Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin Menyerah Kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Untuk Menyiasat Umno.

Image may contain: 1 person, text

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa beliau tidak akan masuk campur berhubung laporan terhadap Umno yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya tentang laporan yang dibuat Pemuda PH susulan dakwaan yang mengatakan Umno menerima dana berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan.

“Kita serahkan kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk menentukan kesan isu itu, jika benar, kepada sesebuah organisasi seperti parti politik.

“Perkara sedikit di luar skop tugas saya, kerana ada ROS yang akan menjalankan siasatan.

“Apa yang penting, perlu ada alasan yang kukuh tentang apa yang diketengahkan pihak tertentu,” kata Muhyiddin kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s