Kesan lawatan Tun Mahathir ke Turki

Dr Mahathir bersalaman dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sempena Lawatan Rasmi beliau ke Turki di Kompleks Presiden baru-baru ini. – Foto Bernama Gambar kecil: Liza

KESAN lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad ke Turki memberi isyarat baharu buat negara-negara di Timur Tengah.

Mana tidaknya, Dr Mahathir dengan bangga menyifatkan lawatannya ke Turki kali ini amat luar biasa dan begitu bermakna kepada Malaysia.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga disambut mesra Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bagaikan ada agenda yang ingin dibincangkan.

Ketika sidang media bersama Presiden itu di Kompleks Istana Presiden, Dr Mahathir mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan mengembalikan kekuatan dan bina semula Tamadun Dunia Islam supaya tidak mudah diperlekehkan oleh sesiapa.

Trio negara ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan Tamadun Dunia Islam yang baharu dilihat mampu tercapai sekali gus membuatkan Amerika Syarikat (AS) panas.

Kesepakatan tiga negara dari Asia Tenggara, Eropah dan Asia Selatan ini juga mampu menangani masalah penduduk di Palestin, Rohingya dan Uighur.

Dr Mahathir menegaskan, sebelum mencapai matlamat itu, kesepakatan tiga negara itu harus diperkasakan melalui pendidikan, pertahanan dan ekonomi sebelum mereformasikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terlebih dahulu.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik gagasan Dr Mahathir itu menyifatkan perikatan tiga negara itu penting dalam menyuarakan pendirian.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, peranan tiga negara ini sangat besar bagi merealisasikan agenda seperti digariskan oleh OIC.

“Bagaimanapun, dengan badan payung OIC yang lemah sekarang, isu sentral seperti Palestin nampaknya tidak dapat diselesaikan.

Namun, adakah pelan mereformasikan OIC ini boleh membuatkan Arab Saudi dan Iran berdamai?

Pada Februari lalu, Presiden Iran, Hassan Rouhani mengesahkan Tehran sedia menjalinkan hubungan erat dengan semua negara di dalam Asia Barat selepas negara itu terbabit perang proksi dengan Arab Saudi.

Segalanya bermula apabila Iran mendakwa Arab Saudi melakukan serangan berterusan terhadap sekutunya di Yemen iaitu Houti sekali gus menafikan tuduhan Arab Saudi bahawa negara itu menghantar bantuan kewangan dan senjata kepada kumpulan yang memusuhi Riyadh di seluruh dunia.

Beliau berkata, demi memelihara keselamatan di Timur Tengah, negaranya bersedia bekerjasama dengan negara serantau untuk memelihara keselamatan di blok itu selepas menegaskan AS dan Israel mempunyai agenda untuk melihat perpecahan dalam kalangan rakyatnya.

Sedia maklum, Iran dan Arab Saudi menyokong pihak yang terbabit dalam perang di Syria dan Yemen dan pada masa sama, Presiden AS, Donald Trump mengalukan tindakan AS menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Iran dan kuasa dunia yang lain dan menarik balik sekatan terhadap Tehran.

Namun menurut Rouhani, cara AS itu tidak akan berjaya dan Iran tidak akan tunduk dengan tekanan AS kerana Tehran mencadangkan ia boleh mengambil tindakan ketenteraan di Teluk untuk menyekat eksport minyak negara lain sebagai balasan terhadap sekatan AS yang bertujuan menghentikan penjualan minyak mentahnya.

Bagi Arab Saudi pula, ketika ini negaranya sedang bersaing dengan Tehran untuk mengembangkan pengaruh di Asia Barat bagi mendapatkan sokongan dalam perang di Syria.

Buat Malaysia, hubungannya dengan Arab Saudi berkembang baik dalam aspek diplomatik, hubungan perdagangan dan pengajian agama malah negara itu mengekalkan kuota haji Malaysia sebanyak 30,200.

Berbalik kepada kehadiran Dr Mahathir di Turki, pemimpin dikagumi dunia itu berulang kali memuji pembangunan di negara tersebut.

Dr Mahathir juga melihat Turki boleh dijadikan landasan untuk Malaysia mengukuhkan hubungan ke Eropah dan sebagai balasan beliau menawarkan Malaysia sebagai pintu masuk utama ke ASEAN.

Faktor geopolitik tidak jadi halangan buat Malaysia kerana negara itu dan Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Turki juga menjaga hubungan dengan Rusia dan China.

Buat Iran, tindakan Rusia dan China merupakan sekutu Malaysia berupaya mengatasi penguasaan AS.

Melihat kepada faktor dan pengaruh itu, Malaysia diyakini mampu mendamaikan pergolakan antara Arab Saudi dan Iran sekali gus usaha mereformasikan OIC akan tercapai.

Jika segalanya lancar, tidak mustahil pelan Malaysia, Turki dan Pakistan untuk melihat Tamadun Islam kembali sebagai kuasa besar digeruni oleh blok AS dan sekutunya akan menjadi kenyataan.

*Liza Hasan ialah Penolong Editor Sinar Harian Online
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/40365/Analisis-Sinar/Kesan-lawatan-Tun-Mahathir-ke-Turki?fbclid=IwAR38AyPAtJhW8Tg-GOP-tIrq712ngZ2qUyXIkjGQTlF5a497u3Aka3gL-Oc
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

Peralihan PM: Mengapa Umno jadi penyibuk? – Nazri Aziz

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa pemimpin Umno tidak mengkhianati kepercayaan rakyat dengan percubaan untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum pilihan raya umum seterusnya.

Nazri berkata demikian ketika laporan media bertumpu mengenai perjumpaan ‘rahsia’ antara Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang yang dikatakan menyatakan sokongan agar perdana menteri kekal sehingga habis penggal.

Jelas Nazri, tidak seharusnya wujud pensejajaran kuasa politik baru dalam cubaan untuk menubuhkan kerajaan lebih awal sebelum PRU ke-15.

Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu juga berkata gabungan parti-parti Melayu saja tidak cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Umno dan BN kini mempunyai 40 kerusi, PAS 18 kerusi dan Bersatu 26 kerusi. Gabungan kesemua kerusi parti ini adalah 84, iaitu hanya 32 kerusi kurang untuk membentuk majoriti mudah.

Bagaimanapun, kumpulan aktivis Otai Reformis membuat perkiraan bahawa sekiranya Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan 15 ahli parlimen PKR lain yang dilihat setia kepada timbalan presiden PKR itu turut terlibat dalam pakatan seumpamanya, selain sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), gabungan parti-parti berkenaan boleh mendapatkan 118 kerusi.

Mengulas perkara itu, Nazri berkata sekiranya kerajaan dibentuk dengan cara itu, ia ibarat mengkhianati rakyat yang mengundi PH pada PRU lalu.

“Rakyat jelas menolak BN dan mahukan PH untuk lima penggal. Jangan mainkan rakyat, dan hormati keputusan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri juga mengingatkan agar pemimpin Umno tidak masuk campur dalam hal PH dan menyifatkan soal peralihan kuasa perdana menteri tidak mempunyai kaitan dengan parti mereka.

“Itu masalah mereka, bukan kita. Kenapa kita jadi penyibuk?” katanya.

Nazri berkata demikian sebagai sebagai mengulas perjumpaan Dr Mahathir dengan pemimpin pembangkang pada 30 Julai di Putrajaya. Dalam perjumpaan itu, ramai pemimpin pembangkang dikatakan menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.

Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan akan menepati janji untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar sebelum habis penggal.

Mengulas lanjut, Nazri berkata dia tidak tahu tentang perjumpaan itu.

Bagaimanapun, kata Nazri, bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein tidak mempunyai kuasa untuk mewakili Umno dalam perjumpaan itu.

Kata Nazri, hanya presiden, timbalan presiden dan naib presiden yang boleh mewakili parti.

Ditanya sama ada dia masih menyokong Anwar sebagai perdana menteri, Nazri berkata sokongan itu berdasarkan perjanjian PH bahawa Anwar akan menggantikan Dr Mahathir.

Ketika PKR dilihat sedang berpecah akibat konflik dalaman antara dua pemimpin tertingginya, Spekulasi timbuk mengatakan Dr Mahathir lebih cenderung memilih Azmin sebagai penggantinya.

https://www.malaysiakini.com/news/486299?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0yHlG6Rq6wg1gcEcgHi-Gxf7eXtfGmaWA1stIpUOM5965i94JmA71Qgl4

Rang Undang-Undang Waqaf dibentang di Parlimen Oktober depan – Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan

Isi kandungan Rang Undang-Undang Waqaf yang bakal dibentangkan itu antaranya ialah bagaimana urusan tadbir urus waqaf dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Foto Malaysian Insight

BANGI – Rang Undang-Undang bagi menambah baik pengurusan waqaf akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, draf bagi Rang Undang-Undang itu juga sudah siap dan hanya menunggu masa untuk di bentang di Dewan Rakyat Oktober depan.

Menurut beliau, isi kandungan Rang Undang-Undang itu antaranya ialah bagaimana urusan tadbir urus waqaf dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

Kita nak pastikan tadbir urus itu bagus dan tidak disalah guna. Duit waqaf itu disimpan macam mana dan boleh guna untuk apa.

“Kita juga nak pastikan macam mana pahala orang yang memberikan waqaf itu akan berkekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengiktirafan Penerima Anugerah Wanita Yang paling Berpengaruh Dalam Perniagaan dan Kewangan Islam Oleh Cambridge International Financial Advisory, United Kingdom dan Majlis Menandatangni Perjanjian antara Kasih Holdings Sdn Bhd dengan Khadijah International Waqf Foundation, Hospital Pusrawi Sdn Bhd dan Majlis Permuafakatan Wakaf Antarabngsa di Hotel Tenera di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis yang dihadirinya Fuziah berkata, majlis tersebut merupakan pengiktirafan kepada beberapa individu wanita yang dipilih untuk menerima anugerah di Dubai kerana memiliki kepakaran dalam tadbir urus kewangan berlandaskan Islam.

Katanya, seramai 300 wanita telah dipilih untuk menerima anugera berkenaan dan 73 daripadanya merupakan rakyat Malaysia.

Tambah beliau, lebih membanggakan lima daripada 10 penerima paling unggul bagi anugerah berkenaan merupakan wanita Malaysia.

“Kita yakin apabila ada kolaborasi yang sebegini ia akan membantu mengembangkan apa-apa usaha kita dalam membangunkan waqaf,” ujarnya. – MalaysiaGazette

http://www.yadim.com.my/v2/rang-undang-undang-waqaf-dibentang-di-parlimen-oktober-depan/?fbclid=IwAR0tvTzNYWVUP6B6y2cvuHj4lwtZsBvCNhUoC949aJRexbXbFw30Co2OdIA

Oner Lori Susu Terbalik Mohon Umat Islam Kelantan Kembalikan Susu Yang Telah Diambil

Image may contain: text

Sapo² hok ambik tu gi atar la.. Jangey duk ikut iblis hok gemuk² di klatey tu.. Apo namo orey ni.. Cino DAP pun tak dok perangai lagu ni.. Yang jadi lapar barey orey tu bakpo eh..?

Ha ha..

Tun Menyampaikan Mesej Islam Dengan Penuh Hikmah Kepada Presiden Ronald Reagan

Image may contain: 3 people, people standing and suit

Catatan arwah Tan sri Sanusi Junid..

Waktu melawat USA beliau telah makan tengahari di White House bersama Presiden Ronald Reagan. Saya, sebagai menteri pengiring dalam lawatannya itu, berada di sisinya, berdepan dengan Ronald Reagan di meja makan.

Ronald Reagan telah bertanya ‘Kenapa Umat Islam suka berperang.’

Tun menjawab ‘Adalah tidak benar Umat Islam suka berperang kerana majoriti Umat Islam berada di Tenggara Asia, di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan mereka tidak berperang. Di Bangladesh dan Pakistan juga mereka tidak berperang, malahan di India paling ramai Umat Islam yang hidup damai tanpa perang.’

‘Kalau begitu yang berperang itu ialah Arab dan mereka yang di Timur Tengah?’ tanya Ronald Reagan.

Tun menjawab ‘Bukan semua, kerana di Morocco dan Mesir tiada peperangan, yang ada peperangan ialah di beberapa negara sahaja dan itu tiada kaitan dengan Islam.’

Lantas Ronald Reagan bertanya ‘Kenapa mereka itu berperang?’

Tun Mahathir menjawab ‘Kerana Amerika Syarikat dan Russia jual senjata pada mereka, maka senjata itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain kecuali berperanglah.’

‘Jadi kami yang salah?’ tanya Reagan.

‘Saya tak kata begitu, tetapi kira-kira begitulah.’ Tun Dr. Mahathir mengeluh.

Mereka berdua pun ketawa.

Bukti Najib Bertindak Amat Zalim Ke Atas Tun Dr. Mahathir Muhammad

1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN11 tindakan zalim najib

Throwback what Najib did to TUN M last time

1. Tidak disediakan kerusi, surat jemputan kerajaan kepada Tun M dan Tun Hasmah ditarik balik ketika angkat sumpah YDP Agong ke 15.

2. Pengiring polis bermotorsikal ditarik balik

3. Unit Tindak Khas (UTK) dan bodyguard dikurangkan seminima mungkin

4. Sewaan Pejabat Bekas Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan, pekerja am juga dipanggil balik

5. Gambar Tun M di Bangunan UMNO dihilangkan

6. Gambar KLCC dalam poster BN / TV3 dihilangkan

7. Pembantu Rumah dan tukang masak ditamatkan kontrak

8. Pesawat yang akan bawa Tun M dan rombongan disabotaj

Weh kalau nak list lagi banyak dan lagi kejam apa yang Najib dan sekutu buat kat Tun M.

Kita semua saksi semua ni berlaku, saya nampak dan rasai sama sama masa dulu.

Nak list orang sekeliling Tun M apa kena.

Siapa yang baik dengan Tun M kena apa?

Tun M sedikit pun tak berdendam, Najib siap dapat escort sekarang.

Ada ke ditarik?

Dia siap mintak rumah kerajaan untuk dia letak barang2 dia.

Tun M siap bagi lagi.

Utk bodyguard semua ada.

Tukang masak.

Even muka Najib kat mana mana pun ada lagi.

Kalau korang nak tahu Rosmah tu react macam dia masih bini PM tau.

Ke sana kesini ada butler sendiri.

Bawakkan payung.

Tun Hasmah takde pun macam tu.

Berjalan pun sorang diri bersama sorang bodyguard.

Korang apa tau?

Kejam ke Tun M ni?

Isu kerusi tu?

Kerusi tu ada je, dia je tak nak datang.

Mengada ngada.

Nak layan macam dia tu PM pulak, banyak cantik muka dia

MELAYU NI MEMANG MUDAH LUPA

Lim Kit Siang yang sepatutnya keluar dari Malaysia, bukannya pendakwah bebas antarabangsa Dr Zakir Naik, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Lim Kit Siang yang sepatutnya keluar dari Malaysia, bukannya pendakwah bebas antarabangsa Dr Zakir Naik, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

“Jika ada pun yang perlu keluar dari Malaysia, orang itu ialah Lim Kit Siang yang gagal memahami Perlembagaan Persekutuan dan bukannya Dr Zakir Naik.

“Malaysia lebih beruntung jika orang seperti ini tiada di bumi Malaysia,” kata ahli parlimen Pasir Mas.

Ahmad Fadhli berkata demikian setelah veteran DAP itu mengeluarkan kenyataan menyokong saranan penulis Anas Zubedy supaya Zakir meninggalkan negara ini secara sukarela.

Ahmad Fadhli mempertahankan kaedah ceramah Zakir yang menurutnya tidak memaksa orang lain menerima pandangannya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyifatkan kedudukan pendakwah tersohor dunia Zakir ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa.

https://www.malaysiakini.com/news/486251?fbclid=IwAR06H9hLKL146IXWalM3MTb3trOXD5RtX9MO2u5wdJe7JZlQ03kPfjW3F1Y

“Malaysia lebih beruntung jika orang seperti ini tiada di bumi Malaysia,” kata ahli parlimen Pasir Mas.