TGNA Tokoh Perpaduan Ummah – Hadi Tokoh Pemecah Belah Kaum Dan Pencetus Perbalahan Agama

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text

Contohi dan Belajar dari Akhlak Nabi dan Tok Guru Nik Aziz..

1- Rumah kediaman Tok Guru hanya disebelah Masjid Pulau Melaka, tidak sampai 10 langkah dari pintu Masjid.. Tapi bila Tok Guru terima kunjungan dan kedatangan rombongan bukan Islam dikalangan penganut Hindu dari Selangor, Tok Guru pelawa mereka masuk ke Masjid, lalu mendoakan Hidayah dan kebaikan untuk mereka..

2- Begitu juga dengan kedatangan Pemimpin DAP Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham, Almarhum Tok Guru Boleh saja Memanggil mereka datang ke rumah Tok Guru, Tetapi mereka di pelawa masuk ke dalam Masjid.. Inilah adalah Hikmah dan Dakwah yang diajar oleh junjungan Besar Nabi Saw.. Sebagaimana Hadis Nabi..

Lalu beliau membawakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Utsmaan bin Abil ‘Aash

اَنَّ وَفْدَ ثَقِيفٍ قَدِمُوا على رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَنْزَلَهُمُ الْمَسْجِدَ لِيَكُونَ أَرَقَّ لِقُلُوبِهِمْ

“ Bahawasanya utusan suku Tsaqif datang menemui Nabi (SAW), maka Nabipun memasukkan mereka ke dalam mesjid agar hati mereka lebih lembut ”

3- Hukum Bukan Islam Masuk ke Masjid..

Imam Al-Bukhari di dalam kitab sahihnya dengan judul

بَاب دُخُولِ الْمُشْرِكِ الْمَسْجِدَ

“Bab Masuknya seorang musyrik dalam masjid”,

lalu beliau membawakan sebuah hadis dari Abu Hurairah..

بَعَثَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ

“Rasulullah(SAW) mengutus pasukan berkuda ke arah Najd, maka pasukan tersebut membawa seseorang dari bani Hanifah, orang tersebut bernama Tsumamah bin Utsaal, maka mereka pun mengikatnya di salah satu tiang masjid ”

(Shahih Al-Bukhari no 457).

Imam An-Nawawi berkata, “Hadis ini menunjukan bolehnya mengikat tawanan dan menahannya, serta bolehnya memasukkan orang kafir dalam masjid.

Dan Mazhab Imam As-Syafi’i adalah bolehnya memasukan orang kafir dalam masjid dengan izin seorang muslim, sama saja apakah orang kafir tersebut dari kalangan Ahlul Kitab atau selain mereka”

(Al-Minhaj syarah Shahih Muslim 12/87, lihat perkataan Imam As-Syafi’i dalam Al-Umm 1/54)

Demikian juga Imam Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya memberi judul sebuah bab dengan judul

بَابُ الرُّخْصَةِ فِي إِنْزَالِ الْمُشْرِكِيْنَ الْمَسْجِدَ غَيْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِذَا كَانَ ذَلِكَ أَرْجَا لإسْلاَمِهِمْ وَأَرَقَّ لِقُلُوْبِهِمْ إِذَا سَمِعُوا الْقُرْآنَ وَالذِّكْرَ

“ Bab rukhsahnya memasukkan kaum musyrikin ke dalam masjid selain al-masjidil haram, jika dengan hal itu diharapkan kepada mereka , lebih mudah dekat kepada Islam dan lebih melembutkan hati mereka tatkala mereka mendengar ayat Qur’an dan dzikir (mau’izah) ”

4- Abaikan Kelompok Pelampau Agama da Ashabiyah..

Dalam isu ini abaikan pandangan kelompok pelampau Agama dan Ashabiyah, Biarpun mereka itu Ulama,Mufti mahupun Sultan.. lebih utama menjaga nama baik Islam dari menjadi asbab mereka jauh dari Islam walaupun kita setuju, Masjid mesti dijauhkan dari Politik kepartian.. mesti dijauhkan ucapan tentang parti dan Politik.. Itu sebab mereka yang memeluk ISlam di Dunia Eropah hari ini jauh lebih ramai dari Negara Islam sendiri..

Jauhi Kelompok Khawarij dan Ashabiyah yang bermudah mudah menghukum Aqidah sesama muslim.. Sebarkan dakwah dan mesej kebaikan Islam, hatta dimanapun walaupun di dalam Gereja..

Ipohmali

3 Jun 2019
29 ramadhan

 

Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Turun 3.9% Apabila Menteri Kewangan Negara Tidak Mencuri

No photo description available.

“secara keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan telah turun 3.9 mata peratusan,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau juga berkata komitmen kewangan lain yang dimulakan oleh pentadbiran terdahulu termasuklah pembayaran pajakan PPP dan lain-lain liabiliti seperti 1Malaysia Development Berhad.

Komponen berkenaan telah turun 6.8 mata peratusan kepada 15 peratus berbanding KDNK pada 2018 daripada 21.8 peratus pada 2017, katanya.

“Penurunan 6.8 mata inilah yang membenarkan kerajaan untuk mengurangkan tanggungan hutang dan liabiliti kerajaan secara keseluruhan dalam tempoh setahun,” jelas beliau.

Sumber Infografik: Bernama

1 NAJIB ZALIM
Bukti Najib Pengkhianat Kepada Rakyat, Bangsa, Agama Dan Negara.
Inilah kerja pemimpin yang diperjuangkan oleh umnopas.

NIKMAT TERBESAR BUAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA

NIKMAT TERBESAR BUAT  UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DAN MAMPU MENGUBAH WATAK SESEORANG ULAMAK KEPADA WATAK BUKAN ULAMAK, ALLAH SWT TELAH PAMERKAN KEPADA KITA SEMUA, RAKYAT MALAYSIA. WATAK SEORANG ULAMAK YANG MULANYA WARAK DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT TETAPI TELAH BERUBAH MENJADI  KHADAM KEPADA UMNO DAN JUGA KHADAM KEPADA NAJIB SERTA KHADAM KEPADA MCA DAN MIC. SETELAH MAKAN RASUAH,  SEGALA-GALA BERUBAH. HADI KINI TIDAK MALU BERBOHONG DAN TIDAK MALU BERKAWAN DENGAN PEROMPAK WANG NEGARA. DULU HADI  AMAT BENCI KEPADA NAJIB SEHINGGA MEGHUKUM ORANG UMNO SEKULAR DAN KAFIR TETAPI SEKARANG HADI AMAT SAYANG KEPADA NAJIB. DULU HADI KATA UMNO AMAT JAHAT TETAPI SEKARANG UMNO AMAT BAIK SERTA HADI UMNO SEKARANG  BERJUANG UNTUK ISLAM DAN BANGSA MELAYU. SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA UMNO ADALAH PARTI PALING RASUAH DAN PALING BIJAK MENIPU RAKYAT SERTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA TANPA ADA PERASAAN MALU KEPADA ALLAH SWT DAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

يا مقــلـبا  ا لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك

‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta’atik’

Ertinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas
ketaatan kepadamu”
(HR.Muslim, No. 2654)

1 HADI FAKIR

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

KERAJAAN ISLAM KELANTAN LELONG TANAH REZAB MELAYU (KOMERSIAL).

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/15/kelantan-lelong-tanah-komersial-dan-rezab-melayu/

 

Elakkan orang politik serah zakat – Mufti Perlis

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta agar tugas penyerahan zakat tidak diberi kepada orang politik bagi mengelakkan dijadikan kempen politik kepartian.

“Isunya bukan sama ada zakat itu boleh diwakilkan atau tidak.

“Isunya, jika ruang itu dibuka, maka dalam konteks negara demokrasi pilihan raya, ia akan dijadikan ruang untuk berkempen politik kepartian menggunakan agama, atau lebih khususnya zakat,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook.

Menurut Dr Asri, beliau menghargai titah Raja Perlis sebelum ini yang mengarahkan orang politik tidak diizinkan menyerahkan zakat daripada Majlis Agama Islam Perlis (Maips) kepada golongan asnaf.

“Ini bagi mengelakkan salah tujuan atau dijadikan kempen politik kepartian.

“Maka, sepanjang saya bertugas, hanya DYMM Raja Perlis ataupun DYTM Raja Muda Perlis sahaja yang menyerahkan zakat.

“Jika tiada, maka orang yang diperkenankan oleh DYMM Raja atau DYTM Yang Dipertua Maips. Pastinya mereka bukan dari kalangan orang politik,” katanya.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit mencetuskan kontroversi apabila mengedarkan kit kit bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada penduduk Islam.

Bagaimanapun, tindakannya itu dipertahankan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor yang menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.

Menurut Wan Salim berdasarkan sudut hukum fikah, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah.

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad pula berpendapat meskipun ia tidak menjadi satu kesalahan, namun adalah tidak manis bagi golongan bukan Islam menyampaikan zakat.

Mengulas lanjut, Asri berkata umat Islam perlu meminimakan penyalahgunaan agama bagi tujuan kempen politik kepartian yang mempunyai agenda yang bersifat kelompok dan peribadi.

“Ini kerana penyalahgunaan agama untuk kepentingan politik kepartian merupakan musibah besar kepada Umat ini.

“Seseorang ilmuan agama hendaklah mengambil kira realiti ini dalam mengeluarkan fatwa atau pandangan hukum apabila membincangkan isu siapakah yang boleh menyerahkan zakat kepada asnaf,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/478396?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1trLp9IQgJumcwZL-2ipGzZFDopMPP04aTfqNwFl3LUUVYY_jXyms4DXo

Amanah Finance House (AFH) berjaya mengutip sehingga RM30 juta dalam tempoh dua tahun

AFH sasar jana RM30 juta dalam dua tahun

BUKIT BARU 3 Jun – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menjangkakan Amanah Finance House (AFH) mampu mengutip sehingga RM30 juta dalam tempoh dua tahun untuk pemberian kredit kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan bawah sederhana (M40) untuk memulakan perniagaan.

Katanya, institusi yang ditubuhkan sebagai hub pembangunan usahawan dan pemberi pinjaman pemilikan rumah itu akan diperluaskan ke seluruh negeri dalam usaha menambah jumlah dana sedia ada.

“Sebagai sebuah badan pemberi pinjaman kredit, institusi ini juga akan dibangunkan sebagai hub pembangunan usahawan sebagai pelan jangka sederhana yang akan diaktifkan sebagai pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil yang sukar mendapatkan pinjaman terutama B40 dan M40.

“Kita juga melaksanakan peminjaman pemilikan rumah, namun dana sedia ada amat terhad mungkin RM4 juta ringgit dan ia akan dikembangkan ke peringkat negeri supaya dapat mencari badan penyumbang dana dan bekerjasama dengan agensi yang mempunyai dana besar untuk mengukuhkan dana institusi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan AFH di sini baru-baru ini.

Mengulas isu pemberian sumbangan bubur lambuk oleh seorang paderi di Melaka kepada pemandu jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini, beliau mahu semua pihak tidak mempolitikkan isu berkenaan.

“Bagi saya pemberian sepanjang bulan Ramadan tidak perlu dipolitikkan dan kerajaan negeri tidak akan
menghalangnya,” katanya.

https://melakakini.my/afh-sasar-jana-rm30-juta-dalam-dua-tahun/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

BANTUAN KHAS AIDILFITRI BUKTI KERAJAAN MENDENGAR KERESAHAN PENEROKA FELDA

UMNO BN MENCURI DUIT FELDA, PH MEMBERI DUIT KEPADA PENEROKA FELDA. WALAUPUN UMNO BN BELUM MENGEMBALIKAN WANG FELDA YANG MEREKA CURI.

Keputusan untuk memberi bantuan khas RM300 kepada 112,635 peneroka Felda membuktikan kerajaan memahami keresahan peneroka yang dihimpit masalah kewangan untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Pemuda AMANAH Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, perkara ini sememangnya menjadi harapan mereka sejak dari awal lagi selepas mendengar dan meninjau keadaan sebenar peneroka di Felda.

“Kami ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas ini. Berita ini sudah pastinya memberi kelegaan kepada peneroka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda AMANAH Perak juga memuji tindakan pro aktif pihak kerajaan yang turut mengarahkan Felda supaya membuat bayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PDH ) kepada peneroka yang terlibat.

Di samping itu, katanya, perkembangan ini juga menunjukkan pihak kerajaan memahami keresahan peneroka dan sedia mencari jalan untuk memberi bantuan meskipun sebanyak RM 6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan telah pun diluluskan untuk penstrukturan dan pengukuhan operasi Felda.

Justeru, beliau berharap permintaan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya peneroka menjual hasil kepada kilang yang diiktiraf kerajaan dapat dipenuhi sebagai balasan atas ihsan pihak kerajaan memberikan insentif kepada peneroka.

“Semoga dengan pemberian ini akan dapat sedikit sebanyak membantu peneroka Felda membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri seterusnya mengukuhkan hubungan antara peneroka, FELDA dan kerajaan dalam menjayakan program-program yang dirancang pada masa depan,”katanya.

Bantuan khas Aidilfitri bukti kerajaan Mendengar Keresahan Peneroka Felda

 

Apakah yang mereka maksudkan dengan ‘infaq wajib Ramadan’ yang sama dengan jumlah zakat fitrah itu? – Dr Maza

No photo description available.

Apakah yang mereka maksudkan dengan ‘infaq wajib Ramadan’ yang sama dengan jumlah zakat fitrah itu? Jika ia zakat fitrah, mereka tiada hak mengumpulkan kutipan tersebut. Jika bukan zakat fitrah, apakah yang dimaksudkan dengan ‘wajib’ di situ? Kewajipan syarak, ataupun kewajipan ‘parti’? Kewajipan syarak mesti dengan dengan dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Jika kewajipan parti, atas alasan apa?
Jika wajib, orang yang tidak bayar berdosa? Jika hanya satu pihak wajib, apakah pihak itu berdosa jika tidak bayar? Apa hukum mengutip harta awam dengan menggunakan nama hukum ‘wajib’ padahal itu tidak benar? Atas apa kuasa mereka mewajibkan dan mengutip?
Di sinilah bahayanya penggunaan nama agama untuk politik kepartian jika membawa kepada keadaan yang seperti ini.

Bagaimana Nasib Rakyat Tendong Menjelang 1 Syawal Bersama YB Pas ?

Nasib Rakyat Tendong Menjelang 1 Syawal.

Hari ini saya didatangi seorang warga emas yg hilang sumber pendapatan akibat kecederaan, meminta bantuan bagi menyambut hari raya.

Beliau mengadu telah cari YB Tendong (PAS) di rumah tetapi diberitahu tiada, kemudian pergi ke pejabat YB, juga tiada.

Saya hulurkan bantuan, berikan nombor telefon saya dan mengambil perincian kesusahan beliau untuk tindakan lanjut termasuk anak OKU beliau.

Saya cadangkan supaya YB Tendong (PAS) mempermudahkan urusan aduan bagi rakyat untuk mengadu dengan:
1) Memastikan pejabat khidmat senantiasa dibuka dan mempunyai petugas yang berkesan.
2) Memaparkan nombor telefon YB kepada rakyat agar mudah dihubungi.
3) Mengenalpasti rakyat yang susah bagi diambil tindakan penyelesaian.
4) Melaporkan gerakerja dan tindakan yang telah diambil dan masih belum selesai khasnya melibatkan kesusahan rakyat.
5) Membuat pengistiharan harta kepada rakyat

Dr.Mujahid Adalah Menteri Agama Yang Tidak Tahu Cara Bertindak, Punca Pembangkang Semakin Berani Mengkritik Menteri Agama & Kerajaan PH.

Image may contain: 1 person, smiling, text that says "Ahmad Fadhli Shaari @FadhliShaari Menteri Agama kata Islam benarkan buka puasa di kuil. Bukan isu Islam benarkan atau tidak, isunya kesesuaian dalam konteks semasa, jika begitu, tiada dalil Al-Quran bahawa Menteri Agama mesti muslim, bolehlah Guan Eng jadi Menteri Agama? Translate Tweet"

Sekali lagi kenyataan Pemimpin PAS yang bertaraf Ulama’ yang akalnya kedepan meninggalkan otaknya di belakang..

Pada permulaannya Fahdli membicarakan tentang kesesuian dalam konteks semasa..

Ana fikir dia dapat berlapang dada dengan kesesuaian yang belbagai yang mungkin berbeza dengan kehendak dirinya.. 

Akan tetapi sangkaan ana meleset.. Bila kiasannya sengaja meletakkan kesesuaian LGE di posisi Menteri Agama..

Alasan beliau adalah sebab bukan satu kesalahan dari sudut beragama.. Dan ia tiada dalil yang melarang sekali pun..

Sungguh jauh akal Fadhli berkias untuk mematikan hujah kononnya berbuka di kuil bukanlah satu kesesuaian..

Dalam masalah ini bukanlah Fadhli ingin membicarakan tentang kesesuaian sangat sebenarnya.. Apa yang dilotankar sekadar ingin menyatakan secara jelas yang mana agenda perkauman dan agama ini perlu dibakar setiap masa supaya hayat PASUMNO tidak tamat begitu sahaja..

Kalaulah bukan atas alasan agenda itu.. Maka Fadhli akan berlapang dada dengan alasan kesesuaiannya.. Kerana kesesuain itu memerlukan ijtihad yang berbeda mengikut kehendak dan suasana..

Sekian..

Setiausaha Agung Umno menganggap salah seorang anggota kabinet PH, Dr Mujahid Yusof sebagai jahil.

Malah Annuar Musa turut menyarankan menteri terbabit agar belajar daripada salah seorang penceramah terkenal di negara ini.

“Jahilnya menteri… sila ikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus,” ciap bekas menteri kanan itu di Twitter petang ini.

Mengiringi ciapan tersebut ialah pautan kepada berita Malaysiakini mengenai Mujahid.

Melalui berita itu Mujahid meminta umat Islam di negara ini tidak fobia dengan sebarang majlis yang diadakan di rumah ibadat agama lain selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu program seperti berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir di Gudwara Shaib d Johor pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu.

Katanya tujuan utama penganjuran majlis berkenaan adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Minta buat rujukan

Malah, katanya majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/478370?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3adAdRSPvwPTJvKTNDI10U0PFlmHgjoF57agJKK3W2StTPXoTl2HJKNEk

 

NOTA :

TERLALU BANYAK LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT BERKAITAN DR MUJAHID, TETAPI TIADA TINDAKAN SUSULAN PIHAK BERWAJIB SETAKAT INI.

Tun M Cabar AG, Buktikan Wang 1MDB Masih Ada.

Image may contain: 1 person, smiling, text

2 Jun 2017

Oleh keranaa rasuah bekas peguam negara jadi tali barut najib.

Belajar tinggi-tinggi pun tunjuk bodoh pasal rasuah.