Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Amanat Hadi Bermula 7 April 1981 , Kenapa Kerajaan Malaysia Tidak Ambil Tindakan Terhadap Haji Hadi Sampai Sekarang ?

Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PASsekitar tahun itu.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985[1].

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

 

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

 

Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, Ustaz Abdul Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin pelapis parti PAS yang akan menerajui pucuk pimpinan PAS satu hari nanti[2]. Ucapan ini selaras dengan buku yang ditulis oleh Said Hawa, antaranya berjudul Jundullah Tsaqafatan wa Ahlaqan[3].

Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam[4]. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara Hadi dan Majlis Fatwa[5].

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS (yang diterajui oleh Hadi) dan DAP yang majoritinya masyarakat Cina dan bukan Islam; serta Parti Keadilan Rakyat bersama-sama mendirikan kerajaan di Perak dan Selangor setelah pakatan mereka berjaya menafikan majoriti mudah Barisan Nasional[6].

Polis Abdul Rahim mendakwa bahawa Amanat Haji Hadi ini merupakan salah satu punca umat Islam di Malaysia berpecah kerana ia telah menyemarak api kafir mengkafir.[7]. Menurut Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, istilah kafir mengkafirkan umat Islam di Malaysia sepatutnya tidak berlaku kerana dalam Islam, istilah Kafir boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kafir yang tidak layak diperangi kerana mereka melakukan perjanjian (kontrak sosial) dengan pemerintah (kafir Mu’ahadahZimmi, dan Musta’man) dan kafir yang layak diperangi kerana mereka mengkhianati perjanjian dan merosakkan Islam (Kafir Harbi).[8].

https://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi

Related image

Image result for peristiwa memali

Jenazah mereka yang terkorban. Imej dari bicara.news.

MATI KERANA MENENTANG UMNO DAN DEMI AMANAT HAJI HADI

Image result for peristiwa memali

Related image

Related image

Peristiwa berdarah di Memali, dua versi cerita yang sangat berbeza

KINI HADI BERGEMBIRA BERSAMA UMNO

1 LAWAK1 B PERKAUMAN1 Penipu1 TH22 UMNOPAS24 UMNOPAS

1 HADI FAKIR1 RM9O JUTA

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: