Umnopas jadikan Malaysia Kiamat dengan isu tulisan jawi

Kenyataan “seni khat adalah tanda-tanda Islamisasi” adalah kenyataan yang sedangkal dengan kenyataan-kenyataan berikut:

1. Tengok salib bahaya, bahaya sebab boleh di-Kristiankan
2. Tengok kaligragi mandarin bahaya, bahaya sebab boleh di-Cinakan
3. Lawat masjid bahaya, bahaya sebab mungkin di-Islamkan
4. Lawat kuil bahaya, bahaya sebab mungkin di-Hindukan
5. Lawat gereja bahaya, bahaya sebab mungkin di-Kristiankan

Hakikatnya manusia yang berotak sempit wujud dalam mana-mana masyarakat, tidak kisah dalam masyarakat Melayu, Cina, India ataupun yang lain-lain.

Pengajarannya, orang Cina India janganlah kalut sangat dengan momokan ancaman Islamisasi. Pada masa yang sama orang Melayu pun janganlah kalut sangat dengan momokan negara ini bakal dilanda Kristianisasi.

Kurangkan prasangka buruk antara satu sama lain.
Lebihkan kawan-kawan daripada latar belakang berbeza.
Luaskan ufuk pengetahuan.
Perbanyakkan membaca.

Zeti Mendedahkan Bukti Rompakan Najib Dalam Skandal 1MDB

Image may contain: 1 person, smiling, text

HEBOH SATU NEGARA macaiUmno pertahankan Najib.. kononnya bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menipu kerana menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau menyedari kewujudan dana derma Pak Arab RM2.6 bilion dalam akaun Najib itu setelah mahkamah ditunjukkan dua salinan surat rasmi dari Riyadh yang membuktikan Najib menerima derma sebanyak AS$100 juta dan AS$375 juta pada 2011 semasa perbicaraan kes SRC.

KANTOI LAGI NAJIB:
Tahu ka tak yang Tan Sri Zeti nafikan itu adalah derma skandal Pak Arab RM2.6 bilion yg masuk ke akaun Najib pada tahun 2013.

BUKANNYA derma Arab pada tahun 2011 !!!

DERMA ARAB pada tahun 2011 dgn derma RM2.6 bilion pada tahun 2013 adalah derma yang berbeza.

1) FAKTA derma 2011 (AS$475 juta / RM1.47 bilion) pada 1 Feb 2011 & 1 Nov 2011.

2) FAKTA derma 2013, sebelum PRU13 (AS$681 juta / RM2.6 bilion) pada 21 Mac 2013 & 25 Mac 2013.

SEKALI LAGI NAJIB TOLONG BUKA PEKUNGNYA SENDIRI !!!

Kebodohan @Najibrazak https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10156249944010952

Kerajaan Arab Saudi Meluluskan Kouta Haji Tambahan – Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan

Image may contain: one or more people

Sebelum ini Asyraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO heboh dicanang kononnya Umat Islam Malaysia kehilangan kouta tambahan haji kerana kerajaan Saudi tidak senang dengan kerajaan baru Pakatan Harapan.

Ternyata itu semua fitnah yang sengaja di buat supaya menimbulkan kemarahan rakyat.

Hari ini terbukti, di sebabkan kerajaan PH ini di senangi dan di yakini oleh Arab Saudi, maka kuota haji telah pun di tambah.

Amanah sokong tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu tahun 4

Amanah sokong tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu tahun 4

Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang dijadual dilaksanakan mulai tahun depan.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, apa yang dihasratkan kerajaan itu dilihat dapat memperkasakan semula tulisan jawi serta memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam seni penulisan khat.

“Bagi saya tidak ada masalah pun seni khat ini diperkenalkan, cumanya kadang-kadang kita dimomokkan dengan sentimen seolah-olah ia ke arah hendak mengislamkan orang bukan Islam, ini tidak benar kerana ia satu seni, tulisan khat sangat cantik.

“Bukan sahaja tulisan Jawi, tulisan lain termasuk tulisan kaligrafi Cina juga boleh diketengahkan kerana ia berkaitan dengan seni tulisan yang membawa kebaikan dan boleh juga menjana pendapatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkseso) di Alor Setar, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia berkata beliau yakin Kementerian Pendidikan akan memberi pemahaman kepada semua pihak atas pelbagai isu yang ditimbulkan mengenai pelaksanaan perkara itu.

Sementara itu di Seremban, Negeri Sembilan, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany mencadangkan agar tulisan seni dari kaum lain turut didedahkan dan dipelajari setiap kaum dalam negara.

Katanya bukan setakat mempelajari tulisan khat, tetapi bahasa asing lain seperti tulisan Cina dan India juga boleh dipelajari kerana ia merupakan satu budaya dan peninggalan nenek moyang.

Beliau berkata setiap masyarakat mempunyai sejarah dan budaya mereka tersendiri dari segi bahasa, pakaian kerana Malaysia ini merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan budaya.

“Oleh itu, saya sangat menggalakkan penyuburan budaya dan kepelbagaian etnik kerana ada budaya-budaya baik dari sesebuah kaum itu boleh dijadikan panduan dan contoh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Sembilan 2019 hari ini.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/486547

Fitnah Jahat Umnopas Berkaitan Tulisan Jawi

Image may contain: text

MCA sebuah parti yang mempertahankan hak dan kepentingan semua kaum berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Kami bukan seperti parti DAP yang berubah-ubah pendirian semata-mata untuk mengaut sokongan dan tidak berupaya untuk menepati manifesto PRU.

Tulisan Jawi Orang Melayu Islam Masih Ramai Tidak Boleh Membaca Dan Menulis, Wajar Diwajibkan Di Sekolah Kebangsaan Biasa Dahulu.

Pembelajaran jawi di SJKC wajar diteruskan – Tun Mahathir

BANDA HILIR 3 Ogos – “Kita percaya kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak membantah untuk meneruskan pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC),” ujar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir ketika menjawab soalan isu berkenaan mendakwa pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) wajar diteruskan.

Menurutnya, tulisan khat atau jawi merupakan satu seni yang wajar untuk dipelajari dan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Tahun 4.

“Merujuk kepada soalan berkenaan terdapat Ahli DAP yang menjadikan ia isu, bagi saya cuma satu bahagian dalam parti DAP sahaja yang beranggapan seperti itu, selebihnya tidak dan pembelajaran jawi boleh diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam program Townhall Semarak Merdeka yang di kendalikan oleh Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen selaku moderator.

Beliau turut menjadikan Turki sebagai negara contoh apabila rakyat di sana meskipun menggunakan bahasa rumi namun cekap dalam menulis dan membaca jawi.

“Wajar untuk kita contohi rakyat Turki apabila mereka di sana rajin dan berkebolehan dalam pelbagai aspek misalnya dalam kesenian penggunaan bahasa jawi,” katanya

Soalan yang diajukan kepada Perdana Menteri mengenai isu yang mendakwa pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan menjadi pertikaian beberapa ahli DAP untuk dipolitikkan.

https://melakakini.my/pembelajaran-jawi-di-sjkc-wajar-diteruskan-tun-mahathir/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

 

Taukeh Besar Judi & Menteri Besar Terengganu Darul Iman Kini Bertemu

Image may contain: 4 people, people sitting and text

Taukey judi tak taukey judi.. Yang mana untung kami bedal..!

Kah kah kah.