AMATLAH RUGI ORANG YANG BANYAK BERAMAL SOLEH TETAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA

Image may contain: one or more people

KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TETETAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA

Berkata Sayyidina Umar bin Abd Aziz :- “Kami sempat hidup bersama para salaf dan tidaklah mereka melihat bahawa ibadat itu adalah pada puasa dan tidak juga pada solat. Namun ibadat itu adalah menahan diri dari menikam kehormatan manusia. Kerana orang yg bersolat di waktu malam dan berpuasa di waktu siang, sekiranya  ia tidak menjaga lidahnya maka ia pasti akan muflis di hari kiamat”.

Berkata al Imam Ghazali :- “Perbuatan mengumpat itu adalah petir yg memusnahkan perbuatan-perbuatan taat. Orang yg mengumpat itu tidak ubah seperti orang yg memasang ‘manjanik’ (alat pelontar ketika perang), lalu dilontarnya kebaikan-kebaikan  yang ia buat ke timur dan barat, ke kiri dan ke kanan”.

Berkata As-Syairozi :- “Aku telah berjaga malam bersama ayahku dan orang-orang sekeliling kami semuanya tidur. Lalu aku berkata: “Tidaklah dari mereka ini yg bangun walau untuk solat 2 rakaat!”.  Lalu ayahku berkata : “Kalau kamu tidur adalah lebih baik dari terjerumusnya kamu di dalam menghina manusia”.

Ketahuilah boleh jadi kamu dikalangan orang-orang yang solat bahkan amat khusyuk didalam solatmu, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak punya apa-apa !.

Boleh jadi kamu pernah menginfak separuh dari harta yg kamu miliki, bahkan kamu sembunyi  infakmu itu dari pengetahuan orang, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak memiliki apa-apa.

Boleh jadi kamu adalah orang-orang  yang sentiasa berpuasa di siang hari, menghidupkan malam hari dan berjuang menegak agama disepanjang hayat seikhlas mana sekalipun, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong seakan-akan tidak pernah berbuat apa-apa kebaikan.

Sebenarnya perkara ini, ramai dari kita sudah mengetahuinya. Namun sebahagian dari kita, tidak kira orang biasa atau pemimpin atau ahli politik, atau lebih-lebih lagi para ustaz-ustaz  yang lebih tahu hukum hakam, masih ramai lagi yg gemar mengotorkan bibir-bibir mereka dengan kata-kata buruk  dan penghinaan walau atas tujuan hendak memberi teguran dan nasihat. Yakni seakan-akan tidak pernah takut terkesan dengan kesudahan buruk yg bakal menanti orang-orang  yangg gemar berkata-kata  dengan kata-kata  buruk untuk merendah-rendahkan orang lain atau menghina orang lain, membunuh kedudukan orang lain, menikam kehormatan orang lain, dan seumpamanya.. Sampai bila nak buat begitu? Sehingga sampai mati!?. Kerana itu kita mesti sentiasa memberi peringatan seperti  iniagar kita tidak selalu lupa..

Wahai umat Islam:-

Ketikamana kamu  melihat insan-insan pendosa, janganlah sesekali kamu merasa kamu adalah lebih mulia dari mereka.

Ketahuilah olehmu bahawa diri mereka itu sebenarnya adalah sedang diuji  dan kamu pula telah terselamat kerana kasih dan  rahmat Allah SWT padamu.

Maka janganlah kamu lupa mendoakan ke atas mereka supaya diberikan hidayah  dan ke atas dirimu juga supaya kekal diberikan keteguhan.

Janganlah pula kamu mendoakan mereka dengan keburukan.Mungkin kamu menyangka tidak pernah berbuat demikian. Namun kalimah-kalimah keji yg sering dilontarkan kepada mereka yang sentiasa meniti di bibirmu itu, sebenarnya adalah satu doa jua yg secara tidak sedar bukan sahaja semakin menghitamkan hati mereka, bahkan semakin menghitamkan hatimu juga.

Bencilah sikap dan kejahatannya.Dan janganlah dibenci diri dan peribadinya. Kerana seburuk-buruk seorang muslim itu sekalipun, di dalam dirinya masih ada sesuatu yang sangat bernilai dan amat berharga, iaitu kalimah ‘Lailahaillah Muhammad Rasulullah’..

 

 

 

Takwa jadi ukuran kemuliaan

1 TAQWA

Oleh Zamri Hashim

Sesuatu yang sudah disepakati oleh semua ialah penilaian kemuliaan seseorang itu adalah taqwa. Ini jelas termaktub di dalam al Quran “Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa” (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13).

Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW : “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Pendek kata, taqwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang kafir dan mensyirikkan Allah itu menjadi orang yang bertaqwa dan meraih kemuliaan Allah SWT.

Jelas sekali, jika kita membuat perbandingan antara orang kafir dengan orang Islam yang mampu meraih taqwa adalah hanya orang Islam bahkan orang kafir tidak sekali-kali mampu meraih taqwa kerana mereka tidak mempunyai syarat paling asas iaitu keimanan kepada Allah SWT.

Jadi patut difahami dari ayat dan hadis di atas ialah persaingan untuk meraih taqwa adalah sesama orang Islam sementara orang kafir sejak dari awal lagi terkeluar dari persaingan itu.

Taqwa penentu nikmat-Nya

Satu perkara yang sering dilupakan ialah, sebagaimana ukuran kemuliaan individu itu adalah taqwa, begitu juga sesebuah kelompok sama ada berdasarkan komuniti sesuatu tempat mahupun bangsa dan keturunan diukur kemuliaannya berdasarkan taqwa. Ini bermakna taqwa bukan setakat menjadi ukuran kemuliaan kepada individu tetapi juga ukuran kemuliaan kepada kelompok termasuk pelbagai bangsa yang diciptakan oleh Allah SWT.

Allah SWT pernah mengingatkan sekelompok penduduk kampung, keimanan, ketakwaan dan kekufuran mereka akan menjadi penentu kepada keseimbangan pengurniaan nikmat daripada-Nya.

Firman Allah SWT : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan. (QS al A’raf :96)

Berdasarkan kefahaman di atas, mana-mana bangsa yang individunya adalah Muslim maka individu itu adalah berpotensi untuk meraih taqwa tanpa mengira bangsa sama ada Cina mahupun India. Di sinilah terserlah keistimewaan bangsa Melayu yang kesemuanya Muslim.

Apabila kita bercerita tentang bangsa Melayu seharusnya kita memahami bahawa bangsa yang hampir keseluruhannya adalah beragama Islam di negara kita adalah bangsa Melayu. Satu bangsa yang mempunyai modal asas untuk meraih taqwa daripada Allah SWT.

Bila disebut ketuanan Melayu, janganlah terus melatah dengan mengatakan ia adalah asabiyyah yang terlarang di dalam Islam kerana perjuangan orang-orang Melayu di negara ini berkait rapat dengan perjuangan mempertahankan ketuanan Islam di nusantara ini.

Ketuanan Melayu gaya Muslim

Tiada bukti sejarah ketuanan Melayu bermaksud menjadikan bangsa lain sebagai hamba.

Buktinya kita lihat pada hari ini bangsa lain jauh lebih menguasai ekonomi negara dan bebas berpolitik dan menyuarakan pandangan dan tuntutan bahkan mempertahankan bahasa, budaya dan mempunyai sekolah vernakular mereka tersendiri.

Memaknakan ketuanan Melayu sebagai orang Melayu Muslim sebagai tuan rumah kepada negara ini tidaklah salah dari sudut syarak kerana bangsa ini diistimewakan Allah kerana mereka adalah Muslim. Terbukti di dalam sejarah, darah bangsa inilah yang paling banyak tumpah mempertahankan pertiwi dan bangsa yang terbukti sangat baik hati, boleh berkongsi hidup dan kekayaan negara ini bahkan kerakyataan juga ditolak ansurkan kepada bangsa yang minoriti dan terbukti boleh hidup aman damai.

Faktor utama perkara ini berlaku adalah Islam mengajar dan mendidik bangsa Melayu bersikap begitu.

Cuma istilah ketuanan Melayu ini pernah disalahgunakan oleh segelintir kecil orang Melayu yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar dengan mengambil peluang mengaut keuntungan peribadi. Mereka ini tidak mewakili majoriti orang Melayu Islam yang lain. Jangan disebabkan nila setitik, susu sebelanga dibuang.

Ada pula pihak lain yang menggunakan kesempatan memomokkan istilah ini untuk untuk menuntut keadilan dengan slogan hak sama rata antara tuan rumah dan orang yang datang bertamu dengan memberi konotasi buruk terhadap istilah ini. Sedangkan di dalam Islam sama rata tidak semestinya adil tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Secara logiknya tuan rumah adalah adil untuk mempunyai keistimewaan daripada orang yang datang bertamu.

Penulis adalah Timbalan Mufti Perak

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

Arab Saudi pancung 37 ‘Pengganas’

Arab Saudi sudah melaksanakan hukuman pancung ke atas 37 individu yang ada kaitan dengan kegiatan ‘pengganas’, semalam, kata Kementerian Dalam Negerinya.

Tindakan itu adalah yang terbesar membabitkan sejumlah pesalah yang dipancung dalam masa sehari sejak tiga tahun lalu.

“Hukuman mati telah dilaksanakan… ke atas sejumlah pesalah yang mengamalkan ideologi ekstrem pengganas, dan menubuhkan sel pengganas untuk menganggu keselamatan, selain menyebabkan panik serta mencetuskan perselisihan faham antara pengikut ajaran Islam,” kata kementerian itu.

Hukuman pancung itu dilaksanakan di Riyadh, Makkah, Madinah dan di wilayah Qassim, lapor agensi berita Arab Saudi, SPA. Semua pesalah yang menjalani hukuman mati itu adalah rakyat Arab Saudi.

SPA juga melaporkan seorang lelaki, Khaled Abdelkarim Saleh al-Touijri, digantung. Biasanya, pesalah akan dipancung terlebih dahulu, dan kemudian badannya akan digantung untuk beberapa waktu di khalayak.

Hukuman pancung dan kemudian digantung hanya dikhaskan kepada jenayah paling serius dilakukan, dan Arab Saudi mula melaksanakannya sejak 2013 lalu.

Mengikut data yang direkodkan SPA, sekurang-kurangnya 100 individu dari pelbagai negara menjalani hukuman pancung di Arab Saudi, sejak awal tahun ini.

Jumlah paling besar pernah dipancung dalam tempoh sehari ialah pada 2 Januari 2016, membabitkan 47 individu yang didapati melakukan kegiatan pengganas.

Sementara itu, Amnesty International mengecam hukuman yang dilaksanakan ke atas 37 individu berkenaan, manakala satu kumpulan hak asasi berpangkalan di United Kingdom, Reprieve mendakwa lima daripada yang dihukum adalah pelanggan mereka. – Agensi

https://islamic-voice.com/blog/arab-saudi-pancung-37-pengganas/

ROS perlu bertindak segera terhadap UMNO yang terbukti mengkhianati negara, bangsa dan agama.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan UMNO menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata UMNO harus dihukum kerana sebagai parti politik, ia tidak boleh menerima wang haram demi kepentingan parti itu.

“Pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya baru-baru ini amat mengejutkan rakyat Malaysia yang diperdaya UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dana 1MDB yang seharusnya digunakan untuk pelaburan dan memberi pulangan ekonomi kepada negara sebaliknya digunakan untuk tujuan politik kepartian dan faedah UMNO semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM baru-baru ini sudah memfailkan permohonan terhadap 41 individu dan entiti, bagi mendapatkan balik wang berjumlah lebih RM270 juta yang dikaitkan dengan dana diseleweng daripada 1MDB.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 56, Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, bagi mendapatkan semula wang berkenaan, yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun AmBank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata ROS perlu menjatuhkan hukuman tegas terhadap UMNO yang menerima wang haram RM212 juta dan diperakui sendiri oleh SPRM.

“Jika dulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terpaksa dibubarkan oleh ROS pada saat akhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana isu teknikal.

“Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang, ROS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada UMNO,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/06/577276/ros-perlu-ambil-tindakan-terhadap-umno-ph?fbclid=IwAR3gxyZl1XRoLO1jr2ASoJKoz5r_kgrg6gWOmpGkXt41Y8Wa7VHfv5Lh9Bo

Bukti Ulamak Umnopas berbangga makan wang haram yang dihidangkan oleh najib

Image may contain: text

 

“PULANGKAN DUIT 1MDB YANG UMNO TERIMA”-SARAN AKMAL NASIR PADA TOK MAT

Pemangku presiden Umno Mohamad Hasan diminta memulangkan semula dana 1MDB yang diagihkan kepada parti itu untuk menunjukkan beliau berbeza dengan bekas presidennya, Najib Razak.

“Kita dah dengar pembaharuan dalaman yang Umno mahu buat.

“Saya fikir ini adalah peluang keemasan untuk Mohamad bagi melangkaui Najib dan 1MDB,” kata Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir ketika ditemui di ibu pejabat PKR Petaling Jaya, hari ini.

Image result for 1mdb

Akmal berkata hanya dengan cara itu, isu yang berlegar mengenai firma pelaburan negara yang bermasalah itu tidak akan berpanjangan.

“Sebagai pemangku presiden, Mohamad dapat memberikan teladan yang baik, jadi dia tidak dibatasi atau mengikut bayangan Najib.

“Jika dia mempunyai maruah, dia harus mengembalikan wang itu,” katanya sambil menambah pemimpin Umno itu harus membuktikan beliau dan Najib adalah daripada “geng” yang berbeza.

Jumaat lalu SPRM memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

Wang berkenaan diagihkan kepada penerima daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak, yang mana sebahagian besarnya iaitu sebanyak RM230 juta disalurkan kepada Umno.

Antara penerimanya ialah Umno bahagian Pekan, Umno bahagian Johor Bahru dan Badan Perhubungan Umno beberapa negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pahang.

Mohamad Jumaat lalu berkata SPRM melakukan prosedur mengikut undang-undang selepas setahun akaun Umno dibekukan dan parti itu bersedia berdepan saman tersebut.

“Itu prosedurnya, selepas setahun (dibekukan), mereka buat permohonan untuk sita wang. Jadi SPRM buat prosedur mengikut lunas undang-undang.

“Umno mesti mengemukakan hujah mengapa duit tersebut perlu dipulangkan kepada kita. Kami akan lakukan,” katanya.

Berita dipetik dari MalaysiaKini

“Pulangkan Duit 1MDB Yang UMNO Terima”-Saran Akmal Nasir Pada Tok Mat

Jemaah Menteri Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara Pasca PRU 15

Image may contain: 30 people, people smiling

1 3 PENYAMUN1 perosak

Kabinet malaysia kerajaan online penyatuan penyamun dan penunggang pasca pru dlm alam fantasi lebaipas….

Takdir….

*penyamun jadi penasihat….kahkahkahkah
*menteri pun ada kes menyamun….

Tugas Utama Memastikan Khazanah Negara Kembali Kepangkuan Fail Merah Menteri Kewangan Dan Kandungan Fail_fail Tersebut Di Masukkan Dalam Akta Rahsia Negara.

 

Man builds a food pantry on his lawn so the hungry can eat

Roman Espinoza stands beside his "Blessing Box," which allows residents of Watertown, New York, to donate and take food as needed.

Roman Espinoza stands beside his “Blessing Box,” which allows residents of Watertown, New York, to donate and take food as needed.

(CNN)Little Free Libraries, those boxes full of books for people to freely take, are a common sight on people’s lawns. But Roman Espinoza’s lawn in Watertown, New York, has something different: a “Blessing Box” filled with food available to any and all who need it.

The concept is simple. The box is a miniature food pantry — receiving items from those who want to donate, and offering it to those who need them.
“Whether you’re taking or giving, you can just go to the blessing box,” Espinoza told CNN. “There’s not a lock on it — it’s open 24 hours a day, seven days a week.”

A community rallies

The idea came to the 46-year-old Army veteran while taking a class on human services at a local community college. Espinoza was shocked to discover the school had a food pantry for needy students.
“I thought, ‘Man, these adults that are spending time taking classes can’t eat every day. ‘”
Not long after that moment, Espinoza decided to put up his blessing box. He put in the first bit of food himself but hasn’t had to fill it up much since.
“The box itself is for the community and it’s sustained by the community,” he said. “The community, the neighborhood and my block have been really supportive.”

Filling a need

Their support extends beyond food.
“We try and put stuff in there that makes sense — toothpaste, toothbrushes, band aids….some soap and shampoo,” Espinoza said.
And who is taking advantage of this generosity?
“We don’t know who uses it — sometimes people feel like they are embarrassed to use the box in the middle of the day,” Espinoza said.
However, there is no question the box is filling a need.
“I woke up recently and I had to put food in [the box] because someone came by and needed food,” Espinoza said.

What is next

The success of Espinoza’s blessing box has been an influence on the community as well.
“I’ve gotten a couple of requests from people around town for boxes for their property,” Espinoza said. “With any luck, we’ll have a few around town where people can be made aware of them and make use of them.”
Ultimately, Espinoza hopes that his box and those of others in his town create an atmosphere of support and generosity.
“Watertown, New York, in the next five years, could be known as the city of blessing boxes,” he said.

Dana RM90 juta: Kami disoal dua jam oleh SPRM, kata Nasrudin

Nasrudin Hassan

KUANTAN – Dua pemimpin Pas dari Pahang selesai memberi keterangan selama dua jam di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Mereka ialah Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
Nasrudin berkata, soal jawab bersama pihak SPRM berjalan lancar dan beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan berhubung dakwaan RM90 juta yang dikata dimasukkan ke akaun pemimpin Pas.

“Sebentar tadi saya masuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan siasatan SPRM berhubung dakwaan dana RM90 juta
“Alhamdulillah saya diajukan beberapa soalan seperti adakah saya memiliki kenderaan mewah dan saya berikan satu pengisytiharan mengenai kenderaan saya hanya sebuah saja, yang lain-lain tu adalah tuduhan palsu, saya pun tak tahu daripada mana mereka ambil (tahu),” katanya.
Beliau ditemui media di hadapan kompleks SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Jelasnya, SPRM membuat rakaman percakapannya dan banyak berkisar kepada latar belakang kehidupan, pekerjaan dan pendapatan.
“Alhamdulillah… terima kasih kepada SPRM yang turut memberikan kerjasama baik,” katanya.

Katanya, dalam proses soal siasat tersebut, tiada sebarang dokumen diserahkan (kepada SPRM).
“SPRM tanya kesahihan dan saya membuktikan dari sudut pemilikan kenderaan yang saya ada, inilah kenderaan yang saya ada.
“Kalau mereka ingin buat tuduhan itu, selayaknya mereka kemukakan bukti, dakwaan secara rasmi membawa ke mahkamah atau sebagainya,” katanya.
Jelasnya, jika sekadar dakwaan di media, ia hanya mencetus persepsi politik.
“Itu tindakan tak bertanggungjawab.
“Semua orang boleh lemparkan tuduhan tanpa bukti, kemudian membebankan orang yang dituduh supaya menyaman mereka kalau tidak bersalah, itu tidak betul,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: SPRM: Tiada duit RM90 juta masuk akaun Pas
Beliau berkata, seharusnya, pendakwa yang dibebankan tanggungjawab untuk mengemukakan bukti.
“Bukan orang yang kena tuduh tu kalut kena jawab bahawa dia tidak bersalah.
“Apa yang berlaku sekarang begitulah, apa yang mereka lemparkan, kemukakan bukti,” katanya.
Setakat ini SPRM sudah merekodkan keterangan 13 individu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Kelmarin, Ketua Dewan Ulama Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga ADUN Batu Buruk sudah memberikan keterangan kepada SPRM, selain Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr Rameli Musa.
Minggu lalu, SPRM memanggil Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Mohamed Nasir Daud.
Keterangan berkaitan isu berkenaan mula direkodkan SPRM selepas Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang mengumumkan penyelesaian luar mahkamah kes saman antara Hadi dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

 

Dana RM90 juta: Kami disoal dua jam oleh SPRM, kata Nasrudin
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/16966/BERITA/Nasional/Dana-RM90-juta-Kami-disoal-dua-jam-oleh-SPRM-kata-Nasrudin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/16966/BERITA/Nasional/Dana-RM90-juta-Kami-disoal-dua-jam-oleh-SPRM-kata-Nasrudin

Isu ‘Land Swap’: Hishammuddin tiba di SPRM – Tahniah SPRM & Latheefa Koya

Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Yang Fasih Berbahasa English hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan mengenai isu urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu. – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 pagi ini untuk memberi keterangan mengenai isu urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.

Hishammuddin yang memakai kemeja biru tiba di bangunan itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam bersama pegawainya.
Ketika ditanya berapa lama beliau akan memberi keterangan kepada SPRM, Hishammuddin berkata beliau tidak pasti kerana tidak tahu apakah soalan yang akan ditanya oleh suruhanjaya itu.

“Saya akan memberi kerjasama penuh tanpa rasa takut atau pilih kasih. Dari dulu lagi saya beri kerjasama sepenuhnya. Yang paling penting sekarang semangat anggota tentera kita, kepentingan mereka dan keluarga mereka. Saya pun tak ada benda nak sembunyi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Februari lepas, Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran kerajaan baharu, mendedahkan bahawa kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata perkara itu terdedah hasil siasatan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Jan lepas.
Dilaporkan, sebanyak 16 projek ‘land swap’ dilakukan kementerian membabitkan 1,183 hektar tanah.
Tanah di beberapa kem di Bukit Kinrara, Hutan Melintang, Bera, Segamat dan Paloh dilaporkan bernilai RM4.8 bilion manakala kos projek itu sebanyak RM4.9 bilion. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33953/BERITA/Nasional/Isu-Land-Swap-Hishammuddin-tiba-di-SPRM?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Isu Land Swap Hishammuddin tiba di SPRM&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf