UMNO paling banyak terima dana 1MDB – KP SPRM

UMNO paling banyak terima dana 1MDB - KP SPRM

Latheefa Koya menjawab soalan wartawan pada sidang media berhubung permohonan melucut hak melibatkan jumlah dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibatkan jumlah dana bernilai RM270 juta yang diterima daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya mengenal pasti 41 individu dan entiti tempatan yang terlibat di dalam transaksi berkenaan.

“Sebanyak 41 responden telah dikenal pasti dan telah difailkan permohonan untuk lucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

“Ini melibatkan individu, organisasi, syarikat dan mahkamah telah menetapkan tarikh 25 Jun, 10, 24 dan 31 Julai 2019 untuk pengurusan kesemua 41 kes berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Jumaat.

 

Mengulas lanjut, Latheefa juga menyatakan transaksi paling tinggi melibatkan parti UMNO iaitu sebanyak RM212 juta dan ia turut melibatkan satu akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Parti lain termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Wanita MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.

“Antara entiti dan organisasi lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Yayasan Tun Hussien Onn, Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Jakel Trading Sdn Bhd, Habib Jewels Sdn Bhd, Naza Quest Auto Sdn Bhd,” jelasnya.

Sumber SPRM

 

No photo description available.

Sumber SPRM

Menurut Latheefa, langkah berkenaan dibuat bagi mendapatkan semula wang negara melalui transaksi yang paling jelas dikesan berhubung 1MDB dan penerima dana tersebut.

“Ini cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut daripada responden tanpa perlu mendakwa mereka kerana proses pendakwaan akan mengambil masa yang lama.

“Responden juga diminta supaya mengembalikan wang milik 1MDB secara sukarela jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil,” jelasnya.

Sementara itu, Latheefa berkata, sebanyak dua individu telah memulangkan semula RM2 juta wang yang diterima daripada 1MDB kepada pihak berkuasa.

“Jika anda menerima duit haram yang tidak diketahui sumber anda perlu membuat laporan dan mengisytiharkan duit berkenaan bukan duit anda, jika tidak tindakan akan dikenakan termasuk membekukan akaun,” kata beliau lagi.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/umno-paling-banyak-terima-dana-1mdb-kp-sprm-210638?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=21-6-19-umno_paling_banyak_terima_dana

SPRM berjaya memfailkan permohonan bawah AMLA terhadap 41 responden untuk melucuthak bagi mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna. – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya

https://web.facebook.com/MACCFORCE/photos/a.571650393030459/1038263753035785/?type=3&theater

Najib Merompak RM4 Bilion Wang KWAP-Pemimpin Kesayangan Umnopas

 

NAK LABUR projek apa di luar negara sampai nak guna RM3.6 bilion pinjam duit pencen KWAP ??!

Harap selepas ini saksi utama bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin dpt tampil beri keterangan di mahkamah utk membongkarkan satu persatu projek apa yg sgt penting di luar negara itu.

MANA MAU LARI NAJIB !!.. Patutlah Najib & Shafee takut sgt Najib dibicarakan di mahkamah & pelbagai usaha mereka nak tangguh bicara. Rupa²nya bila dah dibicara satu persatu kebobrokan Najib terbongkar.

#SalahGunaKuasa
#SonglapDuitRakyat

 

Bersama YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Memajukan Negara Malaysia

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Our greatest leader all the time ☺️☺️☺️

Dumbno dan pasampah jagan cemburu ya.

– Edmund –

Tun Tidak Sokong Azmin – Fitnah Jahat Umnopas

BERITA RF8
——————–

Satu petikan kata-kata menggunakan nama DS Azmin Ali telah tersebar di media sosial pada pagi ini, susulan itu RF8 telah menghubungi Pejabat DSAA.

“Ini satu fitnah yang terancang dalam usaha menjatuhkan DSAA, dan sekarang cuba melaga-lagakan DSAA dengan Tun Mahathir”

DSAA tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dan masih terus menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir, dan DSAA akan terus berusaha sama-sama membina Malaysia Baharu, menurut kata pegawainya.

Oleh yang demikian, sesuailah kenyataan di bawah adalah FITNAH.

Najib Meluluskan Pinjaman SRC RM2 Bilion Tanpa Mesyuarat Kabinet

Bukankah sebelum ini Najib bermati-matian menafikan kata tidak masuk campur dlm urusan jaminan kerajaan dlm pinjaman duit pesara pencen KWAP berbilion ringgit.

TETAPI HARI INI mahkamah didedahkan oleh saksi bhw mesyuarat kabinet yang dipengerusikan SENDIRI OLEH Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, NAJIB RAZAK pada 8 Feb 2012 telah meluluskan jaminan k’jaan RM2b pada SRC tanpa buat perbincangan dgn menteri yang hadir.

APAKAH MUSLIHAT NAJIB meluluskan jaminan tersebut tanpa berbincang dgn menteri ??!

BANYAK SANGAT DAH KANTOI dlm mahkamah !!..

MANA MAU LARI NAJIB.. Sama2 kita tunggu keputusan hakim kelak Ogos ini.. – SR

#SendiriPinjamSendiriLuluskan
#SalahGunaKuasa

Bukti Jelas Pas Amat Meroyan Ke Putrajaya-Politik Kebudak-budakkan.

Nik Zawawi , Ketua Dewan Ulama PAS berkata

“Dalam Islam kita ikut kaedah yang dibawah oleh Nabi Muhammad SAW. Rasulullah dengan Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan, dia dakwah.

“Tapi dengan Abdullah bin Ubay, dia ‘potong’ (sekat), tak ada kerjasama.”

Kesimpulan daripada kata-kata dia ialah AMANAH ialah ibarat Abdullah Bin Ubay , Ketua Munafik Madinah pada zaman Nabi.

PKR , PPBM, UMNO, Gerakan itu setara dengan Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufyan.

Siapa pula Jemaah Nabi dan para sahabat? Tentu sekali ia merujuk kepada Jemaah sendiri. Jemaah Hollier than thou.

Patutlah amalan takfiri dan sesat menyesatkan begitu subur Di Malaysia Sebab budaya ini didokong, disuburkan dan disebarkan oleh orang yang mengaku “ulamak”. Setara KETUA ULAMA pun macam ni. Jangan tanyalah ahli bawahan yang jahil murokkab. Lagilah tak dapat beza antara AGAMA dengan PARTI POLITIK.

Agong saran selaras fatwa pusat ke peringkat negeri

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bagi isu-isu kepentingan nasional yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan telah diambil maklum oleh Majlis Raja-Raja, maka disyorkan supaya menyelaraskan fatwa berkenaan untuk diterima pakai di peringkat negeri masing-masing.

Bernama melaporkan baginda bertitah syor tersebut untuk menjadikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai fatwa rasmi dan hanya negeri-negeri sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk mewartakannya.

“Penyeragaman fatwa melalui penyiaran fatwa di dalam warta memperlihatkan solidariti negeri-negeri dalam isu-isu yang berkaitan dengan hukum syarak atau fatwa di negara ini.

“Ia juga akan memberikan gambaran dan imej yang positif terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini dalam konteks fatwa,” titah baginda, lapor agensi berita nasional.

Baginda juga dipetik Bernama bertitah terdapat beberapa undang-undang syariah utama telah diseragamkan di negeri-negeri namun masih terdapat satu undang-undang syariah utama yang masih belum diseragamkan iaitu undang-undang kesalahan jenayah syariah.

Baginda bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil sedang berusaha untuk berunding dan berbincang dengan negeri-negeri bagi mendapatkan maklum balas dan persetujuan untuk meminda dan menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri.

Sultan Abdullah menyampaikan titah pada Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri di bawah naungan Seri Paduka Baginda di Istana Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan bersama antara Istana Negara dan Jakim atas inisiatif Seri Paduka Baginda bagi memantapkan agensi-agensi agama supaya mempunyai keseragaman.

Penganjuran majlis itu dilaporkan bertujuan mendapatkan perkembangan hal ehwal agama di negeri-negeri di bawah naungan baginda iaitu Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, baginda selanjutnya dipetik Bernama bertitah pemerkasaan mahkamah syariah perlu dilaksanakan secara menyeluruh bermula daripada penyediaan sumber manusia yang terlatih, kemudahan infrastruktur dan sistem teknologi maklumat yang terkini serta penyusunan semula cara kerja bagi menghasilkan penyampaian perkhidmatan keadilan yang cekap dan efisien.

Titah baginda mahkamah syariah juga mesti diberikan kebebasan melaksanakan pentadbiran keadilan syariah menurut acuan prinsip syarak.

“Sebagai contoh fungsi pengendalian kes di mahkamah syariah tidak terhad kepada pengeluaran perintah sahaja bahkan melangkaui tanggungjawab memantau dan menguatkuasakan perintah yang telah dikeluarkan agar ianya dipatuhi dan dilaksana oleh pihak-pihak tertentu,” titah baginda.

Seramai 27 peserta menghadiri majlis itu termasuk semua pengerusi dan yang dipertua majlis agama Islam negeri, mufti-mufti negeri, para ketua hakim syarie dan pengarah jabatan agama Islam negeri di bawah naungan baginda.

Empat kertas kerja turut dibentangkan pada majlis itu iaitu berkaitan cadangan Pelaksanaan Diat Dalam Sistem Keadilan di Malaysia, Penambahbaikan Pelaksanaan Hadhanah di Malaysia, Penyeragaraman Undang-undang Syariah Negeri-negeri di Malaysia dan Penyeragaman Fatwa Isu-isu Nasional di Malaysia.

https://www.malaysiakini.com/news/480442?fbclid=IwAR2Rz60wl9XoD7xwFIaKTsQQONmMskZLz4CIMJhg3qxglmOVPozBpziFrnM

NAJIB MENGAWAL SRC – Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin, mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini, urusan kerja harian syarikat membabitkan projek pelaburan perlu mendapat persetujuan ‘pihak atas’ iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Suboh, 68, saksi pendakwaan ke-42 berkata, beliau sering mempersoalkannya kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, mengenai penilaian dan pertimbangan projek pelaburan SRC, namun jawapan diberikan ialah ‘ia sudah dipersetujui pihak atas’.

Bagi Suboh yang juga seorang saksi utama perbicaraan kes itu, ‘pihak atas’ yang dimaksudkan kepadanya itu merujuk kepada Najib.

“Nik Faisal akan membalas (persoalan) itu dengan menyatakan perkara berkenaan sudah dibincangkan dan dipersetujui pihak atas,” katanya ketika membacakan kenyataan saksi pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff.

Suboh berkata, walaupun berjawatan Pengarah SRC, beliau tidak boleh membuat keputusan untuk mengarahkan sebarang tindakan diambil kerana semua perkara berbangkit akan dibawa oleh Nik Faisal untuk dibincangkan dan dipersetujui Najib.

“Sebagai contoh, pada Mesyuarat Lembaga Pengarah SRC yang diadakan pada 13 September 2011, saya memberi peringatan dan amaran kepada mesyuarat bahawa ‘landskap perniagaan di Indonesia berbeza daripada Malaysia’ dan SRC perlu berhati-hati dalam membuat pelaburan di sana.

“Begitu juga pada satu Minit Mesyuarat saya menyokong pandangan seorang Lembaga Pengarah Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang menyatakan tiada ‘visibility target data’ dan ‘no clear vision’ bagi cadangan pelaburan di Abu Dhabi. Namun, tiada tindakan diambil atas perkara berkenaan.

“Saya berkata demikian kerana itu tanggungjawab saya sebagai Pengarah SRC untuk memastikan wang SRC dilabur dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Suboh berkata, kebanyakan tindakan berkaitan SRC pula dilakukan oleh Nik Faisal selaku CEO yang akan membentangkan sebarang kertas kerja kepada Lembaga Pengarah untuk diputuskan.

Mengikut Suboh, Nik Faisal juga akan mengambil tindakan susulan bagi setiap projek yang ingin dilaksanakan.
Katanya, bagi SRC sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapat nasihat daripada Najib selaku Penasihat Emeritus.

Beliau berkata, jika terdapat sebarang perkara yang perlu dibawa ke perhatian Najib, tindakan itu akan dilakukan Nik Faisal saja kerana beliau bertindak sebagai penghubung di antara Lembaga Pengarah SRC dan Najib.

“Saya berpendapat sedemikian kerana kerap kali berlaku keadaan sekiranya terdapat surat atau dokumen yang ditujukan secara khusus kepada Najib, Nik Faisal akan menyatakan bahawa surat itu dibawa olehnya untuk berjumpa Najib.

“Walaupun terdapat tindakan SRC yang pada pendapat saya tidak wajar, saya tidak meletakkan jawatan sebagai pengarah kerana saya rasa bertanggungjawab untuk SRC dan wang SRC yang dilaburkan di luar negara.

“Oleh itu, saya kekal dalam Lembaga Pengarah SRC untuk berusaha dan memastikan dana berkenaan dapat dibawa pulang semula,” katanya.

Sementara itu, Suboh berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SRC yang dianjurkan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur, membabitkan geran RM250 juta tidak mematuhi peraturan syarikat walaupun mendapat persetujuan ‘pihak atas’.

Suboh berkata, SRC melantik syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) pada 3 September 2014 bagi menerajui program CSR terbabit dan lantikan dibuat olehnya dan Nik Faisal.

“Namun, jumlah RM250 juta amat besar dan saya menimbulkan persoalan berkaitan syarikat dan isu pematuhan syarat kerana ini membabitkan penggunaan dana SRC.

“Setiap kali isu ini bangkit, Nik Faisal memberitahu perkara ini sudah diuruskan dan dipersetujui ‘pihak atas’,” katanya.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

https://www.bharian.com.my/…/nasional/2019/06/576420/najib-…