KERAJAAN PH MENTERNAK AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

1 HINA AGAMA LAIN1 PENDAKWAH SESAT DI MALAYSIA

1 A SESAT.1 B SESAT1 C SESAT1 D

HABIB UMAR YANG DIRAGUI AQIDAHNYA DIBERI RUANG DAKWAH DI MALAYSIA?

Putrajaya, 20 Oktober 2017: Satu tinjauan yang dibuat berkaitan program Maulid Akhbar, Forum Perdana pada 25 Oktober 2017 di Masjid Putra, Putrajaya mendapati orang-ramai hairan mengapa pendakwah seperti Habib Umar masih diberi ruang dakwah di Malaysia.

Ini susulan aqidahnya diragui apabila sering mendakwa kononnya berjumpa atau melihat Nabi secara jaga atau Yaqazah. Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri menghukum sesat sesiapa yang mendakwa dapat beryaqazah seperti yang diputuskan terhadap Abuya Ashaari dan Pertubuhan Al-Arqam suatu masa dahulu.

Satu pendedahan lagi mendakwa penyelewengan terbesar khsusnya dalam masalah aqidah yang dikatakan cuba dibawa Habib Umar seperti isu ‘madad’ (meminta pertolongan) kepada roh orang mati, sembelihan bagi dipersembahkan kepada orang mati, serta ibadah haji di kubur yang dianggap keramat.

Bagi isu sembelihan, Habib Umar didakwa menfatwakan kebolehan menyembelih haiwan korban bagi dipersembahkan kepada mayat khususnya yang berada di dalam kubur-kubur orang soleh yang dianggap keramat dengan memberikan perumpamaan bila mana seorang manusia menyembelih haiwan lalu memasaknya bagi dihidangkan kepada tetamu yang diundang ke rumah.

Bagaimanapun, fatwa Habib berkenaan dibantah dengan membawakan sekalian banyak dalil mengenai sembelihan yang sepatutnya ditujukan hanya kepada Allah semata-mata sepertimana yang tertera dalam Al-Quran pada surah Al-An’aam ayat 162-163, Al-Kauthar ayat 1-2, Al-Isra’ ayat ayat 23 dan hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dan Ahmad yang berbunyi: “Allah melaknat seeorang yang menyembelih kepada selain daripada Allah”.

Sebuah laman web juga memaparkan visual rakaman video Habib Umar yang dikatakan sedang memimpin para pengikutnya seolah-oleh mengerjakan tawaf ‘haji’ dengan menziarahi kubur Nabi Hud a.s. Tidak cukup dengan itu, video tersebut turut memperlihatkan bagaimana para pengikut pendakwah berkenaan mempercayai bahawa dosa seseorang akan terhapus sejurus bermandi di sungai yang terletak berdekatan kubur Nabi Hud yang terletak di Yaman itu.

Bagaimanapun perkara itu dibantah apabila ianya seakan sama dengan upucara yang dilakukan penganut Hindu di Sungai Tigris mahupun upacara baptis yang terdapat dalam agama Kristian, sedangkan Al-Quran dan Hadis sahih tidak pernah menyebutkan tentangnya.

Bagi isu meminta pertolongan kepada roh mayat, laman web berkenaan mendedahkan bahawa Habib Umar berfatwa akan keharusan meminta kepada roh orang mati khususnya orang soleh atas alasan kedudukan mereka lebih hampir kepada Allah setelah menempuh alam ghaib (barzakh). Hal itu jelas bertentangan dengan firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat ke-3 yang menceritakan bagaimana kepercayan kaum Musyrik yang menyembah berhala dengan alasan bahawa perkara itu akan lebih mendekatkan mereka kepada Allah sedekat-dekatnya.

Dalam mendedahkan penyelewengan Habib Umar, laman web tersebut turut menyertakan bersama fatwa yang bersumber daripada ‘link’ URL yang dihubungkan terus ke laman web kendalian tokoh pendakwah itu di dalam bahasa Arab di samping disertakan sekali terjemahannya ke bahasa Inggeris.

Beberapa tahun lalu, laporan akhbar Utusan Malaysia mendedahkan seramai 10 tokoh pendakwah asing bergelar “syeikh” dan “habib” termasuk Habib Umar yang dibawa masuk ke Malaysia dipantau kerana didakwa mempunyai kaitan rangkaian dengan tarekat sufi tertentu yang sedia diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan atas sebab menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai mazhab anutan rasmi rakyat Malaysia.

Orang ramai bertanya: “di mana pihak berkuasa agama? Diharap dapat segera mengambil tindakan dan memastikan program ini dibatalkan. Kerajaan perlu sensitif isu aqidah umat. Apakah beliau mempunyai tauliah mengajar di sini dan apa kelayakan beliau untuk mengupas isu pengaruh mazhab dan aqidah Syafie di dalam membentuk keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara?”

– Sasaran Berita

Link kesesatan beliau ketika mendakwa melihat Nabi:

https://youtu.be/pUzOf5VT0qs

https://youtu.be/iQT5TjlQHG8

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s