Tun M Di Persidangan Asean Ke 34 Tahun

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, suit and glasses

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and suit

SANG KERDIL PEMBAWA RISALAH

25 Jun 2019

Saya sangat percaya, bahawa Tuhan meminta kita menjaga dan mengutamakan kepentingan masyarakat, orang ramai dan negara berbanding kepentingan individu atau kelompok.

Tuhan meminta kita menjaga dan mempertahankan kefahaman betul terhadap Tuhan itu sendiri, dengan menjaga nyawa setiap insan (antaranya memerangi jenayah dan memelihara keselamatan manusia di jalanraya); menjaga perkembangan dan pertumbuhan akal; tidak merosakkan keturunan dan maruahnya; serta menjaga harta dan pengagihannya.

Idea dan perlaksanaan prinsip ini sedang giat kita tanam, kembangkan dan sebarkan dalam kerajaan baharu di Malaysia ini.

Kita sama-sama berubah daripada kerajaan kleptokrasi menuju kerajaan bersih. Kita kini sibuk menambah kekayaan untuk kepentingan rakyat dan negara; bukan untuk mana-mana individu tertentu.

Saya dan beberapa pimpinan negara, pegawai-pegawai kerajan dan ahli-ahli perniagaan Malayisa, baru sahaja kembali dari ASEAN SUMMIT Ke 34, di Bangkok.

Selaku anggota ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA), saya dan YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin Ahli Parlimen Masjid Tanah (yang telah selamat meninggalkan UMNO), mewakili Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.

Banyak yang kami bincangkan sama ada dalam acara Interface AIPA, secara tersendiri atau bersama ketua-ketua Negara ASEAN. Ada tujuh noktah penting, saya ingin simpulkan yang saya fikir kita perlu perjuangkan bersama:

1. Selaku ketua deligasi MP Malaysia, saya menyebutkan semangat kita adalah semangat warga ASEAN, walaupun kita mewakili 10 negara berbeza. Di dalamnya pula ada pelbagai suku ruas, bangsa, kaum, keturunan, bahasa dan anutan agama.

2. YB Hajah Ermi pula menegaskan kita perlu bersama menjaga kepentingan “grassroots” dalam pelbagai sektor yang terbuka luas.

3. Kami di ASEAN menekankan kepentingan keamanan sejagat, menolak sebarang tindakan kekerasan, jenayah dan keganasan.

4. ASEAN akan sentiasa menyuburkan peluang perniagaan bermula skala kecil yang tidak melibatkan risiko besar sehinggalah peluang-peluang besar yang terbentang luas. ASEAN adalah salah satu lubuk kekakayaan sepanjang sejarah.

5. Hak, peranan dan peluang wanita tidak mungkin diabaikan sebagaimana yang pernah terjadi satu ketika dahulu.

6. Memastikan kesuburan proses demokrasi terus berjalan di setiap negara, walaupun kita sesama perwakilan menyedari berlaku kepincangan tertentu di satu dua tempat kalangan negara ahli. Tetapi, mesejnya berjalan dan sampai dengan penuh sopan.

7. Tiada negara ASEAN dan anggota rakyatnya yang terabai, tertinggal dan ternafi dalam mengharungi badai besar di hadapan sana.

Sementara itu, saya sengaja mengekalkan songkok hitam di kepala dan mereka yang bertudung kekal dengan tudungnya. Kami disediakan dengan makanan halal dan kami pula berada dalam keadaan menghormati perbezaan adat, kepercayaan dan anutan agama orang lain.

Sebelum makan sebagai contoh, saya membaca Bismillah (Basmalah) dan berdoa. Saya melihat dan memerhatikan pimpinan negara lain dari kalangan penganut agama Buddha dan Kristian, juga memulakan jamuan makan dengan cara mereka yang tersendiri.

Kami tidak dihidangkan dengan minuman keras dan pelayan tidak perlu bertanya pula kerana urusetia yang cekap; telah mengambil maklum lebih awal perihal kami. Kami memberi senyuman kepada sesiap sahaja sambil menikmati hidangan yang diiringi dengan musik yang sangat sopan.

Saya selaku insan kerdil, pembawa risalah perjuangan menyaksikan dengan mata dan pandangan hati, bahawa Panji-Panji dan Bendera setiap 10 anggota negara ASEAN berkibar bebas di Bangkok dengan keindahan luar biasa.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat

Naib Presiden
Parti AMANAH Negara

Najib Membawa Bahaya Kepada Suboh & Keluarga

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Suboh yang berusia 68 tahun memberitahu mahkamah, pada minggu ke-7 perbicaraan, beliau sangat takut selepas berita skandal itu terbongkar sehingga mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Bangkok, Thailand bersama isterinya.

“Saya takut dengan apa yang berlaku dan juga Najib, yang berkuasa sebagai perdana menteri pada waktu itu. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga saya,” kata Suboh.

BERAPA RAMAI yang mati misteri dlm kes berprofil tinggi ketika Najib berkuasa dahulu ??! Senaraikan…

Pas Meroyan Sehingga Akhir Hayat

Image may contain: one or more people, people sitting and text

Sejarah Tahalluf Siyasi/kerjasama politik parti lebaipas dgn parti lain (tak menang pun; penat dah jadi PEMBANGKANG ajer)

Tubuh pada 24 November 1951.

1. 1959 – bersama Parti Negara
2. 1974 – 1977 Bersama Perikatan/BN
3. 1986 – bersama CCC
4. 1990 – 1995 – bersama S46, Berjasa dan Hamim dalam APU
5. 1999 – 2004 bersama PKN/PKR dan DAP dalam BA
6. 2004 – bersama PKR dalam BA tanpa DAP ( Pas + PKR dan PKR + DAP = BA)
7. 2008 – 2013 – bersama PKR dan DAP dalam PR
8. 2015 – 2018 – bersama PKR dan Dap di Selangor dan PKR di Kelantan ( meneruskan sisa sisa PR)
9. 2015 – bersama IKATAN dalam Gagasan Sejahtera
10. 2019 – bersama UMNO tapi tidak bersama BN (setakat ini)

68 thn MEMBANGKANG, mau tak meroyan

Takdir…..

Rosmah Enggan Hadir Ke Mahkamah

Rosmah, 68 tahun, didakwa pertuduhan 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 & 𝘂𝗯𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗠13.5 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.

Bila diminta hadir ke mahkamah pada pengurusan kes jenayah yang dihadapinya, kenapa takut sgt nak hadirkan diri ke mahkamah ??!

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNGLAH !!

 

Mahkamah menolak permohonan Rosmah Mansor supaya dibenarkan untuk tidak menghadiri pengurusan kes jenayah pada 24 Julai depan.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya dibenarkan untuk tidak menghadiri pengurusan kes jenayah yang dihadapinya pada 24 Julai depan.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas peguam bela Datuk Akberdin Abdul Kadir memohon mahkamah memberi pengecualian itu kepada anak guamnya yang didakwa atas tuduhan rasuah projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak, tiga tahun lalu.

Azura berkata, mahkamah memerlukan kehadiran Rosmah kerana ia membabitkan pemindahan kes (Rosmah) ke peringkat Mahkamah Tinggi.

“Pertimbangan boleh diberi sekiranya permohonan untuk pengurusan kes bagi pertukaran dokumen antara peguam, tetapi bukan pemindahan kes,” katanya.

Terdahulu, Akberdin berkata, pihaknya memohon pengecualian itu berikutan pengurusan kes hanya perkara membabitkan formaliti.

“Pengurusan kes itu hanya soal formaliti. Tarikh itu hanya untuk keputusan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi. Ini soal formaliti dalaman,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri memberitahu mahkamah, permohonan pemindahan kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Jumaat ini.

Azura turut memerintahkan kedua-dua pihak memaklumkan lebih lanjut berhubung permohonan itu di mahkamahnya.

Pada 10 April lalu, Rosmah, 68, didakwa satu lagi pertuduhan rasuah membabitkan projek itu.

Beliau didakwa menerima RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Bagaimanapun, Rosmah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

https://www.bharian.com.my/…/mahkamah-tolak-permohonan-rosm…

90 Kes Rasuah Melibatkan Zahid – Wira Kesayangan Umnopas

Image may contain: 2 people, text

Ini lah Tokoh Penyangak Tersohor yang berjaya dilahirkan oleh parti Umno ” Pembela Bangsa Melayu ” ??

.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi 40 tuduhan rasuah melibatkan sistem visa asing (VLN) apabila dia dibawa ke mahkamah minggu ini.

Dengan caj baharu ini, bekas timbalan perdana menteri akan mempunyai hampir 90 kes terhadapnya.

Dia sudah menghadapi 47 tuduhan pecah amanah dan kes pengubahan wang haram.

Pada hari Rabu (26 Jun), Zahid akan menghadapi tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Difahamkan bahawa pada hari Khamis (27 Jun), Zahid, yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, akan menghadapi baki 33 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Sumber berkata beliau akan menghadapi 33 pertuduhan di bawah Seksyen (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana dia dituduh melakukan sogokan.

Baki tujuh lagi caj adalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan rasuah.

“Ya, kami akan membawanya ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan rasuah,” kata sumber kepada The Star Isnin (24 Jun).

Menurut laporan terdahulu, bekas timbalan perdana menteri telah dipanggil oleh penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan melibatkan sebuah syarikat swasta yang berurusan dengan membawa pelancong China ke Malaysia.

Dia dilihat memasuki ibu pejabat SPRM pada jam 9.30 pagi Isnin dan ditinggalkan kira-kira pukul 12.30 malam.

Tun Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara- Fitnah Jahat Hamizura Osman

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Dulu dalam UMNO, Kakak dia bukan main…bila lompat pi PPBM amboii dia main, bila tak dapat jawatan di PERAK aiiii bukan main lagi….Sekarang ke PARTI PUTRA, kalau tak terpilih CONFIRM lompat pergi parti ubi…

PAS dan UMNO jgn perasan nak ambik dia jadi ketua hang, sebab dia tak hingin dengan parti anda…

#RF8

Latheefa angkat sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Latheefa Beebi Koya (kiri) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Latheefa Beebi Koya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.

Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ke-14, untuk tempoh kontrak dua tahun, mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Latheefa, 46, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London merupakan bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty dan bekas anggota jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut hadir menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577836/latheefa-angkat-sumpah-ketua-pesuruhjaya-sprm?fbclid=IwAR3d4TV-B7SwKyYwJi-iGTbtgrvLvK5aytlaE1qT9r0GCslvADqt3ut9_Yk