Cara Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara – Kesayangan Umnopas Menguruskan Harta Negara

Image may contain: 6 people, people smiling, text

1 perosak1 APCO

Darah Munafik Dalam Pas

Mustapa Bin Hadi

Apabila penunggang agama berkata2

2015 sebagai tahun Allah “menapis darah2 munafik” daripada PAShadi..
-PU Merico, muktamar-

Hebattt..kerja Allah PAShadi takeover..

 

Ahli politik terlibat sindiket penyeludupan di sempadan, dakwa Akhbar

Bekas Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Akhbar Sattar mendakwa ahli-ahli politik Malaysia turut terlibat dengan sindiket penyeludupan tembakau di sempadan negara.

Malah beliau mendakwa berdasarkan maklumat yang diterima polis cawangan khas (SB), hampir 80 peratus pegawai agensi kerajaan yang bertugas di sempadan terlibat dengan rasuah penyeludupan.

“Ini satu perniagaan (penyeludupan tembakau) yang besar. Ahli-ahli politik dan rakyat Malaysia yang berpengaruh yang berkait dengan rasuah juga terlibat dengan sindiket ini.

“Ini satu isu yang sangat serius dan ia perlu diberi perhatian,” katanya dalam majlis perbincangan meja bulat berkenaan penyeludupan tembakau ke Malaysia hari ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam majlis anjuran syarikat British American Tobacco (BAT) itu, Akhbar memberitahu selain kekurangan integriti di kalangan pegawai agensi kerajaan, kekurangan fasiliti agensi penguatkuasa juga merupakan antara punca sindiket berleluasa.

“Sudah semestinya, kita ada pegawai-pegawai berintegriti tinggi di Jabatan Kastam, tetapi beberapa yang lain terlibat dengan rasuah dan sindiket. Kerana ia melibatkan wang yang banyak.

“Membeli tembakau seludup di Indonesia adalah antara AS$40,000 (RM160,000) bagi kontena bersaiz 40 kaki. Mungkin di dalamnya mempunyai 10 juta batang rokok di mana di Malaysia ia boleh dijual dengan (harga) RM2.5 juta.

“Katakan seorang penyeludup membawa masuk enam kontena dan dua daripadanya ditahan agensi penguatkuasa, masih boleh membuat untung,” katanya ketika menjawab soalan moderator, Melissa Idris.

Turut hadir Pengarah Perundingan Impak Ekonomi Eropah dan Timur Tengah di Oxford Economis, Pete Collings; Pengarah Pengurusan Kumpulan MIDF, Charon Wardini; bekas pengarah Afritac South, Kenneth Head dan wakil Siasatan Jenayah Lembaga Hasil Dalam Negeri Konsulat AS-Hong Kong, David Lum.

Beliau menambah,  kumpulan militan seperti Abu Sayyaf turut terlibat dengan sindiket penyeludupan di sempadan.

“Kalau kita tengok sekarang, Abu Sayyaf yang berpengakalan perairan Sabah kurangkan aktiviti culik kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan dan memperolehi wang yang banyak.

“Adalah mustahak kepada kerajaan untuk membendung aktiviti-aktiviti sebegini kerana hasil daripada penyeludupan ini digunakan untuk jenayah terancang,” tambah beliau.

Malaysiakini sedang menghubungi Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Jabatan Kastam untuk mendapatkan maklumbalas berhubung dakwaan berkenaan.

https://www.malaysiakini.com/news/480446?fbclid=IwAR1ObDaArBaoON5BzZbyiyR6O065DvqVU3-i590wUX1ZFtWWDudXrzjkDs0

Bekas Pengarah SRC Takutkan Najib, lari ke Bangkok – Bukti Najib Adalah Pengkhianat Kepada Agama, Bangsa & Negara

“SAYA rasa takut dengan apa yang sedang berlaku kerana Datuk Seri Najib Razak) masih berkuasa menjadi Perdana Menteri pada masa itu,” kata bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pada 2015, beliau ada menghubungi pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat temujanji bagi menjelaskan berhubung SRC yang ketika itu sedang disiasat.

“Sebelum pergi, saya menerima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali supaya tidak pergi ke pejabat SPRM seperti yang dijanjikan dan mengarahkan saya meninggalkan Malaysia.

“Saya rasa takut dan tidak tahu apa yang mungkin berlaku kepada saya dan keluarga. Saya membuat keputusan untuk melarikan diri ke Bangkok, Thailand bersama isteri dan tinggal di sana selama lebih kurang sebulan. Segala kos di sana saya tanggung sendiri,” katanya ketika membaca kenyataAn saksinya di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Saksi ke 42 itu berkata ketika di Bangkok, dia bertemu dengan seorang lelaki Thailand yang menyerahkan tiket penerbangan untuk beliau dan isteri untuk ke Abu Dhabi,

“Di Abu Dhabi, ada orang Arab menunggu saya di lapangan terbang dan saya di bawa ke Hotel Rosewood dan tinggal di sana selama lebih kurang seminggu. Segala kos tiket penerbangan dan penginapan sudah diatur untuk saya tetapi saya tidak tahu siapa yang menanggung kos itu.

“Saya kemudian menaiki penerbangan kembali ke Bangkok dan seterusnya pulang ke Malaysia. Selepas kembali, saya dihubungi Nik Faisal Ariff Kamil yang mengarahkan saya untuk melarikan diri daripada Malaysia untuk mengelakkan diri daripada siasatan pihak berkuasa,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff.

Namun, Suboh mendakwa beliau enggan melarikan diri lagi dan kekal di Malaysia untuk membantu siasatan.

Suboh, 68, memberi keterangan dalam perbicaraan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/467235/takutkan-najib-suboh-lari-ke-bangkok?fbclid=IwAR0uehMdWoq-ZEoS1Ue7Z5wYkwoSIT6x0tdU9j4wseYoj-DVPfZGnhRlezs

 

Jeli Terus Maju Bersama Tok Pa – PH Kelantan

Image may contain: 7 people, people smiling

Anugerah Allah kepada rakyat Jeli.
Terima kasih Tok Pa kerana terus berusaha memajukan Jeli.
Terima kasih untuk bersama PH.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, penyandang kerusi Parlimen Jeli, telah berjaya membawa perubahan besar ke kawasan Parlimen itu.sejak pertama kali dipilih mewakili kawasan itu pada 1994.

Malah, Mustapa, ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan mesra ‘Tok Pa’ mendapat gelaran ‘arkitek perubahan Jeli’ kerana melakukan transformasi ke atas bandar Jeli. Usaha dan kerja keras Mustapa jelas sekali dilihat lebih terancang dan cepat membuahkan hasil.

Bandar Jeli asalnya sebuah penempatan kecil di daerah terpencil Kelantan, tetapi sejak kehadiran Mustapa Mohamed sebagai wakil rakyat Jeli, bandar itu dan kawasan sekitarnya menyaksikan proses transformasi yang ketara.

Pelawat ke Jeli kini menikmati panorama berlatar belakangkan Masjid Bandar Jeli yang tersergam indah, selain daripada bangunan sekolah, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains, Politeknik, ,Pusat Giatmara dan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, yang menerima sokongan padu rakyat, Mustapa membawa pembangunan berpandukan empat teras iaitu meningkatkan syiar Islam, pembangunan pendidikan, penyediaan kemudahan awam dan menjamin kebajikan rakyat.

Dalam meningkatkan syiar Islam, masjid dan surau dibina dan ada yang dibaik pulih.
Beliau memberi perhatian khusus kepada aspek pendidikan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan termasuk mewujudkan Pusat Tuisyen Darul Falah.
Penyediaan dan penambahbaikan dalam kemudahan awam jelas ketara di Parlimen Jeli khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas di mana terletaknya bandar Jeli dan kampus UMK.

Jeli sebagai status luar bandar, beliau seperti juga rakan-rakannya yang lain berasa bangga dengan kewujudan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Bunga, Hospital Jeli, klinik kesihatan, dewan orang ramai, jambatan baharu dan pusat perniagaan kerana pada satu ketika dahulu Jeli jauh ketinggalan daripada segi kemudahan pembangunan.
Segalanya bermula di bawah kepimpinan Dato Mustapa.

Sebagai pemimpin berjiwa rakyat Mustapa sentiasa bersedia memikul amanah rakyat untuk terus membangunkan Parlimen Jeli antaranya menaiktaraf jalan kampung, ruang niaga yang memenuhi keperluan penduduk, melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan membawa projek yang boleh meningkatkan pendapatan penduduk yang majoritinya adalah petani.

Mustapa berazam dan akan terus berusaha untuk memaju dan memakmurkan rakyat jeli.

Mustapa yang pernah memegang Menteri kewangan II,menteri pembangunan usahawan,menteri pertanian dan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berpengalaman luas peringkat nasional dan antarabangsa.Pengalaman itu akan membantunya menarik pelaburan asing dalam memajukan Kelantan.
#DOA RAKYAT JELI AGAR TOK PA DILANTIK MENTERI SEKALI LAGI.

Sejarah Ini Menjadi Bukti, Bahawa Umnopas Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara

Image may contain: text

Sejak Merdeka Perdana Menteri semuanya Melayu,Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu,Menteri dalam Neger dan Menteri Besar kebanyakanya Melayu.

“Ini tidak termasuk Raja-Raja Melayu,tentera dan polis yang majoritynya orang Melayu.”

Justeru tiada alasan untuk mana-mana pihak dakwaan sedemikian melainkan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=693952567712139&set=a.106181736489228&type=3&theater

Haziq dipecat dari jawatan di Kementerian Industri Utama – Terbaik

Ayah Haziq: Polis ceroboh rumah saya

PUTRAJAYA: Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku lelaki dalam video lucah dikaitkan dengan seorang menteri, ditamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Kementerian Industri Utama, dalam satu kenyataan, berkata penamatan perkhidmatan itu berkuat kuasa 18 Jun lalu, susulan pengakuan Haziq sebagai individu yang dirakam dalam video seks yang turut dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

 

“Pihak kementerian memandang perkara ini sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

“Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun 2019,” katanya.

Kementerian Industri Utama, dalam kenyataan sama menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perilaku yang menjejaskan reputasi dan imej kementerian.

 

“Berikutan penamatan ini, pihak kementerian tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan dengan Haziq,” katanya.

Haziq digantung tugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama pada 13 Mei lalu dan dia kemudian menjawab surat tunjuk sebab susulan kes berkenaan pada 14 Jun lalu.

Surat tunjuk sebab dikeluarkan pada 12 Jun selepas Haziq membuat pengakuan sebagai individu yang dirakam dalam video seks yang viral di laman sosial.

Kelmarin, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Tan Yew Chong, dilaporkan berkata keputusan mengenai kedudukan Haziq akan ditentukan oleh Shamsul Iskandar.

 

Difahamkan, antara jawapan dinyatakan Haziq dalam suratnya adalah dia kemurungan berikutan penularan video berkenaan dan memerlukan masa untuk menghubungi kementerian.

Pada 13 Jun, Shamsul Iskandar, pada sidang media khas dilaporkan berkata surat itu dikeluarkan atas beberapa sebab, antaranya kerana syarat dalam kontrak Haziq turut menyentuh soal tindakan yang boleh mencemarkan nama kementerian.

Haziq juga boleh dianggap ponteng kerja kerana tidak hadir bertugas sejak video pengakuannya tersebar.

Video Semburit: Haziq dipecat dari jawatan di Kementerian Industri Utama

Pindah kekuatan ATM Kem Lok Kawi ke Lahad Datu – Terbaik.

Pindah kekuatan ATM Kem Lok Kawi ke Lahad Datu

TAWAU: Kerajaan Pusat didesak supaya memindahkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Lok Kawi ke Pantai Timur, khususnya di Lahad Datu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata gesaan itu sudah dimaklumkan kepada kepimpinan pusat berikutan ancaman lanun yang masih berlaku.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditemui dalam sidang media Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Warisan P.190 Tawau dan P.191 Kalabakan

“Bukan ada lanun di sana (Kota Kinabalu), yang ada ancaman ini di Lahad Datu, Semporna dan Tawau,” katanya, yang percaya masanya sudah tiba untuk pemindahan itu.

Shafie berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Warisan Sabah Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata kepentingan di Pantai Timur khususnya seperti di Lahad Datu bukan hanya melibatkan keselamatan rakyat dan pelancong, tetapi juga pelabur.

“Saya akan bertemu dengan sebuah syarikat pelabur yang berminat melabur dalam bidang hiliran baja bernilai kira-kira RM13 bilion pada hari esok (Khamis),” katanya.

Menurutnya, aspek keselamatan di Pantai Timur dilihat lebih memerlukan untuk sebuah kem tentera kerana ancaman yang ada bukanlah perkara asing kerana sering melanda.

“Kita harap dapat ditingkatkan usaha untuk menempatkan bilangan anggota yang benar-benar diperlukan kerana anggota yang ada (sekarang masih) tidak mencukupi.

“Kita minta supaya ada kelengkapan kemudaha dan saya juga sudah minta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya jangan letak kapal di Kota Kinabalu.

“Buat apa berpusing di Kota Kinabalu? Berpusinglah di sini (Pantai Timur) yang amat memerlukan (kehadiran bot pasukan keselamatan memantau perairan negara),” katanya.

Menyentuh penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pula, Ahli Parlimen Semporna itu berharap perkara terbabit dapat dipercepatkan. – Utusan Borneo

Pindah Kekuatan ATM Lok Kawi Ke Lahad Datu – Shafie

Bagaimana nasib MCA & MIC Dalam BN Selepas Usul taawun siyasi Pas-UMNO diluluskan ???

KUANTAN – Dewan Ulamak Pas sebulat suara meluluskan usul berkaitan taawun siyasi (kerjasama politik) dengan UMNO dan parti lain pada Muktamar Tahunan ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini.
Usul itu dibentangkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Mohd Asri Mat Daud dan diterima semua perwakilan sayap Pas berkenaan.
Mohd Asri berkata, terdapat keperluan mendesak untuk melebarkan pendekatan taawun siyasi dalam politik semasa sebagai asas membina penyatuan ummah dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Justeru katanya, satu garis panduan dan pekeliling perlu digariskan bagi membolehkan semua ahli mengikutinya.
“Pas telah bekerjasama dengan banyak parti politik dan yang terbaharu dengan UMNO.. jadi ia perlu dilaksanakan dengan mengikut mekanisme yang digariskan.
ARTIKEL BERKAITAN: Taawun Pas-UMNO mimpi ngeri PH
“Justeru, saya cadangkan kepada kepimpinan Pas Pusat supaya mengeluarkan garis panduan dan pekeliling agar semua dapat mematuhinya dengan baik,” katanya ketika mencadangkan usul berhubung taawun siyasi yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pas.
Beliau berkata, taawun siyasi perlu menjadi rujukan penting dalam strategi dan pendekatan semasa Pas terutama dalam usaha meluaskan dakwah serta menegakkan tuntutan syariah dalam usaha menyatupadukan ummah.
Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, Pas boleh menerima semua parti sekiranya mereka boleh menerima Islam.
“Kalau mereka boleh menerima Islam, kita mengalu-alukan jalinan kerjasama itu,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33538/KHAS/Muktamar-Pas/Usul-taawun-siyasi-Pas-UMNO-diluluskan?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Usul taawun siyasi Pas-UMNO diluluskan&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/33538/KHAS/Muktamar-Pas/Usul-taawun-siyasi-Pas-UMNO-diluluskan?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Usul%20taawun%20siyasi%20Pas-UMNO%20diluluskan&utm_content=&utm_term=