Terima kasih Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kerana berani menyiasat ahli politik VVIP atau ‘ikan besar’ dalam negara

Image may contain: 1 person, text

Terima kasih Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kerana menerajui SPRM dahulu sehingga berani menyiasat ahli politik VVIP atau ‘ikan besar’ dlm negara yg mana sebelum ini adalah satu mustahil ketika BN berkuasa utk SPRM sentuh, siasat & heret Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Ku Nan, Shafee Abdullah, Musa Aman, Shahidan Kasim, Azeez Rahim, Isa Samad, Bung Moktar & ramai lagi ‘jerung’ ke mahkamah. – SR

Kerajaan negeri menyifatkan krisis kesihatan yang dihadapi masyarakat Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang kini sebagai jangkitan penyakit biasa.

Datuk Mohd Amar Abdullah

Mohd Amar ketika menjawab soalan pemberita selepas mesyuarat ‘pre-council’ Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyifatkan krisis kesihatan yang dihadapi masyarakat Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang kini sebagai jangkitan penyakit biasa.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, bilangan 14 orang penduduk yang dikatakan maut akibat radang paru-paru juga boleh dipersoalkan kerana yang rasmi setakat ini hanya dua orang sahaja.

Dalam masa sama, Mohd. Amar berkata, penyakit radang paru-paru yang dialami penduduk adalah sejenis penyakit bawaan udara sekali gus menolak dakwaan ia akibat sumber air yang tercemar.

“Rekod 14 (maut) itu pun macam mana, kalau ikut polis pun tak ada rekod, kalau baca kenyataan dikatakan mayat dikebumi secara senyap-senyap sahaja, tak ada maklumat, yang rasmi dua (kematian) sahaja.

“Sekarang ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan dan polis pun sudah turun, kita serahkan kepada mereka (menyiasat), kita nak arah-arah pun mereka lebih tahu bidang tugas dia.

“Kalau kita ambil pandangan pihak hospital, isu ini isu jangkitan biasa, tambah-tambah dengan kedudukan Orang Asli yang tinggal di pedalaman, kurang makanan dan sebagainya, ia menambah masalah (kesihatan) yang ada,” katanya selepas mesyuarat ‘pre-council’ Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di JKR 10 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kematian 14 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang sejak 2 Mei lalu.

Sehingga kini, baru dua daripada 14 yang maut dibedah siasat dan disahkan disebabkan radang paru-paru.

Dalam masa sama, sebanyak 83 daripada 186 penduduk Orang Asli suku kaum tersebut disahkan dijangkiti penyakit tersebut termasuk dua yang sedang kritikal di hospital.

Sementara itu, Mohd. Amar berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan JAKOA untuk memindahkan penduduk ke lokasi yang lebih selamat.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri juga setakat ini belum menerima sebarang permintaan dari JAKOA untuk peruntukan makanan dan lain-lain bantuan kepada suku kaum Batek tersebut namun bersedia jika diperlukan.

“Sekarang ini tindakan pindah dalam pertimbangan JAKOA tetapi kita difahamkan ada sebahagian mereka telah bergerak keluar sendiri dari tempat tersebut.

“Kita kena ingat sifat Orang Asli ini dia tidak suka duduk setempat, terutama suku kaum Batek ini berbeza dengan suku Temiar dan lain-lain, mereka lebih suka bersendirian, itu antara isu kita kena ambil kira,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini sedang menunggu laporan penuh dan terperinci daripada semua agensi terlibat yang dijangka bermesyuarat petang ini dengan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad. – K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/terkini/orang-asli-kuala-koh-ini-jangkitan-penyakit-biasa-mohd-amar-1.914903?fbclid=IwAR0aoQ-0GrXOnnplvXbTKg3iOCdVi_yZtpkEMSUjh83SwEhB3VTF0fdWG08

Hubungan Istana dan Kes Kuala Koh

No photo description available.

No photo description available.

Hasnul Zulkarnain

12 hrs

Ismad Shahril bgtau kawasan yg melibatkan kematian orang asli di gua musang melibatkan org Istana Kelantan. Mohon pihak PDRM Kelantan buat siasatan kpd Ismad kerana tuduhan yg blh menjejaskan nama baik istana Kelantan. Ismad Shahril

Ini aatu tuduhan yang berat pada istana kelantan , mohon #PDRMsiasat dakwaan ini…

https://www.facebook.com/100000996800229/posts/2386527338057136/

Kerajaan Kelantan Sepatutnya Melindungi Orang Asli

Image may contain: 17 people, people smiling

Image may contain: 7 people, people sitting and outdoor

Image may contain: 9 people, including Anuar Azhan, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, standing, crowd and outdoor

Image may contain: outdoor and nature

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’. Sejak sekian lama masyarakat orang asli Gua Musang dan pencinta alam mendesak agar hutan dilindungi.

Kami meminta, merayu, mendesak agar aktiviti pembalakan dan perlombongan di penempatan masyarakat orang asli Gua Musang dihentikan. Kami khuatir sungai dan hutan tempat masyarakat orang asli mencari rezeki akan tercemar dan musnah sekalis gus menjejaskan kehidupan mereka.

Kerisauan kami sebelum ini telah pun menjadi kenyataan. Nah, sekarang salah siapa? Salah mereka yang menghalang aktiviti pembalakan dan perlombongan atau salah kerajaan negeri yang meluluskan.

Undang-undang menjadi benteng kekebalan kerajaan negeri untuk tidak mengendahkan rayuan masyarakat orang asli dan menghalalkan kemusnahan alam semulajadi.

Pemuda PH Kelantan sebelum ini turut bersolidariti bersama masyarakat orang asli turut dikecam dan tidak disenangi oleh mereka yang taksub dengan kepartian.

Bagi mereka, segala teguran, rungutan dan bantahan terhadap kerajaan negeri adalah berunsur politik. Kerana mengejar laba duniawi, hati mereka tertutup dari melihat kesan-kesan kerosakan alam semulajadi.

No photo description available.

‘Zamihan fitnah Amanah kutip zakat’ Staf JAKIM Malaysia

Status Facebook Zamihan Mat Zin pada 7 Jun 2019 yang mendakwa Amanah mengutip duit zakat dengan meletakkan gambar resit dengan logo parti itu merupakan satu fitnah.

Walaupun status di Facebooknya itu meletakkan tanda soal kononnya bertanya mengenai kesahihan resit tersebut, namun beliau kemudian menulis kenyataan fitnah dan sengaja memburukkan imej Amanah dengan mendakwa agama Islam semakin rosak apabila dijadikan alat politik kepartian.

Berdasarkan gambar yang dipaparkan akaun Facebooknya, ternyata dalam resit itu tidak menyebut langsung tentang pembayaran zakat sebaliknya resit tersebut adalah pembayaran yuran ahli.

 Justeru, saya mencabar Zamihan supaya meletak jawatan sebagai pegawai Jakim yang telah membuat fitnah dan melanggar integriti penjawat awam.

Beliau sepatutnya berhenti berselindung di sebalik kedudukan sebagai penjawat awam di Jakim dan turun ke gelanggang politik jika mahu berterusan membuat kenyataan palsu dan bersifat provokasi terhadap Pakatan Harapan.

Saya juga mendesak pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jakim mengambil tindakan segera terhadapnya yang jelas mencalar nama baik pendakwah dengan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.


ZULNAZMI ZULKIFLI ialah exco Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan.

Surat ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://www.malaysiakini.com/letters/479012?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3rooQi5LRhWujpfWUegG_OjNM672Pm2AtxMcD5U6kDozXfq0VO5qfxUNU

‘Najib adalah ‘ultimate bos’ saya’

Image may contain: 1 person, smiling, text

Najib ‘bos sebenar’, ada pengaruh atas KWAP !!!

Bekas CEO Kumpulan Wang Persaraan, Azian Mohd Noh, memberitahu mahkamah Najib Razak ialah “bos sebenar” (ultimate boss) justeru bekas perdana menteri itu mempunyai pengaruh atas keputusan badan tersebut membenarkan pinjaman dibuat kepada SRC.

Semasa disoal peguam pendakwaan, Ishak Mohd Yusoff, Azian berkata walaupun tidak terikat dengan kewajiban perundangan, Najib tetap mempunyai pengaruh sebagai menteri kewangan kerana SRC dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan.

MANA MAU LARI NAJIB !!!

Makin lama skandal Najib songlap duit rakyat dibongkarkan dlm mahkamah, makin byk tembelangnya terbongkar satu persatu..

 

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Diperbadankan (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh. – Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Diperbadankan (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh tidak menafikan Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengaruh dalam keputusan dana persaraan itu meluluskan pinjaman kepada SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Azian ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff berkata, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib mempunyai pengaruh ke atas kelulusan permohonan pinjaman pada 2011 dan 2012 itu.

“Pernyataan dalam surat permohonan pinjaman (SRC International) adalah daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada perbicaraan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

“Dia adalah ‘ultimate boss’ saya, jadi saya tidak dapat menafikan ada pengaruh tertentu.

“Tidak ada paksaan berdasarkan undang-undang tetapi saya tidak boleh mengatakan perkara sama bagi maksud ‘pengaruh’,“ katanya.

Dalam perbicaraan terdahulu, Azian memberitahu mahkamah, pinjaman sebanyak RM4 bilion oleh SRC International adalah jumlah terbesar pernah dipersetujui agensi dana persaraan itu.

Azian berkata, KWAP meluluskan pinjaman pertama RM2 bilion kepada SRC pada 2011 dan pinjaman kedua juga berjumlah RM2 bilion pada 2012.

Azian selaku saksi ke-38 pendakwaan adalah CEO pertama KWAP yang dilantik pada Mac 20017 sehingga Mac 2013 dan turut dilantik sebagai Ahli Ex-Officio kepada Lembaga Pengarah KWAP.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/572611/najib-adalah-ultimate-bos-saya?fbclid=IwAR2jfeuCNGQu_0IvoqlG3MYskevrZhB24v_kjm-f7PZHkGWbdwa4TDWI5ic

Skandal Lombong Bijih Mangan, Presiden PAS Terima RM10 Juta?

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

“Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.


“Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

“Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

“Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri,” dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

“Saya tidak fikir tandatangan bagi ‘Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas’ lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

“Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

“Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden,” tegasnya.

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

“Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

“Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

“Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera,” tambahnya lagi.

ULASAN GB

Ya, GB bersetuju dengan ayat-ayat di tiga perenggan terakhir itu.

Jika benar laporan yang diviralkan itu, PAS nampaknya sudah mula menggantikan perangai UMNO. Makan duit rakyat Kelantan tanpa rakyat Kelantan mengetahuinya!

https://greenboc.blogspot.com/2016/11/bongkar-skandal-lombong-bijih-mangan.html?m=1&fbclid=IwAR0bMJt9p0XxOZFNuaKZNNXD4IyBFX_RI2SBbSXRRHqN0F889dY7ZsYFBHg

Duit Masuk Dalam Akaun 1MDB & SRC Najib Tak Tahu Tetapi Duit Masuk Dalam Akaun Lain, Semua najib Tahu.

Image may contain: 1 person

Terlalu Awal Nak Kata Punca Penyakit Dari Perlombongan – Dr Pakar Mohd Amar

Image may contain: 2 people, text

Masa Sg Kim Kim dulu.. Puak ni la yg mati mati mohon isytiharkan darurat, walaupun tanpa sebarang kematian.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, people walking and outdoor

Ni dah 14 kematian, masih cuba mengalih perhatian..

Dasar sembang babi pun boleh terbang.

Create your website with WordPress.com
Get started