Hari ke-51: 5 Saksi Telah Mati Sejak Siasatan SPRM

Hari ke-51: Hakim beri amaran pada Najib tentang hantaran di media sosial

LANGSUNG | Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-51 hari ini.

Malaysiakini membawa laporan langsung perbicaraan.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB


Siapa saksi yang telah meninggal dunia

5.20 petang: Pada prosiding hari ini, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain mendedahkan bahawa lima saksi dalam kes SRC International telah meninggal dunia sejak siasatan dilancarkan pada tahun 2015.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan siapa mereka dan hubungan dengan kes itu, kecuali Azlin Alias ​​yang Rosli kenal pasti sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Malaysiakini menyemak dengan pihak berkuasa kemudiannya dan mendapati bahawa empat yang lain adalah:

– Bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Noriyah Ahmad

– Pengarah Pendapatan Tetap KWAP, Ahmad Norhisham Hassan

– Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman

– Pemandu kepada setiausaha politik Najib Khairun Aseh, Izzad Izzairi Osman


Hakim beri amaran kepada Najib 

5.09 petang: Bekas perdana menteri Najib Razak diberi amaran untuk mendapatkan nasihat undang-undang sebelum membuat sebarang hantaran di dalam talian bagi mengelakkan perbuatan menghina mahkamah.

Nasihat itu diberikan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Hakim mengeluarkan nasihat keras itu setelah dimaklumkan oleh DPP V Sithambaram bahawa pihak pendakwaan telah menarik balik permohonannya untuk memaksa Najib (gambar, di atas) untuk meminta maaf atas dua hantaran di Facebook yang dianggap sebagai subjudis berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah juga memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan juga menarik balik permohonan untuk menyingkirkan permohonan tuntutan oleh pendakwaan agar Najib meminta maaf.

“Posting dan komen mengenai keterangan yang dikemukakan di mahkamah, terutama oleh tertuduh, adalah sesuatu yang bersempadan dengan penghinaan mahkamah dalam pandangan saya.

“Pada masa akan datang, sesiapa yang ingin membuat hantaran itu dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang sebelum mengambil tindakan (sedemikian). Perkara-perkara tertentu (hantaran dalam talian) mungkin melanggar undang-undang,” kata Nazlan mengingatkan Najib yang duduk di kandang tertuduh.

Prosiding akan disambung semula pada 2 petang Selasa depan.


SPRM pujuk Joanna Yu bantu kenal pasti perbualan di Blackberry Mesengger

5 pm: Pegawai SPRM Rosli Hussain memberitahu mahkamah bahawa penyiasat kes SRC International telah melibatkan bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu awal tahun ini untuk membantu mengenal pasti perbualan Blackberry Messenger antara pasukannya dan kumpulan lain mengikut perintah mahkamah.

Kumpulan lain itu termasuk ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low, Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrul Azral Ibrahim Halmi, bekas Pengarah SRC International, Terence Geh, bekas pengarah Putrajaya Perdana Bhd, Jerome Lee dan bekas pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Dr Shamsul Anwar Sulaiman.

Rosli memberi keterangan bahawa mereka memanggil Yu (gambar, di atas) untuk mengenal pasti perbualannya pada 23 dan 30 Mei, berikutan permintaan penganalisis forensik digital Bank Negara Malaysia, Shuzairizman Shuib untuk membantu memenuhi perintah mahkamah.


Pegawai SPRM terima slip gaji Najib untuk tahun 2011 hingga 2018

4.51 petang: Pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussain menerima slip gaji untuk bekas perdana menteri Najib Razak pada 29 Jan ketika siasatan ke atas SRC International.

Saksi ke-57 itu mengesahkan perkara ini semasa pemeriksaan utama oleh DPP Ishak Mohd Yusoff.

Rosli berkata beliau menerima dokumen-dokumen itu dari Nordiana Ashar dari parlimen.

Slip gaji itu adalah untuk tahun 2011 hingga 2018.


KWAP hanya boleh sediakan salinan untuk beberapa dokumen – Pegawai SPRM

4.30 petang – Prosiding terus menyaksikan pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussain mengenal pasti sekumpulan dokumen yang dirampas oleh suruhanjaya itu semasa menjalankan siasatan ke atas SRC International pada tahun 2015.

Mahkamah diberitahu beberapa dokumen yang disiasat oleh penyiasat SPRM dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) adalah hanya salinan dari yang asal.

Rosli dalam keterangannya mengatakan beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mendapatkan dokumen asal dari KWAP, tetapi diberitahu bahawa KWAP hanya menyimpan salinan dokumen tersebut.

Bagaimanapun, saksi dan DPP Ishak Yusoff tidak menyatakan secara khusus apakan dokumen-dokumen tersebut semasa pemeriksaan utama.


Pegawai SPRM kenal pasti dokumen disita untuk siasatan

3.40pm – Pihak pendakwaan memanggil saksi ke-57, Rosli Hussain, yang merupakan pegawai penyiasat SPRM yang bertanggungjawab terhadap kes SRC International.

Pemeriksaan utama oleh DPP Ishak Yusof diteruskan dengan Rosli mengenal pasti dokumen yang disita oleh penyiasat SPRM dari beberapa individu dan organisasi, termasuk Ihsan Perdana Sdn Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).


Keterangan ringkas penganalisis forensik Bank Negara

3.38pm – Penganalisis forensik digital Bank Negara Shuzairizman Shuib (gambar) memberikan keterangan ringkas apabila beliau dipanggil semula hari ini.

Sewaktu disoal siasat oleh DPP Mohd Ashrof Asrin Kamarul dan peguam bela Harvinderjit Singh dalam keterangan ringkasnya, saksi ke-46 mengesahkan rekod log perbualan yang dikeluarkan dari peranti elektronik yang disita dalam serbuan Bank Negara di cawangan AmBank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Semasa serbuan itu, antara barangan yang dirampas daripada pengurus Perhubungan Ambank kemudian Joanna Yu adalah telefon Blackberry berkenaan.


3.10pm – Pendengaran bersambung dengan pendakwaan memanggi saksi ke-46, penganalisis forensik digital Bank Negara, Shuzairizman Shuib.


12.29pm – “3 petang, tiada rehat.”

Jawapan ringkas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu mengundang ketawa kecil dalam mahkamah.

Hakim berkata demikian selepas DPP Ishak Mohd Yusoff mohon berehat lebih awal untuk makan tengah hari dan sembahyang Jumaat.

Prosiding petang ini akan bersambung dengan pemeriksaan utama saksi ke-57, iaitu pegawai siasatan SPRM Rosli Hussain.


SPRM tak dapat dokumen asal minit mesyuarat Najib-Nik Faisal

12.20pm – Mahkamah mendengar daripada pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain memberi keterangan bahawa penyiasat kes SRC International tidak dapat menemukan minit mesyuarat asal antara bekas CEO syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil dan perdana menteri ketika itu Najib Razak, yang dikatakan berlaku pada 7 September 2011.

Beliau berkata minit mesyuarat asal tidak termasuk dokumen yang terkandung dalam buku setiausaha syarikat yang disita oleh SPRM, sementara pasukan penyiasat tidak dapat merujuk dokumen berkenaan kepada Nik Faisal kerana dia melarikan diri ke luar negara.

Menurut Rosli, penyiasat menerima dokumen itu daripada Ismee Ismail, yang merupakan bekas pengerusi lembaga pengarah SRC International ketika dia datang ke ibu pejabat SPRM untuk merekodkan kenyataannya pada 10 Mei tahun ini.

Beliau berkata Ismee juga tidak dapat memberikan minit mesyuarat yang asal.

Untuk rekod, minit mesyuarat antara Najib dan Nik Faisal telah dimasukkan ke dalam minit mesyuarat lembaga pengarah SRC pada 13 September 2011.


12.04pm – Prosiding bersambung.


11.45am – Prosiding berehat sebentar.

Saksi lari, SPRM tak dapat salinan asal minit mesyuarat SRC


Saksi lari, SPRM tak dapat salinan asal minit mesyuarat SRC

11.35am – Pegawai Penyiasat SPRM Rosli Hussain memberitahu mahkamah bahawa para penyiasat suruhanjaya itu menerima minit untuk tiga mesyuarat lembaga pengarah SRC International pada tahun 2015 daripada bekas pengerusi syarikat itu Ismee Ismail pada 18 Julai tahun lepas.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat memperolehi dokumen asalnya kerana Ismee tidak menyimpan salinan asal tersebut.

Sementara itu, cubaan untuk mendapatkan minit mesyuarat berkenaan daripada setiausaha syarikat SRC International Chee Suwen juga tidak membuahkan hasil kerana dia tidak lagi berkhidmat dengan syarikat itu dan telah menyerahkan semua dokumennya kembali kepada firma tersebut.

Dalam keterangannya, Rosli berkata pemeriksaan pada salinan fotokopi dokumen menunjukkan bahawa minit mesyuarat itu telah direkodkan oleh pengarah SRC International, Terence Geh.

Kata Rosli, memandangkan Terence Geh telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan maka pihak penyiasat tidak dapat memperolehi salinan asal dokumen itu, manakala pemeriksaan SPRM di pejabat SRC tidak menemukan minit mesyuarat berkenaan.


11.20 pagi – Tampil berbaju biru muda, Nooryana Najwa anak perempuan kepada pasangan Najib Razak dan Rosmah Mansor kelihatan di barisan hadapan, di belakang kandang tertuduh, tempat bapanya duduk.


Lima saksi telah mati sejak siasatan SPRM

11.05am – Mahkamah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain bahawa sejak suruhanjaya itu melancarkan siasatan ke atas SRC International pada tahun 2015, lima daripada saksi-saksinya telah meninggal dunia.

Dia menamakan mereka sebagai Azlin Alias, Noriah Ahmad, Zainal Abidin Osman, Ahmad Norhisham, dan Izat Izairi.


SPRM perolehi lebih 1,000 dokumen

11am – Mahkamah mendengar pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain, yang bertanggungjawab menyiasat kes SRC International Najib Razak berkata bahawa pasukannya telah memperolehi dan meneliti lebih daripada 1,000 dokumen dalam siasatan mereka terhadap kes itu.

Rosli (gambar, tengah) yang juga pegawai Bahagian Operasi Khas (SOD) SPRM itu berkata dokumen-dokumen tersebut diperolehi dari institusi kewangan, Kementerian Kewangan, Kumpulan Wang Persaraan, SRC International, Gandingan Mentari, Ihsan Perdana Sdn Bhd, dan banyak lagi.

Menurut keterangannya hari ini siasatan tersebut telah dilancarkan pada tahun 2015 berikutan laporan yang dibuat oleh pegawai SPRM Prem Raj daripada Bahagian Forensik Perakaunannya pada 3 Julai 2015.

Siasatan itu dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009, AMLATFAPUAA, dan Kanun Keseksaan.

Rosli selanjutnya memberitahu mahkamah bahawa beliau dibantu oleh pegawai dari SPRM SOD, Bahagian Perakaunan Forensik, Bahagian Siasatan dan para pegawai SPRM dari pejabat negeri suruhanjaya itu di Semenanjung Malaysia.


Pegawai penyiasat SPRM masuk ke kandang saksi

10.51am – Saksi pendakwaan ke-57, Pegawai Penyiasat SPRM, Rosli Hussain, mengangkat sumpah sebelum mengambil tempat duduk di kandang saksi.


Adnan Yaakob kelihatan di galeri awam

10.48am – Prosiding bermula dan bekas perdana menteri Najib Razak memasuki kandang tertuduh.

Awal pagi ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali hadir bagi perkara jenayah berasingan sebelum beliau dapat mendengar perbicaraan kes menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.

Turut kelihatan di galeri awam ialah bekas menteri besar Pahang Adnan Yaakob.


Pegawai penyiasat SPRM akan beri keterangan

8.30am – Semalam, saksi ke-56 bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah selesai memberikan keterangannya, bermaksud pendakwaan telah mengemukakan hampir semua saksi-saksinya di mahkamah.

Pada hari ini pula, pegawai penyiasat (IO) SPRM dijangka memberi keterangan lisan mengenai siasatan terhadap penyalahgunaan kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan RM42 juta dari SRC International, bekas anak syarikat pelaburan negara kontroversi, 1MDB.

Bagaimanapun, IO SPRM bukanlah orang yang terakhir memberikan keterangan saksi sekiranya peguam bela Najib memilih untuk memanggil bekas menteri kabinet hadir memberi keterangan.

Semalam, peguam bela utama tertuduh Muhammad Shafee Abdullah memberitahu media bahawa pembelaan boleh menghubungi menteri kabinet tersebut, untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan lisan mengenai mesej teks telefon yang dikatakan mengancam membuat pendedahan terhadap Najib ketika beliau menjadi perdana menteri.

Semasa pemeriksaan balas semalam, Shafee telah menyoal Husni sekiranya saksi itu telah menghantar mesej sedemikian kepada bekas menteri kabinet yang lain.

Dalam jawapannya, Husni memberitahu mahkamah beliau tidak dapat mengingat jika telah menghantar mesej yang dimaksudkan itu.


 

 

https://www.malaysiakini.com/news/487299?fbclid=IwAR0t3y0r8K7qfMW4ya9lBZOJoA39Uy07HyINabdF3ewncFH7F_9ySOFcEtE#.XU0hK20Dgwc.facebook

 

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

 

Takiyuddin tidak perlu bodek PM untuk elak disiasat, kata Sayuti

Takiyuddin tidak perlu bodek PM untuk elak disiasat, kata Sayuti

 

Datuk Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan diminta tidak mengambil pendekatan membodek Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melindungi beliau dari disiasat pihak berkuasa.

Penulis politik, Mohd Sayuti Omar dalam tulisannya berkata, jikapun mahu melindungi beliau dari siasatan pihak berkuasa, tidak perlulah beliau sampai membodek.

“Kalaupun Takiyuddin nak bodek Dr mahathir sebagai batas untuk beliau tidak disiasat oleh pihak berkuasa kerajaan PH, dengan mengharap Dr Mahathir menjadi melindunginya, tidakkan begitu dangkal sekali cara bodekannya,” tulis Sayuti dalam facebook beliau.

Harapan untuk heret Pas sudah berakhir, kata Sayuti Omar.

Takiyuddin dalam kenyataannya berkata, kesemua 18 ahli parlimennya tidak akan sokong undi tidak percaya untuk singkirkan Dr Mahathir sebagai PM.

Sedangkan, katanya, tidak ada sebarang sebab untuk mana-mana pihak membuat undi tidak percaya terhadap PM.

“Ada dengar khabar Takiyuddin kini sedikit terdesak?” kata Sayuti.

Beliau mempersoalkan, bila masa pula ada cadangan untuk mengadakan undi tidak percaya untuk singkir Dr Mahathir?

“Itu teori hantu. Kalau pun nak layan mimpi, tengoklah mimpi itu sejauh mana munasabah dan logiknya. Kalau mimpi siang hari hendak diambil kira juga sebagai petunjuk, parahlah,” kata Sayuti kepada ahli parlimen Kota Bharu itu.

Bagi beliau, kalau benar Pas hendak pertahankan Dr Mahathir sebagai PM, parti itu hendaklah menyertai PH, menjadi sebahagian komponennya.

“Cara begini lebih afdal daripada membodek cara itu. Cara Takiyuddin nak buat itu samalah seperti letak Dr Mahathir dalam legel (bekas besar seperti culvert) kemudian palu di luar.

“Bengeng, berdengung dan pening orang itu nanti,” katanya.

Bagi Sayuti, “Dr Mahathir bukan kumbang lilin yang dibungkus atas tin susu yang kita jadikan sebagai radio untuk menghibur di zaman bucah dahulu.”

Berita penuh https://malaysiadateline.com/takiyuddin-tidak-perlu-bodek-pm-untuk-elak-disiasat-kata-sayuti/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Takiyuddin tidak perlu bodek PM untuk elak disiasat, kata Sayuti

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

Modal Politik Murahan Umnopas Terburai Apabila Ramai Pelajar Cina Meminati Tulisan Khat – Malaysia Maju Dan Harmony Tanpa Umnopas

 

“Kami sendiri nak belajar…” – Pensyarah dedah pelajar Cina ramai ambil kursus Seni Khat Jawi

Pada zaman dahulu penggunaan tulisan jawi telah menjadi antara bahasa penulisan utama masyarakat Melayu khususnya, namun dek kerana peredaran masa penulisan jawi semakin kurang dikuasai oleh generasi muda.

Baru-baru ini timbul pula perbalahan berkenaan isu bahasa jawi selepas Perdana Menteri, memutuskan penggunaan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat dijalankan di semua sekolah.

Ramai pelajar Cina belajar seni khat…

Namun, buat penggiat seni khat dan tenaga pengajar sambilan di Universiti Sains Malaysia (USM), menerusi perkongsiannya di Facebook, dia tidak terkejut jika ada kaum lain selain daripada Melayu belajar mengenai seni kaligrafi jawi.

Jumlah pelajar Cina makin bertambah

Menurutnya, sejak mengajar dari tahun 2012 sehingga kini, dia dapati setiap sem akan ada pelajar berbangsa Cina mengikuti Kursus Seni Khat di bawah program kokurikulum USM. Malah, jumlah mereka semakin bertambah setiap sem.

Belajar khat atas pilihan mereka sendiri

Tambahnya lagi, apabila ditanya mengapa memilih kursus seni khat, rata-ratanya menjawab mereka memang mahu mempelajari tulisan ini kerana ia sangat unik dan penuh dengan kesenian.

Hasil pelajar Cina lebih cantik…

Kerana minat mereka yang mendalam dalam seni kaligrafi jawi, maka tidak hairanlah hasil tulisan mereka mampu menyaingi hasil tulisan pelajar-pelajar Melayu.

Setiap bahasa ada keistimewaan dan ciri unik masing-masing, jadi belajar mengenai bahasa serta budaya lain tidak akan menjadikan kita hilang identiti diri kerana ia bergantung pada individu itu sendiri.

Sumber : Abu Hazieq

 

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

Dr. Zakir Naik puji ketegasan Dr M pada kuasa besar

Dalam pidato yang memberi fokus kepada tajuk ‘Islamophobia’, pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik tampil memuji keberanian Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya tegas melontarkan bantahan terhadap kuasa besar dunia seperti AS.

Menurutnya, ia susulan kritikan berterusan perdana menteri ketujuh Malaysia itu terhadap AS dan United Kingdom (UK) yang mencetuskan perang dan konflik di Timur Tengah khususnya serangan ke atas Iraq.

“Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Islam yang mewujudkan Tribunal Jenayah Perang (Kuala Lumpur) pada 2011 yang memutuskan bahawa UK dan AS telah membuat bukti palsu bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.

“Tidak ada negara Muslim lain yang mempunyai keberanian untuk melakukannya kecuali Malaysia,” katanya di hadapan lebih 30,000 hadirin yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, sempena acara terakhir program Jelajah Dr Zakir Naik ke Kelantan 2019 di Kota Baru, malam tadi.

Iklan

Tambah Zakir, bekas presiden AS George W Bush dan bekas perdana menteri UK Tony Blair menggunakan bukti palsu sebagai alasan untuk menyerang Iraq pada tahun 2003.

Selepas lima tahun prosiding oleh tribunal yang diasaskan Dr Mahathir melalui Pertubuhan Keamanan Global Perdana itu, katanya, siasatan terperinci juga dilakukan di Britain dan mendapati tindakan AS dan UK menyerang Iraq dengan AS hanya bersandarkan maklumat yang tidak tepat.

“Beliau (Dr Mahathir) adalah salah seorang daripada beberapa pemimpin Islam yang mempunyai keberanian.

“(Dengan keputusan tribunal itu) jika Bush dan Blair menjejakkan kaki ke negara ini, kita akan menangkap mereka.

“Tidak ada negara Islam di dunia yang melakukannya, kecuali Malaysia. Alhamdulillah,” katanya disusuli tepukan gemuruh hadirin.

Sebelum ini Zakir turut memuji Dr Mahathir kerana membantah ekstradisi kerajaan India supaya pendakwah antarabangsa itu dihantar pulang kerana berdepan tuduhan jenayah.

Namun, Dr Mahathir menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India, sekiranya pendakwah itu tidak dijamin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

Kerajaan India pada 19 Januari 2018 mengemukakan permohonan rasmi untuk membawa pulang Zakir Naik.

Zakir yang kini bertaraf penduduk tetap Malaysia sedang berdepan dakwaan pengubahan wang haram bernilai lebih 1.93 bilion rupee (RM115.66 juta) “hasil jenayah di India dan di luar negara”.

Zakir sebelum ini pernah berkata bahawa beliau bersedia untuk kembali ke India dengan syarat Mahkamah Agung India dapat memberi jaminan dalam tulisan bahawa dirinya tidak akan ditangkap dan dipenjara sehingga dia dibuktikan bersalah.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis parlimen pada 11 Julai lalu memaklumkan Zakir tiada dalam senarai notis merah (RCN) Interpol, mahupun disebut sebagai entiti pengganas dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR).

https://www.malaysiakini.com/news/487415?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3Ler7irKSRkYzFek4AOnQ_2IXYsEEGWhzOiv19NvqaGWODBAbWvbMW-DU

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melibat betapa dahsyatnya umnopas meyebarkan fitnah.

Israel bakal sertai gabungan negara Arab lawan Iran, kata menteri luar

Menteri Luar Israel Yisrael Katz. (Gambar Facebook)

BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel Yisrael Katz berkata negara itu akan menyertai tentera gabungan pimpinan Amerika Syarikat dalam usaha melindungi laluan perdagangan di Teluk Parsi, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media Israel pada Selasa.

Menurut akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth, Katz mendakwa beliau bertemu seorang “tokoh berpangkat tinggi” dari Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini dalam usaha meningkatkan hubungan antara Israel dan negara Arab.

“Israel adalah sebahagian daripada tentera gabungan pimpinan AS dalam usaha melindungi laluan perdagangan di Teluk Parsi,” kata Katz.

“Adalah menjadi kepentingan Israel untuk menghentikan pencerobohan Iran di rantau ini dan memperkukuh hubungan dengan negara-negara Teluk,” katanya.

Menurut akhbar itu, Katz berkata dalam satu mesyuarat dengan menteri bahawa Israel tidak mempunyai konflik dengan negara Teluk.

Bulan lepas, Iran merampas kapal tangki Britain di Selat Hormuz sebagai membalas tindakan kapalnya yang dirampas berhampiran Gibraltar — yang merupakan sebuah wilayah luar negeri Britain.

Ketegangan memuncak di rantau tersebut sejak itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/07/israel-bakal-sertai-gabungan-negara-arab-lawan-iran-kata-menteri-luar/?fbclid=IwAR003TtZn6kfj-R-bPsMGlJ6MNkLcGylPmtqfvNZ3bx0F8rNGCkmgbUjMVA

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha – YB Lin Guan Eng

Image may contain: 1 person, smiling, text

Mengagumkan Tun M tak kenal erti penat.

Image may contain: 6 people, people smiling

Mengagumkan Tun M tak kenal erti penat.

Selasa malam terbang ke Fukuoka, Jepun.
Pagi Rabu sampai terus ke program tanpa rehat kecuali makan.

Program nya terus menerus sampai malam.

Khamis masih ada tenaga bekerja terus lagi dengan program dan sebelah petang balik ke ibu negara dari Fukuoka Japan.

Sampai rumah, tengah malamnya.

Hari ini? Pagi terus masuk pejabat takde erti jetlag ke apa, terus menerima tetamu negara iaitu Presiden Indonesia, Jokowi. Siap bawak kereta. Lepas solat Jumaat terus naik kapal terbang pergi Singapura.

Sampai terus hadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura dan baru je tiba di Kuala Lumpur dan dimaklumkan mengenai ribut kuat dan kerosakan harta benda yang berlaku di Parlimen nya, Parlimen Langkawi malam tadi.

You all nak politik? Silakan. Selagi ini tanggungjawab nya dia akan terus bekerja. – Ratu Naga

DAP Sudah Mula Mengutip 10% Tabung Jumaat Daripada Masji2 Di Pulau Pinang – Umnopas

Image may contain: one or more people, crowd and text

Agama Islam Kini Tidak Lagi Dianuti Oleh Golongan Yang Cintakan Allah Dan Rasul Tetapi Dianuti Oleh Golongan Yang Cintakan Parti Dan Sanggup Melakukan Apa Sahaja Fitanah Demi Memenangkan Parti Tanpa Mengira Dosa dan Pahala.

Umnopas telah berjaya menghidupkan budaya menipu dan menghalalkan fitnah demi parti dan bangsa melayu.

bahayanya maklumat yg disebarkan tanpa penjelasan yg sebenar…zaman la ni elok le kita selidik dulu sebelum sebarkan..ni siap nak asah parang bagai
Bila kita kata Pas Penang bodoh kaki fitnah koramg melatah plak bagai nak berperang sesama islam!!sombong tak bleh nak tegoq langsung puak ni!

Nota : boleh call sendiri dan tanya di talian 042637200 (tekan No 5 bahagian masjid dan surau)

Husni Menipu Untuk Lindungi Najib – Kes SRC International

1 BAKAR NAJIB.10

Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah #mengaku di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau berbohong kepada pihak media berhubung alasan peletakan jawatannya sebagai menteri pada 2016 untuk melindungi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang Arif, anda mahu saya hormat PM atau tidak? Atas rasa hormat, saya beritahu kepada media, ia tak ada kaitan (dengan 1MDB dan SRC).#Saya_bercakap (macam) itu, (sebab) saya#nak_lindungi “kisah sebenar” Saya tidak mahu ceritakan kisah sebenar kepada media. (Jadi) Saya kata saya berhenti (secara) sukarela.

“Surat khabar, dia tulis macam-macam, dia akan akan burukkan PM (Najib). Saya tidak bercakap benar (ketika itu). Saya nak lindungi PM,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee pada hari ke-50 perbicaraan kes Najib yang membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

https://www.sinarharian.com.my/article/42218/BERITA/Mahkamah/Kes-SRC-International-Husni-akui-menipu-untuk-lindungi-Najib