Najib Menghalang Tugas Pegawai Penjawat Awam Menjalankan Tugas.

Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berhubung pemecatan bekas peguam negara Abdul Gani Patail dan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015.

Rayer mendakwa selain pemecatan itu, Najib turut membuat rombakan besar-besaran terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.

“Saya ada membaca satu artikel oleh Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan berhubung tindakan Najib memecat serta merombak pegawai-pegawai kerajaan pada Julai 2015.

“Berikutan gesaan dibuat beliau (Lim Kit Siang), saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana jika tiada laporan polis, pihak berkuasa (polis) tidak boleh menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis dibuat Anggota Parlimen Jelutong berkenaan.

Apabila Orang bukan Islam yang berfikiran waras dapat menghidu bau kebusukkan bangkai umnopas

Image may contain: 1 person

UMNO PAS takkan puas hati sehingga lah terjadi rusuhan kaum kali ke 2.. sbb itulah rancangan terbesar mereka utk mendapat kuasa kembali..

Bukti Jelas Umnopas Menghina Agama Hindu & MIC

1 HINA AGAMA LAINccee0-182070_177830402249215_7920779_n

1 PENDAKWAH SESAT DI MALAYSIA

1 Hina MIC & Agama Hindu

Mokhtar Zain Bulan Ramadham sepatut nya mengumpul pahala….tapi peliknya ada yg hobinya kumpul dosa.

Image may contain: 2 people, people standing and text

Dr Mujahid Yusof Rawa #skmm #pdrm budak Shamsul lebai serban sekilo ini teringin raya dalam lokap kerana politik agama😠🤒

Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB
Sumber https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215015762207119&id=1221664263 — at Taif Mountains.

Image may contain: 3 people, people standing and text

Tak terkejut jika modus operandi ini dilakukan oleh puak² penunggang agama kerana mmg itu sifat tabi’i mereka, apatahlagi setelah PAS bersetubuh haram bersama UMNO secara rasmi.

https://web.facebook.com/shamshulfaisal.abdulwahab/posts/10215015762207119

https://web.facebook.com/groups/1912147758998071/permalink/2291889031023940/

c/c: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia PDRM Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Dr Mujahid Yusof Rawa

Bulan Ramadhan adalah bulan penyuburan taqwa dan iman. Amat malang ada yang rakus memfitnah dan memburukkan maruah orang lain dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Terkini saya ditunjukkan seorang pengguna Facebook bernama “Shamsul Faisal Abdul Wahab” yang memuat naik gambar yang diedit dengan meletakkan wajah saya yang saya yakin dengan tujuan memburukkan maruah saya.

Inilah bahana budaya takfiri yang sudah semakin menjadi-jadi dengan wujudnya satu golongan yang sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama secara melampau.

Laporan kepada pihak berwajib telah dibuat.

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, hat and text

HABIB UMAR YANG DIRAGUI AQIDAHNYA DIBERI RUANG DAKWAH DI MALAYSIA?

Putrajaya, 20 Oktober 2017: Satu tinjauan yang dibuat berkaitan program Maulid Akhbar, Forum Perdana pada 25 Oktober 2017 di Masjid Putra, Putrajaya mendapati orang-ramai hairan mengapa pendakwah seperti Habib Umar masih diberi ruang dakwah di Malaysia.

Ini susulan aqidahnya diragui apabila sering mendakwa kononnya berjumpa atau melihat Nabi secara jaga atau Yaqazah. Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri menghukum sesat sesiapa yang mendakwa dapat beryaqazah seperti yang diputuskan terhadap Abuya Ashaari dan Pertubuhan Al-Arqam suatu masa dahulu.

Satu pendedahan lagi mendakwa penyelewengan terbesar khsusnya dalam masalah aqidah yang dikatakan cuba dibawa Habib Umar seperti isu ‘madad’ (meminta pertolongan) kepada roh orang mati, sembelihan bagi dipersembahkan kepada orang mati, serta ibadah haji di kubur yang dianggap keramat.

Bagi isu sembelihan, Habib Umar didakwa menfatwakan kebolehan menyembelih haiwan korban bagi dipersembahkan kepada mayat khususnya yang berada di dalam kubur-kubur orang soleh yang dianggap keramat dengan memberikan perumpamaan bila mana seorang manusia menyembelih haiwan lalu memasaknya bagi dihidangkan kepada tetamu yang diundang ke rumah.

Bagaimanapun, fatwa Habib berkenaan dibantah dengan membawakan sekalian banyak dalil mengenai sembelihan yang sepatutnya ditujukan hanya kepada Allah semata-mata sepertimana yang tertera dalam Al-Quran pada surah Al-An’aam ayat 162-163, Al-Kauthar ayat 1-2, Al-Isra’ ayat ayat 23 dan hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dan Ahmad yang berbunyi: “Allah melaknat seeorang yang menyembelih kepada selain daripada Allah”.

Sebuah laman web juga memaparkan visual rakaman video Habib Umar yang dikatakan sedang memimpin para pengikutnya seolah-oleh mengerjakan tawaf ‘haji’ dengan menziarahi kubur Nabi Hud a.s. Tidak cukup dengan itu, video tersebut turut memperlihatkan bagaimana para pengikut pendakwah berkenaan mempercayai bahawa dosa seseorang akan terhapus sejurus bermandi di sungai yang terletak berdekatan kubur Nabi Hud yang terletak di Yaman itu.

Bagaimanapun perkara itu dibantah apabila ianya seakan sama dengan upucara yang dilakukan penganut Hindu di Sungai Tigris mahupun upacara baptis yang terdapat dalam agama Kristian, sedangkan Al-Quran dan Hadis sahih tidak pernah menyebutkan tentangnya.

Bagi isu meminta pertolongan kepada roh mayat, laman web berkenaan mendedahkan bahawa Habib Umar berfatwa akan keharusan meminta kepada roh orang mati khususnya orang soleh atas alasan kedudukan mereka lebih hampir kepada Allah setelah menempuh alam ghaib (barzakh). Hal itu jelas bertentangan dengan firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat ke-3 yang menceritakan bagaimana kepercayan kaum Musyrik yang menyembah berhala dengan alasan bahawa perkara itu akan lebih mendekatkan mereka kepada Allah sedekat-dekatnya.

Dalam mendedahkan penyelewengan Habib Umar, laman web tersebut turut menyertakan bersama fatwa yang bersumber daripada ‘link’ URL yang dihubungkan terus ke laman web kendalian tokoh pendakwah itu di dalam bahasa Arab di samping disertakan sekali terjemahannya ke bahasa Inggeris.

Beberapa tahun lalu, laporan akhbar Utusan Malaysia mendedahkan seramai 10 tokoh pendakwah asing bergelar “syeikh” dan “habib” termasuk Habib Umar yang dibawa masuk ke Malaysia dipantau kerana didakwa mempunyai kaitan rangkaian dengan tarekat sufi tertentu yang sedia diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan atas sebab menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai mazhab anutan rasmi rakyat Malaysia.

Orang ramai bertanya: “di mana pihak berkuasa agama? Diharap dapat segera mengambil tindakan dan memastikan program ini dibatalkan. Kerajaan perlu sensitif isu aqidah umat. Apakah beliau mempunyai tauliah mengajar di sini dan apa kelayakan beliau untuk mengupas isu pengaruh mazhab dan aqidah Syafie di dalam membentuk keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara?”

– Sasaran Berita

Link kesesatan beliau ketika mendakwa melihat Nabi:

https://youtu.be/pUzOf5VT0qs

https://youtu.be/iQT5TjlQHG8

 

PENEROKA FELDA DAPAT DUIT RAYA RM300 DAN TUNGGAKAN PINJAMAN SARA HIDUP

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2019 telah memutuskan pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri kepada 112,635 peneroka Felda pada kadar RM300 bagi setiap peneroka.

Pada masa yang sama Felda diminta untuk membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH PDH) kepada peneroka yang terlibat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohameed Azmin Ali menyarankan supaya Felda membuat pembayaran bantuan khas hari raya tersebut dan tunggakan SH & PDH dengan kadar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri Rabu ini.

Surat rasmi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang ditandatangani Datuk Yatimah Sarjiman bagi pihak Ketua Setiausahanya itu dikeluarkan pada 30 Mei 2019 kepada Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar.

Tiga hari lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menimbang untuk tetap memberikan bantuan kepada peneroka Felda sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO FELDA (MPNF), Datuk Mazlan Aliman juga berkata pemberian duit raya itu sangat besar ertinya kepada peneroka sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, apatah lagi harga komoditi yang tidak stabil dan kos sara hidup semakin tinggi.

Peneroka Felda Dapat Duit Raya RM300 dan Tunggakan Pinjaman Sara Hidup

 

Pemimpin DAP buat laporan polis terhadap Najib

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015.

Rayer mendakwa selain pemecatan itu, Najib turut membuat rombakan besar-besaran terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.
“Saya ada membaca satu artikel oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan berhubung tindakan Najib memecat serta merombak pegawai-pegawai kerajaan pada Julai 2015.

“Berikutan gesaan dibuat beliau (Lim Kit Siang), saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana jika tiada laporan polis, pihak berkuasa (polis) tidak boleh menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis dibuat Anggota Parlimen Jelutong berkenaan. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31027/BERITA/Nasional/Pemimpin-DAP-buat-laporan-polis-terhadap-Najib?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Pemimpin DAP buat laporan polis terhadap Najib&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tahniah YBM Datuk Rina Mohd Harun Kerana Mengharmonikan Warga PH

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Kata YBM Datuk Rina Mohd Harun dalam sidang media sebelum majlis penyerahan watikah MPKK peringkat negeri kelantan tadi, selepas raya akan diumumkan MAJLIS KOMUNITI DESA PERINGKAT PARLIMEN yang akan diuruskan oleh PH Setiap Parlimen bagi Negeri Kelantan Dan Negeri Terengganu.

Sinar buat Kelantan Dan Terengganu.. Sebab tu islam mengajar kita bersabar dan berdoa kepada Allah swt.

Agong nasihat peneroka sabar hadapi kejatuhan harga komoditi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah menasihatkan peneroka Felda untuk bersabar dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga komoditi itu.

Baginda bertitah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang berusaha untuk mencari alternatif bagi meningkatkan sumber hasil peneroka, yang terkesan ekoran harga komoditi itu adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dunia.

“Saya dapat merasai kedudukan masyarakat di Felda. Saya percaya dan yakin jika semua pihak ada pemikiran yang positif, hati yang sabar dan beri kepercayaan kepada kerajaan baru untuk membetulkan kekurangan yang ada dengan secepat dan sebaik mungkin.

“Harga kelapa sawit ini tidak tertakluk kepada kerajaan semata-mata tetapi tertakluk kepada ekonomi global. Tapi ia tak bermakna kita harus berpeluk dada kerana kita harus mencari jalan dan inisiatif baru.

“Semua pihak harus berusaha supaya dapat mengembalikan semula identiti, status dan kesejahteraan penduduk Felda seperti sedia kala dan kalau boleh, lebih baik daripada sebelumnya,” titah baginda di Maran, hari ini.

Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat Daerah Maran di Masjid Jamek Felda Jengka 5 hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Sallehuddin Ishak, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman dan barisan kepimpinan kerajaan Pahang.

Sultan Abdullah dalam ucapannya juga menzahirkan terima kasih kepada semua rakyat yang sudi mengadakan sembahyang hajat kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (semasa gering) dan mendoakan Almarhum.

“Tiada kata yang dapat saya balas..Terima kasih saya ucapkan mewakili keluarga saya untuk semua,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah supaya rakyat mengambil kesempatan untuk merayakan Aidilfitri dengan semangat silaturahim yang baik dan melupakan perbezaan yang ada termasuk perbezaan politik.

Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/478208?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0u4iLsvFA1dda33Vd9MVZ31_e3HoUmy4cbVh1fp3PwhO4x0m2BeFTQl6w

KUNJUNGI MEDIA-MEDIA DIBAWAH YANG DIPENUHI DENGAN KHAZANAH ILMU DAN MUTIARA NASIHAT AGAMA YANG AMAT BERHARGA :

https://chat.whatsapp.com/9CL0r2m0FFII8a9VcOSb6i

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

https://twitter.com/Ihyaassunnah1?s=09

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/

ihyaassunnah68@gmail.com

https://t.me/ihyaassunnah

 

China mula import durian beku dari Malaysia – Alhamdulillah & Tahniah Usaha Murni Tun M (PH).

Pekerja sedang membekukan durian di kilang memproses durian di Raub, Pahang sebelum ia dieksport ke luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mei, 2019.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/158342?fbclid=IwAR1_g4kP1Eeq9dk5ik2T5AtDb98kPvxSiqFxn9uds26M3ZfQ3Xk4v9y3PRQ

Hari ini kita terima berita baik buat petani durian kita. General Administration of Customs China (GACC) telah secara rasmi membenarkan pengimportan durian sejuk beku (frozen whole fruit) dari Malaysia mulai 30hb Mei 2019.

Ini adalah satu kejayaan kerajaan selepas PM Tun Dr Mahathir menandatangani protocol secara rasmi bulan Ogos tahun lepas di Beijing dan YB Menteri Dato Salahuddin Ayub berusaha berunding dengan pihak Negara China sebelum dan selepas itu.

Tarikh kelulusan ini juga sangat tepat masanya kerana kita baru menyambut ulangtahun jalinan hubungan diplomatik ke-45 beberapa hari lepas.

Kelulusan pengimportan oleh General Administration of Customs China (GACC) ini satu petanda bahawa hubungan Malaysia-China semakin akrab. Kerana untuk menjayakan protocol ini dalam masa yang begitu singkat memerlukan usaha banyak pihak daripada kedua-dua negara.

Maka Kita harus memberi penghargaan kepada Duta Besar China H.E. Bai Tian atas usaha beliau. Beliaulah antara orang yang mengusahakan kerja rumit ini secara behind the scene.

Setiap tahun, China mengimport 300,000 metric tonne durian. Hampir semua berasal dari Thailand. Pasaran durian di China sangat luas, tapi kita hanya berjaya eksport sedikit durian pulp and paste sejuk beku ke China.

Setakat ini, Malaysia hanya mengeksport 17,000 tonnes durian ke Singapura, Thailand, Hong Kong, Australia, US dan China. Ia bersamaan dengan 5.8% jumlah production durian di Malaysia.

Maka dengan pengeksportan durian bulat sejuk beku, ia membuka pasaran kepada pekebun durian dan sudah pasti akan meningkatkan pendapatan mereka.

Ramai petani juga mula menanam durian secara komersil, maka kita menjangkakan jumlah hasil durian akan meningkat. Maka, harga durian dijangka stabil walaupun eksport juga meningkatkan.

Masa depan Industri durian kita sangat cerah. Tetapi kita harus mempelbagaikan industri durian dengan menambah nilai dengan menghasilkan lebih banyak produk durian downstream seperti ice cream durian, biskut durian dan sebagainya.

Kita juga harus menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati durian di dusun-dusun durian di Malaysia. Ini dipanggil DurioToirism.

Industri durian kita mempunyai sejarah yang sangat panjang. Hari ini adalah milestone yang agak penting untuk industri durian Malaysia. Syabas dan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga menjayakan kerja ini.

Credit: Found in cyberspace.

Jamzuri Ardani

SEPATUTNYA UMNOPAS YANG BERGABUNG, KONONYA ATAS NAMA MELAYU DAN ISLAM BERSAMA-SAMA MEMAJUKAN NEGARA, KERANA ITU ADALAH AJARAN ISLAM YANG SEBENAR. BUKAN HANYA MENABUR FITNAH DAN MERUNTUHKAN NEGARA.

APAKAH UMNOPAS SUDAH TIDAK ADA PERASAAN CINTAKAN NEGARA, SEHINGGA SANGGUP MEMBURUK-BURUKKAN NEGARA SENDIRI HANYA DI ATAS SIFAT  TIDAK PUAS HATI KERANA KALAH DALAM PRU 14 YANG LALU. MALULAH KEPADA LAIN-LAIN BANGSA DAN PENDUDUK DUNIA DIATAS SIKAP TIDAK MATANG UMNOPAS SELAMA INI.

 

KUNJUNGI MEDIA-MEDIA DIBAWAH YANG DIPENUHI DENGAN KHAZANAH ILMU DAN MUTIARA NASIHAT AGAMA YANG AMAT BERHARGA :

https://chat.whatsapp.com/9CL0r2m0FFII8a9VcOSb6i

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

https://twitter.com/Ihyaassunnah1?s=09

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/

ihyaassunnah68@gmail.com

https://t.me/ihyaassunnah