Kalau kita tak nampak lagi Melayu dihina, Islam dipersenda… memang kita butalah,” – Ridhuan Tee Abdullah (Penjilat Tegar Umno).

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam… Jangan Hina… Jangan Persenda – Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – “Kalau kita tak nampak lagi Melayu dihina, Islam dipersenda… memang kita butalah,” ujar penceramah bebas, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Jelas beliau, bangsa lain seharusnya tahu menghormati Melayu Islam kerana Melayu Islam adalah ‘tuan rumah’ negara ini.

“Allah jadikan negara ini cantik sekali. Masing-masing ada negara masing-masing. India ada negara India dan Cina ada negara China. Kepelbagaian di negara ini pula tidak terjadi secara semula jadi, ia jadi warna-warni kerana ada penghijrahan sama ada secara sukarela atau dipaksa masuk. Kita pergi negara manapun orang lain mesti hormat tuan tanah… hormat agama dan budaya mereka.

“Kalau kita pergi China, kita tidak boleh bawa Melayu itu sangat sebab kita pergi rumah orang. Begitu juga dengan Malaysia. Saya tidak faham bila bangsa lain tidak boleh hormat Melayu Islam,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam wacana bertajuk ‘Bangsa Dihina, Agama Dipersenda’ anjuran Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang diadakan di Auditarium UMNO, semalam.

Beliau turut berkata, UMNO dan PAS tidak boleh terus berdiam diri apabila dipersalahkan dalam segala isu.

“UMNO-PAS jangan diam diri… mereka yang bawa isu… tapi bila jadi isu semua salahkan UMNO dan PAS.

“Isu tulisan jawi ini pula… Melayu boleh terima sekolah Cina dan India berpuluh tahun tapi kenapa tulisan Jawi yang hanya enam muka surat ini di dipertikaikan. Patutnya saya tumpang semangkuk dengan mereka untuk hidup aman… lagipun saya Cina tapi saya Cina yang bercakap benar dan berpaksikan sejarah. Pelik… orang Melayu boleh terima tulisan Cina, bangsa Cina, sekolah Cina dengan hati terbuka tapi kenapa susah sangat orang Cina nak buka hati untuk terima tulisan Jawi.

“Bagusnya orang Melayu ini… orang datang kat negara dia… orang nak sekolah dia bagi sekolah… sebiji macam sekolah di negara asal. Sebab apa? Sebab Melayu meraikan kepelbagaian, baiknya orang Melayu kerana Islam lembutkan hati untuk terima tetamu jadi kenapa kita tidak hargai pengorbanan dan jasa baik orang Melayu?” tegas beliau.

Dalam masa yang sama beliau turut membidas pertubuhan Dong Zong yang seringkali tidak sealiran dengan langkah kerajaan dan masayarakat Malaysia.

“Sejak Dong Zong ditubuhkan hingga hari ini apa-apa saja yang mereka katakanasama ada dalam bentuk ucapan, tulisan dan lain-lain yang mereka lakukan adalah menentang habis-habisan… contohnya sistem pendidikan…, Dong Zong tak pernah setuju dengan sistem pendidikan kita… dulu nak wujudkan sekolah wawasan pun dibantah sedangkan ia adalah idea yang baik untuk perpaduan dari peringkat awal tapi gagal,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam… Jangan Hina… Jangan Persenda – Ridhuan Tee

 

 

One thought on “Kalau kita tak nampak lagi Melayu dihina, Islam dipersenda… memang kita butalah,” – Ridhuan Tee Abdullah (Penjilat Tegar Umno).”

  1. Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.
    Sila layari
    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas
    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph
    untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

    365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/
    9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/
    Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa 13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India
    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

    Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s