dijaga dan dipertahankan Kerajaan di bawah Pakatan Harapan.

Ia juga menepis tohmahan dan fitnah liar pembangkang mendakwa Kerajaan di bawah Pakatan Harapan tidak cakna tentang Islam, tidak memperdulikan tentang Islam, tetapi masyarakat luar dan netizen sebaliknya dapat melihat peruntukan khusus kepada institusi ini terus diberikan dan ditambah sewajarnya.

Melihat kepada senario ini, boleh kita buat satu andaian, apakah Kerajaan apabila memberikan peruntuntukan khusus kepada institusi pondok dan tahfiz, malah ditambah lagi kepada institusi pondok dan tahfiz ini, boleh dianggap tidak peduli dan cakna tentang Islam dan instutusi pondok serta tahfiz di negara kita, tepuk dada, tanya iman kita, gunakan wazan pemikiran yang waras, logik akal yang munasabah.

Semoga Kerajaan di bawah Pakatan Harapan akan terus memperkasakan institusi pondok dan tahfiz ini demi memastikan khazanah yang bernilai ini dapat terus dipertahankan hingga generasi akan datang.

#Rahmah
#RahmatanLilAlamin
#MaqasidSyariah
#ModelMalaysia
#MenujuNegaraRAHMAH

 

Sahabat Parti AMANAH Negara.

Zakir Naik cuba main ‘politik kaum’, langgar syarat PR : PM

Status PR tidak layak mengundi dan tidak boleh melibatkan diri dalam bidang politik negara Malaysia tetapi Pas Kelantan telah memerangkap Dr Zakir Naik dengan politik umnopas yang Rasis dan mengherek Dr Zakir Naik ke dalam kancah politik secara langsung.

Perdana Mentei Dr Mahathir Mohamad berkata Zakir Naik cuba bermain ‘politik kaum’ susulan kenyataan terkini pendakwah kontroversi itu mengenai orang Cina dan penganut Hindu rakyat Malaysia.

Dr Mahathir berkata kerajaan tidak kisah sekiranya Zakir sekadar memberikan ceramah agama semata-mata.

“Jelas Zakir mahu terlibat dalam politik perkauman di Malaysia.

“Pertama, saya tidak tahu siapa yang memberikan beliau taraf Pemastautin Tetap (PR). Tetapi untuk menjadi penduduk tetap kamu tidak boleh terlibat dalam politik.

Iklan

“Kamu boleh berdakwah dan menyampaikan ceramak agama tetapi beliau (Zakir) tidak berbuat demikian. Beliau bercakap mengenai menghantar (orang Cina warga negara Malaysia) ke China… itu (tindakan) politik.

“Sekiranya kamu mahu bercakap mengenai agama, teruskan, itu adalah dibenarkan, kami tidak mahu menghentikannya daripada hal itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata malahan dirinya sendiri tidak pernah meminta orang lain untuk “pulang”.

“Kami sangat berhati-hati mengenai bagaimana kami mengatakan perkara yang sensitif terhadap masyarakat yang berlainan di negara ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa apa-apa tindakan yang diambil terhadap Zakir akan berlandaskan undang-undang.

Kerana itu, saya fikir polis perlu menyiasat sama ada dia menimbulkan pergolakan perkauman .. sudah tentu dia.

“Sekarang dia ‘meniupkan’ perasaan perkauman. Ini tidak bagus.

“Kerana itulah saya fikir polis perlu menyiasat sekiranya beliau telah menyebabkan rasa tidak tenteram perkauman… tentulah beliau berbuat begitu.

“Jadi, apa tindakan yang akan kami ambil akan mengikut undang-undang,” katanya.

Zakir membuat kenyataan kontroversi itu pada suatu majlis di Kelantan pada 8 Ogos lalu ketika bercakap mengenai penyebaran Islam yang aman di kepulauan Melayu.

Ketika mengulas pertuduhannya di India, Zakir telah berkata rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah membuat beberapa kenyataan mengenai orang Cina Malaysia memanggilnya sebagai “tetamu lama” .

Untuk rekod, Zakir menafikan semua tuduhan terhadapnya dan mendakwa kenyataannya mengenai orang cina dan India rakyat Malaysia telah dipetik di luar konteks ucapannya.

Polis telah mengambil kenyataan Zakir dan dijangka akan terus menyoal siasatnya di Bukit Aman esok selepas lebih daripada 100 laporan polis difailkan terhadapnya.

Sebelum ini, Putrajaya enggan menghantar pulang pendakwah itu walaupun terdapat permintaan ekstradisi dari India, berkata Zakir mungkin tidak menerima perbicaraan yang adil di sana.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin juga berkata Zakit tiada dalam senarai notis merah Interpol dan bukan disyaki pengganas dalam senarai di bawah Resolusi Majlis Keselamatan Negara.

Mahathir juga telah memaklumkan Malaysia akan mengalu-alukan jika terdapat negara lain yang mahu menerima Zakir.

https://www.malaysiakini.com/news/488477?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1REY2cRflb0DA3ruO7FCVD98KRQlKvnVl_SpqOcL62zDc0Z3xIBwUnXsw

Pondok Dan Tahfiz Pas Kelantan Dapat RM8.27 Juta Tetapi Tahfiz Yadim Kumpul Dana Sendiri ???

Image may contain: 8 people, people smiling, text

Qasidah jalanan kumpul dana tahfiz

Pendekatan berqasidah itu adalah cetusan idea Persatuan Sukarelawan Harapan Larut Matang dan Selama sebagai salah satu usaha mengumpulkan dana. – Foto NSTP

TAIPING – Kehidupan tanpa kasih sayang keluarga tidak melenturkan semangat 25 kanak-kanak dari Asrama Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh Kamunting, membuat persembahan qasidah berkonsepkan muzik jalanan atau ‘busker’ di Bazar Cross Street (BCS), di sini.

Semangat mereka mengalunkan lagu puji-pujian kepada Yang Maha Esa serta luahan berunsur kerohanian itu menarik tumpuan pengunjung berbilang kaum yang mengunjungi bazar berkenaan yang kebiasaannya dibuka bermula jam 6 petang setiap hujung minggu.

Selain membuat kutipan melalui tabung yang diletakkan sewaktu persembahan berlangsung, jualan amal turut dilakukan membabitkan barangan khususnya pakaian terpakai sumbangan orang ramai dengan harga serendah RM5 sehelai.

dekatan itu adalah cetusan idea Persatuan Sukarelawan Harapan Larut Matang dan Selama (PSHLMS) sebagai salah satu usaha mengumpulkan dana bagi membantu asrama tahfiz terbabit.

Pengerusi PSHLMS, Md Zukry Ahmad, berkata, aktiviti berkenaan adalah kesinambungan daripada program Infak Bersama Asnaf Larut Matang dan Selama yang berlangsung pada minggu sebelumnya membabitkan 10 penerima dari kategori keluarga asnaf.

Beliau berkata, sumbangan dalam bentuk barangan dapur yang diberikan melalui program infak itu diperoleh menerusi kutipan dari orang ramai dengan tujuan meringankan beban penerima dari kalangan asnaf setempat sempena menyambut Aidiladha yang lalu.

Katanya, atas persetujuan penyumbang, sebahagian barangan yang disumbangkan khususnya pakaian terpakai dijual semula bagi mendapatkan wang untuk membiayai keperluan asrama tahfiz terbabit.

“Sebenarnya kita sudah menjalankan program ‘1 minggu 1 asnaf’ sebelum dari itu lagi di mana sukarelawan kami akan mengunjungi satu rumah asnaf pada setiap hujung minggu bagi menyampaikan sumbangan.

“Kebiasaannya sukarelawan kami bertindak selaku orang tengah menjalankan pungutan sebelum diserahkan kepada penerima yang memerlukan,” katanya.

Setakat ini PSHLMS mempunyai tujuh ahli jawatankuasa dan 122 pengikut yang dikumpulkan menerusi kumpulan dalam aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Cross Street (PPBCS), Aladib Jais, berkata operasi bazar dilanjutkan sepanjang seminggu bersempena cuti pertengahan penggal kedua persekolahan berbanding kebiasaannya yang dibuka hanya pada malam hujung minggu. – Berita Harian

http://www.yadim.com.my/v2/qasidah-jalanan-kumpul-dana-tahfiz/?fbclid=IwAR1g5mvmoe55X4844S37QajkWOREijzYrazQt37FTe6fBkTRlji1611B3n4

 

Zakir Naik masuk campur isu perkauman – Tun M

Zakir Naik masuk campur isu perkauman - Tun M

Oleh kerana Zakir Naik menyentuh isu perkauman, maka polis wajar menyiasatnya, kata Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR: Polis perlu menyiasat penceramah bebas Dr Zakir Naik yang didakwa menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agak jelas tindakan dilakukan Zakir apabila terlibat dengan politik perkauman.

“Dia (Zakir) dilihat mencampuri isu perkauman. Polis perlu menyiasat sama ada ia menyebabkan ketegangan, sangat jelas, ya.

“Apa sahaja tindakan yang akan kita akan ambil adalah berlandaskan kedaulatan undang-undang kerana Kerajaan menghormati undang-undang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tegasnya, sebagai seorang pemegang status Penduduk Tetap (PR) di negara ini, dia tidak boleh terlibat dalam politik di negara ini.

“Anda boleh berdakwah, tapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya dia bercakap soal Cina untuk balik ke China dan (bangsa) India balik ke India.

“Saya tidak pernah cakap sebegitu, tapi dia lakukannya. Itu adalah politik,” jelas Dr Mahathir.

Sebelum ini, penceramah bebas itu didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Susulan itu, polis menerima 115 laporan berkaitan Dr Zakir dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Namun, pada Rabu lalu, Dr Zakir dalam satu kenyataan media mendakwa, ceramahnya disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu.

Katanya, pengkritik memetik kenyataannya itu di luar konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat.

DIA PUKUL ORANG, DIA MENANGIS

Pas heret Zakir Naik panjat pentas politik. Hasrat Pas satu saja, nak dapat mileage politik dengan penglibatan Zakir.

Kalau nak bercakap agama, di Kelantan dah ada Dr Abdul Basith dan Maulana Asri yang jauh lebih alim berbanding Zakir dalam hal agama.

Tak cukup kitab orang Kelantan nak menadah dengan kedua-dua tokoh itu. Jelas benar, Zakir dijemput atas niat untung politik untuk Pas.

Zakir pula tidak berupaya membaca silat politik Pas. Dia pun bercakap mengikut gendang yang dipalu oleh Pas. Akhirnya, bola yang dilontar ke dinding melantun ke arah dirinya semula.

Apabila Zakir Naik dikritik ucapannya, Pas kalut tonjolkan diri konon pembela Zakir Naik. Padahal Pas punca krisis ini. Pas nak tangguk di air keruh atas krisis ciptaannya.

Begitulah Pas. Apa yang ada dalam kepalanya pemimpinnya ialah hayat politiknya. Tak salah Pas bertindak sesuatu demi hayat politiknya. Itu normal bagi mana-mana parti politik.

Masalahnya ialah apabila Pas memperalat agama untuk tujuan politiknya itu. Pas tampilkan diri kononnya bela agama, padahal parti itu peralatkan agama sahaja.

Dia pukul orang, dia menangis. Dia maki orang, dia mengadu.

— Ust Zol —

Image may contain: 6 people, crowd and outdoor
Anak muda pertahan Dr Zakir Naik

MUHAMMAD ARIF ISMAIL 14 August 2019

KOTA BHARU: Ketika DAP beria-ia mahu Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia, sebaliknya anak muda di sini mempertahankan pendakwah terkenal itu.

Pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Amir Faizal Saufi, 26, berkata perkongsian disampaikan Dr Zakir pada pidato perdana di sini Khamis lepas sangat berguna.

Katanya, pendekatan serta kaedah yang disampaikan oleh pendakwah itu yang menyebabkan masyarakat yang keliru dapat diberi penjelasan.

“Sebelum ini saya pernah menghadiri program serupa di Kuala Lumpur, selepas mengikuti ceramah Dr Zakir, maklumat yang diberikan sangat berguna.

“Sebab ada kawan-kawan bukan Islam bertanya jadi kita boleh guna ayat Dr Zakir untuk disampaikan semula kepada mereka, program baru-baru ini sangat baik,” katanya.

Berikutan pidato tersebut pemimpin DAP makin panas punggung, di mana ada suara mahu tindakan diambil terhadap Dr Zakir dan menggesanya meninggalkan Malaysia.

Pada pidato terbabit Dr Zakir antara lain menyebut di India beliau dituduh pelbagai isu di bawah Perdana Menteri India Naderan Modi.

Mohammad Arif Amri, 25, pula menyifatkan Dr Zakir mampu menarik orang Islam untuk menghayati nilai-nilai agama dalam diri mereka. – HARAKAHDAILY

Ahmad Baihaki Atiqullah – Bekas MP PAS hadir program kerajaan pusat kerana ‘serasi’

Bekas anggota parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah menjelaskan beliau menghadiri program anjuran kerajaan pusat kerana ‘serasi’ dengannya.

Bagaimanapun, Ahmad Baihaki berkata beliau masih merupakan ahli PAS.

“Secara rasminya saya masih ahli PAS. Cuma saya mengambil sikap untuk hadir ke program pihak kerajaan persekutuan yang dikira serasi dengan saya apabila dijemput,” katanya kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemunculannya di pentas-pentas program anjuran agensi kerajaan persekutuan di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Iklan

Ahmad Baihaki mutakhir ini dilihat ini sering muncul dalam program berbentuk forum atau tazkirah sebagai panelis atau moderator khususnya dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ketika ditanya sama ada pendirian itu diambil sebagai menyahut seruan ‘politik matang dan sejahtera’ yang digagaskan oleh PAS, beliau mengakui itulah sikap yang sewajarnya.

“Itu sepatutnya, politik matang yang dibawa oleh PAS maknanya kita boleh saling berhubung walaupun berbeza pandangan.

“Tak semestinya orang tak sama (parti) dengan kita akan jadi musuh.

“Kalau kita boleh duduk sekali berbincang walau tak sama (ideologi politik) tiada masalah. Kita raikan perbezaan pandangan,” katanya.

‘Tak pegang jawatan sepadan’

Berlainan pula dengan program anjuran PAS, Ahmad Baihaki berkata beliau tidak memunculkan diri kerana tidak memegang ‘sebarang jawatan yang sepadan’.

“Tetapi kalau dipanggil untuk apa-apa program saya tiada masalah.

“Kalau untuk pengisian program daripada PAS ada yang kecil-kecil. Macam kuliah, tazkirah itu ada. Cuma program besar-besar saya tak terlibat kerana tak pegang jawatan yang sepadan.

“Jadi saya ambil sikap mana-mana pihak jemput, kalau rasa serasi saya akan hadir.

“Kalau kerajaan PH jemput saya hadir, kalau kerajaan Kelantan panggil saya hadir. Tak ada masalah. Dalam politik daripada dulu lagi saya tak suka bergaduh, jadi boleh berkawan belaka,” jelasnya yang menjadi anggota Parlimen PAS selama sepenggal.

Sebagai rekod, Ahmad Baihaki tidak bertanding pada PRU14 lalu dan kerusinya diambil alih oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu Ahmad Baihaki menjelaskan, setakat ini beliau tidak terlibat dengan sebarang program parti anjuran PH.

“Saya terlibat dengan pentas kerajaan persekutuan, seperti (program) Yadim hari ni. Dengan program parti (PH) saya tak terlibat,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/488448?fbclid=IwAR1phfMfPt2OyZfHUL1hcBq9fYP2YV5r0iZIU68Myl8VE1KQYoVwE2KH4z8

Singa Pas Kelantan Kini Bertukar Menjadi Cicak Depan Dr Mujahid

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Apa khabar sudin copong hahahh.. Buat apa tu… Aku ingat singa rupa2nya cicak