Pakatan Harapan Semakin Maju

Image may contain: 1 person, smiling

‘Umno terima RM212j dana berkait 1MDB’ : Bersatu akan adu pada ROS

Pemuda Bersatu (Armada) akan memfailkan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap Umno kerana menerima RM212 juta daripada dana berkait 1MDB.

Hal ini ketika desas-desus mengatakan saman pelucutan hak SPRM untuk menyita RM212 juta daripada Umno sebagai rancangan untuk membubarkan parti tersebut.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata aduan berkenaan dilakukan supaya tindakan tegas boleh diambil terhadap Umno.

“Jika dahulu, parti Bersatu terpaksa dibubarkan oleh ROS pada saat akhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kerana isu teknikal.

“Malah, Bersatu sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan nama dan logo parti untuk bertanding dalam PRU14.

“Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang (​rule of law), ROS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada Umno yang menerima wang haram RM212 Juta yang juga telah diperakui oleh SPRM.

“Tindakan parti Umno menyalah guna wang milik 1MDB ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang yang tegas dan keras,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]

Pengambilalihan 4 Lebuhraya Bertol

No photo description available.

PENGARAH Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde Memuji Perkembangan Ekonomi Negara Malaysia.

PENGARAH Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, pada sidang media sempena lawatannya ke Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini. Hadir sama, Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. – Foto AFP

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde kagum dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan berharap ekonomi negara ini terus berkembang kukuh.

Beliau yang dalam lawatan rasmi ke Malaysia bermula semalam itu juga memuji langkah kerajaan dalam menangani rasuah dan memantapkan tadbir urus serta berharap lebih banyak pencapaian dicapai Malaysia pada masa depan dalam menangani rasuah.

“Kami gembira melihat Bajet 2019 (Malaysia) kembali semula kepada disiplin fiskal dalam usaha memastikan negara membina semula penampan dalam berdepan cabaran mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatannya ke Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.Hadir sama, Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Mengenai tinjauan ekonomi Malaysia bagi 2019, Lagarde berkata, pihaknya mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sederhana 4.5 peratus berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beliau berkata, Malaysia sebagai ekonomi terbuka dan termasuk dalam rantaian bekalan global akan turut menerima tempias kesan perang perdagangan itu.

Dalam lawatan rasmi ke Malaysia itu, Lagarde akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir, Lagarde berkata, beliau akan berkongsi pandangan IMF mengenai dasar fiskal dan monetari.

Selain itu, beliau juga akan bertukar pandangan dengan Perdana Menteri berkenaan usaha Malaysia dalam menangani rasuah dan agenda tadbir urus.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/577499/imf-kagum-perkembangan-ekonomi-msia?fbclid=IwAR1XDepD3A0PIj2tbwUPMYR94GvazmmIGIBqPN1o9WM0_3ZEiP6rLvNJXdw

Kerajaan dijangka teruskan proses ambil alih tol lain

BUTTERWORTH: Kerajaan dijangka mengambil alih konsesi lebuh raya lain sekiranya pengambilalihan empat lebuh raya yang diumumkan semalam berjalan lancar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pengambilalihan empat lebuh raya terbabit akan menjadi perintis dalam usaha membantu meringankan beban rakyat menerusi pengurangan kadar tol pada waktu tertentu.

“Ini ujian perintis. Pada waktu bukan puncak, kita akan bagi secara percuma tetapi pada waktu puncak, pengguna hanya perlu bayar caj kesesakan iaitu kadar tol sedia ada.

“Jadi, ini suatu penambahbaikan yang amat ketara berbanding dulu. Kelebihannya, apabila kita beli konsesi ini, ia akan dibiayai oleh kadar tol yang dikutip,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan akan mengambilalih empat lebuh raya utama, membabitkan nilai RM6.2 bilion sebagai langkah pertama untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya dan menzahirkan janji Pakatan Harapan (PH).

Empat lebuh raya itu ialah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) pada nilai RM2.47 bilion, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) (RM1.984 bilion), Lebuh Raya Shah Alam Sdn Bhd (KESAS) (RM1.377 bilion) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) (RM369 juta).

Struktur akhir caj selepas pengambilalihan itu akan dikaji secara terperinci dan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan pada 1 Januari 2020, sekali gus pengguna empat lebuh raya ini akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun.

Sementara itu, Guan Eng berkata Kementerian Kewangan akan menambah 80 alat pengimbas kontena kepada Kastam di semua laluan pintu masuk seluruh negara.

Katanya, penambahan alat pengimbas itu dijangka dapat membantu pihak Kastam mengenalpasti barangan yang tidak dibenarkan seperti plastik yang tidak boleh dikitar semula dibawa masuk ke negara ini.

“Saya terima aduan daripada Kastam, mereka sukar untuk buat pemeriksaan secara rapi 100 peratus. Kadang-kadang depan elok, tetapi di belakang ada macam-macam, itu yang jadi cabaran besar,” katanya.

30 buah kilang kimia bakal disiasat – MB Johor

30 buah kilang kimia bakal disiasat - MB Johor

Dari kanan, Isnaraissah Munirah, Dr Sahruddin dan Dr Dzulkefly pada sidang media di Stadium Perbandaran Pasir Gudang hari ini. – Foto Kementerian Kesihatan Malaysia

PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menjelaskan 30 buah kilang kimia di Pasir Gudang akan disiasat berhubung pencemaran yang menjejaskan 75 mangsa pada isnin.

Menurutnya, 30 daripada 265 buah kilang itu berada dalam kawasan radius 15 kilometer dari beberapa buah sekolah yang terkesan.

“Ada 30 buah kilang bahan kimia kita fokus untuk disiasat ketika ini. Jika bahan kimia kilang itu dengan hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hampir sama dengan bahan kimia yang menyebabkan mangsa sesak nafas serta muntah-muntah ,maka tindakan penutupan serta merta akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Stadium Perbandaran Pasir Gudang pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.

Dr Sahruddin menjelaskan, hasil siasatan berkenaan punca pencemaran udara akan diketahui dalam tempoh 2 hari lagi selepas keputusan dikeluarkan Jabatan Kimia atau Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Mengulas mengenai hasil ujian darah terhadap mangsa, beliau berkata, daripada 15 sampel yang diambil menunjukkan keputusan negatif bahan kimia.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar menggunakan topeng muka sepanjang berada di luar rumah.

Jika mengalami simptom seperti muntah-muntah atau sesak nafas, dinasihatkan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/30-buah-kilang-kimia-bakal-disiasat-mb-johor-210930

7 Sasterawan Negara terima elaun penghargaan RM5,000 sebulan

 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng (belakang, 3 dari kiri), Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim (belakang 4 dari kiri) dan 7 Sasterawan Negara yang menerima elaun penghargaan bulanan RM5,000.

Sasterawan Negara terima elaun bulanan RM5,000
Lim Guan Eng (dua, kanan) beramah mesra bersama para Sasterawan Negara di Putrajaya pada Isnin. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan). – Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 sebulan kepada Kementerian Pendidikan bagi pembiayaan elaun penghargaan secara bulanan kepada 7 Sasterawan Negara.

Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bayaran bulanan RM5,000 akan dibayar mulai Jun 2019 dan akan diteruskan pada tahun seterusnya.

“Pemberian penghargaan Sasterawan Negara secara bulanan ini merupakan elaun tambahan baru yang diberikan sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka dalam memainkan peranan penting membina Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang menyatupadukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup kepada Sasterawan Negara di Kementerian Kewangan.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail.

Lim sebelum itu menyerahkan cek elaun sara hidup kepada 7 Sasterawan Negara iaitu A Samad Said, Prof Muhammad Salleh, Nordin Hassan, Mohd Anuar Rethwan, Ahmad Khamal Abdullah, Baharuddin Zainal dan Zurinah Hassan.

Lim berkata Sasterawan Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang diketuai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jumaat lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata usaha pertama yang akan dilakukan untuk Sasterawan Negara adalah akan mengadakan pertemuan antara Sasterawan Negara dengan Kementerian Kewangan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/24/7-sasterawan-negara-terima-elaun-rm5000-sebulan/?fbclid=IwAR0_MMh5NxQEGgxmw84HDrhq4yvC2nukUtRSy83HnUnsukdTvia1Xi2j_Z0

 

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi elaun penghargaan bulanan berjumlah RM5,000 kepada tujuh Sasterawan Negara bermula bulan ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata peruntukan tambahan itu diluluskan kepada Kementerian Pendidikan untuk pembiayaan elaun kepada semua Sasterawan Negara terbabit iaitu Datuk Seri Dr A Samad Said; Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baharuddin Zainal dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

“Pemberian elaun penghargaan secara bulanan ini adalah elaun tambahan baharu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka kepada membina bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

“Elaun ini diharap dapat membantu menjamin kebajikan, kesejahteraan dan memberi keselesaan kepada Sasterawan Negara supaya dapat terus menyumbang idea pemikiran, keilmuan dan sumbangan karya bermutu tinggi untuk tatapan masyarakat,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup kepada Sasterawan Negara di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Guan Eng berkata, beliau juga berharap pemberian berkenaan dapat menjamin kesinambungan mutu hasil seni dengan cemerlang dan menunjukkan penekanan terhadap sastera serta bahasa daripada semua lapisan masyarakat.

Selain itu, beliau berkata, bayaran elaun kepada Sasterawan Negara itu akan diteruskan untuk tahun berikutnya.

“Jika ada lagi pertambahan senarai Sasterawan Negara selepas ini, mereka juga akan mendapat elaun bulanan RM5,000 ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, selain memacu pertumbuhan negara, kerajaan dituntut memperkasa pelbagai bidang termasuk bahasa, sastera dan budaya.

Katanya, beliau berbangga terhadap inisiatif Kementerian Kewangan meluluskan elaun penghargaan bulanan RM5,000 kepada Sasterawan Negara.

“Apabila negara memberikan pengiktirafan ini, ia satu penghargaan daripada kerajaan kepada sumbangan sasterawan.

“Bagaimanapun, tidak hanya cukup sekadar diberikan anugerah, jika tidak dipastikan anak dan rakyat menjadi khalayak yang membaca serta meminati karya mereka,” katanya.

Bagi A Samad, pemberian itu diharap tidak akan mematikan jasa sasterawan, sebaliknya terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan dengan pemberian ini dan saya tahu Anwar sangat mengambil berat nasib sasterawan di negara ini,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyerahkan cek kepada Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said (dua dari kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara di Kementerian Kewangan hari ini. – NSTP/Mohd Fadli Hamzah

UMNO SEMAKIN TERDESAK

1 perosak

*UMNO MAKIN TERDESAK*
UMNO terdesak untuk menukar kerajaan sebelum anwar menjadi PM kerana bimbang dengan PH yg dilihat mendapat momentum dengan keadaan ekonomi negara yg pulih sedikit demi sedikit, harga barang yang stabil dan perpaduan antara kaum yg harmoni…
Itu sebabnya pada bulan Jun 2019 ni, UMNO mendesak pembubaran Parlimen, penyebaran video seks dan mempercepatkan penyatuan UMNO dan PAS…
Fitnah ahli Parlimen PH akan membuat undi tidak percaya pada Tun M ketika sidang Parlimen nampaknya tidak berhasil…
UMNO merancang supaya kerajaan akan bertukar sebelum PRU-15 kerana jika lebih lama, rakyat akan perlahan-lahan tidak akan percaya kepada UMNO lagi.. .
UMNO dengan sedaya upaya mereka akan cuba memporak perandakan parti keadilan melalui penyebaran video seks ni…
Rancangan mereka sebenarnya ingin menyebarkan lebih lewat iaitu mungkin awal tahun depan, namun kerana keadaan terdesak, penyebaran video seks lebih awal…
PH kena tenang dan percaya antara satu sama lain… Mulai 2020, UMNO akan kehilangan ramai pemimpin utamanya kerana disabitkan pelbagai kesalahan antaranya rasuah dan salah guna kuasa…
Jika keadaan itu berlaku, amat mustahil UMNO akan bangkit semula pada PRU-15… Itulah yang ditakuti oleh UMNO…

Ros Perlu Ambil Tindakan Segera Terhadap Umno – Tahniah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Kerana Berani Menyatakan Kebenaran.

Image may contain: 1 person, text

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan UMNO menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata UMNO harus dihukum kerana sebagai parti politik, ia tidak boleh menerima wang haram demi kepentingan parti itu.

“Pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya baru-baru ini amat mengejutkan rakyat Malaysia yang diperdaya UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dana 1MDB yang seharusnya digunakan untuk pelaburan dan memberi pulangan ekonomi kepada negara sebaliknya digunakan untuk tujuan politik kepartian dan faedah UMNO semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata ROS perlu menjatuhkan hukuman tegas terhadap UMNO yang menerima wang haram RM212 juta dan diperakui sendiri oleh SPRM.

“Jika dulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terpaksa dibubarkan oleh ROS pada saat akhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana isu teknikal.

“Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang, ROS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada UMNO,” katanya.