‘Saya pernah diserang ketika tegur skandal 1MDB’ – Khaled Nordin

'Saya pernah diserang ketika tegur skandal 1MDB' - Khaled Nordin

Mohamed Khaled Nordin berhubung kisah benar yang dilaluinya apabila bertindak menegur presiden parti ketika itu.

1 HADI RASUAH

PASIR GUDANG: “Saya pernah diserang oleh orang-orang presiden termasuk ada yang dalam Bahagian Pasir Gudang selepas menegur Presiden UMNO tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB),”.

Demikian pendedahan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung kisah benar yang dilaluinya apabila bertindak menegur presiden parti ketika itu.

Turut terpalit, jelasnya salah seorang ahli Wanita bahagian yang diberhentikan kerja selepas menghantar memorandum kepada presiden parti sewaktu lawatan beliau ke Pasir Gudang pada tahun 2015.

“Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila presiden datang ke Pasir Gudang saya dengan jelas mengingatkan presiden bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

“Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk ada dalam bahagian Pasir Gudang.

“Akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur presiden sebaliknya mendukung saja beliau,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansara Seri Alam di sini pada Sabtu.

Beliau mengakui, perkara itu juga antara faktor kekalahan teruk UMNO apabila mengutamakan presiden dan bukannya mementingkan kepentingan parti.

Ahli parti takut untuk berkata benar kepada presiden dan beliau (presiden) pula tidak mahu mendengar kebenaran.

Manakala presiden pula jelasnya, menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli termasuk segala konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled mahu seluruh jentera parti itu melunaskan tanggungjawab, menebus kesalahan dan membangunkan semula UMNO.

Katanya, tuntutan membangunkan semula, merawat, memulihkan wibawa UMNO, bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan.

http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-pernah-diserang-ketika-tegur-skandal-1mdb-khaled-nordin-179276#.XSj_JZYzFjE.facebook

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s