Polis siasat Zakir Naik – Hasil Hasutan Perkauman Dan Agama Umnopas Yang Rasis

POLIS membuka kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ia susulan laporan polis yang diterima pihaknya daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Menurutnya, sehingga kini pihak polis menerima sebanyak 115 laporan berkaitan Zakir.

“Kita memang ada menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, penceramah bebas itu didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Tun Dr Mahathir.

Semalam, dua menteri Kabinet iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran juga mahu Zakir tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/486290/polis-siasat-zakir-naik?fbclid=IwAR28L6eIFF2JgnoObCLMCLrde2Uq8MNyqU6r01wzDCjBmn9QpGrXT6lVz2c

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s