SPRM: Senarai baru saman lucut hak 1MDB dua minggu lagi – Tahniah SPRM

Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan dikeluarkan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya memerlukan masa untuk membuat penelitian lanjut mengenai saksi, lokasi aset dan pelbagai aspek lain memandangkan senarai responden itu terlalu panjang.

“Kami perlu tengok balik dan menyenarai pendek dahulu nama-nama yang kami ada ini sebab ada banyak perkara perlu dibincang dengan pegawai penyiasat dan pihak peguam negara. Yang mana boleh diambil tindakan undang-undang, kami akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 23 Bil 1/2018 dan Kursus Peralihan (Pengurusan dan Profesional) Siri 4/2019, di Banting hari ini.

Iklan

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan anggaran jumlah individu dan entiti yang bakal menerima saman itu, namun menyarankan mana-mana pihak yang pernah menerima dana berkenaan supaya memulangkannya semula.

“Sebenarnya, mereka sendiri tahu yang mereka ada terima wang (dana 1MDB) kerana ia diberi dalam bentuk cek, bukan secara tunai.

“Nasihat saya, eloklah mereka pulangkan semula (dana 1MDB) sebab tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” katanya.

Semalam, Azam dilapor berkata lebih banyak lagi saman itu akan dikeluarkan susulan suruhanjaya berkenaan telah memfail saman terhadap 41 individu dan entiti pada minggu lepas bagi mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/481422?fbclid=IwAR0wdtbBFk9ujEmBLtMrZarjiDdtUjq5T4Ts5tDflXKXKXue2q2yT1gMeBM

ULAMAK DEDAK UMNO SEMALAYSIA

Image may contain: 17 people, people smiling

Image may contain: text

SAMAN FITNAH: PAS KALAH 6 – 0 DENGAN AMANAH

Berikut kes dan insiden pemimpin dan ahli PAS yang kalah saman Fitnah dengan AMANAH sejak 2017:

1. 10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200k terhadap DS Nizar.

2. 26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah.

3. 7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima Dana UMNO

4. 25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200k terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

5. 25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman.

6. 26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat.

P/s Admin : Sejak PAS berkawan dgn Umnok , fitnah dan PAS berpisah tiada 🤣😂

-Admin TokJat

Tajuddin: Saya dah lama curiga pada 1MDB, Jho Low

Anggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengakui yang beliau telah lama menyimpan rasa curiga terhadap 1MDB sejak dua tahun lalu, lebih-lebih lagi terhadap Jho Low.mengambil tindakan kepada pengurusan 1MDB dan juga lembaga pengarahnya setelah mendapati banyak transaksi 1MDB tidak mengikut peraturan.

“Saya masih ingat kata-kata saya ketika itu, kalau tunggu lama-lama nanti kita akan kehilangan kepercayaan di kalangan rakyat. Rakyat tak boleh tunggu, mereka mahu tindakan diambil.

“[…]Dia senyap (ketika itu). Jadi saya sebagai seorang anggota parti dan satu pasukan, peranan kita menyuarakan, memberi pendapat, menegur.

“[…] Malah ketika Arul Kanda cuba menjelaskan kepada ahli majlis tertinggi seolah-olah tidak ada apa-apa yang tak betul berlaku, saya persoalkan bayaran beratus juta yang dibuat kepada syarikat Aabar Investment yang dikatakan anak syarikat IPIC itu,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Imej Umno tercalar

Tambahnya lagi, bagi memulihkan imej Umno yang telah tercalar berikutan skandal itu, tindakan harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Kita bukan sahaja mahu Umno bangkit semula, kita juga mesti tangkap dia (Jho Low). Pihak berkuasa dan kerajaan harus berusaha sehabis baik untuk mengesan dan membawa dia balik,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Najib telah menjelaskan tentang laporan media dengan judul “Jho Low menipu saya” atau “Kita telah ditipu oleh Jho Low” susulan salah satu soalan tentang 1MDB dalam temu bual dengan akhbar Sinar Harian.


BACAMungkin kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib


Katanya, pembaca mungkin mendapat persepsi yang salah apabila hanya membaca tajuk sahaja.

“Isu 1MDB memang kompleks tetapi mereka yang mengkaji ataupun berpengetahuan dengan lebih mendalam pasti faham bahawa setiap aliran wang dari 1MDB yang didakwa hilang ialah selepas wang itu dipindahkan kepada ataupun dijamin oleh pihak Aabar dan pemiliknya, IPIC.

“ […] Mereka yang mengikuti perkembangan 1MDB juga tahu bahawa Jho Low didapati telah berpakat dengan pengurus atasan syarikat IPIC dan Abu Dhabi serta bank pelaburan Goldman Sachs untuk menyalurkan sebahagian dana yang telah dipindah oleh 1MDB kepada Aabar dan IPIC kemudiannya kepada beliau,” katanya lagi.

Justeru beliau menegaskan sesuatu jawapan itu perlu dibaca atau ditonton pada konteks keseluruhan dan bukan secara berpilih.

https://m.malaysiakini.com/news/453004?fbclid=IwAR3Q2bzLEtrqkAG0nlA1l6oyNtDgaN4fDKXQ4BvwRKsrmAzjkv3dRvZtbeM#.XRRYdjmjhqw.facebook

 

ZAHID 2017 BEBAS RASUAH – ZAHID 2019 JUARA KES RASUAH

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and text

Zahid ikrar bebas rasuah sambil tayang gari rantai anjing kpd perasuah pada 2017 – Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB

PUTRAJAYA: Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi today declared that he, along with the home ministry which he heads, were free of corruption.

“I, the home ministry and the agencies under it are corruption-free,” he said after taking the Corruption-Free Pledge (IBR) with immigration director-general Mustafar Ali here today.

The pledge was initiated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Zahid said that adopting a corruption-free stand was not easy but those with high morals must lead the way. – FMT

 — at Taif Mountains.

PAS PARTI RAJA FITNAH SEMALAYSIA

Image may contain: text

SAMAN FITNAH: PAS KALAH 6 – 0 DENGAN AMANAH

Berikut kes dan insiden pemimpin dan ahli PAS yang kalah saman Fitnah dengan AMANAH sejak 2017:

1. 10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200k terhadap DS Nizar.

2. 26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah.

3. 7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima Dana UMNO

4. 25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200k terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

5. 25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman.

6. 26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat.

P/s Admin : Sejak PAS berkawan dgn Umnok , fitnah dan PAS berpisah tiada

-Admin TokJat