Empat ‘Tan Sri’ antara lebih 400 disiasat berhubung 1MDB.

Empat ‘Tan Sri’ antara lebih 400 disiasat berhubung 1MDB.

Lebih 400 individu termasuk sekurang-kurangnya empat individu bergelar Tan Sri kini sedang disiasat berkaitan skandal 1MDB.

Sumber polis memberitahu Malaysiakini bahawa senarai itu termasuk pemimpin Umno dan ahli keluarga mereka.

Adalah dipercayai bahawa individu-individu ini telah menerima dana daripada syarikat pelaburan negara itu.

Daripada empat Tan Sri berkenaan, salah seorang daripada mereka merupakan ahli perniagaan dari Sarawak dan dipercayai sebagai rakan rapat Najib.

Tiga lagi termasuk penasihat bekas perdana menteri itu yang dipercayai telah mempengaruhi keputusan editorial media arus perdana sebelum ini, bekas pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan pemimpin politik.

“Individu berprofil tinggi ini berada dalam senarai untuk disiasat setakat 2014.

“Tetapi pihak berkuasa tidak dapat meneruskan penyiasatan mereka,” kata sumber itu.

Terdahulu, sebelum ini sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion dan dana SRC International yang disalurkan ke akaun bank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempengerusikan pasukan petugas tersebut yang turut terdiri daripada bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan bekas ketua pesuruhnjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed.

https://i.malaysiakini.com/…/f150d8db51e49734f7cb086ea56f1d…

Bagaimanapun, pasukan petugas itu menerima kritikan apabila Abdul Gani ditukarkan, menyebabkan spekulasi bahawa terdapat usaha untuk menyembunyikan skandal 1MDB.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Abdul Gani hampir mengenakan pendakwaan terhadap Najib sebelum beliau disingkirkan.

Pada masa ini, Abdul Gani dan Abu Kassim merupakan anggota pasukan petugas yang baru ditubuhkan semula bagi menyiasat skandal berkenaan.

Awal hari ini, pasukan petugas itu mengesahkan bahawa ia membekukan beberapa akaun milik Umno, parti politik dan individu lain untuk memudahkan siasatan.

Pada masa yang sama New Straits Times pula melaporkan kira-kira 900 akaun bank telah dibekukan.

Sementara itu, Najib sekali lagi menegaskan beliau tidak melakukan kesalahan dan menafikan menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Beliau mengulangi bahawa RM2.6 bilion yang diterima merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Bagaimanapun siasatan antarabangsa sebelum ini mendakwa wang berkenaan berasal daripada 1MDB.

 

Lebih 400 individu termasuk sekurang-kurangnya empat individu bergelar Tan Sri kini sedang disiasat berkaitan skandal 1MDB.
Sumber polis memberitahu Malaysiakini bahawa senarai itu termasuk pemimpin Umno dan ahli keluarga mereka.
Adalah dipercayai bahawa individu-individu ini telah menerima dana daripada syarikat pelaburan negara itu.

Aura Nik Aziz dalam Dr Zulkifli Al-Bakri

Aura Nik Aziz dalam Dr Zulkifli Al-Bakri

Hanipa serta keluarga bersama Mufti Wilayah Persekutuan… Saya terasa kehadiran Nik Aziz.

“Setiap kali bersama beliau terasa macam bersama Almarhum Tok Guru Nik Aziz.”

Itulah yang dirasai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maiden apabila bersama dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad A-Bakri.

Luahan itu dikeluarkan Hanipa ketika bersama dengan Dr Zulkifli apabila beliau hadir di majlis rumah terbuka Aidil Fitri Parlimen Sepang Peringkat Mukim Labu yang merangkumi Kampung Giching, Kampung Labu Lanjut dan Kampung Salak Tinggi.

Dr. Zulkifli hadir ke majlis itu dan turut memberikan ucapan kepada para hadirin.

Tok Guru Nik Aziz adalah bekas Mursyidul Am Pas yang juga bekas Menteri Besar Kelantan.

Beliau meninggal pada 12 Februari 2012 akibat kanser prostat yang dihidapinya.

Ketika Nik Aziz menjadi MB dan Mursyidul Am Pas, perpaduan dalam Pas amat mantap dan menerima sokongan pelbagai pihak di negara ini.

Selepas perginya Nik Aziz, Pas berpecah kepada dua membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaan bersama PKR, Bersatu dan DAP.

Pas pula, dari bertembung dengan Umno, bekerjasama dengan Umno atas alasan demi perpaduan Melayu dan Islam serta sesama parti pembangkang.

Bagaimanapun, Pas kini berjaya memerintah Terengganu selepas menguasai Kelantan sejak 1990 di bawah Nik Aziz.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/aura-nik-aziz-dalam-dr-zulkifli-al-bakri/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Aura Nik Aziz dalam Dr Zulkifli Al-Bakri

Buka siasatan antarabangsa susulan kematian Morsi – Kit Siang

Buka siasatan antarabangsa susulan kematian Morsi – Kit Siang

KUALA LUMPUR: Satu siasatan antarabangsa perlu dibuat susulan kematian bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi, ketika prosiding perbicaraannya di mahkamah di Kaherah.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata kerajaan Mesir mesti dipertanggungjawabkan atas kematian Morsi jika siasatan menyeluruh menunjukkan kematiannya berpunca daripada kegagalan mereka memberikan penjagaan kesihatan asas kepadanya.

“Perlu diadakan satu siasatan antarabangsa untuk menyiasat kematian Morsi bagi mengetahui sekiranya beliau tidak diberikan kemudahan perubatan asas semasa dipenjarakan,” katanya dalam kenyataan di blog beliau, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turut memetik kenyataan kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International, bahawa terdapat laporan ditulis dua tahun lalu menggambarkan layanan diterima Morsi sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan’.

“Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa perlu menyiasat secara menyeluruh laporan yang dibuat selama beberapa tahun menceritakan mengenai layanan buruk yang diterima beliau.

“Selain itu, kenyataan dibuat anak lelaki Morsi, Ahmad, mengatakan bahawa keadaan kesihatan bapanya semakin buruk ketika dipenjarakan, juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa Mesir,” katanya.

Kit Siang berkata, pihak Amnesty International turut menggesa satu siasatan dilancarkan berkaitan kematian Morsi serta keadaan yang dialaminya ketika dipenjarakan.

Hari ini, stesen televisyen awam melaporkan Morsi pengsan selepas satu sesi perbicaraan dan meninggal dunia dalam mahkamah.

Morsi, 67, seorang tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/575551/buka-siasatan-antarabangsa-susulan-kematian-morsi-kit-siang?fbclid=IwAR0HlNV_cK-g3CAHlAP5LRJRkL8nRif8Kesc3NszkouUJB3xHO8pZ1nPUoo

1001 KHASIAT GAMBAR SELIPAR/SANDAL NABI – KHURAFAT SYIAH YA HANANA DI BUMI MALAYSIA

No photo description available.

Nauzhubillah min zalik..

Ini sebenarnya maksud sebenar penggunaan capal..?? Mereka ini berselindung di sebalik konon-kononnya menghormati peninggalan Rasullullah s.a.w padahal niat sebaliknya adalah untuk mensyirikkan umat manusia atas nama Ahli sunnah..??.

Patut lah dipertahankan sangat gambar2 capal itu sedangkan ianya juga TIDAK sahih dan benar bahawa itu capal Nabi Shallallahu alaihi wa sallam..

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

Jauhi azimat dan kepercayaan tahyul yang membawa kesyirikkan dna kemurkaan ALLAH azzawajalla. TIDAK akan ada sesiapa berkuasa dan dapat memudaratkan sesuatu apapun MELAIN KAN HANYA ALLAH Rabbul Jalil..

ALLAH azzawajalla berfirman:

قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
“..Katakanlah: “Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku”. Kepada-Nya-lah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.”
(Surah Az Zumar Ayat 38)

Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
“Barang siapa yang menggantungkan tamimah (Azimat), maka ia telah berbuat syirik”
(HR Ahmad 4: 156)

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

 

UMNO TIDAK AKAN SELESA BERSAMA PAS KERANA, MCA DAN MIC ADALAH KELUARGA SEBENAR BN.

Presiden PAS Hadi Awang perlu memainkan peranan penting memahamkan akar umbi tentang kerjasama parti itu dengan Umno. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 22 Jun, 2019.

PAS boleh pecah sekali lagi, kata perwakilan muktamar

PAS boleh berpecah kalau ahli-ahlinya tidak berikan pemahaman yang betul tentang kerjasama dengan Umno, kata Ketua Penerangan PAS Kedah Ahmad Yahya.

Risiko sama juga boleh berlaku pada Umno, katanya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/162758?fbclid=IwAR0L3eVjFqbezDOnCwOoFcAz4X_QwEJ1Ocza3FL5K0bYW90L_5MbXSCbQaA

UMNO PASTI LEBIH SELESA BERSAMA ADIK BERADIK SEIBU SEBAPA MEREKA IAITU MCA & MIC.

 

Melaga-lagakan keluarga PH yang penuh harmoni – Umnopas terus meroyan sehingga akhir hayat.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

FAKE NEWS

Musuh politik akan buat apa saja cara bagi memusnahkan ikatan dan melemahkan semangat membangunkan semula negara.

Follow Pandangan Rakyat

2 PERBEZAAN YANG AMAT BESAR, MARILAH KITA RENUNG BERSAMA…

PH MEMBINA NEGARA.

DAP BERSAMA PH MEMERANGI RASUAH DAN PECAH AMANAH.

UMNOPAS MERUNTUHKAN NEGARA.

PAS BERSAMA UMNO MELINDUNGI PENJENAYAH RASUAH DAN PECAH AMANAH.

UMNOPAS MENGGUNA NIKMAT MASA UNTUK BERFIKIR demi MERUNTUHKAN NEGARA MALAYSIA tercinta. DENGAN CARA mencipta dan MENYEBAR FITNAH serta menghasut rakyat malaysia MEMAKSA KERAJAAN PH MEMBERI SEMUA PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA.

PAS BERSIFAT MUNAFIK KEPADA MASYARAKAT ISLAM DAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA, APABILA TIDAK BERUSAHA MEMAKSA NAJIB & UMNO SERTA BN UNTUK MENGEMBALIKAN HARTA YANG DICURI, sepatutnya najib malu dengan hukuman yang telah rakyat zahirkan dalam pru 14 dan sebagai seorang muslim yang waras, najib sewajarnya dengan SUKARELA menyerah harta negara yang telah dirompak KEPADA RAKYAT MALAYSIA. PAS amat BERBANGGA dengan tindakan menyokong dan TURUT SAMa MELINDUNGI PENGKHIANAT KEPADA TABUNG HAJI, FELDA, 1MDB, SRC, KWSP, KWAP DAN SEBAGAINYA TANPA rasa MALU DAN SEGAN KEPADA ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW SEDANGKAN MEREKA (PAS) MENDAKWA MEREKA BERAGAMA ISLAM DAN MENGHARAMKAN AMALAN RASUAH DAN PECAH AMANAH.

UMNOPAS BERKONGSI NIKMAT YANG DICURI OLEH PENGKHIANAT NEGARA KONONYA UNTUK BERDAKWAH DI JALAN ALLAH swt, sedangkan allah swt telah tegaskan, setiap amal ibadat bersumberkan perkara ditolak oleh allah swt.

UMNOPAS BERSIFAT MUNAFIK APABILA MENJADIKAN AGAMA ISLAM YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN UNTUK SEMUA BANGSA SEBAGAI MILIK PERSENDIRIAN MEREKA DAN MENGHUKUM DAP SEBAGAI KAFIR HARBI, SEDANGKAN dalam parti dap TERDAPAT RAMAI orang MELAYU/MUSLIM MENJADI AHLI DAP.

UMNOPAS BERSIFAT MUNAFIK APABILA BERGABUNG UNTUK MEMBELA AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU SEDANGKAN, BERSAMA MEREKA TERDAPAT MCA & MIC YANG BUKAN BERBANGSA MELAYU DAN TIDAK BERAGAMA ISLAM.

PAS BERSIFAT MUNAFIK APABILA MENGHUKUM MATI SYAHID KEPADA AL-MARHUM USTAZ IBRAHIM LIBYA DAN PARA SAHABATNYA KERANA MATI BERJUANG MENENTANG UMNO SEKULAR, SEDANGKAN SEKARANG PAS AMAT MENCINTAI UMNO yang berfahaman SEKULAR.

PAS BERSIFAT MUNAFIK DENGAN RAKYAT ISLAM MALAYSIA, APABILA MENGHALALKAN SIFAT BERBOHONG YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW SECARA JELAS MELALUI AL-QURAN DAN AL-HADIS. PERCAKAPAN DAN AMALAN UMAT ISLAM KINI TELAH DIRAGUI OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DISEBABAKAN TINDAK TANDUK PAS YANG MENYALAHI NILAI-NILAI MURNI SEBENAR AGAMA ISLAM. PAS TELAH MEROSAKKAN asas-asas utama dalam AGAMA ISLAM DAN telah menconteng arang kepada INSTITUSI AGAMA ISLAM DI MALAYSIA. 

PAS ADALAH BERSIFAT MUNAFIK APABILA SUDAH MENJADI SYAITAN BISU DALAM PERKARA MENENTANG AMALAN RASUAH DAN PECAH AMANAH, SETELAH MENGAMBIL RASUAH sebanyak RM90 JUTA DARI UMNO. KINI PAS TIDAK LAGI LANTANG DAN TIDAK  LAGI MENENTANG AMALAN rasuah & PECAH AMANAH SECARA LANGSUNG, MALAH PAS BERBANGGA dengan penggabungan mereka umno KERANA DAPAT MENDAMPINGI DAN MELINDUNGI SERTA MEMBELA PENGKHIANAT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

SEMOGA MALAYSIA TERUS MAJU TANPA UMNOPAS YANG TERBUKTI MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH berikan peluang kepada umno bn MELEBIHI 60 TAHUN.

KINI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DIBAWAH KEPIMPINAN TUN DR MAHATHIR YANG BERAGAMA ISLAM, BERBANGSA MELAYU, BERMAZHAB SYAFIE MAMPU MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK DAN BERAMANAH SERTA BERJAYA, WALAUPUN NAJIB DAN UMNOPAS TIDAK MENGEMBALIKAN HARTA YANG MEREKA CURI.

WALAUPUN RIBUAN FITNAH DAN HALANGAN TELAH UMNOPAS USAHAKAN demi melenyapkan kerajaan pakatan harapan TETAPI ALLAH SWT TETAP MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG BERUSAHA MENANGKAP  PEROMPAK NEGARA DAN BERJIHAD MEMERANGAI RASUAH SERTA PECAH AMANAH secara istiqamah. apa yang kerajaan pakatan lakukan adalah selaras dengan  ARAHAN allah swt DALAM AL-QURAN AL-KARIM DAN RISALAH ISLAM YANG RASULULLAH SAW TELAH Sampaikan kepada umat manusia.

ALLAH SWT TELAH MENGHANCURKAN PAKATAN AHZAB YANG TERDIRI DARIPADA UMNO, PAS, MCA, MIC DAN BN DENGAN KEKUASAAN ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA MELALUI PRU 14 YANG LALU. ALLAH SWT TELAH MENGHANCURKAN MEREKA DAN MEMALUKAN MEREKA, DIATAS KEJAHATAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.

ALLAH SWT MEMBUKA SEGALA keaiban dan KEJAHATAN, YANG MEREKA SIMPAN DALAM AKTA RAHSIA NEGARA DARIPADA PENGATAHUAN RAKYAT, SEBAGAIMANA KITA KETAHUI BAHAWA MEREKA ADALAH GABUNGAN ahzab MUNAFIK KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

MEREKA  TERBUKTI MENGAMALAKAN AMALAN YANG AMAT KEJI DISISI ALLAH SWT DAN sisi UNDANG-UNDANG NEGARA, umnopas telah MEROMPAK DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA MELALUI AMALAN RASUAH DAN PECAH AMANAH SECARA BERJEMAAH.

SEMOGA MALAYSIA BARU TERUS AMAN DAN MAJU DENGAN PENUH  HARMONI  TANPA UMNOPAS YANG BERSIFAT MUNAFIK.

Najib sudah dibicarakan selama 29 hari dan 42 saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam mahkamah.

Image may contain: 1 person, text

INFOGRAFIK – Perbicaraan #SRC: Sorotan minggu ini (17-20 Jun)

Setakat ini Najib sudah dibicarakan selama 29 hari dan 42 saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam mahkamah.

No photo description available.

Agong beratur beli ayam goreng KFC di Temerloh

Agong beratur beli ayam goreng KFC di Temerloh

Sultan Abdullah mengambil pesanan ayam goreng ketika mencemar duli mengujungi restoran makanan segera di Temerloh, Pahang pada Jumaat. – Gambar Instagram ISTANA NEGARA

TEMERLOH: Pernahkah anda membayangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli mengunjungi restoran makanan segera?

Barangkali, sebilangan besar daripada rakyat Malaysia tidak pernah terfikir baginda akan melakukannya.

Namun, hari ini, keberangkatan baginda di sebuah restoran makanan segera di Temerloh, Pahang mencuri perhatian ramai.

Baginda tanpa rasa kekok beratur bersama pelanggan lain memesan makanan di kaunter.

Rakaman foto baginda di restoran makanan segera itu dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.

BACA: Sisi berbeza: Raja Permaisuri Agong tunjuk teladan isteri mithali di Aidilfitri

Sultan Abdullah yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak serta pegawai pengiring serta memesan Ayam Goreng Kentucky.

Kapsyen yang dimuat naik di Instagram berkenaan itu memaklumkan, baginda menikmati ayam goreng itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

Keberangkatan baginda ke restoran berkenaa tanpa protokol menarik perhatian pengunjung serta netizen.

Rata-rata netizen mengagumi dan memuji kesederhanaan baginda yang disifatkan sebagai raja berjiwa rakyat.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-beratur-beli-ayam-goreng-kfc-di-temerloh-210662

Aset SRC Di Switzerland Dapat Mengurangkan Beban Kewangan Negara

Image may contain: 1 person, close-up

2 PERBEZAAN YANG AMAT BESAR

PH MEMBINA NEGARA + DAP BERSAMA PH MEMERANGI RASUAH DAN PECAH AMANAH

UMNOPAS MERUNTUHKAN NEGARA + PAS BERSAMA UMNO MELINDUNGI PENJENAYAH RASUAH DAN PECAH AMANAH.