Felda Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu Najib Razak

Image may contain: 4 people, text

Tun M Lantik Latheefa Koya Untuk Buka Kes

Image may contain: 2 people, text

Kenapa BN dan ahli2nya diam bila Gani Patail tiba2 ‘bersara’ dan Najib secara tergesa2 melantik Apandi Ali menggantikan Gani Patail?

Lebih ajaib lagi, sebaik saja Apandi Ali menjadi Peguam Negara, terus umumkan Najib tak bersalah. PENDAKWAAN BELUM PUN BERMULA!

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika

Ringgit meneruskan momentum meningkatnya berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini, menongkah arus berbanding mata wang serantau lain berikutan asas ekonomi Malaysia yang stabil.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1580/1620 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1760 pada paras penutup Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Seorang peniaga berkata peningkatan ringgit disokong oleh data perdagangan dan Indeks Pengurus Pembelian Nikkei kukuh yang dikeluarkan awal minggu ini, yang menunjukkan kedudukan ekonomi Malaysia lebih mantap berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain ketika ini.

“Dengan kelembapan ekonomi global serta peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat, China, India dan Mexico, ancaman tarif baharu akan berterusan.

“Oleh itu, kekuatan kita adalah mempunyai asas ekonomi kukuh sebagai sandaran,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dengan harga minyak berdepan tahun yang sukar, pasaran itu mula memberi kesan kepada ekonomi global.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.8333/8381 daripada 3.8614/8652 pada paras penutup Selasa, naik berbanding pound kepada 5.2761/2816 daripada 5.2851/2910 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6865/6931 daripada 4.6930/6980.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik sedikit kepada 3.0468/0509 daripada 3.0487/0520 pada paras penutup Selasa.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/478789?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR13jOwJcXWKm1ctp6TfescW0dgCoZisxD_-3ETB74eMuMuzVTSoESxdrhI

Geng Lawyer Buruk Kelantan Sentiasa Menyalahkan Orang lain

Image may contain: text

Salahkan pengguna tak bayar bil pula.. Nak bayar macam mn servis ke laut.. Lps tu salahkan kerajaan pusat pula.. Senang la kan menyalahkan mana2 pihak dengan tidak mengakui kelemahan diri sendiri

Hebat kerajaan sanjungan abd Abdul Samad Mahmood

Abdullah Zawawi Ibnu Wahab

 

Ketelusan Malaysia Tarik Kembali Pelabur Global

KUALA LUMPUR – Majoriti pelabur dijangka akan kembali ke Malaysia selepas tertarik dengan usaha kerajaan dalam menghapuskan rasuah selain peningkatan tahap ketelusan, kata seorang ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi IQI Global, Shan Saeed berkata keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara sedang bertambah, selepas mula melihat kejayaan dalam inisiatif menambah baik tahap ketelusan kerajaan.

Ini dicerminkan melalui aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama yang merekodkan realiasi FDI tertinggi dalam sejarah Malaysia iaitu sebanyak RM21.7 bilion atau peningkatan 94.8 peratus.

Beliau ketika bercakap kepada Bernama baru-baru ini menjelaskan keputusan Malaysia untuk meneruskan sebahagian daripada projek-projek mega termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur akan melonjakkan lagi keyakinan pelabur asing.

“Di samping itu, Malaysia juga mempunyai asas fiskal serta lembaran imbangan yang kukuh,” katanya.

Mengambil kira krisis perdagangan Amerika Syarikat (AS) dengan China dan ketidaktentuan global, beliau meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar akan berkembang antara 4.5 peratus hingga 4.3 pada suku kedua.

“Dengan krisis AS-China yang masih berterusan, termasuk beberapa ketidaktentuan yang lain, pelabur sedang memakai pendekatan tunggu dan lihat,” katanya.

Mengenai ringgit, beliau menjangkakan nilai mata wang itu akan menokok pada suku kedua berikutan pengukuhan harga minyak yang dijangka kekal sekitar AS$65.50 setong, ditambah dengan harga komoditi yang semakin stabil, khususnya minyak sawit.- Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31534/BERITA/Nasional/Ketelusan-Malaysia-tarik-kembali-pelabur-global?fbclid=IwAR3kgzCVPOiYPTiMM6KKJDEwrensuiisAen6HLlmnPhnWZyBfBhx-TENpz4
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Punca Kematian Orang Asli Di Kelantan

Image may contain: sky, tree, grass, outdoor and nature

MALAPETAKA SUDAH TIBA (4)

Kg. Kuala Koh
Gua Musang
Kelantan

Sabtu
08 Jun 2019
04 Syawal 1440H

Khamis ada satu kematian dan semalam, Jumaat juga ada satu kematian. Mengikut kiraan kami bersama Batin Kuala Koh dan MPKKOA Aring 5, sudah ada 14 kematian sejak awal Ramadhan lalu.

Adakah ini tidak cukup serius utk pihak berkuasa negeri dan persekituan bertindak? Atau masing2 masih dalam ‘mood raya’? Serahkan saja nasib krang asli Kuala Koh pada takdir…

Saya ingin copy & paste di sini maklumat2 dan kenyataan2 yg dibuat oleh agensi berkaitan, utk dinilai oleh para netizen.

KES KELMARIN
1. Bil. Pesakit dibawa keluar 30 orang ke KK Aring 1 dan KK Ciku 3
2. Bilangan yàng sampai ke HOGUM 17 orang. Dihantar ke HKK 3 orang kerana agak teruk masih tinggal di HOGUM 14..
3. Pengiring 6 orang
4. Wad 2A telah dikosongkan dan ditempatkan kesemua pesakit dari Kuala Koh sahaja..
5. Kes KLUSTER PULMUNORY TUBERKULOSIS (PTB)..
6. Dijangka akan menyusul seramai 13 orang lagi…

– JAKOA GUA MUSANG

Saya baru dihubungi oleh Jab. Pediatrik Hospital Kuala Krai. 4 orang kanak-kanak dari Kuala Koh yg sedang dirawat telah beransur pulih. Diagnosis mereka semua adalah bronchopneumonia with severe malnutrition. Insya Allah semua mereka akan dirujuk ke Hospital Orang Asli, Gombak utk rehabilitasi pemakanan selepas ini. Team kami akan ke sana pada isnin depan. Insya Allah.

– HOAG

Salam. Berikut maklum balas PKMJ Gua Musang utk makluman awal.

👇🏻

Assalamualaikum..
Makluman awal..
Kes yang sama seperti sebelum ini..
Faktor kebersihan dan persekitaran yang menjadi punca penyakit ini..kerana orang asli susah memberi kerjasama bagi mendapat rawatan awal daripada jabatan kesihatan..
Pelbagai bantuan dalam bentuk makanan, pakaian dan kewangan telah disediakan oleh agensi kerajaan dan NGO…
Dalam tindakan DO dan ahli politik tempatan..
JAKOA akan memaklumkan pada JKM sekiranya diperlukan bantuan..
Sekian tk

– JAKOA

JKM Tanah Merah on standby Nak bagi food from depoh. Masaalahnya JAKOA kata tak perlu.. Dah banyak NGO dan JAKOA sedang bantu…

– JKM

Team pkdgm akan masuk k koh esok (Ahad) bersama polis dan jakoa utk risk assessment..

-PKD GUA MUSANG

Dari komunikasi dan kenyataan2 di atas menunjukkan isu kematian dan penyakit penduduk Kuala Koh tidak berapa diambil berat atau tidak dianggap satu krisis yg perlu diberi perhatian serius. Ada pihak yg menuduh kami sengaja membesar-besarkan isu remeh orang asli di sini yg tidak mahu bekerjasama dgn pihak kesihatan dlm soal rawatan dan cara hidup mereka yg pengotor. Ada juga ahli politik yg tidak berapa gembira dgn tindakan kami ini.

Pihak IPD Gua Musang juga ada hubungi saya dan menyoal siasat tentang artikel Sahabat Jariah yg mendapat perhatian ramai, terutama tentang jumlah kematian. Saya bekerjasama dan memberi fakta2 yg saya dpt terus dari Kuala Koh melalui Batin dan MPKKOA. Akhirnya pihak polis mempercayai saya apabila berlaku lagi 2 kematian Khamis dan Jumaat senalam yg dilaporkan terus kepada mereka. Pihak polis menghantar anggota masuk utk mengambil mayat dan dibawa ke hospital.

Isu yg lebih penting sekarang adalah kekurangan makanan di kalangan orang asli tersebut. Sudah berapa lama mereka tidak ke hutan mencari makanan kerana sakit. Mangsa yg paling teruk adalah wanita dan kanak2 yg sgt ketara kelaparan. Jika pihak JKM & JAKOA masih berdolak-dalik dlm soal menghantar bantuan makanan, kami akan cuba dapatkan dana bagi membekalkan mereka makanan dgn segera. Paling penting perut mereka perlu diisi dahulu, kerana jika mereka dlm kepalaran, batuk dan selsema pun boleh membawa maut.

Marilah kita rakyat Malaysia doakan kesejahteraan masyarakat kaum Bateq di Kuala Koh ini. Moga dengan kemasukan anggota Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, JAKOA dan polis hari ini dapat merangka satu tindakan bersepadu membantu masyarakat org asli di sini.

Banyak surat khabar telah mula siarkan berita tentang isu Kuala Koh ini termasuk dari luar negara. Kita bukan mahu cari salah sesiapa, tapi mari gembeling usaha selamatkan mereka…

Johan Halid
0162007999
luxjohan@gmail.com
#sahabatjariah

P.S – terima kasih kepada sahabat2 yg prihatin.

Money Flows In Najib’s Accounts

Image may contain: 1 person

https://web.facebook.com/infografikph/photos/basw.AbqYqEPFVVlBqdyeo-N12sKFkz95eg9hbIk5PddZ2FDts8T0N3zfYZSV-xa0ScNVNw6ECYRMAn9Q848QsjfPlqH-0pBRN6hZElvVpYysKMjPipD3wfa_kwt9I7wQh4nHmRoX64tL5BflYOBpkeO5ZKb_.2330546940603965.2327007367624589.2352818998376759.2356747644650561.2356199434705382.2319788468346479/2330546940603965/?type=1&opaqueCursor=Abr077CXcyMY1VzWu9GhcQG9h4BDbvAjoU3fzcxuxcDz395KB9-oyqmi6ZiRh7bg7cFPZlRa6oTZhyl5Me4vM7erC6w-2KGN0999ZYH3ausiylG88UhekjyjNRrcqiF9NA9vDMUhrFFiCJ2X1IX5knZNqE9VBsxVtjr-K20RXIco3ZDPh_VSymEtHLRxXn_KhUYGkupOIwMhqrs6-qF92dZCSgoTOEBxPavzbfW_niwV5Iy7iSDO9eKNB72mTLuJgKdrP8h_x7EKOhZ4SgKxirnwRFL2zpwJzLZ142bifLMAZz3f15DkJMaBL3plQDb0nLbIYFNoFoqyyy9yTq3jNQ3uXw8juCKisBHdP-YYDbYWI-f_OEOU4_niUbVypCIN_2KVqNGWl1IqB_EhKPLTqm8hOT99ei_ZNurplUSqDbnlR2p_gPXH6FuduELFD2PYApM0daIINUR3Puu3cFb1b7__AT9_hdIi1ReLRBjz6cHOmZrc9gxdiKrI61NspoEwVqGa_rK7S1xdcvy72CFrwcx3T3RDzSXX2TU7qbBlTVsjOAc0JunCyr0A9ACMxMlR-sohyf1FtVOxoRjkK0kykDcjs9gCoBiAQ6A4vh2T4nBeXB5beuua9QgKUnaIYFnE8U3y2gX-Av7z3LcUkkHqbmUEY0QODTgBDeVKkYwwNWGIit7PdFty7NYRY8lqkhn2aD4&theater

Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malasia 2019