Hadi Pemecah Belah Umat Islam Di Malaysia ?

1 HADI RASUAH1 LAFAZ ZIKIR TERBAIK PILIHAN HADI1 HADI BOHONG

KENAPA ORANG-ORANG MELAYU YANG MENYOKONG PAKATAN HARAPAN TIDAK SUKA KEPADA TGHH SELAKU PRESIDEN PAS?

BOLEH berikan sebab-sebabnya kenapa anti-TGHH itu dari perspektif ISLAM?

Silakan…

Hang lambong soklan baguih bro!
Meh aku nk jawab!

1. Masa dalam PR dulu, Hadi tidak mampu menyumbang kekuatan kepada PR mencapai cita-cita menumbangkan UMNO dan BN. Lainlah jika PAS hanya ingin pahala di akhirat dan lebih merelakan negara ini digenggam oleh UMNO dan BN selama-lamanya.

2. Hadi bertanggungjawab membunuh PR akibat ego dan kesombongan yg keterlaluannya. Hadi tu cukup sombong wahai walauns sakalian. Jgn hangpa tak tau!

3. Hadi kuat berbohong. Dgn Yusuf al-Qaradhawi pun dia nak kapurrr! Terlalu banyak pembohongan yang keluar dari mulut seorang yang bernama Hj Hadi, seorang yang diakui sebagai Tok Alim. Malah ada yang mengangkatnya sebagai Tok Wali yang mempunyai karamah…

Apa-apalah yang korang mahu ‘ampu’ mengenainya. Cuma nak ajak korang sama-sama fikirkan apakah senarai penipuan Hj Hadi yang dipaparkan di sini ada kebenarannya atau semata-mata fitnah. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sekelumit sahaja yg mampu diutarakan.

a) Hj Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram.

Sampai sekarang Hj. Hadi tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.

Menurut Ustaz Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:
Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh orang-orang tertentu. Kan ke Hj. Hadi Berbohong tu?

b) Hj Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi ADUN PKR untuk bentuk kerajaan PAS-UMNO di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawatan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Siapa bohong? Hj Hadi atau Malaysian Insider? Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?

c) Dato Husam juga turut mencabar Hj Hadi mengenai isu ini tapi Hj Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP.

d) Hj Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bila mana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor.

e) Hj Hadi mengatakan bahawa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata, “Ini bukan datang daripada PAS tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari PAS.” Terbukti, Hj Hadi berbohong… (Hangpa carilah siapa dia yg dimaksudkan oleh Nik Aziz tu kalo hangpa cekap)?

f) Hj Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya.

g) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU-13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli Parlimen.

h) Dalam amanatnya, dia berkata, “Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka….”

Tetapi kini dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Apa hukumnya Hj Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah? Walauns boleh jwb sendiri.

j) Hj Hadi pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.

k) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri. Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hj Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan.

Adakah bila seseorang itu masuk PAS, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar PAS, maka orang itu jadi penghkianat! Kalo masuk PAS tak boleh keluaq? Baru sama macam masuk kongsi gelap, kalo keluarq, tahulah apa nk jadi…do or die! KahKahkah

Ternyata Hj Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan PAS Fasal 15 jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli PAS iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.

m) Hj Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda, komunis bagai. Tetapi Hj Hadi terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah berunsur fitnah.

n) Hj Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hj Hadi sendiri yang berkhianat untuk meng’UG’kan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu!

Selangor hampir ‘kembali’ semula kepangkuan UMNO jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hj Hadi adalah pengkhianat yang sebenarnya.

p) Hj Hadi kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Wakil Rakyat di Parlimen.

q) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan UMNO umpama memikul biawak hidup!

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita… Lebih baik kita bersendirian…” kata Hj Hadi.

Tapi dia kini semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi Penasihat pula! Hj Hadi pelawak besar!

r) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan UMNO secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.

s) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hj Hadi membuat pengakuan “PAS kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan UMNO.” Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!

Hj Hadi yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan “Muktamar mesti terima tanpa bahas” usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk “putuskan hubungan dgn DAP.”

t) Hj Hadi kata, “Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU-13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.”

Hj Hadi berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hj Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada UMNO akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

u) TPPA dimulakan oleh UMNO dan bukan DAP tetapi Hj Hadi berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hj Hadi tidak mengecam UMNO tetapi sebaliknya mengecam DAP?

v) Ketika kempen pemilihan, Ustaz Ahmad Awang mencabar Hj Hadi sebagai Presiden parti. Hj Hadi telah memfitnah Ustaz Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :
“Dua-dua ada ulama’; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada PAS pilih samada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia atau pun kita sendiri.

w) Hj Hadi telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di Parlimen itu adalah hudud. Hj Hadi dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.

Ternyata Hj Hadi berbohong ketika dia berkata, “Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di Parlimen sebelum 9 April 2015!”
Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda Akta 355.

x) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti ‘Ikatan’, Hj Hadi mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, “Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan Hudud… KAHKAHKAH…

y) Hj Hadi kata dia mahukan UMNO dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud. Adakah UMNO akan tumbang dengan serangan Hj Hadi terhadap Amanah dan DAP? Ternyata Hj Hadi hanya berbohong nak tumbangkan UMNO/BN kerana dia tetap mempertahan Najib dan tidak menyerang UMNO sebagaimana dia lakukan ke atas Amanah dan DAP.

z) Hj Hadi menuduh Amanah sebagai mengikut telunjuk DAP tanpa menunjukan sebarang bukti mengenainya. Hj Hadi adalah berbohong kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam UMNO kerana mengambil aleh kerja-kerja UMNO menyerang Amanah dan DAP.

aa) Hj Hadi berbohong dan memperbodohkan orang kampung dengan menuduh Amanah bersekongkol dengan DAP membantah pembentangan usul RUU 355 di Parlimen. Hj Hadi tuduh Amanah dan DAP mahu menghalang perlaksanaan syariat Islam.

Walhal yang sebenarnya DAP dan Amanah cuma tanya speaker kenapa usul itu didahulukan, bukannya menghalang pelaksanaannya.

Usul itu pula bukan dibentang untuk dibahaskan. Hj Hadi sendiri yang minta supaya pembentangannya ditangguhkan ke lain masa. 3 kali dah tangguh! Kahkahkah…

Akhir…
Setelah melihat siri pembohongan Hj Hadi di atas itu, apakah layak dia dianggap sebagai seorang ulama? Layakkah Hj Hadi terus memimpin sebuah gerakan harakah Islamiyah?

Jawapan itu hanya ada pada diri walauns sakalian. Buktikan apa yang didedahkan di atas adalah fitnah. Jangan jadikan diri kalian terus diselubungi oleh penipuan daripada melihat kebenaran yang nyata di depan mata. Jangan taksub membabi buta. Maka fikir-fikirlah bersama.

Extra sikit

1. Dahulu, orang orang UMNO sangat benci dengan Haji Hadi Awang, meski pun bukan seorang Presiden PAS.

2. Pihak UMNOlah mula-mula tanam rasa benci terhadap Haji Hadi Awang ini.

3. Dikatakan, Hadi Awang telah mengkafir UMNO menerusi amanat konon yang dibuat berdasarkan kata-kata dalam ceramah di Kampung Banggol Peradung, Manir Kuala Terengganu lama dahulu.

4. PAS kata UMNO kafir. Kata-kata itu tersebar secara meluas dari mulut ke mulut rakyat jelata di seluruh pelusuk negara.

Inilah sebagai punca Hadi Awang mula-mula dibenci. Dan bermula agenda berkala agar Presiden PAS itu jatuh dan berundur menerusi di serangan empat penjuru.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang UMNOlah yang mula-mula benci dengan Haji Hadi Awang. C&P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s