Bicara Ekslusif bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai tokeh Judi di negara kita

Bicara Ekslusif bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai tokeh Judi di negara kita.

#RF8

https://web.facebook.com/RF8Malaysia/videos/606705926503430/

SILA DENGAR SENDIRI VIDEO DI ATAS.

Pinda perlembagaan, henti pembalakan, lombong di kg Orang Asli

Image may contain: 1 person, text

Menteri Besar Kelantan ada kuasa penuh ke atas segala urusan tanah dan hutan di peringkat negeri Kelantan.

Permit membalak atau melombong mesti melalui kelulusan MB Kelantan. Habis digondol hutan Kelantan sehingga berlaku banjir besar & pencemaran alam.

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2389045564640400/?type=3&theater

 

Kejadian ramai penduduk Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang meninggal dunia terdapat spekulasi ia berpunca daripada pencemaran punca air masyarakat tersebut.

Penghulu Kampung Kuala Koh Mamat Pokok pada 8 Jun lalu dipetik media berkata penduduk mula diserang penyakit sejak Ramadan dan mengesyaki ia berpunca daripada pencemaran sumber air.

Mamat Pokok mengesyaki ia berpunca daripada pencemaran air tandak oleh aktiviti perlombongan berdekatan.

Bagaimanapun, semalam, media melaporkan hasil uji kaji sampel air di kawasan berkenaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mendapati tiada pelepasan sisa dari lombong bijih mangan berdekatan kampung tersebut.

Setakat ini, punca sebenar penyakit yang mengorbankan 14 nyawa Orang Asli setakat ini, masih dalam siasatan dan belum dapat dimuktamadkan.

Biarpun punca penyakit dihadapi penduduk belum dapat dipastikan, kejadian yang berlaku telah mencetuskan perdebatan dan kesedaran tentang kebajikan dan hal ehwal Orang Asli yang masih kurang mendapat perhatian, dalam kes ini di Kampung Kuala Koh Gua Musang.

Bagi Pengerusi Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia Cawangan Gua Musang, Nasir Dolah, aktiviti yang boleh menjejaskan kehidupan Orang Asli seperti pembalakan dan perlombongan perlulah dihentikan di kawasan berhampiran perkampungan Orang Asli.

“Sebarang aktiviti perlombongan, perladangan dan pembalakan diminta elakkan dilaksanakan berhampiran penempatan Orang Asli.

“Banyak kes seperti ini yang tidak diketahui umum. Sebelum ini di Kampung Kelaik, Pos Blau ada kematian seorang warga emas akibat air perlombongan dilepaskan dan di Kampung Angkek, RPS Kuala Betis, juga seorang kematian akibat keracunan sumber air,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas tentang kebajikan Orang Asli di Kuala Koh, menurut Nasir yang juga merupakan aktivis Orang Asli, perkara utama yang perlu diutamakan oleh pihak kerajaan ialah kemudahan asas seperti bekalan air untuk komuniti tersebut.

“Isu kekurangan kemudahan asas seperti (bekalan) air ini bukan sahaja berlaku di Kuala Koh, malah keseluruhan penempatan Orang Asli di Gua Musang menghadapi isu sama.

“Tambahan pula jika kami menggunakan sumber air sungai dan jika pencemaran berlaku di hulu sungai ini akan memberi kesan kepada penduduk,” ulasnya.

Tambahnya lagi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan projek air terawat untuk Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), dakwanya, 80 peratus daripada projek tersebut gagal kerana tiada pemantauan, ketirisan dan salah guna kuasa oleh pihak atasan.

“Apa yang penting, setiap projek yang disalurkan kepada Orang Asli saya harap ada pemantauan oleh pihak atasan dan perlu mendapat kerjasama penduduk setempat supaya tidak tergendala […] sekaligus dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” tambahnya lagi.

Pendapat sama dikongsi Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil (gambar) yang berpandangan, undang-undang berkaitan perhutanan perlu dipinda agar aktiviti perlombongan dan pembalakan dapat dibendung bagi melindungi sumber penghidupan masyarakat Orang Asli.

“Tukar undang-undang perlembagaan (berkaitan perhutanan). Tiada lagi pembalakan dan perlombongan. Kasihan pada Orang Asli, mereka dah tak ada makanan.

“Kalau mahu pindahkan mereka, Orang Asli ini kita tak boleh tukar adat resam mereka. Mereka suka hutan. Biarlah mereka dengan hutan, dan hutan itu mereka jaga, untuk kita juga (turut mendapat manfaat).

“Selagi tak tukar perlembagaan yang ada sekarang ini, di mana menteri besar mempunyai kuasa penuh ke atas tanah dan hutan, selagi itulah kita akan terus kehilangan hutan dan negara bertambah miskin. Itu saya berani cakap,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Shariffa merupakan antara individu yang sempat turut ke Kampung Kuala Koh pada 10 Jun bagi melawat perkampungan itu sebelum ia ditutup oleh pihak berkuasa.

Menurut Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Senarai II dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan, menyatakan bahawa isu tanah (termasuk penerokaan, pemajuan, pemuliharaan, lesen atau permit untuk mencari gali bagi lombong), perhutanan dan air adalah tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Asyik-asyik kata (penebangan hutan untuk balak, lombong) itu untuk ekonomi negeri. Ekonomi siapa? Itu ekonomi untuk poket mereka lah. Bukan untuk rakyat.

“[…] Apa yang terjadi pada Orang Asli ini (di Kuala Koh) adalah permulaan terhadap keburukan yang akan terjadi kepada kita di bandar nanti,” katanya lagi.

Masalah kesihatan yang melanda Kampung Kuala Koh dikatakan bermula sejak awal Ramadan lalu.

Daripada 14 kematian, dua daripadanya disahkan akibat radang paru-paru oleh bedah siasat yang dijalankan di Hospital Gua Musang.

Pada 12 Jun, Kampung Kuala Koh diisytiharkan sebagai zon merah dan ditutup daripada dikunjungi sesiapa kecuali pegawai agensi kerajaan tertentu seperti polis forensik serta anggota operasi bagi pencarian mayat Orang Asli yang disemadi secara adat.

Pencarian semula mayat Orang Asli itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap mayat untuk mengkaji punca kematian.

Bagi Anggota Dewan Negara, Senator Husam Musa, beliau berpendapat pandangan kedua perlu didapatkan bagi membantu siasatan kematian Orang Asli di Kuala Koh.

“Sefaham saya, di negara-negara lain, bila isu seperti ini berlaku, pihak yang lain seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dipanggil untuk mendapatkan pandangan kedua supaya kita dapat melihat keputusan itu secara lebih konklusif dan komprehensif,” katanya kepada Malaysiakini.

Husam merujuk kepada siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mendapati tiada sebarang pelepasan sisa dari lombong bijih mangan di Aring 10 yang terletak 3 kilometer dari perkampungan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendedahkan dapatan itu, selepas JAS mengambil sampel di kawasan lombong mangan dan tandak air di kampung tersebut sejak 9 Jun lalu.

“Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada 12 Jun 2019 secara keseluruhannya mendapati kualiti air di lokasi persampelan tersebut adalah mematuhi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan bagi air mentah,” kata Wan Azizah.

Mengulas lanjut, Husam menyarankan JAS untuk mendedahkan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan untuk ujian sampel air yang dilakukan kerana berpendapat pensampelan air dan ujian haruslah dilakukan dengan lebih menyeluruh dan berjangka panjang.

Tambah Husam lagi, selain penilaian kesan alam sekitar (EIA), pihak berwajib turut perlu mengkaji penilaian kesan sosial (SIA) sesuatu projek terhadap masyarakat setempat.

“Dua isu perlu difokuskan. Sebab utama kematian yang belum ditentukan, dan kedudukan perlombongan dan perladangan yang mungkin memberi impak kepada masyarakat setempat.

“Dalam amalan negara-negara lain, mereka bukan sahaja ada EIA, tapi juga penilaian kesan terhadap sosial (SIA). Jadi kita belum ada SIA dilakukan. Bila berlaku kematian seperti ini (di Kuala Koh), mustahak juga SIA itu ditekankan,” tambahnya lagi.

Pada 10 Jun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah menyangkal dakwaan penyakit disebabkan pencemaran air kerana radang paru-paru ialah penyakit bawaan udara.

Beliau turut tidak pasti tentang aktiviti perlombongan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kelmarin, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri sedang meneliti permohonan permohonan lesen sebuah syarikat perlombongan bijih mangan berhampiran perkampungan tersebut .

“Kita sedang perhati laporan akhir itu dan membuat kajian, kalau tak ikut kepatuhan kepada peraturan maka Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sudah semestinya akan bertindak,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/479788?fbclid=IwAR2MaQRpc-8AC5Zryr2V3_SbtsCyOVVVMhZBO7AS27Je4neu96xGixbx7PY#.XQWtHpPab3w.facebook

Awie Cheng and Mohd Syahiran Muhammad

15 Kematian Dalam Kes Kuala Koh

Image may contain: 1 person, text

Ketika negeri PH dilanda pencemaran di Sungai Kim Kim dulu bagai nak gila meroyan PAS suruh isytihar darurat wpon tiada satu pon kematian dicatatkan.

TETAPI bila negeri Kelantan sendiri dikuasai PAS terpalit dgn isu pencemaran yg telah mengakibatkan kematian terkini sehingga 15 orang malah dijadikan zon merah di kawasan tersebut, kenapa PAS jadi bisu tak menyalak saran isytihar darurat ??!

Cambridge Union: Penonton tertarik syarahan Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapannya sempena lawatan kerja di The Cambridge Union Society hari ini. – Foto BERNAMA

 

CAMBRIDGE (United Kingdom): Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan dengan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu menyampaikan syarahannya di Cambridge Union pada Ahad.

Suasana bising sekumpulan kecil penunjuk perasaan di luar, bagaimanapun terus tenggelam dengan syarahan tanpa teks Tun Mahathir dalam dewan Cambridge Union Society, yang berjaya menarik pendengar dengan syarahannya mengenai kisah dari zaman penjajahan British hingga ke masalah yang dihadapi negara dan dunia pada masa kini.

Sebahagian yang hadir menyatakan, syarahan itu tidak banyak berbeza dengan yang disampaikan di Oxford Union, kerana Perdana Menteri berusia 93 tahun itu tetap dalam pendiriannya dalam banyak isu, termasuklah isu pembangunan negara regim Israel atas kesengsaraan dan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan pendirian negara terhadap LGBT.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapannya sempena lawatan kerja di The Cambridge Union Society hari ini. Turut hadir Speaker dari Jawatankuasa Kesatuan Pelajar Cambridge Adam Davies (kiri). – Foto BERNAMA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapannya sempena lawatan kerja di The Cambridge Union Society hari ini. – Foto BERNAMA

Beliau juga turut menceritakan bagaimana Malaysia mengubah tumpuannya daripada Barat ke Timur dan kegusaran terhadap peminggiran negara-negara kecil oleh negara besar.

Pendengar yang hadir juga tertarik apabila Tun Dr Mahathir menyatakan dalam bahasa Inggeris, mereka tidak maksudkan apa yang mereka katakan.

“Sebagai contoh, di Parlimen, Speaker Dewan tidak dibenarkan untuk bercakap. Malaysia adalah anggota ‘Commonwealth’, namun tidak banyak persamaan (common) dan kekayaan (wealth) yang dikuasai negara tertentu. Inggeris akui Sultan orang Melayu sebagai pemerintah, namun mereka tidak mempunyai kuasa. Jadi apabila mereka mengkritik kita sebagai diktator, saya rasa mereka tidak maksudkannya,” katanya sambil disambut dengan ketawa dan tepukan.

Selepas syarahannya, jawapan Dr Mahathir untuk soalan terakhir daripada pendengar juga membuatkan mereka ketawa. Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan akan masih menjadi kerajaan dalam pilihan raya yang akan datang, Dr Mahathir dengan bersahaja menjawab: “Ia bergantung pada anda, jika anda undi kami, kami akan kembali”.

Turut hadir di syarahan tersebut, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Pendengar syarahan itu termasuklah pelajar universiti Cambridge, pelajar Malaysia di UK dan juga rakyat Malaysia di UK. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/575003/cambridge-union-penonton-tertarik-syarahan-tun-m

Dr Mahathir memeriahkan sambutan Aidilfitri di London

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra dengan tetamu ketika menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi di Templewood Gardens, London. – Foto BERNAMA

LONDON: Beratus-ratus tetamu hari ini memeriahkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi di Templewood Gardens, di sini.

Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK), menambah seri kepada majlis berkenaan.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Sadiq Abdul Rahman. Hadir sama, anak perempuan Dr Mahathir, Marina.

Jemputan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga asing, diraikan dengan sajian Malaysia antaranya sate, ketupat, lemang, nasi ayam, kuih-muih hari raya dan teh tarik.

Mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Dr Mahathir dan merakam gambar sebelum Perdana Menteri berlepas ke Cambridge untuk menyampaikan ceramah kepada Cambridge Union.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Mohamad Sadik Kethergany memberitahu media Malaysia kira-kira 3,000 tetamu dijangka berkunjung ke majlis itu hari ini.

Dr Mahathir, ketika mengalu-alukan kedatangan tetamu itu, berkata beliau terkejut apabila melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang tinggal di London.

“Ayuh rakyat Malaysia, pulanglah ke tanah air dan bantu kami membina semula Malaysia,” katanya kepada tetamu yang kelihatan ingin benar untuk bertemu beliau.

Sementara itu, Qaisy Jaslenda yang bekerja sebagai arkitek di London sejak lebih tiga tahun lalu, berkata majlis sambutan rumah terbuka itu membantu menyemarakkan semula semangat rakyat Malaysia.

Qaisy yang berasal dari Shah Alam berkata beliau bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Orang ramai yang melihat saya berjalan ke sini dengan berbaju Melayu dan berkain samping berkata saya kelihatan hebat,” katanya yang bangga dengan warisan Malaysia itu.

Balqis Azhar dari Gombak, Kuala Lumpur, seorang pelajar undang-undang tahun tiga di Queen Mary University of London berkata majlis itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertemu dan menjalin atau mempereratkan semula tali persahabatan.

Qaisy dan Balqis berkata suasana di majlis itu “bagaikan berada di tanah air meskipun kami jauh di perantauan”.

Wai Lum, pelajar lepasan ijazah di Birkbeck, Univerity of London, berkata beliau amat menyukai suasana seperti di Malaysia yang dapat dirasai pada majlis itu.

Pemuda dari Kuala Lumpur itu mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perakaunan dan kewangan. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574953/dr-mahathir-serikan-sambutan-aidilfitri-di-london?fbclid=IwAR25MaZVJL6kovCqFg2EALOFXXyDzwQ4HjLt3keFt5zD7ItJzNVwjL7tZQY

 

Ucapan Cambridge Union: Penonton tertarik syarahan Tun Mahathir

Ucapan Cambridge Union: Penonton tertarik syarahan Tun Mahathir

CAMBRIDGE (United Kingdom): Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan dengan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu menyampaikan syarahannya di Cambridge Union pada Ahad.

Suasana bising sekumpulan kecil penunjuk perasaan di luar, bagaimanapun terus tenggelam dengan syarahan tanpa teks Tun Mahathir dalam dewan Cambridge Union Society, yang berjaya menarik pendengar dengan syarahannya mengenai kisah dari zaman penjajahan British hingga ke masalah yang dihadapi negara dan dunia pada masa kini.

Sebahagian yang hadir menyatakan, syarahan itu tidak banyak berbeza dengan yang disampaikan di Oxford Union, kerana Perdana Menteri berusia 93 tahun itu tetap dalam pendiriannya dalam banyak isu, termasuklah isu pembangunan negara regim Israel atas kesengsaraan dan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan pendirian negara terhadap LGBT.

Beliau juga turut menceritakan bagaimana Malaysia mengubah tumpuannya daripada Barat ke Timur dan kegusaran terhadap peminggiran negara-negara kecil oleh negara besar.

Pendengar yang hadir juga tertarik apabila Tun Dr Mahathir menyatakan dalam bahasa Inggeris, mereka tidak maksudkan apa yang mereka katakan.

“Sebagai contoh, di Parlimen, Speaker Dewan tidak dibenarkan untuk bercakap. Malaysia adalah anggota ‘Commonwealth’, namun tidak banyak persamaan (common) dan kekayaan (wealth) yang dikuasai negara tertentu. Inggeris akui Sultan orang Melayu sebagai pemerintah, namun mereka tidak mempunyai kuasa. Jadi apabila mereka mengkritik kita sebagai diktator, saya rasa mereka tidak maksudkannya,” katanya sambil disambut dengan ketawa dan tepukan.

Selepas syarahannya, jawapan Dr Mahathir untuk soalan terakhir daripada pendengar juga membuatkan mereka ketawa. Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan akan masih menjadi kerajaan dalam pilihan raya yang akan datang, Dr Mahathir dengan bersahaja menjawab: “Ia bergantung pada anda, jika anda undi kami, kami akan kembali”.

Turut hadir di syarahan tersebut, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Pendengar syarahan itu termasuklah pelajar universiti Cambridge, pelajar Malaysia di UK dan juga rakyat Malaysia di UK.

— BERNAMA

Gay marriage in Malaysia a no-no, repeats Dr Mahathir

Prime Minister Dr Mahathir Mohamad addressing the crowd at Cambridge University in the UK yesterday. He says Malaysia will not accept certain practices even though they are deemed by the West to fall under human rights. – Facebook pic, June 17, 2019.

MALAYSIA will not recognise same-sex marriage, Dr Mahathir Mohamad reiterated in his Cambridge Union talk yesterday.

Defending the traditional marriage institution, the prime minister described same-sex marriage as a “regressive way of thinking”.

https://www.themalaysianinsight.com/s/161640?fbclid=IwAR1hrkqmeJJWfU23YVKawd5Btb_YMLP-v10hR_StBwiyLDfvJfQ81nNDHF0