PERAK AMAT MAJU SETELAH BERSAMA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Image may contain: 1 person, smiling

Najib arah Raja Petra lakukan serangan peribadi

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hadir pada Sambung bicara kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mendedahkan Datuk Seri Najib Razak mengarahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan anak lelakinya.

Pendedahan itu dibuat Ahmad Husni dalam keterangannya pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang masuk hari ke-50.

Ketika menjawab soalan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bilakah serangan itu dilakukan, Ahmad Husni menjawab: “Oktober 2016.”

Muhammad Shafee: Bila anda dapat idea bahawa Najib dalang di sebalik tuduhan gangguan seksual dibuat terhadap anda?

Ahmad Husni: Selepas saya berucap di Parlimen pada 2016 (merujuk kepada insiden Dewan Rakyat ketika beliau menuntut penjelasan berkenaan unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion) dalam Aabar Investment PJS Ltd).

Muhammad Shafee: Selepas itu Najib timbulkan idea itu?

Ahmad Husni: Bukan timbulkan idea, saya tahu dia buat. Selepas kejadian itu, saya berada di rumah. Kemudian Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, datang ke rumah kira-kira jam 10 malam. Shukri beritahu, susah untuk cari rumah saya, namun disebabkan arahan Najib, beliau terpaksa pergi mencari saya. Saya dimaklumkan oleh Shukri bahawa Najib ingin berjumpa saya malam itu juga. Saya memaklumkan kepadanya saya penat. Shukri kemudian memberitahu Najib sudah menghubungi Raja Petra dan esok mereka akan menyerang saya.

Muhammad Shafee: Anda ada tanya Najib, sekiranya itu benar?

Ahmad Husni: Ada insiden lain… serangan pertama terhadap anak lelaki saya, Khalid daripada Tun Faisal Ismail, ketika itu CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Pengerusi Lebuhraya Pantai Baru (NPE) yang juga pemegang konsesi lebuh raya itu. Minit mesyuarat dihadiri Khalid dibocorkan kepada Raja Petra dan dimuat naik ke Facebook. Dalam hantaran di Facebook, saya dikatakan marah dengan Najib kerana anak saya (Khalid) gagal mendapatkan projek bernilai RM2.7 juta. Hantaran Facebook itu kemudian dilaporkan Utusan merujuk kepada bekas menteri terbabit skandal.

Ahmad Husni berkata, beliau kemudian menghantar pesanan kepada Najib dan bertanya “Apa ini?”

Katanya, Najib membalas: “Bincang dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak).

“Saya kemudian berbincang dengan Nazri dan keesokan harinya tiada lagi serangan,” katanya .

Dalam keterangannya, Ahmad Husni menafikan dakwaan tindakan itu menyebabkan beliau kecewa dan marah terhadap Najib.

“Saya tidak kecewa. Saya hidup untuk UMNO, malah setiap hari saya berdoa Allah membuka pintu hati Najib untuk melihat kebenaran. Saya tidak pernah marah dengan Najib kerana beliau hanyalah manusia biasa,” katanya.

Menjawab soalan apa yang berlaku kepada projek membabitkan anaknya, Ahmad Husni berkata, akibat penulisan Raja Petra, Khalid kemudian diberhentikan kerja.

Sementara itu, pada sesi pemeriksaan semula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan, Ahmad Husni berkata, antara sebab beliau meletakkan jawatan pada 2016 kerana bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, tidak mengikut pelan rasionalisasi syarikat itu.

“Saya letak jawatan kerana pada pendapat saya, Arul Kanda (ketika itu) tidak mengikuti pelan rasionalisasi 1MDB. Pelan itu termasuk menjual sejumlah aset 1MDB, namun masih mengekalkan pegangan.

“Aset itu termasuk Bandar Malaysia, projek pembangunan mega, Tun Razak Exchange (TRX) dan Edra Power Holding Sdn Bhd,” katanya.

Ahmad Husni berkata, arahan untuk mencari penyelesaian hutang 1MDB diberikan Najib yang ketika itu Perdana Menteri.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/594209/najib-arah-raja-petra-lakukan-serangan-peribadi?fbclid=IwAR3XhVb_GAvOhni5IP-ST-0bYNBg7MlMeVoIE2a_E_cMbDWh8Mv6IUWecJU

Husni: Saya jumpa Najib 20 kali suarakan kebimbangan

1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1-MERUNTUHKAN NEGARA

Husni: Saya jumpa Najib 20 kali suarakan kebimbangan

KES NAJIB l

Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bahawa beliau telah bertemu Najib Razak secara peribadi lebih 20 kali bagi menyuarakan kebimbangan mengenai pentadbiran negara termasuk pinjaman RM4 bilion SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Ahmad Husni, 67, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-50 perbicaraan kes Najib, melibatkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Saksi pendakwaan ke-56 itu berkata nasihat yang diberikan adalah berhubung perkara membabitkan pentadbiran negara, termasuk pinjaman oleh SRC.

Beliau berkata sekiranya terdapat perkara yang salah dan ia berkaitan dengan perdana menteri (ketika itu Najib), beliau akan terus berjumpa serta berbincang.

“Sekiranya ada kesilapan, ia harus diperbetulkan,” katanya sambil menambah mesyuarat Kabinet yang dihadiri beliau, jarang membincangkan perkara berkaitan meluluskan cadangan bagi mengeluarkan jaminan kerajaan kepada pinjaman oleh SRC.

“Ketika saya menjawat jawatan menteri kewangan II, perbincangan dalam kabinet jarang diadakan. Kebanyakannya hanya bersetuju dengan perkara yang dibentangkan. Hanya bentang dan setuju. Itu realiti di Kabinet kecuali perkara berkaitan 1MDB berikutan terdapat percanggahan,” katanya.

Ahmad Husni juga berkata beliau tidak membantah permohonan kedua SRC International, untuk mendapatkan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion daripada KWAP pada 2012.

“Sebab, saya tahu saya tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi saya ambil berat mengenai RM2 billion yang diberi oleh KWAP pergi mana… kerana ia membabitkan dana pencen,” katanya.

Katanya, beliau juga memeriksa sama ada pinjaman itu digunakan oleh syarikat terbabit serta menyemak sama ada pelaburan luar negara benar-benar wujud.

Ahmad Husni berkata beliau berada di luar negara ketika pinjaman kedua itu dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat jemaah menteri.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/487216?fbclid=IwAR0F5jHox5309B9a4sKpOCKIbZYycyhI_-H2pmTpbGuei_vYKiJCzmOXZ-E#.XUvy9da7tFA.facebook

RAKYAT MALAYSIA HIDUP MAJU DAN HARMONI, JIKA PARTI UMNOPAS DIHAPUSKAN DENGAN SEGERA

1 HARMONI

SILA LAYARI VIDEO DIBAWAH

https://web.facebook.com/rausyanfikir/videos/10217212847206015/

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and indoor

 

Zakir Naik Kini Bersama Membela Golongan Pelaku Rasuah Dan Pelindung Bapa Segala Rasuah Serta Pecah Amanah

Image may contain: 8 people, people standing and indoor

2 dap1 HADI RASUAH1 3 PEMIMPIN AJARAN SESAT1 HADI ASOBIYYAH1 HADI BOHONG1 TH1 Syiah1 1mdb1 2mdb1 HADI ROSAK1 3 PENYAMUN1 RUU 3551 D1-MERUNTUHKAN NEGARA1 LAFAZ ZIKIR TERBAIK PILIHAN HADI1 A SEMUA DAP1 B DAP1 TOKOH MAKSIAT PAS1 17 fitnah Umnopas

 

Salam Satu Aqidah Dan Salam Bahaya Wahhabi Tegar Zakir Naik.

“Dia sudah mari….”Bala sedang melanda Serambi Mekah Kelantan…Sebahagian Pemimpin2 kelantan tidak mengenal mana intan dan permata…Wahhabi Tegar Kelantan seperti Dato’ Dr. Johari Mat , Maulana Muhammad Asri Yusoff dll hanya bertepuk tangan kerana pendakyah tegar Wahhabi mereka tlh datang utk membantu merosakkan Aqidah dan perpaduan Umat Islam di Kelantan yang majoritinya ialah Asyairah & Maturidiyyah.

Di harap semua rakyat Kelantan Ahlussunnah Waljamaah khasnya perbanyakkan Bertahlil,Beristighfar dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallaahu ‘alaihiwasallam agar di jauhkan dari bala bencana jenayah ilmu dengan kedatangan Wahhabi tegar Zakir Naik yg akan merosakkan akidah dan pemikiran Umat Islam.

Mana suara MB kelantan, mana suara Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mana suara Dewan Ulamak Pas Pusat, mana suara Parti Umno yang di katakan bersatu dengan Parti Islam Semalaysia (PAS), Mana suara Kerajaan Malaysia , mana suara pejuang2 Islam di Kelantan????? Bangkit lah bersuara menyatakan kebenaran kerana mereka yg senyap dari menyatakan kebenaran ialah Syaitan Bisu الساكت عن الحق شيطان أخرس

Sebar2 kan kerana Allaah.

Aqidah Islam: Allaah Ada Tanpa Bertempat.
Say no to Salahpi Jihadi IS Daesh Wahhabi,Syiah,Hizbuttahrir,Liberal,Plural dll

Forum Hal Ehwal Islam dengan tajuk ISLAM TERANCAM?? APA PERANAN KITA

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Forum Hal Ehwal Islam dengan tajuk ISLAM TERANCAM?? APA PERANAN KITA

Ahli Panel
Alfadhil Ustaz Haji Nik Omar Nik Aziz YDP YADIM
Ustaz Hashim PCs Pegawai Agama Pejabat Pengerusi KADA
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor ( Pendakwah)

Moderator Ustaz Haji Ahmad Baihaki ( Bekas MP Pas Kubang Kerian)

Pada 15hb Ogos 2019
Hari Khamis
Jam 9 malam
Tempat Dewan Pusat Sumber Bhgn Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

Anjuran YADIM & Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan AnNur

Dengan Kerjasama Bhgn Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

Tangkapan Dibuat Kerana Parti Islam Dan Parti Melayu Rasis Sedang Memperhebatkan Fitnah Terhadap DAP & Kerajaan PH

Image may contain: 1 person, beard and text

Per: Tangkapan Kes Khianat Awam Dengan Menular Di Media Sosial Oleh JSJ Daerah Barat Daya Pulau Pinang

 Pegawai Serbuan :
Insp G/23882 Mustafa dan sepasukan anggota BSJ IPD Barat Daya, Pulau Pinang.

1). Bayan Baru Rpt: 5150/19
1.1) Tarikh: 07/08/19 @ 1535hrs
1.2) Sek: 505(c) KK/233 AKMM
1.3) Tempat Kejadian: Hadapan Surau Bandar Bayan Baru
1.4) IO: Asp G/13743 Chan Yew Hiok

2.0). Fakta Kes
Pada 06/08/19 semasa pengadu berada di hadapan Surau Bandar Bayan Baru, telah terima satu screenshot. Screenshot tersebut memaparkan satu Group Whatsapp (Surau Hijau Sg Batu) membincangkan hal berikut:

a.Kerajaan DAP mengarahkan kutipan 10% diambil dari Tabung Masjid untuk kegunaan Kerajaan DAP;
b.Memfitnah Datuk Haji Abdul Malik Kassim sebagai Exco Agama sedangkan Exco Agama Negeri Pulau Pinang adalah YB Datuk Ir Zakiyudin; dan
c. Dibahagian bawah sekali, terdapat satu ayat berbentuk ancaman dari pemilik nombor telefon: 011-51291559 menyatakan, ‘Aku rasa elok sangat kita asah parang yang dok ada’.

3.0). Repot Tangkapan:-
3.1). Teluk Kumbar Rpt: 2018/19. @ 1245hrs
(Lokasi: Hadapan Kedai Makan Nasi Talam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang)

3.1.1) Butir-butir tangkapan:-

B1) Nama: Asrul Helmey Bin Bakri
No KP: 850423085925
Alt: 601 Mk Pulau Pinang Sungai Batu Teluk Kumbar 11920 Bayan Lepas Pulau Pinang
Kerja: Berniaga Kedai Makan
Status: Bujang
RJ: 0

3.1.2) Rampasan: Sebuah telefon bimbit Jenis Iphone Warna Gold berserta Simkad Digi No 01151291559

4.0) Hasil Soal Siasat Awal:
– B1 mengaku terlibat dengan kes ini seperti mana laporan yang di buat pengadu sendiri iaitu Teluk Kumbar Rpt: 2002/19.
– B1 juga mengaku telah memadam Group Whatsapp berkenaan.

RoS Akan Siasat Dakwaan Umno Terima Wang 1MDB – Menteri KDN

RoS Akan Siasat Dakwaan Umno Terima Wang 1MDB

Jika dahulu, parti BERSATU terpaksa dibubarkan oleh RoS pada saat akhir sebelum PRU14 kerana isu teknikal shj. Malah, BERSATU sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan nama dan logo parti untuk bertanding dalam PRU14.

Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang (“rule of law”), RoS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada UMNO jika benar² terbukti sah menerima wang haram RM212 juta yang juga telah diperakui oleh SPRM.

Tindakan parti UMNO menyalahguna wang milik 1MDB ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang yang tegas dan keras.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengaku berbohong dan terpaksa menipu

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengaku berbohong kepada media dan orang awam berhubung kenyataannya dalam akhbar tempatan bahawa peletakan jawatan beliau tiada kaitan dengan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas Menteri Kewangan II berkenaan yang memberikan keterangan selaku saksi ke-56 pendakwaan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berkata tindakannya berbohong adalah bagi melindungi dan atas rasa hormat terhadap Najib pada ketika itu.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berhubung kenyataan media dibuatnya ketika menjadi Ahli Parlimen Tambun pada waktu itu.

Terdahulu, Ahmad Husni dalam keterangannya pada hari ke-50 perbicaraan berkata, dalam kenyataan media itu, beliau menyatakan peletakan jawatannya berikutan Najib mahu memindahkannya ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Full link : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/594089/saya-berbohong-untuk-melindungi-najib-ahmad-husni