‘Saya tetap jaga bapa walau berlainan agama’

 

“HIDAYAH milik Allah dan Islam tidak melarang kita berbakti kepada ibu bapa biarpun berlainan agama, justeru menjadi tanggungjawab saya terus berbuat baik kepada bapa sehingga ke akhir hayatnya.”

Demikian kata Syahidee Foo Kai Cheng, 52, yang menjaga keperluan bapanya, Foo Fong Chor, 92, yang beragama Buddha.

Bapanya yang diserang angin ahmar hanya bergerak menggunakan bantuan kerusi roda sejak tiga tahun lalu.

Syahidee yang memeluk Islam pada 2003 berkata, perbezaan agama bukan alasan kepadanya untuk melepaskan tanggungjawab terhadap bapa yang membesarkannya.

“Saya ingin menjaga dan berbakti kepada bapa selagi hayat di kandung badan, tidak kisah apa tanggapan orang luar terhadap kami sekeluarga, paling penting kebajikan bapa sekarang terjaga dan terurus.

“Sebelum ini pun saya turut menjaga ibu, Chen Yek Yeen yang uzur, tetapi dia sudah meninggal sejak tiga bulan lalu kerana penyakit darah tinggi dan masalah jantung,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Flat Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.

Syahidee berkata, dia terpaksa berhenti kerja kerana perlu memantau bapa yang memerlukan penjagaan rapi kerana tidak boleh menguruskan diri sendiri selain mengalami masalah pendengaran.

“Sebelum ini saya bekerja, pelbagai jenis pekerjaan pernah saya buat termasuk menjadi tukang masak untuk menyara keluarga.

“Bagaimanapun selepas berpisah dengan isteri saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga bapa dan lima anak.

“Kami sekeluarga bernasib baik kerana pernah beberapa kali menerima bantuan ‘one off’ Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan ia sangat membantu biarpun bantuan sebanyak RM200 itu tidak mencukupi,” katanya.

Menurutnya, walaupun sering dihimpit masalah kewangan dia tidak pernah mengabaikan pendidikan anaknya iaitu Nur Alyaa Shahida, 16, Muhammad Haikal, 13, Muhammad Daniel Hakim, 11, Muhammad Hazi, 7, dan Nur Nadia Safiya, 6.

“Nur Alyaa dan Muhammad Haikal belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, manakala Muhammad Daniel dan Muhammad Hazi bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin serta pula anak bongsu pula belajar di tadika berhampiran kediaman kami.

“Hanya Allah saja yang tahu cabaran yang dihadapi dalam menjaga bapa yang uzur dan lima anak, tapi semua itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya.

“Saya korbankan segala-galanya bagi memastikan bapa dan anak-anak dapat hidup dengan baik dan segala keperluan mereka dipenuhi,” katanya.

Menurutnya, sebanyak RM35 diperuntukkan setiap hari bagi perbelanjaan persekolahan bagi kelima-lima anaknya tidak termasuk keperluan perubatan bapanya.

“Meskipun dihimpit kesusahan hidup saya kuatkan semangat untuk mengharungi segala cabaran demi memastikan kebajikan bapa dan semua anak terjaga.

“Niat saya baik kerana ingin menjaga bapa dan anak-anak, justeru saya yakin dengan janji Allah mengenai rezeki,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga berkenaan boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat 220111605596 milik Syahidee.

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/484835/saya-tetap-jaga-bapa-walau-berlainan-agama?fbclid=IwAR3w5g8TAKxDtQsosnrfNILApsn1qd-GraBg2uvXz8xGZ-PXyrCv_IXUA1A

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s